Sahabat MANTAP

:: Memantapkan Minda Nasional ::

RAKYAT TOLAK DASAR EKONOMI BARU (DEB)???

Posted by Sahabat MANTAP di Isnin, 24 Mac 2008

Oleh: Salza Hedra

Rakyat telah memperlihatkan kemahuan mereka melalui PRU 12. Suara kemarahan rakyat telah memutuskan bahawa mereka mahukan sesuatu yang baru. Rakyat mahukan kerajaan baru yang dapat memberikan mereka lebih keyakinan terhadap masa depan mereka. Justeru itu rakyat telah meletakkan harapan mereka kepada Barisan Alternatif (BA) untuk memberikan kepada mereka apa yang mereka percaya telah diabaikan oleh Barisan Nasional (BN). Sedang rakyat yang baru melahirkan rasa kegembiraannya kerana telah memberikan kepercayaan mereka kepada BA, timbul pula isu DEB yang tidak mahu lagi digunapakai oleh kerajaan negeri yang baru dibentuk oleh BA. DEB dikatakan menggalakkan rasuah, kronisme dan menyebabkan negara menjadi mundur. Apa yang menghairankan adalah isu DEB langsung tidak kedengaran dalam kempen-kempen BA. Jadi apakah benar rakyat tidak mahu DEB? Apakah benar bahawa rakyat mentakrifkan DEB sebagai sesuatu yang tidak lagi relevan untuk mereka?

DEB merupakan satu dasar yang telah dibentuk sejak tahun 1970 oleh Allahyarham Tun Abdul Razak dalam usaha untuk mengintegrasikan dan memupuk keharmornian antara masyarakat Malaysia yang berbilang kaum dan agama. Dasar ini telah berjalan selama 38 tahun dan menghasilkan kejayaan demi kejayaan kepada negara. Kejayaan utamanya adalah membentuk masyarakat berbilang kaum dan agama yang hidup secara harmonis baik daripada perspektif sosio-budaya mahupun sosio-ekonomi. Semangat ’Kita Anak Malaysia’ dan ’Bangga Menjadi Anak Malaysia’ sering kita dengar di televisyen. Kini kita tidak malu untuk menyatakan bahawa kita adalah ’Malaysian’ semasa kita berada di luar negara.

DEB juga telah berjaya membebaskan kita daripada belenggu kemiskinan. Hari ini kita bukan lagi negara mundur atau negara sedang membangun. Kita dapat membangunkan ekonomi negara dengan jayanya. Kekayaan dan kejayaan negara dapat dinikmati oleh setiap kaum. Para usahawan dan peniaga kita kini juga dapat melebarkan sayap perniagaan mereka ke luar negara. Pelaburan dari dalam dan luar negara juga telah berjaya dipertingkatkan. Ekonomi negara kukuh dan diyakini oleh pelabur asing.

Rancangan-rancangan pembangunan juga telah berjaya mengimbangi pembangunan bandar dan luar bandar. Melalui DEB maka limpahan nikmat pembangunan dapat dinikmati oleh seluruh penduduk tanpa mengira dari bandar ataupun luar bandar.

DEB juga telah menghapuskan kadar buta huruf di kalangan masyarakat Malaysia. Kini hampir semua rakyat Malaysia telah menjadi orang yang berilmu dan mempunyai kelayakan akademik yang tinggi. Dasar Pendidikan Negara telah memastikan rakyat Malaysia kini menjadi masyarakat yang terpelajar dan dikagumi oleh dunia. Ramai pelajar kita di hantar keluar negara untuk melanjutkan pelajaran dan mendalami ilmu dan kemajuan di negara luar dan apabila kembali ia di disuaigunakan di negara sendiri.

Kita juga dapat berbangga kerana melalui DEB kita memliliki universiti-universiti yang setaraf dan setanding dengan universiti-uniuversiti di negara maju yang lain. Kita juga telah berupaya mewujudkan kolej dan universiti yang bukan sahaja diisi dengan pelajar tempatan malahan menjadi rebutan untuk pelajar daripada luar negara untuk belajar di sini.

Lantas sukar bagi kita untuk menafikan sumbangan yang diberikan oleh DEB kepada kita. Juga sukar untuk kita menyatakan bahawa DEB sudah lapuk dan perlu dihapuskan. Namun apabila BA dapat menguasai beberapa negeri dalam PRU 12, DEB mahu dihapuskan. Ia dikatakan sebagai suatu dasar yang berbentuk perkauman. Ia hanya menguntungkan orang Melayu sahaja. DEB dikatakan juga menindas dan meminggirkan kaum lain. Itulah perkara pertama yang diucapkan oleh YAB Lim Guan Eng, Ketua Menteri baru Pulau Pinang. Ia juga akan dihapuskan di negeri Selangor seperti yang telah disuarakan oleh Menteri Besar barunya YAB Tan Sri Khalid Ibrahim. Ramai juga berpendapat Perak juga akan turut serta kerana ramai barisan Exconya terdiri DAP dan PKR . Kedah pula tidak dapat dipastikan kerana PAS dan PKR adalah merupakan majoritinya. Namun apa yang menarik adalah Dato’ Seri Anwar Ibrahim dengan yakinnya mengesahkan bahawa DEB akan digantikn dasar yang baru iaitu Agenda Ekonomi Malaysia (AEM) yang dikatakan lebih bersifat Malaysian.

Apabila dengar sahaja DEB akan dihapuskan maka ramai orang melayu Pulau Pinang mula rasa tertekan dan berkumpul beramai-ramai di Menara KOMTAR Pulau Pinang menunjukkan rasa tidak puas hati terhadap cadangan Ketua Menteri mereka yang baru, YAB Lim Guan Eng. Rata-rata ramai yang mengetahui bahawa DAP memang tidak sokong DEB. Salah satu agenda utama mereka adalah untuk menghapuskan DEB sejak dulu lagi. Kemungkinan besar impian DAP akan tercapai setidak-tidaknya di Pulau Pinang.

Rakyat Selangor juga mengadakan perkumpulan beramai-ramai di Dataran Kemerdekaan di Shah Alam. Mereka menyuarakan rasa marah mereka kepada kepimpinan baru negeri Selangor YAB Tan Sri Khalid yang juga tidak akan meneruskan DEB di Selangor. Beliau kenalah mengikut arahan Dato Seri Anwar. Beliau diberikan tempat oleh Tuan Penasihat PKR. Ianya juga adalah cara beliau untuk membalas jasa kerana diberikan tempat sehingga dapat jadi Menteri Besar Selangor. Tambahan pula DAP menang banyak kerusi di Selangor. Yang pastinya, Selangor juga akan menghapuskan DEB kerana aspirasi Dato Seri Anwar untuk mwewujudkan dasar baru AEM akan lebih diutamakan.

Bagi DAP dan PKR, AEM perlu dilaksanakan. Ia dikatakan lebih baik daripada DEB kerana ia lebih adil untuk semua kaum. Ianya lebih telus dan meningkatkan daya saing dan daya maju kepada semua. Bagi PKR dan DAP merit diambilkira. Maka tiada siapa yang boleh mempertikaikannya kerana kerajaan negeri yang baru ini akan berlaku adil dan tidak akan menindas kaum lain. Tiada kaum yang diberikan keutamaan.

Namun apa itu AEM masih ramai yang tidak mengetahuinya. Apa yang dinyatakan oleh Dato Seri Anwar Ibrahim dan YAB Lim Guang Eng ianya merupakan satu dasar yang adil untuk semua kaum. Namun yang pastinya tiada satu kertaskerja atau perbincangan pun yang telah dilakukan dan dihasilkan mereka mengenai AEM. Mungkin AEM akan menggunapakai dasar yang digunapakai oleh Singapura atau Australia. Mungkin juga pandangan daripada Amerika dan sekutunya Yahudi/illuminati akan diterapkan. Bagi mereka, yang penting, ianya perlu dilaksanakan untuk memperlihatkan kepada dunia luar khususnya Amerika dan rakan sekutu Dato Seri Anwar dan DAP bahawa kerajaan BA adalah sebuah kerajaan yang mengamalkan demokrasi sebenar seperti di Amerika. Asas AEM akan berlandaskan kepada menjaga kepentingan mereka dalam BA khususnya Dato Seri Anwar dan Lim Kit Siang.

Kerajaan pusat yang dikuasai oleh BN tidak dapat membantu kerana kekurangan 8 kerusi daripada 2/3 majoriti di Parlimen. Sesuatu yang hendak dilaksanakan perlulah mendapat 2/3 persetujuan daripada ahli Parlimen. Hendak tidak hendak kita kenalah menerimanya kerana pilihan tersebut telah kita buat – khususnya bagi negeri-negeri yang kini di bawah kerajaan BA.

Advertisements

12 Respons to “RAKYAT TOLAK DASAR EKONOMI BARU (DEB)???”

  1. Apa Khabaq! said

    Apa lah ceteknya article ini ….

    Tulis main agak2 tak ada mennawarkan fakta dan analis dan argumen yang boleh mempertahankan “DEB”. Blog ni mengata rang lain emosi tapi ini isi elek …

    Off the curf, aku beritahu hangpa … Dasar Ekonomi Baru dah lama tak ada pada tahun 1990, mengikut perjanjian antara parti2 perikatan/BN. Apa bising2 DEB lagi?

    Hangpa pemngampu Pak Lah tak dengar ke wunderboy dulu ckaap semnagat DEB.

    Yang tinggal adalah afirmatif action bawah article 151. perakra yang tinggal adalah isu hak dan bukan polisi

    Gali lah article 153 dan baca kuasa raja yang tercatat dalamnya. Itu khairy kesanyanagn hangpa tu dan macam2 ahli politik boleh dianggap derhaka …

    Cuba gali balik apa yang dijanjikan masa nak buat DEB …

    Ini artikel emosi tak pikiaq … kata demonstrasi bukan budaya kita …. pi lah hipokrit!

  2. apaapele said

    KJ kata, “demonstrasi jalanan = BERUK-BERUK JALANAN”

    so….
    umno pinang = BERUK-BERUK JALANAN
    umno perak = BERUK-BERUK JALANAN
    umno selangor = BERUK-BERUK JALANAN
    umno teganu = BERUK-BERUK JALANAN

    perghhhhh…banyak nyer beruk-beruk kat malaysia ni. tak sangka yekkk
    beruk-beruk cari makanan

    😀

  3. Tengku Lo said

    WPI… projek idea Dolah pun tak pakai DEB, tak de pun org umno nak bising!!!!badigol

  4. ME said

    dasar AMNO karat punya cetek pemikiran…yang dok salah guna DEB tuh sapa? amno, yg tindas melayu tu sapa? amno, yg alibaba projek kerajaan, melalui DEB tu sapa? amno

    atikel panjang lebar isi zero, hanya nak kata demonstrasi boleh la pulak. bodoh punya amno. apalagi yg boleh dikata tentang org bebal macam nih…

    weh penulis!!! don’t you even start talking about malays in penang…sia-sia je kena telan air liur busuk ko balik nnt…

    aku cadang org ANMO diHARAMkan daripada mendapat tawaran kerajaan-kerajaan baru. contohnya di Kedah mereka tetap kena bayar cukai tanah ikut harga lama, di Penang dan Perak, mereka tetap kena bayar saman yg di kenakan, di Selangor pulak mereka tidak boleh mendapat air percuma setiap bulan,di Kelantan pulak mereka di kecualikan daripada skim kifaalah dan armalah…dan apa-apa lagi yg telah dipersetujui kerajaan-kerajaan baru tersebut…amacam??

  5. Tengku Lo said

    woi bahlol…
    DEB dah tak de..dah diganti dgn Dasar Pembangunan Nasional masa zaman cekdet dulu..apasal masa tu tak nak bising2,,
    yg berdemo kat penang tu bukan melayu…mamak!!!

  6. ME said

    tak bagitau kang sesat…bile bagi tau taknak terima plak. amno…amno…

  7. shabriduda said

    KORANG KENA TAU BEZA ANTARA UMNO DAN MELAYU…..BERSATU KITA BERSATU DI BAWAH PEMIMPIN PENIPU…BEZA ANTARA BUMIPUTRA DAN UMNOPUTRA????RENUNGKAN LAH

  8. Sherin said

    Kepada pembaca pembaca semua.

    Kenapa kita mesti bertelagah diantara orang orang melayu. Setahu
    saya, saya berada di tahap saya berada sekarang buka kerana DEB ke
    UMNO ke PAS ke BA ke, mau pun kerana Parti Parti Politik lain. Saya berjaya,kerana tanggungjawab pada diri sendiri dan pada bangsa saya sendiri.Tiada siapa siapa yang pernah datang memberi pertolongan dari mana mana pihak pun. Sedarlah orang orang melayu jangan kerana tidak berjaya kita salahkan pemimpin. Ada yang sampai anak tak dapat kerja pun salahkan kerajaan. Kita harus bertanggungjawab untuk memajukan diri sendiri. Kerajaan tak pernah tolong bila saya mulakan perniagaan. Nak dapatkan modal dari bank pun susah, tapi saya tak putus asa berkat dari duit yang saya simpan akhirnya saya berjaya.

    Tak perlulah kita berpolitik sebab semua orang politik tak pernah memperjuangkan rakyat tapi semata mata pemperjuangkan hak ahli politik itu sendiri.

    Saya hanya percaya pada diri sendiri. Saya selalu merenong setiap ideology Tun Mahathir dan alhamdulillah saya merasa banggan menjadi rakyat malaysia walaupun taklah sampai jadi jutawan.

    Saya tak yang pernah mempersoalkan apa yang telah kerajaan berikan pada saya tapi yang untung adalah orang orang yang kerja dengan kerajaan dapat rumah free, hospital free pokoknya serba serbi free. Yang kita ni kena beli insurance untuk diri sendiri dan keluarga.

    Jadi apa guna kita sibuk sibuk pada ini semua biarlah mereka yang nak berpolitik uruskan sebab kita tak dapat apa apa pun. Percaya lah baik UMNO PAS BA MIC MCA DAP semuanya ada agenda sendiri baru baru terpaksalan laksanakan apa yang dijanjikan. Cuba lah tunggu 2 atau 3 tahun nanti banyaklah alasan yang di berikan. Yang tepuk tangan bangsa asing. Melayu terus melayuuuuu……

  9. abc said

    NO COMMENT

  10. aman said

    Sebenarnya kita ini dah tak sedar diri. Orang melayu lupa diri.
    Apa nak jadi kalau semuanya pakai merit dimana melayu akan duduk.
    Apa nak jadi kalau Malaysia jadi anak Amerika. Sedarlah diri fikirlah secara waras bukan ikut emosi dan pak turut

  11. wan said

    Bersatu Demi Negara Malaysia!!!!

  12. sarah said

    >> assalamualaikum dan salam sejahtera,, pada pendapat saya, memeng patut orang melayu dapat hak istimewa kerana ini tempat orang melayu tetapi saya lihat sekarang rang melayu semakin mengada-ngada dan manja kerana mereka tahu yang mereka boleh dapat banyak bantuan dan peluang… kenapa melayu jadi macam ni…. jangan tanya orang lain tapi tanyalah diri sendiri bagi yang berbangsa melayu…. janganlah terlampau bergantung denganhak keistimewaan yang ada tapi jadikanlah bangsa melayu yang dihormati dan disegani oleh etnik lain… saya pernah dengar orang bukan elayu kata” ohh orang melayu memang senang masuk universiti, ita yang kebih bagus ni duduk menganggur” rasa malu ke wahai orang-orang melayu bila orangbukan melayu kata bahawa melayu ni malas dan bergantung pada subsidi…. BANGKITLAH WAHAI ORANG MELAYU…. MAAF JIKA SAYA TERKASAR BAHASA… JADI SAYA SERU PADA BANGSA SAYA SENDIRI IAITU MELAYU UBAHLAH PERSPEKTIF ORAN LAIN TERHADAP ORANG MELAYU…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: