Sahabat MANTAP

:: Memantapkan Minda Nasional ::

Sekiranya BA Menang PRU Ke-12…

Posted by Sahabat MANTAP di Isnin, 28 Januari 2008

Oleh: Salza Hedra

Sebuah kerajaan bersih, adil dan sama rata akan dibentuk sekiranya pakatan pembangkang yang dipanggil Barisan Alternatif (BA) yang terdiri daripada PAS, DAP, dan PKR memenangi Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-12 kelak. “Bersih” yang dimaksudkan oleh mereka adalah sebuah kerajaan yang tiada penyelewengan, penipuan, korupsi, kronisma dan nepotisma. “Adil” pula bermaksud semua rakyat tanpa mengira bangsa dan agama akan diberikan peluang dan hak yang adil dalam segala aspek baik dari segi politik, ekonomi, sosial dan perundangan. Manakala “Sama rata” pula membawa maksud bahawa layanan dan pembahagian yang sama banyak akan diperolehi oleh semua kaum dan agama dalam segala aspek yang disebutkan tadi. Inilah sebuah manifestasi ideal yang dilontarkan kepada rakyat Malaysia dalam usaha mereka untuk memenangi pilihan raya kali ini.

Berlandaskan kepada janji ini, maka pemimpin-pemimpin BA bersama penyokong-penyokongnya mencanangkan bukan sahaja dalam negara malah kepada dunia luar bahawa kepimpinan dan pentadbiran kerajaan Barisan Nasional (BN) adalah sebuah kerajaan perkauman yang mentadbir negara secara tidak ‘bersih’, tidak adil dan jauh sekali mengamalkan konsep sama rata.

Sekiranya BA memenangi PRU kali ini, kepimpinan dan kerajaan BA terlebih dahulu akan ‘membersihkan’ kementerian, jabatan dan agensi kerajaan yang dikatakan korup termasuk yang mengamalkan kronisma serta nepotisma. Mereka akan melantik pegawai-pegawai baru yang ‘bersih atau dipercayai bersih’ oleh mereka. Maka ramailah pegawai-pegwai yang akan dibuang kerja atau setidak-tidaknya dimasukkan ke dalam ‘peti sejuk’. Mahu tidak mahu, perjalanan pentadbiran kementerian, jabatan dan agensi akan tergendala buat seketika. Maklumlah, untuk mencari pegawai yang mereka katakan itu akan mengambil masa yang agak panjang.

Katakanlah perkara di atas agak mustahil untuk dilaksanakan kerana ia akan membuang masa dan merencatkan perkhidmatan kerajaan kepada rakyat. Maka jalan pintas adalah dengan menggantikan beberapa pegawai atasan yang dirasakan perlu dengan meletakkan kenalan mereka atau pegawai yang sealiran dengan kehendak politik mereka. Sekiranya ini berlaku, ia juga tidak akan dapat menyelesaikan persoalan tersebut secara total dan berkesan. Rombakan dan penstrukturan organisasi secara keseluruhan perlu dilakukan dari atas hinggalah ke bawah sepertimana yang acapkali mereka war-warkan dalam setiap kempen dan ceramah mereka.

Selain itu, apa yang akan dilakukan mereka adalah meminda Perlembagaan Persekutuan. Perlembagaan yang sedia ada dikatakan mereka bersifat perkauman, malah tidak relevan lagi kerana tidak melindungi kepentingan semua kaum secara menyeluruh. Pindaan Perlembagaan sudah tentu akan tertumpu kepada menghapuskan ’Hak Keistimewaan Orang Melayu’. Ia mesti dilakukan kerana dasar dan janji BA adalah adil dan sama rata kepada semua rakyat tanpa mengira kaum dan agama.

Meskipun dikekalkan Islam sebagai agama rasmi dalam persekutuan tetapi rakyat akan diberikan kebebasan untuk memilih mana-mana agama yang mereka suka. Ini bermakna, rakyat boleh menukar agama mereka tanpa sebarang kekangan dan masalah lagi. Apa yang perlu dilakukan, hanya perlu mengikut prosiding mahkamah dan memaklumkan kepada Jabatan Pendaftaran bahawa mereka telah menukar agama.

Ketua kerajaan pula akan dipegang oleh parti yang mendapat majoriti yang paling tinggi dengan sedikit pindaan. Kalau selama ini ia diterajui oleh orang Melayu, maka apabila BA memerintah, orang bukan melayu boleh dipertimbangkan untuk menjadi Perdana Menteri. Mungkin dengan menggunakan sistem giliran Perdana Menteri sepertimana sistem giliran Ketua Menteri di Sabah satu ketika dahulu. Cuma yang akan dikekalkan untuk diterajui oleh bangsa Melayu adalah DYMM Yang DiPertuan Agong, Sultan dan Yang Dipertua Negeri.

Sejak beberapa PRU yang telah berlalu, laungan ini tidak pernah pudar malah semakin lantang diperdengarkan. Kalau dahulu cuma kedengaran semasa musim-musim pilihan raya, namun kini boleh dikatakan setiap hari ada sahaja isu-isu yang ditonjolkan mereka. Tidak cukup dengan itu, mereka memperkudakan NGO-NGO seperti HINDRAF dan Majlis Peguam pula. Di samping itu, mereka juga menubuhkan beratus-ratus blog ibarat ‘cendawan tumbuh selepas hujan’ untuk mewujudkan satu gelombang baru yang kononnya rakyat semakin marah terhadap kerajaan hari ini.

Banyak lagi pindaan akan dilakukan oleh BA. Apa yang pasti, mereka akan terus menjaja persoalan berhubung dengan keadilan atau hak sama rata untuk semua kaum sedangkan mereka sendiri berbeza dari segi prinsip dan perjuangan politik mengikut citarasa masing-masing. Apakah PAS akan membiarkan DAP yang secara terang-terangan menolak penubuhan negara Islam? Sanggupkah PKR menggadaikan maruah bangsa dan negara hanya untuk memastikan Penasihat mereka mencapai nafsunya ingin berkuasa sebagai Perdana Menteri? Sanggupkah mantan-mantan YB atau mereka yang telah dipinggirkan dalam arus politik bersekongkol dengan BA menghentam kerajaan dan pucuk kepimpinan BN hanya semata-mata untuk meluahkan rasa tidak puas hati? Apakah mereka mahu menjadi Pak Kadok yang menang tetapi kampung pula yang tergadai?

15 Respons to “Sekiranya BA Menang PRU Ke-12…”

  1. ME said

    ape daa…cetek betul pemikiran. nak tipu org tak mengaji bolehlaa. amno pon dah jual negara takde pulak nak pertikai

  2. Orang Original said

    aku x faham ape ko cakap, ko cakap mengarut!hehehe

  3. ME said

    belum menang pon dah kata macam-macam…apedaaa

  4. bertuah said

    pada saya, penulis ini gila sebenarnya. Pi la kaji dulu. Lihat perbandingan pemerintahan PAS dan bandingkan dengan BN. Negeri2 diperintah BN sume banyak hutang pasal pemimpin BN suka membazir sedangkan PAS perintah dengan hemah dan berjimat.

    Kalau pinda pon Pemimpin BA akan pastikan ianya menjamin keselamatan dan kebajikan rakyat. Contoh kat kelantan , pinjaman komputer dan sebagainya tiada dikenakan faedah sedangkan saya keje kat melaka, kami buat pinjaman under gov dikenakan faedah 4%.
    Banyak lagi kebaikan dan kebajikan yang dilakukan oleh PAS di kelantan dan tganu sewaktu 1999-2004. sila baca di http://www.detikdaily.net/m3/

    justeru, sebelum anda ingin menulis sesuatu yang anda sangkakan buruk, sila la selidiki dulu, takut2 mende yang anda sangkakan buruk itu sebenarnya mutiara yang sangat bernilai sepanjang anda hidup.

  5. Republican tidak menghancurkan negara.Democratic parti juga tidak menghancurkan negara meskipun kepimpinan negara silih berganti antara 2 parti tersebut kerana tunjangnya sudah ada dan kukuh.Jepun juga silih bertukar Perdana Menteri dari satu parti ke parti lain tapi negara dan ekonomi masih berjalan seperti biasa.Saya percaya Malaysia juga tidak akan hancur kalau di pimpin oleh parti pembangkang kerana mereka perlu menunjukan bukti yang mereka boleh memimpin negara. Yang di takuti apabila negara telah dipimpin terlalu lama oleh satu kepimpinan yang mereka fikir mereka lah satu-satunya parti yang mampu membawa kesejahteraan dan mereka adalah segala-galanya.Parti pembangkang memerintah hanya 1 negeri tetapi 1 negeri inilah yang di kehendaki oleh parti pemerintah. Apakah parti yang memerintah satu negeri ini bukan saudara kita, bukan satu bangsa dan bukan satu agama dengan kita? Yang nyata, yang memerintah 1 negeri ini adalah ISLAM dan yang ingin menawan 1 negeri ini juga terdiri dari ISLAM.So apa masalahnya?

  6. Wahi abdul rahman said

    SAlam…

    Saya cadangkan anda semua baca artikel ini..

    http://saifulislam.com/?p=1389#more-1389

    Wassalam

  7. shabriduda said

    salza hendra.

    orang yang bermasalah saja yang takutkan kerajaan yang telus dan bersih.kakitangan kerajaan adalah perkerja yang menjalan tugas untuk membangunkan negara.mereka di bayar gaji oleh rakyat bukan oleh parti yang memerintah.mereka juga termaktub dengan undang2.kenapa anda nak menakutkan kakitangan kerajaan.saudara kena tau beza antara kerajaan dangan parti yang memerintah.parti politik yang memenangi majoriti dalam pilihanraya yang akan memerintah.dan akan memebentuk kerajaan.kakaitangan kerajaan yang di ambil oleh SPA tetap akan bekerja dengan kerajaan yang baru.pegawai yang tak amanah dan korup akan didakwa oleh mahkamah kalo didapati bersalah barulah tindakan akan di ambil oleh kerajaan.bukannya parti politik yang memerintah.

    Apa yang nak dirisaukan semua kerusi parlimen dan DUN yang ditandingi oleh umno akan di tentang oleh PAS dan PKR selalunya Calonnya melayu.Kalo calon melayu umno kalah calon melayu pas dan keadilan yang menang.tidak ada sejarah calon umno berani menetang calon DAP dan umno menang.Calon MCA dan MIC akan ditentang oleh DAP dan PKR.melayu umno kalah melayu BA menang.Cina MCA dan Gerakan kalah Calon Cina DAP dan PKR menang.begitu juga lah nasib2 Calon dari MIC.
    Kalo DAP menang semua kerusi yang tandingi pun DAP takkan boleh memerintah bersendirian.kesimpulannya kenapa takut pada keaadilan(bukan sama rata) untuk semua yang menjanjikan kerajaan beramanah ,bersih dan berkebajikan.dah lama rakyat bagi peluang pada BN untuk menjadi parti pemerintah tapi masih lagi merayu kuasa pada rakyat dengan janji2 .

    begitu lah peminpin BN sering memainkan kan nada dan sentimen yang berbeza lain didepan orang melayu,tapi nadanaya akan berubah bila berdepan dengan orang india dan cina.

  8. juragan_petai said

    salza hendra.

    Hak2 keistimewaan orang melayu tak pernah di hakis oleh pas,pkr dan DAP,tapi sejarah telah membuktikan hak2 keistimewaan melayu telah di hakiskan oleh UMNO dengan alasan bertolak ansur,tapi mereka sering mengwar-warkan parti pembangkang yang akan menghapuskan hak2 tersebut.kerajaan Malaysia tak pernah di Perintah oleh parti lain melainkan UMNO.kemana perginya hak istemewa orng melayu????biasiswa di IPTA di hapuskan diganti dengan Utang PPTN.Tanah RIzab Melayu di ambil atas nama pembangunan tapi tak diganti semula ,kuasa politik melayu semakin sempit kawasan parlimen dan DUN yang berpenduduk melayu melebihi 60% tapi wakil rakyatnya orang bukan melayu atas dasar berkerjasama.kedaulatan bahasa melayu yang konon sebagai bahasa kebangsaan,umno lah juga yang menjadi juara menjadikan matematik dan sains dalam bahasa inggeris di peringkat sekolah rendah dan menengah yang lebih banyak rugi dari untung,

    hak2 orang melayu dalam perniagaan telah bertukar menjadi hak2 keistimewaan umnoputra.orang bukan melayu dah mula ada dalam MRSM.baru2 ni BApak melayu Glokal telah mengumumkan hak2 orang melayu untuk di kongsi orang india demi undi.banyak lagi bukti malasla nak berjela2 di sini.

    bila hampir dengan mesyuarat agung umno ,maka berapi2 pemimpin umno akan memperjuangkan hak2 melayu di hadapan orang melayu,untuk di pilih semula tapi bila mereka mentadbir negara sepatutnya hak2 orang melayu bertambah-tambah kerana mereka parti yang kuat dan memerintah sampai lebih 50 tahun.bandingkan perbezaan hak2 orang melayu selepas mendeka dengan hari ini.so kenapa nak risau pembangkang akan menghakiskannya kononnya.
    kalo panjang umur kita selepas PRU 12 kalo BN menang lagi kemungkinan ada jawatan TIM PERDANA MENTERI 2 di kalangan bukan melayu…hak keistimewaan orang melayu dah lama terhakis cuma yang ada sekarang hak keistimewaan orang UMNO.

  9. teman_mandi said

    jangan risau le BN akan menang besar dalam PRU 12 kerana BN di wakili sebanyak 15 parti komponen, yang terbaru ialah parti AMAN(bukit aman)dan PARTI JAYA(suruhanjaya pilihanraya)gigit jari le parti pembangkang he he he ..hidup BN! negara maju barang musti kena mahal.kita kena banding barang kita yang lebih murah dengan negara jiran.jangan bandingkan barang yang murah di negeri jiran dengan negara kita he he he……aku sokong BN sampai mati

  10. balantara_halilintar said

    biasa lah, buat kenyataan palsu kerana dibayar oleh pucuk pimpinan umno. duit haram masuk keperut neraka jawabnya. dunia mmg la senang lenang tp mati belum tentu selamat. insafla, bertaubat la kawan hidup nie bukan kat dunia je, akhirat menanti panjang lg masa kekal selamnya.

  11. DR YK said

    BA TU DULU ADALAH UMNO JUGAK…TUTUH DUIT RAKYAT JUGAK..FORGET ABOUT THE REAL AGENDA… THE PARTY WAS FORMED BECOZ OF ANWAR… HE LOST IN THE BATTLE… SORRY TO SAY BA WONT BE VOTED IN THE COMING ELECTION…U CAN SAY ANYTHING U LIKE THE MIAN FACTOR IS WE ARE TOO COMFORTABLE WITH THE CURRENT SITUATION… THANK U

  12. Sahabatkumengong said

    ohh.. undi je la BN yek..
    toksah ade pembangkang..

  13. pemudaumno said

    memang laa kerajaan jepun, usa semua senagn bertukar ganti tanpa masalah..
    cuma saya nak tanyakan..kat sana ada ke berbilang bangsa??
    us jepun semua sama jer..takde melayu, jepun, india, cina, dayak dsbgnya
    kalau kita takde multi racial boleh laa cita

  14. al-Marbawi said

    Pembangkang di Malaysia belum cukup utuh lagi untuk menjadi peneraju kerajaan di Malaysia. Sedangkan kerjasama antara pembangkang pun belum mantap, apakah kerjasama yang belum mantap ini menjamin kesejahteraan negara pimpinan mereka?

    p/s: Saya cadangkan supaya pemimpin-pemimpin pembangkang bermain game komputer seperti “SimCity” atau “Caesar”. Game yang melibatkan kepintaran mentadbir sesebuah bandar atau wilayah. Jika pemimpin-pemimpin mahir bermain game ini, tidak mustahil mereka akan mendapat kemahiran bagaimana menguruskan sesebuah negeri.

  15. apaapele said

    pilihanraya dah lepas
    takyah kecoh2 lagi dah
    sendiri mau tau dan paham

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: