Sahabat MANTAP

:: Memantapkan Minda Nasional ::

BERDIRI TEGUH DI BELAKANG KEPIMPINAN PAK LAH

Posted by Sahabat MANTAP di Selasa, 11 Mac 2008

Oleh: Salza Hedra

Kerajaan Barisan Nasional (BN) dinafikan majoriti 2/3 dalam PRU 12 di mana mereka memenangi 140 daripada 222 kerusi Parlimen yang dirtandinginya. Kurang 8 kerusi sahaja daripada memperoleh majoriti 2/3. Barisan Alternatif (BA) pula berjaya dengan cemerlangnya dengan memperoleh 82 kerusi. Kejayaan BA ini diraikan dengan bergaya lagi apabila dapat menawan Pulau Pinang, Kedah, Perak dan Selangor selain mengekalkan kerajaan PAS di Kelantan. Namun apa yang menarik perhatian penulis adalah suara-suara yang mahukan YAB Dato’ Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi (Pak Lah) meletakkan jawatannya sebagai pemimpin kerajaan dan parti UMNO. Suara suara ini bukan baru. Ia bermula sebelum PRU 12 lagi, namun ia jelas kedengaran apabila dalam PRU 12 BN gagal mengekalkan majoriti 2/3nya.

Ramai di kalangan pemerhati politik menyamakan kejadian ini dengan PRU 1969. Kedengaran suara-suara yang mahukan Pak Lah letak jawatan dalam kerajaan dan parti sama seperti apa yang berlaku pada Allahyarham YM Tunku Abdul Rahman. Penulis ingin mengimbau kembali kepada keputusan yang hampir sama berlaku dalam PRU tahun 1969 di mana Perikatan gagal mempertahankan kemenangan yang diperolehi dalam PRU sebelumnya. YM Allahyarham Tunku Abdul Rahman pada masa itu merupakan PM dan Presiden UMNO telah diminta untuk meletakkan jawatan beliau sebagai pemimpin kerajaan dan UMNO. Suara-suara ini telah menekan kepimpinan UMNO dan akhirnya beliau terpaksa akur dan melepaskan jawatan beliau kepada YBhg Allahyarham Tun Abdul Razak.

Senario poltik tanahair pada masa itu tidak memihak kepada beliau. Suasana ketegangan antara kaum amat kritikal pada masa itu dan telah berakhir dengan rusuhan kaum. Untuk mengelakkan ketegangan antara kaum berterusan di mana ianya akan merugikan rakyat dan negara, YM Allahyarham Tunku terpaksa melepaskan jawatannya. Perletakkan jawatan tersebut tiada kaitan dengan desakan suara-suara tersebut.

Pak Lah menerima tekanan untuk beliau meletakkan jawatan sebelum PRU 12 lagi. Tekanan ini datangnya daripada tokoh yang amat kita kasihi, iaitu mantan Perdana Menteri kita, YBhg Tun Mahathir (Tun) sendiri. Sebagai seorang yang sayangkan parti UMNO, beliau khuatir tindakan dan kepimpinan Pak Lah akan merugikan parti dan orang melayu. Lantas, beliau melahirkan kekhuatiran beliau dalam sebuah forum khas yang diadakan pada hujung tahun 2006 dan awal tahun 2007. Teguran beliau amat kita hargai dan amat kita fahami.

Namun apa yang dikesali, kesempatan ini diambil oleh parti pembangkang, website Malaysia Today, Malaysiakini.com dan bloggers yang acapkali tidak putus-putus menghentam kerajaan BN. Bagi mereka ini adalah satu ’magic ingredient’ yang mereka cari-cari untuk memberikan impak dalam kempen mereka dalam menambah-burukkan lagi kepimpinan Pak Lah dan parti komponen BN kerana ianya datang dari suara keresahan mantan Perdana Menteri Malaysia dan Presiden UMNO yang kita amat kasihi.

Kalau dahulu DAP, PKR dan PAS sibuk ke setiap pelusuk negara dan Raja Petra dalam website beliau Malaysia Today mencanang .kepimpinan Tun Mahathir semasa Tun menjadi PM dan Presiden UMNO, sebagai pemimpin diktator, ’Ultra Malay’ dan Maha Firaun. Kini mereka mempunyai pandangan yang lain pula terhadap Tun di mana apabila Tun mula memberikan kritikan terhadap kepimpinan Pak Lah.

Pada ketika itu kita dapati kesemua ahli UMNO dan ahli parti komponen BN berdiri teguh dalam mempertahankan kepimpinan Pak Lah. Mereka sendiri menyatakan bahawa ’style’ kepimpinan Pak Lah berbeza dengan Tun Mahathir tapi hala tuju adalah sama. Kepimpinan Pak Lah juga telah memberikan kemajuan dan pembangunan ekonomi dan kesejahteraan kepada rakyat Malaysia. Kerajaan BN yang telah diberikan mandat pada PRU 11 telah berusaha dan berjaya memenuhi janji-janji dalam manifestonya.

Kegagalan kerajaan BN mengekalkan 2/3 majoriti dan kehilangan lagi empat negeri kepada parti BA bukan kegagalan Pak Lah menerajui dan memakmurkan rakyat. Ini membuktikan bahawa ’open leadership concept’ dan ketelusan dalam kepimpinan beliau begitu terserlah. Keputusan PRU juga dilihat sebagai demokrasi berjalan dengan baik di Malaysia. Inilah yang dinyatakan oleh pemerhati politik tempatan dan luar negara. Pihak BA juga berpendapat sedemikian.

Namun apabila Tun Mahathir menyatakan pandangan beliau bahawa Pak Lah harus melepaskan jawatan sebagai PM dan Presiden UMNO sehari selepas PRU 12, maka ramai di kalangan ahli politik UMNO khususnya, mula melatah dan turut serta memberikan kenyataan yang sama. Adalah lebih baik kita renung semula keputusan penuh PRU 12 di mana petunjuk ada di situ. Lihatlah di kawasan mana yang kita kalah dan cuba cari jawapannya.

Penulis tertarik dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh anak Tun, YB Dato’ Mukriz Tun Mahathir, di mana beliau menyatakan bahawa kesilapannya terletak kepada kita semua. Kita alpa dan tidak memberikan tumpuan kepada perubahan yang berlaku di bawah. Di tambah pula kita masih menggangap bahawa rakyat akan menolak parti BA. Kita tidak peka dan gagal membuat perancangan berkesan dalam menangani strategi pihak lawan. Kita hanya sibuk untuk memastikan siapa yang lebih layak untuk menjadi calon dalam PRU. Kita sepatutnya malu pada diri sendiri kerana kita menuding jari kepada orang yang kita sanjungi baik daripada keperibadiannya tinggi mahupun kepimpinannya yang telus dan terbuka.

Dalam mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO dan Barisan Nasional semalam, semua ahli MT dan Ketua-Ketua parti komponen BN memberikan sokongan dan berdiri teguh di belakang Pak Lah dan mahukan Pak Lah terus memimpin UMNO dan BN. Semangat seperti inilah yang perlu kita tunjukkan dan bersama-sama memantapkan parti dan BN.

9 Respons to “BERDIRI TEGUH DI BELAKANG KEPIMPINAN PAK LAH”

  1. apaapele said

    memang kesilapan orang2 umno pung. sapa suruh duk pakat ‘buang’ Tun Mahathir wat apa?
    sian orang tua tu.
    aku tgk orang lain spt singapuran dan gerakan tak ‘buang’ bekas pemimpin berjasa depa. siap diletak kat atas. lain plak ngan umno. duk sengaja ‘buang’ Tun Mahathir.
    plekkk…plekkkkk

    wbp rasa plek tu tak la sampai ke tahap dewa lagi sbb ada orang dikeliling pak lah yg cuba halang Tun Mahathir dekat dengan pak lah agar depa senang kontrol pak lah dan seterusnya senang lah depa mempengaruhi pak lah dan seterusnya dapat memenuhi hajat2 mengaut kekayaan dari projek2 kerajaan tanpa sekatan dari Tun Mahathir.

    so, SALAH UMNO SBB ‘BUANG’ Tun Mahathir dan BUKAN salah pembangkang yg menanguk di air yg keruh sbb kita sendiri yg mengeruhkan air dan BUKAN pembangkang. kalau kita jaga air agar jernih maka pembangkang hanya mampu menaguk di air yg jernih yg senang dilihat dan ditangani oleh BN.

    tgk dalam youtube.com ceramah2 Tun Mahathir. dia kata dia akan ttp sokong umno tapi tak bermana dia sokong pak lah. abis tu orang keliling paklah pekena dia camner dia nak sokong pak lah.

    so, ambik BALIK Tun Mahathir sbb org yg berpengalaman dan berjasa. buh kat atas. cuba ambik ilmu dari dia, modified dan jalankan. bukan ‘buang’ dia. ketepikan nafsu harta demi rakyat.

    insyaalah PRU akan datang BN bleh menang.

  2. Apa Khabaq said

    What a stupid argument!?

    Just reflect the thinking of a mediocre … hehehe pemikiran yang kurang mantap.

    Nangka dah busok buat apa nak disokong2 dengan kayu. Jolok kasi buang supaya buah2 lain tidak rosak dan boleh berbuah.

    Argument bahawa Pak Lah diterima rakyat berdasarkan simple majority tidak boleh diterima pakai dalam sistem “first past the gate”.

    Mengikut popular vote, BN dan Pak Lah hanya 49.8 % dari semenanjung dan seluroh negara sebanyak 51.5%. TIDAK PERNAH BERLAKU BN TIDAK DITERIMA DI SEMENANJUNG.

    Apa lagi nak tunggu2? Nak tunggu Khairy naik jadi PM ke? Nak tunggu Anwar Ibrahim beli MP dari Sabah dan Sarawak untuk menubuhkan kerajaan simple majority BA?

    Balak ini semua mula dari Pak Lah dan KJ. Tuhan masih sayangkan kita untuk masih membenarkan kita memerintah.

    Kita sudah disuruh belajar menentang atau membangkang kemungkaran di Kelantan tapi kita angkuh dan riak. Suka membela yang tak betul.

    Maka tuhan ajar kita sekarang untuk belajar membangkang. Kalau ada lagi bahalul2 macam Salza Hedra, jahanamlah negara.

    Berhenti menjadi pengikut yang buta akur. Tadi Bahagian Batu dah kelaurkan petisyen tuntut undur. Ianya akan merebak keseluruh negara.

    Pak Lah dan KJ tidak penting. Yang penting adalah UMNO. Sokong UMNO dan bukan taksubdgn pemimpin.

    If it is time to let go, you just have to let go ….

  3. Tengku Lo said

    aku sokong paklah kekal jadi pm…
    itu aje harapan kami nak lihat UMNO/BN lenyap dan berkubur pada PRU 13 nanti..HIDUP PAK LAH!HIDUP PAK LAH!HIDUP PAK LAH!!
    we luv u..muuuahhhhh!!!

  4. apaapele said

    apa khabaq…

    hang nyer statement sama cam tun mahathir aaaaa
    “saya tetap sokong umno, tapi tak bermakna saya sokong paklah”

    hehe

  5. apaapele said

    rakyat TOLAK paklah melalui peti undi
    ahli umno TOLAK paklah melalui peti undi
    exco umno TOLAK paklah melalui kenyataan kecewa, terkilan, penolakan
    sultan TOLAK paklah melalui perlantikan MB yg bukan di’watikah’kan oleh paklah

    aku rasa, tinggal salza sorang je yg masih berdiri teguh di belakang kepimpinan paklah

    hehe

  6. shabriduda said

    salza tu dilahirkan tuk jadi penyokong umno yang bebal

  7. Saya said

    Apa yang berlaku pada Pak Lah memanglah sesuatu yang berat. Diserang dari setiap sudut. Yang lebih malang lagi Tun Mahathir yang mewariskan Pak Lah dengan Kerajaan BN yang korup turut menghentamnya. Kesilapan besar Pak Lah ialah tidak membetulkan keadaan, tetapi turut terjerumus dalam kekorupan BN. Rakyat telah muak, telah bosan dengan Kerajaan yang korup ini. Tetapi pemimpin BN masih tak nak berubah, bukannya mereka tak tahu. Bila tanya mereka pasal RASUAH, mereka tanya mana buktinya, tetapi apabila ada orang yang mendedahkan bukti, orang itu pulak yang dipenjarakan, sebab melanggar akta OSA. Sungguh senang mereka memanupulasikan undang-undang.

    RAKYAT inginkan satu kerajaan yang bersih.

  8. shabriduda said

    selain menghadapi pembangkang yang semakin lunaaak dihati rakyat.paklah letih menghadapi orang yang teraju umno lebih 20 tahun yang menbenih dan membaja pelbagai masalah dalm umno.lepas tu dia pula tumpang melepaskan peluru pada peminpin yang dia bagi ruang tuk jadi presiden umno.pak lah! dakwa ja Tun mahathir tu,telalu banyak laporan polis pada dia…pejabat peguam negara check la semua fail laporan polis yang berkaitan ngan Tun Maahathir dan siasat jaa.pastu kita tengok sapa yang menang …aku cadang dan sokong tuk umno rebah opps sori..

  9. razman azraai said

    ASSALAMUALAIKUM..
    SAYA TERTARIK DGN TULISAN PENULIS…TETAPI PENULIS LUPA UNTUK MEMBERI GAMBARAN SEBENAR APAKAH SEBENARNYA SEBAB YANG MENYEBABKAN BANYAK KERUSI PARLIMEN DAN NEGERI MILIK UMNO YANG KALAH PADA PRU YANG LEPAS.SAUDARA HARUS JUJUR DAN IKHLAS HARUS PEKA DAN MENGAKUI KELEMAHAN SEBENAR PAK LAH DAN KADANG KALA SAYA TERFIKIR””””ADAKAH BETUL YAB DATO SERI ABDULLAH BIN AHMAD BADAWI PERDANA MENTERI MALAYSIA SEBAB IBARAT KATA PEPATAH MELAYU””SUDAH TERANG LAGI BERSULUH YANG MENANTU LELAKINYA YANG MOST POWERFULL THAN HIM(DGN IZIN) JADI SUDAH SEPATUT-PATUTNYA PAK LAH BERUNDUR SEBELUM DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM MENGAMBIL-ALIH DARINYA DENGAN BANTUAN ANAK MENANTU LELAKINYA(PELAKON LELAKI POPULAR DAN TERBAIK MALAYSIA/SINGAPORE).ADAKAH PENULIS SANGGUP TENGOK DAN MENGHADAPI NEGARA KITA DIPERINTAH OLEH PARTI PEMBANGKANG???DAN BERKUBURNYA UMNO????SYABASSS KHAIRY””YOU DONE UR JOB VERY WELL”””
    WASSALLAM

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: