Sahabat MANTAP

:: Memantapkan Minda Nasional ::

Definasi Kemenangan Pakatan BA

Posted by Sahabat MANTAP di Khamis, 21 Februari 2008

Oleh: Salza Hedra

Pakatan dan kerjasama antara DAP, PKR dan PAS mempunyai satu niat jelas iaitu menumbangkan Barisan Nasional dalam PRU 12 ini. Sejak awal tahun 2007 lagi pakatan BA telah secara aktifnya memukul gendang kepada seluruh pelusuk negara bahawa mereka perlu diberikan peluang untuk membuktikan keupayaan mereka untuk mentadbir Malaysia jauh lebih baik daripada kerajaan BN. Saban hari melalui media cetak dan media siber mereka, didedahkan kepincangan dan ketidakadilan kerajaan BN walaupun mempunyai rekod cemerlang selama 50 tahun dalam memacu kejayaan demi kejayaan bagi Malaysia. Tidak cukup dengan itu, blog parti dan pemimpin parti mereka juga digunakan dalam meyebarkan dan menanamkan sifat kebencian rakyat terhadap kerajaan BN.

Di samping itu, laman-laman web rakan sekongkol mereka seperti Malaysia Today, Malaysiakini dan blogger-blogger seperti Zaharain, Ruhanie Ahmad, Ronnie Liu, Susan Lone yang turut serta mempertikaikan kepimpinan kerajaan BN.

Tidak cukup dengan itu, pakatan pembangkang telah mempergunakan NGO-NGO yang pro pembangkang menyuarakan tuntutan mereka melalui beberapa siri demonstrasi jalanan terancang. BERSIH dengan tuntutan pilihanraya yang bersih, HINDRAF dengan tuntutan hak kaum India dan Majlis Peguam dengan tuntutan ketelusan badan kehakiman termasuklah menuntut ISA dihapuskan.

Keazaman dan kesungguhan mereka dalam mencapai hasrat ini diterjemahkan pula melalui strategi pembahagian kerusi kawasan pilihan raya dan pendekatan ‘Satu Lawan Satu’. Secara kasar, mereka menggunakan peratusan 40:30:30. Sekiranya kawasan tersebut ramai pengundi Cina/India maka 40% daripada jumlah kerusi itu akan diberi kepada DAP bakinya pada PKR dan PAS. Kalau ramai Melayu – jika di Bandar maka 40% pada PKR dan kalau luar Bandar 40% kepada PAS. Mereka akan membuat ’percentage adjustment’ sekiranya kekuatan kawasan pilihan raya itu lebih ramai salah satu parti mereka. Suatu pendekatan strategi yang realistik dalam memastikan impian dan cita-cita mereka tercapai.

Dalam usaha untuk menjayakan misi mereka, maifesto mereka juga amat menarik dan menjanjikan sokongan dan kejayaan mutlak. Terdapat beberapa penyesuaian dan ’adjustment’ telah dibuat dalam manifesto mereka. PAS yang suatu ketika dahulu melaung-laungkan ’Negara Islam dan Hudud’ kini menukarnya kepada ’Kerajaan Kebajikan’. PKR yang dahulunya memperjuangkan untuk melepaskan DSAI dan mempertahankan hak orang melayu kini bertukar kepada ’Ke arah Pemerintahan Malaysia Baru’. DAP sebuah parti sekularis dan mirip kepada perjuangan satu kaum dan kini ditambah dengan ’Hak Sama Rata dan Adil Bagi Semua Kaum’.

Namun apa yang menarik perhatian penulis adalah perkembagan terkini yang amat bertentangan dengan impian dan cita-cita mereka. Kalau sebelum ini mereka mohon kepada rakyat untuk memberikan mandat dan kemenangan besar kepada mereka namun akhir-akhir ini mereka cuma mahu menidakkan majoriti 2/3 kerajaan BN. Mereka juga menyatakan bahawa mereka akan memberikan tumpuan kepada kerusi negeri – tawan negeri; DAP tawan Pulau Pinang, PAS tawan Kelantan, Terengganu Kedah dan Perlis. Agak malang bagi PKR kerana pada mereka agak sukar untuk menawan sesebuah negeri.

YM Raja Petra Kamaruddin (RPK) dalam laman web Malaysia Today milik beliau acapkali menulis bahawa rakyat perlu memberikan sekurang-kurangnya 60 kerusi kepada pakatan pembangkang tanpa mengira sama ada DAP, PKR atau PAS. Dengan lain perkataan, RPK mahukan rakyat Malaysia menafikan majoriti 2/3 kerajaan BN.

Terbaru, Setiausaha DAP, Lim Guan Eng pula menyatakan bahawa BN akan menang besar. Apa yang dapat dilakukan mereka hanyalah mengurangkan majoriti undi BN.

Dato’ Husam Musa, Naib Presiden PAS menyatakan bahawa Negara Kebajikan PAS akan dapat dilaksanakan dengan syarat rakyat kena pangkah PAS dahulu. Itu pun tidak mencukupi. Ia hanya akan terlaksana sekiranya rakyat juga pangkah pakatan BA iaitu DAP dan PKR. Buat masa ni, apa yang mampu dilakukan hanyalah menidakkan 2/3 peratus majoriti BN dan tawan negeri-negeri.

Penulis melihat perkara ini sesuatu yang agak janggal. Definasi kemenangan bagi pakatan BA terlalu sempit. Ia hanyalah berlegar di sekitar penambahan jumlah wakil rakyat untuk parti masing-masing. Kemenangan tidak dikongsi bersama rakyat. Tiada kemenangan total.

Bagi mereka, jika jumlah wakil rakyat mereka lebih banyak berbanding rakan lain dalam pakatan BA, ianya akan memberikan kelayakan untuk mereka menjadi Ketua Pembangkang dalam Parlimen. Kesungguhan untuk membela rakyat seperti yang dilaung-laungkan tidak dipancarkan secara langsung. Boleh dikatan bahawa manifesto mereka hanya satu retorik politik sahaja.

Pakatan pembangkang mengetahui bahawa mereka tidak dapat menjatuhkan kerajaan pimpinan BN. Justeru itu, mengapa melaung-laungkan nak suruh rakyat tumbangkan kerajaan BN? Mengapa memohon kepada rakyat untuk memberikan mereka peluang untuk memimpin negara? Mengapa rakyat perlu pilih mereka jika sekadar untuk menafikan 2/3 majoroti BN? Sekiranya mereka yakin dapat membuktikan bahawa mereka lebih baik daripada kepimpinan BN mereka sepatutnya bertungkus lumus untuk memastikan mereka mendapat mandat rakyat? Mengapa mempermainkan dan memperjudikan nasib rakyat sedangkan mereka sendiri mengetahui bahawa pakatan mereka belum kukuh untuk menjalankan tanggung jawab dan amanah terhadap rakyat?

Jawapannya mudah sahaja; pakatan pembangkang belum bersedia lagi untuk mengambil alih kerajaan. Ini kerana mereka bersama tapi tak bersatu. Mereka berkerjasama tapi tak sepakat. Impian mereka sama tapi hala tujunya berbeza. Lebih malang lagi, mereka saling tidak mempercayai antara satu sama lain.

Definasi kemenangan yang diuar-uarkan oleh pakatan BA nampak logik dan realistik tapi tiada rasionalnya.

Advertisements

10 Respons to “Definasi Kemenangan Pakatan BA”

  1. Affuan said

    oh, tiada rasional ye.. kuang3.

  2. rakyat said

    Mereka bukan nak memerintah….cuma nak jadi YB….Glamour …bukan untuk tolong rakyat tetapi untuk tolong diri sendiri…..Mereka semua sama….Rakyat perlu fikir….untuk parti atau untuk bangsa melayu….Undilah untuk bangsa melayu…perkasakan kembali melayu…tolak parti ke tepi….naikkan pemimpin dikalangan melayu…..

  3. apaapele said

    mana-mana lah labuuuuuuuuuuu

  4. apaapele said

    dan mereka DAH berjayaaaaaaaaaaaaaaaaa DAH
    sembang jer lebiiiiiiiiiiiiihhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh……….
    insaflah
    rakyat dah cukup pandai menilai sekarang ni
    rakyat tau BN lanun harta rakyat
    rakyat tak mau lanun dah
    rakyat tak mau pemimpin lembik
    rakyat tak mau pemimpin pak turut
    rakyat tak mau pemimpin TIDOQQQQQQQQQQQ
    rakyat bg tempoh percubaan 4-5 tahun utk pembangkang…kalau pembangkang berjaya menjaga rakyat..BN akan susah pada PRU13 nanti.
    BN kena jadi rakyat utk tau apa rakyat nak dan BUKAN jadi orang atas yg bongkak, sombong, ego, gila projek, gila wat rumah besar, gila pulun duit rakyat. jadi lah rakyat utk tau kehendak rakyat walau kita ni pemimpin. bisa takkan hilang kalau lalu bawah akar.
    hahahahhahahahah

  5. orangkita said

    Naikkan pemimpin di kalangan melayu???
    Ye..betul…tapi biarlah pemimpin yang amanah….
    pemimpin yang tidak rasuah….yang realistik….
    pemimpin yang sememangnya menjaga kebajikan rakyat….
    bukan yang membazirkan wang rakyat…beli jet ratusan juta….
    ambil komisen berjuta-juta….
    buat rumah besar berjuta-juta…..
    buat projek yang melebihi harga sepatutnya……
    pastu, bila rasa tak cukup duit……
    bebankan atas rakyat…..naik minyak….naik harga barang….
    naikkan cukai….ni apa punya pemimpin ni???
    bagi aku….pakatan pembangkang boleh perintah negara…
    yang penting jaga amanah…telus….
    bukan makan duit rakyat…..
    tolong laa…..bagitau kat pemimpin BN yang korang sanjung2 tu…..adios!!!

  6. Pak Utih said

    assalamualaikum.

    sahabat2 sekelian, PRU12 telah berlalu….. semuanya telah ditakdirkan dan kini menjadi sejarah. marilah kita sama-sama menarik nafas panjang supaya kita boleh berfikir dengan tenang. Rasul menganjurkan supaya bertenang sesuai dengan hadisnya…. “tergesa-gesa itu dari syaitan”.
    marilah kita muhasabah diri…. tentu banyak hikmah yang hendak disampaikan Allah kepada kita disebalik keputusan yang tidak terduga tersebut. apa gunanya kita menyalahkan orang lain, walhal jelas kesalahan dan kecuaian itu berada nyata dalam diri kita. rakyat sekarang semakin bijak menilai.

  7. Apa Khabaq said

    Pembuka kata ini “Pakatan dan kerjasama antara DAP, PKR dan PAS mempunyai satu niat jelas iaitu menumbangkan Barisan Nasional dalam PRU 12 ini.” menunjukkan kebodohan pihak penyokong kerajaan.

    Argumen yang cetik sedemikian yang menyebabkan BN tidak dapat bertahan, dan jika tidak betul boleh hancur lagi pada PRU akan datang.

    Dalam demokrasi mestilah ada parti pemerintah dan pembangkang. Masing2 mestilah mahu mendapatkan kuasa. Pemikiran ini seolah2 mengatakan BN menang tak apa, tapi BA menang itu tidak demokratik.

    Argumen seperti ini menunjukkan modal insan yang perlu dihantar ke sekolah dari darjah satu semula.

    BN terlalu menghabiskan masa untuk menepis kritikan dan teguran dari mendengar. Belajar mendengar dari sekarang. Berhenti block block orang. Biar mereka berkata2 dan bersuara, kerana ia boleh memperbaiki kita.

    BTW saya adalah penyokong UMNO yang kuat.

    Ubah Lah! Lebih baik, Undur Lah!

  8. apaapele said

    aku plek sungguh
    ramai pak2 menteri sehari dua ni pakat2 menyatakan apa yg rakyat nak dinyatakan melalui peti undi. depa tau apa rakyat nak.
    kalau dah tau kenapa NAK TUNGGU sampai rakyat bersuara melalui peti undi.
    kenapa tak perbetulkan seperti mana rakyat nak.
    kenapa nak tunggu kalah mengundi baru nak habaq yg rakyat nak itu rakyat nak ini.
    nak kata BODOH…depa tau apa rakyat nak.
    nak kata PANDAI…dah tau tak wat seperti kehendak rakyat.
    pleekkk..plekkkkkkkkkkkk

  9. bungatanjung said

    aku sokong sangat “apaapele,9mac”….
    pendek kata kerajaan kita skank bukan nk senangkan rakyat..nak susahkan rakyat..
    rakyat yg kena tanggung dengan kenaikan harga barang..
    so pikir2kan lah…
    apa mau kita terus tanggung seme tu..
    memang kerajaan buat pembangunan..tp itu dh memang tanggungjwab dia..
    sapa2 yg jd kjaan kena buat pembangunan…sbb itu hak rakyat…

    vote for BA

  10. shamsul said

    Gerakan Gesa MB Kedah Siasat Dakwaan Kuil Dan Tokong Akan Diroboh

    ALOR SETAR, 6 Julai (Bernama) — Pemuda Gerakan Kedah menggesa Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak menubuhkan sebuah badan bebas bagi menyiasat dakwaan DAP kononnya kerajaan negeri telah membuat keputusan untuk merobohkan sesetengah kuil Hindu dan tokong Cina di negeri itu.

    Ketua Pemuda Gerakan negeri Tan Keng Liang berkata Azizan harus mengambil langkah segera untuk menyiasat dakwaan itu yang dianggap sangat serius dan hasil siasatan itu haruslah diumumkan.

    Baru-baru ini, Pengerusi DAP Kedah/Perlis, Thomas Su mengulangi dakwaannya yang beliau mempunyai maklumat mengenai keputusan kerajaan negeri untuk merobohkan sesetengah kuil Hindu dan tokong Cina setelah Azizan mengatakan bahawa sebagai Menteri Besar beliau sendiri tidak tahu menahu mengenai keputusan itu.

    Tan berkata Menteri Besar sepatutnya mengambil serius perkara itu dan bukannya menuduh DAP sengaja menimbulkan kebencian pelbagai kaum apabila membangkitkan isu itu.

    — BERNAMA

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: