Sahabat MANTAP

:: Memantapkan Minda Nasional ::

kenapa tun mahathir desak pak lah

Posted by Sahabat MANTAP di Isnin, 7 April 2008

oleh:Nantaboga 

  

Saya tak faham kenapa Tun Dr. Mahathir masih mendesak supaya Pak Lah melepaskan jawatan beliau. Tun sendiri yang melantik Pak Lah semasa beliau mengundurkan diri dulu. Tak ada sesiapapun yang mempengaruhinya pada masa itu. Beliau boleh melantik Najib atau Muhyiddin kalau dia mahu. Malah dia boleh melantik orang lain kalau dia mahu. Kenapa tidak? Kuasa berada ditangan beliau ketika itu.  

 

 Tun menyatakan yang beliau telah silap melantik Pak Lah dan sepatutnya melantik Najib. Apa punya kenyataan ni….. nampak sangat Tun dah nyanyuk. Berfikir pun dah tak betul. Saya bukanlah sokong Pak Lah 100% atau menentang Tun 100% tapi kadang-kadang saya rasa meluat jugak dengan apa yang Tun jajakan merata-rata kebelakangan ni.  

 

Saya faham kenapa Tun marah dengan Pak Lah apabila Pak Lah batalkan pembinaan ‘Jambatan Indah’. Memang Tun dah fikirkan dengan sedalam dalamnya mengenai projek tu. Memang projek tu strategi untuk kita menguasai Selat Teberau seterusnya menguasai dagangan diseluruh perairan negara.  

 

 Saya juga faham kenapa Tun marah bila Tengku Mahaleel digantikan dengan orang lain sebagai Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Proton. Tengku Mahaleel memang orang yang layak dan bijak. Visi beliau memang baik dan strategi beliau berjaya (pandai pulak Tun membaca kebolehan dan kemampuan Tengku Mahaleel). Tun kata dia tak pandai baca kebolehan dan kemampuan orang sebab itu dia silap pilih Anwar dan Pak Lah.  

 

 Tetapi banyak lagi perkara yang dinyatakan oleh Tun yang tidak saya fahami sebabnya. Saya tidak faham kenapa Tun begitu beria ia mengutuk dan menyalahkan Pak Lah atas prestasi Barisan Nasional yang buruk dalam Pilihanraya Umum ke 12 yang lalu. Sungguh saya tak faham. Baiklah Pak Lah perlu bertanggungjawab atas  kekalahan itu….. tapi kenapa perlu mendesak Pak Lah untuk mengundur diri? Pak Lah memang bertanggungjawab dan sedang melakukan yang terbaik olehnya untuk memulihkan Barisan Nasional dan memenangi keyakinan rakyat semula. Berilah beliau peluang untuk memulihkan UMNO dan Barisan Nasional.

 

Tun juga pernah menerajui Barisan Nasional dalam Pilihanraya Umum ke 10 yang mana prestasi Barisan Nasional juga menjunam, lebih-lebih lagi UMNO yang Tun sendiri merupakan Presidennya. Tun tidak berundur pun. Tun berundur juga akhirnya tetapi hanya setelah beliau meletakkan UMNO di kedudukan yang baik. Tun menggilap semula kepercayaan rakyat terhadap UMNO dan Barisan Nasional baru Tun menyatakan hasrat untuk berundur.  

 

 Kalau dilihat prestasi UMNO (bukan BN) pada Pilihanraya Umum ke 10 dan Pilihanraya Umum ke 12 jelas prestasi UMNO dalam Pilihanraya Umum ke 12 lebih baik cuma parti komponen sahaja yang kehilangan banyak kerusi pada Pilihanraya Umum ke 12 ini tetapi sebagai Pengerusi Barisan Nasional Pak Lah harus bertanggungjawab kata Tun.  

  

Tun menggelarkan Pak Lah sebagai ‘Sultan Abdullah’ yang tidak boleh ditegur dan tidak boleh dinasihati. Beliau kata kebebasan telah tiada di Malaysia dibawah pemerintahan Pak Lah sehinggakan beliau sendiri tidak bebas untuk bercakap. “The country has become a police state” kata Tun. Yang peliknya ialah bagaimana seluruh dunia boleh mendengar ucapan dan hentaman Tun kalau tiada kebebasan? Yang lagi pelik ialah pada zaman pemerintahan Tun Harakah pernah digantung permitnya tetapi zaman Pak Lah tidak. Siapa yang lebih terbuka memberikan ruang untuk bersuara Tun?

  

 

Kalau betul Pak Lah zalim dan diktator (perkataan saya sendiri; Tun tak pernah kata pak lah zalim dan diktator) tiada pula orang yang memanggil Pak Lah Pak Zalim atau Pak Firaun. Tapi ada bekas pemimpin Negara yang digelar oleh penderhaka negara sebagai Mahazalim dan Mahafiraun. Saya tak perlu sebut nama (macam kata Mukhriz siapa makan cili dia terasa pedasnya)  

  

Tindakan tindakan Pak Lah boleh dilihat sebagai tindakan yang liberal dan terbuka.  Pak lah tidak pernah memanggil wartawan dan memberi amaran supaya jangan menulis sesuatu berita yang tidak disukainya atau tidak menyebelahinya. Pak Lah tidak pernah mengarahkan supaya Operasi Lalang 3 dijalankan untuk menangkap pemimpin pembangkang yang menghentam kerajaan. Pak Lah tidak pernah mengadakan EGM UMNO semata-mata untuk memberi amaran kepada ahli atau pemimpin yang cuba menentangnya.

  

Entahlah Tun saya cuma seorang rakyat yang melihat kemelut ini dari jauh. Saya harap jangan kita jadi ‘seperti kuali mengata belanga hitam’ atau ‘seperti mengata dulang paku serpih’. Saya sangat risaukan nasib orang melayu yang terperangkap di dalam pergolakan atasan ini dan jangan sesekali jadi Pak Kaduk ‘menang sorak kampung tergadai’. Bak kata orang tua tua ‘orang tertawa kita tertawa, rupa-rupanya orang mentertawakan kita’.

 

 

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: