Sahabat MANTAP

:: Memantapkan Minda Nasional ::

UMNO Perlukan Langkah Proaktif Bagi Mendapatkan Kepercayaan Semula Orang Melayu

Posted by Sahabat MANTAP di Isnin, 7 April 2008

Oleh: Salza Hedra

Sebagai anak melayu yang sayangkan bangsanya, agamanya dan tanah tumpah darahnya, saya merasakan senario kekalutan yang berlaku dalam UMNO pada hari ini tidak seharusnya berlaku.  UMNO adalah wadah perjuangan orang melayu.  Sejak dulu hingga ke saat ini, UMNO dapat menangani isu-isu dan cabaran-cabaran yang melanda parti.  Budaya memburuk-burukkan dan mecari siapa yang harus dipersalahkan terhadap apa yang berlaku dalam PRU 12 bukannya budaya kita.  Amat sedih apabila banyak hal-hal yang bersangkutan dengan UMNO didedahkan tanpa ada rasa bersalah oleh sesiapapun.  Semua kata diri mereka benar.  Semua kata mereka mahu memastikan UMNO terus hidup dan relevan.   Tanya dalam hati dan sanubari setiap ahli UMNO adakah mereka tak sayangkan UMNO? Tanya mereka adakah mereka sanggup melihat UMNO terkubur?  Saya yakin jawapannya TIDAK.

PRU 12 meninggalkan kesan yang amat besar kepada UMNO.  Kekalahan yang dialami oleh BN banyak faktornya.  UMNO banyak memenangi kerusi yang ditandinginya baik kerusi Parlimen (85) mahupun kerusi DUN (238).  PRU 12 lebih memeperlihatkan kekalahan yang besar bagi parti komponen BN iaitu MCA, MIC dan Gerakan.  PPP yang bertanding satu kerusi Parlimen juga kalah.

Semua ahli parti komponen menerima keputusan PRU 12, walaupun mereka masih terkejut atau kekalahan mereka di beberapa negeri seperti Pulau Pinang, Kedah, Perak dan Selangor.  Pelbagai rumusan telah dibuat dan mereka akur bahawa rakyat telah melihatkan protes mereka dalam peti undi.

Sedang parti-parti komponen BN seperti MCA, MIC, GERAKAN dan PPP sedang memperkemaskinikan dan memperkukuhkan parti mereka tanpa meletakkan kesalahan kepada mana-mana pihak termasuk kepimpinan parti mereka, orang UMNO sibuk mencari siapa yang perlu dipersalahkan dan siapa yang harus dijatuhkan.  Inilah sindrom yang acap kali kita lihat dalam budaya orang kita.

Baru-baru ini saya telah ke Hotel Singgahsana untuk mendengar forum Pasca PRU 12: Satu Penilaian anjuran MyKMU.com.  Panelis yang hadir adalah YB Dato’ Fuad Zakarshi, YB Dato’ Mukriz Tun Mahathir dan YB Dato’ Seri Mohd Khir Toyo.  Ucaptama diberikan oleh Ybhg Tun Mahathir.  Dalam forum tersebut, rata-rata tujuan utamanya adalah untuk mewujudkan gerakan bagi memastikan Presiden UMNO YAB Dato’ Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi melepaskan beliau sebagai Presiden UMNO dan Perdana Menteri atau akan dijatuhkan khususnya daripada Tun, YB Mukriz dan YB Fuad.  YB Khir lebih berkecuali dan mengajak hadirin untuk melihat skop yang lebih luas kenapa BN gagal mempertahankan majoriti 2/3 kerusi Parlimen dan kehilangan 4 buah negeri campur satu Wilayah Persekutuan.  Beliau menyentuh mengenai tekanan ekonomi dan beberapa persoalan semasa.  Namun beliau menjadi tumpuan asakan soalan demi soalan daripada peserta atas kekalahan di Selangor.

Apakah perlu diadakan gerakan sebegini?  Apakah dengan menjatuhkan Presiden, maka UMNO akan mendapat kepercayaan orang Melayu semula? Kita lihat semula kebelakang sejarah pergolakan dalam UMNO itu sendiri.  Tun sendiri menyatakan bahawa Dato’ Onn Jaafar telah melepaskan jawatannya kerana beliau mahu UMNO dibuka kepada lain-lain kaum.  Dato’ Onn, kata beliau, merajuk lalu menubuhkan Parti Negara.  Tunku Abdul Rahman juga telah melepaskan jawatan beliau atas serangan yang dilakukan terhadap dirinya kerana keputusan PRU yang membawa kepada peristiwa 13 Mei 69.  Tun Hussein Onn pula melepaskan jawatan beliau atas sebab faktor kesihatan.   Semasa era kepimpinan Tun Mahathir, berlaku 2 krisis besar yang mengakibatkan perpecahan dalam UMNO iaitu, tahun 1988 (wujudnya Sermangat 46) dan 1998  (wujudnya KeAdilan).

Sejarah UMNO juga pernah melihat mantan Perdana Menteri dan Presiden UMNO menyerang kepimpinan negara dan parti berlaku.  Kali pertama sejarah menentang kepimpinan parti  dan berlakunya desakan untuk Presiden lepaskan jawatan adalah semasa zaman Dato’ Onn.  Beliau ditentang hebat oleh ahli UMNO atas dasar tidak mahu UMNO dibuka kepada kaum bukan melayu. Akhirnya Dato’ Onn dengan sedih hati melepaskan jawatannya kepada Tunku Abdul Rahman. 

Keduanya adalah semasa zaman pemerintahan Tun Mahathir di mana beliau ditentang oleh Tunku bersama-sama dengan Tengku Razaleigh Hamzah. Keadaan ini berbeza dengan peristiwa Dato Onn.  Ia lebih bersifat kepada rasa tidak puas hati terhadap cara kepimpinan Tun pada masa itu.

Walaupun keputusan-keputusan PRU  (1990 dan 1999) jatuh mendadak. namun tiada satu gerakan pun yang dijalankan untuk menjatuhkan Tun. Malahan ahli majlis tetinggi UMNO dan BN bersatu dan mempertahankan Tun agar beliau meneruskan kepimpinan Parti.  Semangat ini jelas kelihatan dan perpaduan sebegini amat disegani oleh parti-parti lain, baik parti komponen mahupun parti lawan.

Kalau kita amat-amati, gerakan sebegini bukanlah merupakan suatu langkah yang proaktif.  Ia juga bukannya satu-satu langkah yang akan memperkukuhkan kita.  Kepercayaan kepada parti boleh dikecapi dengan perpaduan.  Kita perlu bersatu. Kita perlu bekerjasama dalam usaha memperkukuhkan parti.  Permuafakatan dalam menyelesaikan isu parti perlu dibuat secara tertutup kerana ia dapat menghindarkan parti dan maruah orang melayu daripada cemuhan orang. 

Kita akui bahawa perubahan-perubahan dan usaha-usaha memantapkan parti hendaklah dan perlu dilakukan.  Jentera-jentera parti baik diperingkat cawangan dan bahagian perlu digerakkan agar dapat mendekati masyarakat.  Kita juga perlu mendekati generasi baru dan dekatkan mereka dengan UMNO.  Kerjasama dengan parti-parti komponen juga perlu dipertingkatkan.   

Sebagai orang yang sayangkan UMNO, bangsa, agama dan negara, marilah bersama-sama kita rapatkan barisan dan jalinkan hubungan baik sesama kita.  Kita kini hanya mempunyai kuasa untuk memastikan UMNO itu sentiasa relevan sepanjang zaman.

4 Respons to “UMNO Perlukan Langkah Proaktif Bagi Mendapatkan Kepercayaan Semula Orang Melayu”

  1. Kita kena sedar,DSAI ada agenda yang tersembunyi, menipu blh tahan. Kata RTM tak betul, tp memang sah dia buat perkara yg dia nafikan. Sudahlah! Org2 yg sokong anuar ni mmg haprak….PKR ni sanggup gadai maruah melayu!

  2. Tengku Lo said

    dah memang perangai org umno macam ni..dulu,kini dan selamanya!!
    berjuang utk bangsa,agama konon…sheessh!!

  3. ME said

    pegi mampos dengan amno(baru)…

    UMNO tulen dah takda dah!!!

  4. AL Ho said

    Pos yang bagus.

    Saya akan ekstrak pos ini dan link kembali ke weblog sahabat kepada website saya: http://mylivingwall.com

    Para blogger yang menghasilkan pos yang bagus, saya akan terbit sebahagian ekstrak artikel dan link para pembaca kembali ke weblog-weblog tersebut.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: