Sahabat MANTAP

:: Memantapkan Minda Nasional ::

Suara Sumbang YB Dato’ Mukriz Tun Mahathir

Posted by Sahabat MANTAP di Isnin, 17 Mac 2008

Oleh: Salza Hedra

Tsunami PRU 12 telah mengakibat kerajaan BN kehilangan 4 buah negeri lagi di pantai barat Semenanjung Malaysia iaitu Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor. BN juga gagal mengekalkan majoriti 2/3 kerusi Parlimen hanya memperolehi 140 kerusi – kurang 8 kerusi saja. Pakatan Barisan Alternatif sedang sibuk menyusun strategi untuk mentadbir kerajaan di negeri-negeri yang mereka menangi semasa PRU 12 manakala parti-parti komponen BN seperti MCA, MIC dan Gerakan sedang melakukan post-mortem terhadap kegagalan mereka Agak malang bagi UMNO dan orang melayu kerana mereka masih lagi mencari siapa yang harus dipersalahkan.

Kita dikejutkan lagi apabila seorang pemimpin muda mula menemplak kepimpinan Pak Lah dan meminta beliau mengundurkan diri secara hormat atau akan dijatuhkan. Penulis amat yakin semua orang tahu siapa yang dimaksudkan. Beliau adalah YB Dato’ Mukriz Tun Mahathir.

Kepimpinan Pak Lah dan BN Kedah telah memberikan tempat kepada Dato’ Mukriz untuk bertanding dalam PRU 12 di kawasan Parlimen Jerlun. Beliau telah memenangi kerusi tersebut dengan mendapat undian sebanyak 19,424 dengan mengalahkan calon PAS, Idris Ahmad yang hanya mendapat 17,219 undian. Majoriti beliau 2205.

Ramai pemerhati politik dan ahli UMNO terkejut apabila YB Dato’ Mukriz melalui suratnya kepada Pak Lah meminta agar Pak Lah meletakkan jawatan. Di dalam surat tersebut menyatakan bahawa beliau begitu risau sekiranya Pak Lah masih lagi memegang tampok pemerintahan negara dan parti. Ianya ditakuti akan membawa kehancuran kepada negara dan rakyat. Rakyat akan hilang kepercayaan kepada UMNO dan BN. Ini merupakan satu tindakan ‘tidak sopan’ yang dilahirkan oleh pemimpin yang baru pertama kali bertanding dan memenangi PRU.

Di kalangan ahli UMNO dan parti komponen pula melihat tindakan YB Dato’ Mukriz menghantar surat memohon perletakkan jawatan Pak Lah sebagai tindakan yang kurang ajar. Ianya dibuat sebelum parti melaksanakan sebarang post-mortem PRU lagi.. Tambahan pula, beliau juga sanggup membelakangkan Majlis Tertinggi UMNO, Ketua-Ketua Perhubungan Negeri dan Jawatan kuasa Pusat parti komponen BN.

Desas-desus yang menyatakan bahawa beliau telah mengumpulkan beberapa ahli parti dan ahli ANSARA di Sunway Pulau Pinang bagi membincangkan strategi bagi memastikan Pak Lah melepaskan jawatan sebagai PM dan Presiden UMNO dihidu pemberita. Apabila beliau dimaklumkan bahawa terdapat ramai SB dan pemberita pun hadir sama, maka beliau telah menukarkan tempat ke Pearl International. Namun apabila ditanya pemberita akan kebenaran desas-desua tersebut, beliau menafikannya.

Apakah penafian itu dibuat kerana beliau tidak mahu dilihat sebagai alat seseorang atau sebagai tanda ’menghormati’ Pak Lah dan tidak mahu menambah-lukakan hati orang melayu? Ianya adalah sesuatu yang agak sukar untuk ditafsirkan. Apa yang jelas, beliau ingin mencetuskan suasana agar perkara ini disambut oleh semua pemimpin BN dan ahli UMNO khususnya.

Apa yang menarik, ramai di kalangan pemerhati politik menyatakan bahawa tindakan beliau itu adalah disebabkan oleh pengaruh bapa beliau sendiri iaitu Tun Mahathir. Pengaruh Tun masih tebal lagi di kalangan pemimpin dan ahli UMNO. Lantaran itu, tindakan YB Dato’ Mukriz dilihat sebagai ’suara’ yang dizahirkan oleh Tun. Tambahan pula, Tun dilihat banyak menghentam Pak Lah sejak dari awal 2004 lagi dan sehinggakan ada pernyataan Tun yang mahukan ahli parti menjatuhkan beliau sebelum dan selepas PRU 12.

YB Dato’ Mukriz juga perlu diingatkan bahawa semasa PRU 10 (1999) BN juga menghadapi suasana yang hampir serupa.  BN menang dengan majoriti yang kecil dan Terengganu jatuh ke tangan pakatan BA iaitu PAS.  Orang yang dipertanggungjawabkan untuk memulihkan parti dan penyokong BN adalah Pak Lah.  Tiada seorangpun ahli parti atau orang kanan dalam parti yang cuba mengesyorkan agar Tun Mahathir meletakkan jawatan.

Sehingga kini, ramai yang mahukan Pak Lah terus menerajui kepimpinan negara dan UMNO. Sokongan sebulat suara Ahli Majlis Tertinggi UMNO dan BN untuk Pak Lah terus menerajui kepimpinan negara   Begitu juga Negeri Johor, melalui YAB Dato’ Seri Ghani Osman telah memberikan sokongan kepada Pak Lah. Negeri Kelantan juga yakin dengan kepimpinan Pak Lah. Parti-parti komponen BN seperti MCA, MIC dan Gerakan juga mahu Pak Lah menjadi pemimpin negara. Parti komponen di Sabah dan Sarawak juga telah menyatakan sokongan mereka terhadap Pak Lah. Bukan itu sahaja, malah NGO-NGO juga telah melahirkan rasa yakin mereka untuk Pak Lah meneruskan kepimpinan negara.

Hanya yang menyambut baik kenyataan YB Dato’ Mukriz adalah terdiri di kalangan mereka yang merasakan diri mereka ’tidak bersalah’ dalam penurunan jumlah kerusi yang dimenangi BN dalam PRU 12 lalu, mereka-mereka yang dahulu mempunyai tempat dalam kerajaan kini tidak lagi dan ahli yang telah dikenakan tindakan displin oleh parti.

Advertisements

10 Respons to “Suara Sumbang YB Dato’ Mukriz Tun Mahathir”

  1. apaapele said

    depan kamera mmg la sokong. kalau tak sokong nanti kena tembak cam mukriz. dalam hati tak sapa yg tau. apa la lu salza. tu pung tak bleh pikir ke?
    kata telus dan terbuka. bg ler ahli umno bg komen dan pendapat dari dasar hati depa. wat pa nak tahan laks. cakap tak sama bikin aaaa.
    semua pemimpin umno sibuk nak post-mortem secara jujur dan telus. kalau hipokrik camner nak telus dan telus. so, mukriz wat benda betul sepertimana di cadangkan la.

  2. demang said

    BN, terutama nya Umno dah kena sindrom syok sendiri. Dah terang lagi bersuluh kenapa BN diberi tamparan hebat dalam PRU12, masih lagi nak buat terpinga-pinga tak tahu apa sebab. Takkan lah semua orang Umno bebal sangat sampai tak boleh nampak kebenaran? Demi survival BN malah survival Umno sendiri, tolong lah jadi seorang yang betul-betul ikhlas untuk sekali ini. Masyarakat cina tak suka DAP tapi terpaksa undi DAP. Masyarakat india takde lah sokong habis PKR tapi terpaksa undi PKR. Masyarakat melayu sendiri pun tak semua yang sehaluan dengan PAS tapi terpaksa undi PAS. Kalau semua orang MCA lompat masuk DAP, kalau semua orang MIC lompat masuk PKR, boleh ke Umno survive alone? Tepuk dada tanya selera lah!

  3. Tengku Lo said

    aku melayu tapi bukan ahli umno..
    lantak depa lah

    bye bye regim hadari

  4. demokrasi said

    Inilah masalah umno. demokrasi konon. tapi nak bersuara tak boleh. aku sebagai ahli umno kecewa. tak paham2 lagi isyarat rakyat. ego betol.

  5. mzmn said

    Zaman RasuluLLah SAW,zaman para sahabat dan Khalifah ar-Rasyidin dahulu bila nak dilantik menjadi pemimpin semuanya jadi takut untuk memegang jawatan tersebut kerana bimbang tidak termampu untuk melaksanakannya walhal kekuatan iman mereka telahpun teruji dengan pelbagai cabaran yang cukup hebat,tapi zaman sekarang ni dah jadi sebaliknya bila ramai yang begitu ghairah berebut-rebut untuk mendapatkan jawatan pemimpin tanpa sedikitpun risau atau takut sekiranya gagal melakukannya…kenapa ? Adakah kerana zaman RasuluLLah SAW dahulu tidak ada projek mega yang boleh membawa keuntungan sebagaimana sekarang ? Sejauh mana keikhlasan pemimpin sekarang yang begitu teruja untuk berebut-rebut menerajui negara serta memegang jawatan yang cukup membanggakan ? “Lu pikir la sendiri ! “

  6. Apa Khabaq said

    Main suka hentam aja . ansara lah , beberapa ahli parti lah , ornag ini dah sokong pak lah …

    Kalau orang pekaq semua yang dia dengaq tu sumbang. Lagi susah bila ada orang pekaq yang tahu menulis. Nampak sah dia tak dengaq apa yang berlaku . Tulis main ikut apa yang dia baca saja .

    Biasa lah orang pak lah ni …. taksub dan menyembah pemimpin yang bodoh, tak bertanggung jawab dan PEMBOHONG paling kuat dalam dunia .

    Tak apa sokong lah Imam hadhari yang tak ada moral dan budi pekerti ….

    Sokong membawa rebah . Kalau anwar berahim beli 31 orang BN , aku salah kan hangpa semua yang menyokong kemungkaran .

    Tumbang pak lah , kasi tutup ini BTN . Pengkhianat bangsa paling besar kerana mereka pemecah belah dan terlibat dalam pelbagai pergaduhan politik.

    Shagul tu kasi sumbat dalam penjara sama dengan Anuar Zaini dll.

    In case hangpa marah dan pergi trace IP , dua para terakhir itu dari kawan2 hangpa …. sumpah walillah.

    Hangpa semua patut pertingkatkan minda … tapi act. INgat dah pandai. Sebenarnya hangpa ketingalan zaman.

    Lihat ini semua hangpa punya salah. jangan nak salahkan mukhriz. DIa tak pekaq kerana dia tahu apa berlaku sebenarnya.

  7. Keadaan sudah menjadi, mereka yang ‘spin’ kini MEMPERCAYAI ‘spin’ mereka sendiri!

    ‘Tanggung jawab kolektif’ (collective responsibility) tidak sama dengan ‘kepertanggung jawaban’ (accountability). Kita sekarang bercakap soal accountability dan Kepimpinan perlu menerima accountability.

    Samada golongan hari yang meminta Kepimpinan ambil accountability keatas kekalahan BN dalam 5 + 1 negeri dan prestasi buruk seluruh Malaysia ini “Merasa diri tidak bersalah” sebenarnya tidak menjadi isu. Yang pentingnya, beli kalah perang, yang kena gantung ialah General, bukan Korporal.

  8. apaapele said

    tah lah labu…

    org umno sendiri tak bleh bagi pandangan dari dasar hati mereka…apatah lagi rakyat jelata. tah camner nak wat post-mortem tah jika ahli umno/rakyat hanya bleh bg komen sepertimana org atas nak mereka komen. tak sama kehendak orang atas dianggap penderhaka. baik tak yah wat post-mortem. mana dia demokrasi nyer umno/bn war-warkan!? kalau post-mortem tak dapat dijalankan dengan telus dari suara dasar hati ahli umno/rakyat maka umno/bn wat kesilapan yg sama. dan bakal kehilangan lagi 5 negeri pru13.

    mmg betoi umno ni syok sendiri. dia wat ‘lembu kenyang’ dengan akar umbi umno itu sendiri & rakyat.

    aku rasa, mmg dah sampai masa sungguh dah umno/bn menyembah bumi dan sampai masa umno/bn jadi pembangkang tulin.

    wassalam

  9. amy said

    saya sokong dato mukriz lah

  10. amy said

    dia memang layak menang jadi ketua pemuda.jgn biarkan kita ketandusan orang yang berwawasan seoerti bapanya.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: