Sahabat MANTAP

:: Memantapkan Minda Nasional ::

Kepimpinan Telus Dan Terbuka Pak Lah Gugat Orang Tertentu

Posted by Sahabat MANTAP di Jumaat, 4 April 2008

Oleh: Salza Hedra

Pemilihan dan penyerahan tanggungjawab kepimpinan negara dan parti oleh Ybhg Tun Mahathir kepada Pak Lah dilihat sebagai satu faktor untuk menyelamatkan BN dan UMNO. Rakyat dari segenap lapisan masyarakat meyambut baik tindakan ini dan meletakkan harapan agar dasar kepimpinan telus dan terbuka dilaksanakan oleh Pak Lah. Ia merupakan reformasi gaya kepimpinan yang digunapakai oleh beliau setelah menerima mandat rakyat dalam PRU 11. Apabila satu persatunya kes dan permasalahan terdahulu mula timbul, khususnya dibangkitkan oleh pakatan BA, maka rakyat mula termakan hasutan dan jajaan mereka. Tsunami politik dalam PRU 12 telah menggegarkan kerajaan BN dengan hanya mendapat 140 kerusi di Parlimen ( kurang 8 kerusi bagi majoriti 2/3) dan kehilangan empat buah lagi kerajaan negeri.

Apakah gaya kepimpinan telus dan terbuka ini yang menyebabkan apa yang berlaku dalam PRU 12? Apakah dengan kepimpinan sebegini, maka orang melayu dan UMNO akan hancur?

Mantan Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Tun Musa Hitam menyatakan bahawa kepimpinan Pak Lah sesuatu yang amat relevan dan lebih mengutamakan kesejahteraan rakyat. Tambah beliau, ianya mempunyai persamaan dengan kepimpinan mantan Perdama Menteri Malaysia Kedua, Allahyarham Tun Abdul Razak di mana kedua-duanya merasakan pembangunan perlu disekatakan di antara bandar dan luar bandar agar jurang perbezaan antara kedua-duanya tidak besar. Seperti Allahyarham Tun Razak, Pak Lah membawa pembangunan kepada masyarakat luar bandar dengan mewujudkan program pembangunan, reformasi pertanian, pendidkan dan perindustrian.

Kementerian Asas Tani, Kementerian Pelajaran, Kemenrterian Luar Bandar, Kementerian Usahawan dan Kementerian Hal Ehwal Wanita telah diberikan peruntukkan yang lebih dalam memastikan rakyat luar bandar dapat juga menikmati pembangunan dan kemajuan. Pada pandangan Tun Musa, Pak Lah tahu ramai orang melayu di luar bandar yang perlu dibantu. Mereka perlu diberikan keutamaan dan peluang untuk memajukan diri, keluarga dan masyarkatnya. ’Added Value’ yang diberikan terhadap pertanian dan perniagaan luar bandar yang diketengahkan Pak Lah amat dikagumi dan telah mula menanpakkan hasilnya.

Pada peringkat awal Pak Lah mengambilalih teraju kepimpinan negara, beliau telah mengurangkan projek-projek pembangunan mega. Dasar ini terpaksa beliau lakukan kerana negara perlu mengukuhkan kedudukan ekonomi negara. Hutang negara banyak hingga berbillion-billion dolar. Pasaran saham tak menentu disebabkan dunia sedang menghadapi kemelut kejatuhan ekonomi.

Tidak dinafikan pada peringkat awalnya dasar yang beliau amalkan memberikan tekanan kepada kontraktor besar dan kecil. Namun apabila keadaan mula menunjukkan tanda-tanda pemulihan, beliau memberikan keutamaan kepada golongan kontraktor kecil khususnya kontraktor kelas F. Beliau telah meluluskan RM2 Billion ringgit bagi memastikan kontraktor kelas ini tidak gulung tikar. Sedar atau tidak, kebanyakannya mereka ini terdiri daripada kontraktor-kontraktor melayu dan terdapat juga kontraktor-kontraktor cina dan India. Pembekal bahan mentah dan peralatan bagi tujuan pembinaan juga dapat kelabaannya. Siapa mereka ini kita pun sedia maklum.

Apabila Pak Lah mengumumkan RMK 9, beliau telah mengambil kira tentang kontraktor besar. Pelabagai perancangan dan perlaksanaan program pembangunan negara termasuk projek-projek besar yang dicadangkan dalam RMK 9 akan dilaksanakan apabila BN diberikan mandat untuk menerajui kerajaan. Semua ini telah diambilkira oleh beliau.

Kementerian dan Menteri diberikan kuasa dan autoriti dalam memastikan mereka dapat melaksanakan tanggung jawab mereka kepada rakyat dengan berkesan. Setiap Menteri dipertanggungjawabkan terhadap keberkesanan kementerian mereka. Dalam banyak perkara, budaya ’Yes Sir’ dan ’Menanti Kata Putus’ PM, dalam hal bersangkutan kementerian mereka tidak digunapakai lagi. Setiap Menteri perlu memastikan perjalanan kementerian selaras dengan kehendak rakyat dan manifesto yang dijanjikan kerajaan BN. Ini telah mengembalikan kuasa kepada Menteri disamping itu mengurangkan dan menghapuskan ’Budaya Tunggu PM’ dan ’red tapes’.

Dasar-dasar yang dijalankan Pak Lah juga tidak menekan atau menggugat kaum lain. Semua pihak dilayan dengan seadil-adilnya. Peluang juga diberikan kepada semua tanpa mengira kaum. Setiap parti komponen MCA, MIC, Gerakan, PPP dan parti-parti di Sabah dan Sarawak diberikan kepercayaan untuk memastikan kehendak dan hasrat kaum mereka dilayani.

Keikhlasan dan ketelusan Pak Lah dalam memastikan keadilan dan undang-undang dilaksanakan dengan baik juga dapat dilihat. Pelbagai kes-kes berprofil tinggi khususnya rasuah dan perhal kehakiman tidak pernah disekat beliau. Pendedahan-pendedahan kes-kes era sebelum kepimpinan beliau, dieksploitasikan oleh pakatn BA semasa kempen PRU 12. Bagi beliau, biar keadilan itu dapat ditegakkan. Biar rakyat puas hati. Namun rakyat telah dikelirukan oleh pakatan BA yang menuduh beliau telah gagal menangani kes-kes sebegini daripada berlaku. Pakatan BA kata Pak Lah mendiamkan diri dan tidak mengambil tindakan sewajarnya terhadap hal sebegini. Seandainya Pak Lah mahu menyembunyikan kes-kes sebegini, maka takkan ada satu pun kes yang akan dibawa ke mahkamah. Kalau Pak Lah nak selamatkan orang-orang yang terlibat dalam kes-kes sebegini, maka tak timbullah kes-kes orang ini.

Persoalannya sekarang adalah apakah dasar telus dan terbuka yang diamalkan Pak Lah dalam kepimpinannya menjadikan beliau dilihat sebagai seorang pemimpin yang lemah dan akan menghancurkan UMNO dan nasib orang melayu? Apakah dasar kepimpinan yang mengutamakan rakyat yang diamalkan Pak Lah menyebabkan rakyat akan rugi dan tertipu ?

Atau ada di kalangan orang-orang tertentu yang gusar dengan perkembangan semasa tanah air? Atau adakah kerana ada orang yang marah kerana tempat mereka digantikan oleh orang lain atau tidak terpilih sebagai calon dalam PRU 12?

Atau adakah rakyat dan orang UMNO telah termakan lelongan murahan pakatan BA yang hanya mahu mengkucar-kacirkan mereka?

Kita perlulah ingat dan saling mengingatkan antara satu sama lain bahawa nasib agama, bangsa dan negara jangan dijadikan barangan dagangan. Jangan kita tertpengaruh dengan segelintir mereka yang mahu melihat UMNO hancur dan nasib orang melayu tidak terbela. Jangan kita gadaikan keharmornian kaum dan keamanan negara hanya disebabkan oleh cerita dan lakonan pakatan BA.

3 Respons to “Kepimpinan Telus Dan Terbuka Pak Lah Gugat Orang Tertentu”

  1. apaapele said

    “Jangan kita tertpengaruh dengan SEGELINTIR mereka yang mahu melihat UMNO hancur dan nasib orang melayu tidak terbela”

    tak berapa tepat lah statement ni aku rasa.
    bukan segelintir bangg…ramaiiiiiiiiiiii tau.
    sbb tu korang kena 5+1

  2. shabriduda said

    KORANG KENA PAHAM PERBEZAAN ORANG MELAYU DENGAN UMNO…..PERBEZAAN BUMIPUTRA DENGAN UMNOPUTRA

  3. bingung said

    Apakah cara pemerintahan yang telus dan saksama seperti pak Lah adalah betul.sekirana betul kenapa ada segelintir rakyat kurang mempercayainya?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: