Sahabat MANTAP

:: Memantapkan Minda Nasional ::

Pejuang Demokrasi Kononnya

Posted by Sahabat MANTAP di Khamis, 3 Januari 2008

Oleh: Sang Tempur

Mereka mendabik dada mengatakan merekalah pejuang demokrasi tulen tetapi apa yang telah ditunjukkan adalah sebaliknya. Inilah wajah sebenar parti-parti politik pembangkang. Mereka boleh diibaratkan ‘kokok berderai-derai, ekor bergelumang taik’, ‘paku dulang, paku serpih; mengata orang, dia yang lebih’.

Sekiranya kita melawat blog-blog mereka dan menulis bait-bait komentar di bawah mana-mana entrinya untuk menjawab fitnah atau mendedahkan fakta kepincangan mereka, sudah tentu komentar kita tidak akan dipaparkan.

Maka, di mana kebebasan suara yang mereka laung-laungkan? Di mana keadilan yang mereka perjuangkan? Jika sudah biasa mencari kesalahan dan mendedahkan keburukan orang lain, usahlah takut jika keburukan sendiri diperkatakan orang. Di mana prinsip berani kerana benar? Atau sebenarnya mereka takut kerana salah?

Seharusnya mereka menjadikan diri mereka itu contoh jika mahu orang lain menuruti kehendak dan nafsu mereka tetapi sebaliknya pula berlaku. Mereka seolah-olah ingin memberitahu kepada semua rakyat, inilah demokrasi ciptaan mereka. Mereka adalah samseng blog khususnya dalam komuniti WordPress sehingga memaksa semua blogger tunduk kepada kemahuan mereka semata-mata. Mereka ini tidak layak untuk hidup bermasyarakat, apatah lagi menjadi pemimpin kepada masyarakat.

Jika kita merujuk sebuah entri pada 25 Disember 2007 dalam sebuah blog berkaitan parti pembangkang yang diberi tajuk ‘Jangan Layan Blog Pro BN Yang Menipu Rakyat Sembunyi Kebenaran!’, di situ ada dipaparkan ayat seperti berikut:

“(Maaf! alamat semua blog itu tidak akan dinyatakan disini kerana tak nak bagi promosi percuma kat mereka. Biar rating pembaca mereka ‘0′, boikot je kalu jumpa. Biar mereka tulis tapi tak ada orang tahu dan baca apa yang mereka tulis..buang masa sahaja)”

Orang-orang seperti inilah yang diherdik di dalam Al-Quran sebagaimana firman Allah s.w.t.,

“Atau patutkah mereka dengki kepada manusia disebabkan nikmat yang telah diberikan oleh Allah kepada mereka dari limpah kurniaNya? Kerana sesungguhnya Kami telah pun memberi kepada keluarga Ibrahim: Kitab (ugama) dan hikmat (pangkat Nabi), dan kami telah memberi kepada mereka kerajaan yang besar.” (Surah An-Nisa’: 54).

Bolehkah kita bayangkan seandainya mereka ditakdirkan memerintah negara? Jika dalam ruangan yang sekecil ini pun tidak ada toleransi, maka bagaimanakah keadaan mereka dalam ruang yang lebih besar tatkala memegang tampuk sebuah kerajaan?

Jadi, apa yang mereka laung-laungkan bahawa tiada demokrasi dalam negara, mansuhkan ISA, kerajaan mengamalkan rasuah dan sebagainya hanyalah agenda politik untuk memenangi pilihan raya. Apabila kelak mereka memenanginya, pasti apa yang diperjuangkan jauh sekali akan dibuat kerana mereka mula melihat bahawa mengekalkannya adalah lebih baik demi keutuhan kerajaan yang baru.

Bukankah perlakuan mereka yang penuh dengan pembohongan dan kepalsuan ini telah terbukti sebaik sahaja mereka berjaya menawan dan membentuk Kerajaan PAS Terengganu selama 3 setengah tahun bermula 1 Disember 1999 sempena Pilihan Raya Umum Ke-10 pada 30 November 1999 yang lalu? Berikut adalah antara bukti-buktinya bahawa mereka itu ‘cakap tidak serupa bikin’:

  1. PECAT, SINGKIR DAN TUKAR PEGAWAI: Dato’ Seri Haji Abdul Hadi Awang sebaik sahaja dilantik menjadi Menteri Besar pada 1 Disember 1999 berjanji tidak akan membalas dendam kepada penyokong UMNO tetapi beberapa hari selepas itu pegawai dan kakitangan kerajaan negeri yang menyokong UMNO ditukar dan dipecat. Dalam bulan itu juga, Dato’ Che Mat Jusoh, Setiausaha Kerajaan pada waktu itu telah disingkirkan. Begitu juga Pengarah Yayasan Terengganu dan Yayasan Pembangunan Keluarga dipecat dan penghulu yang menyokong UMNO ditukarkan secara besar-besaran ke kawasan pedalaman. Manakala pada 17 Disember 1999 pula, Hj Abdul Hadi dengan angkuhnya telah berkata anggaplah itu sebagai ‘takdir Allah’.

  2. JAWATANKUASA MASJID DITAMATKAN: Pada 2 Mei 2000, ahli-ahli Jawatankuasa Masjid yang belum tamat tempoh perkhidmatannya ditamatkan oleh Kerajaan PAS Terengganu membabitkan 400 buah masjid dan 4,000 ahli jawatankuasa.

  3. PECAT DAN GANTUNG IMAM / BILAL: Menggantung dan memecat imam-imam dan bilal-bilal masjid yang diketahui tidak menyokong PAS dan yang terlibat dengan JKKK.

  4. PECAT PENGARAH TATI: Pada 27 Disember 2002, PAS telah memecat Pengarah TATI, Dr. Mohd Zaki Abdul Muin dengan notis 24 jam kerana enggan memberikan geran (wang ehsan) kepada Kerajaan PAS Terengganu padahal geran tersebut telah diberikan oleh Kerajaan Pusat untuk TATI. Selain itu, pemecatannya juga disebabkan beliau telah membongkar dan mendedahkan penyelewengan di TATI.

  5. JKKK DIMANSUH DAN DIHARAMKAN: Pada Januari 2000, PAS memecat ketua-ketua kampung dan menamatkan serta mengharamkan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan digantikan dengan Jawatankuasa Syura Rakyat (JSR).

  6. UPU DIMANSUHKAN, KAKITANGAN DIPECAT: Unit Perpaduan Ummah (UPU) ditutup dan 420 kakitangan dipecat atas alasan agensi politik UMNO. Kemudian digantikan pula dengan Unit Pembangunan Insan dengan melantik dan membayar elaun kepada kader-kader PAS. Bekas calon PAS bagi DUN Ajil yang telah tewas dilantik pula sebagai Pengarahnya.

  7. TAMATKAN BANTUAN KEMISKINAN: Pada November 2000, PAS menamatkan kira-kira 1,500 orang penerima bantuan bulanan Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri terdiri dari kalangan orang-orang miskin, ibu tunggal dan warga tua yang disyaki tidak menyokong PAS.

  8. TAMATKAN ELAUN GURU AL-QURAN: Pada Julai 2001, PAS menamatkan elaun 2,048 guru Al-Quran kampung yang telah dilantik semasa zaman pemerintahan BN. Turut ditamatkan ialah mubaligh dan guru agama Yayasan Islam Terengganu sejak Januari 2001 lagi.

  9. IMBUHAN HAFIZ AL-QURAN DIHAPUSKAN: Mulai Januari 2001, imbuhan bagi hafiz dan haafizah Al-Quran termasuklah yang buta penglihatannya ditarik balik. Elaun Qariah berjasa bagi Hajah Rogayah Sulong juga turut ditamatkan.

  10. ZAKAT UNTUK PENYOKONG PAS: Orang-orang miskin yang diketahui menyokong UMNO dinafikan haknya oleh JSR untuk memperolehi wang zakat yang dibahagi-bahagikan di setiap masjid di kampung-kampung.

  11. ANAK EXCO PUN DAPAT WANG ZAKAT: Anak-anak kepada dua Exco Kerajaan PAS Negeri pada ketika itu, YB Abu Bakar Chik dan YB Abu Bakar Abdullah telah diberi wang zakat untuk anak-anak mereka belajar di luar negara. Haji Abdul Hadi Awang pula berbohong dengan menafikan adanya anak-anak ahli Exco diberi wang zakat. Apabila pihak UMNO mengemukakan dokumen sebagai bukti, beliau pun berkata, “anak Exco berhak terima wang zakat kerana itu fisabillillah.” Wang Zakat digunakan sesuka hati oleh PAS termasuk dibelanjakan untuk membayar elaun kader-kader PAS antara RM600 dan RM800 sebulan dan wang zakat itu juga diagihkan kepada sekolah-sekolah milik parti PAS.

  12. RAMPAS WANG EHSAN UNTUK INSTITUSI PENDIDIKAN: Pada Disember 2000, Kerajaan PAS merampas sebahagian RM40 juta wang ehsan sumbangan Kerajaan Pusat kepada institusi pendidikan negeri seperti KUSZA, TATI dan Sekolah-Sekolah Agama di bawah Kerajaan Negeri.

  13. RAMPAS ASRAMA ANAK YATIM: Asrama anak yatim milik PERKAYA dirampas oleh Kerajaan PAS Terengganu.

  14. HALAU KANAK-KANAK TADIKA KEMAS: JSR yang baru ditubuhkan oleh PAS telah bertindak menghalau kanak-kanak tadika KEMAS dari balai raya dan lain-lain premis milik Kerajaan Negeri yang berjumlah 391 kesemuanya.

  15. HALAU PENDUDUK MISKIN: Pada 27 November 2002, ketika umat Islam berpuasa bagi hari yang ke-22, penduduk miskin yang diketahui menyokong UMNO di penempatan PPRT Belaoh, Hulu Besut telah diusir keluar. Pembinaan surau di penempatan itu juga dihalang oleh Kerajaan Pas Terengganu melalui Pejabat Daerah Besut.

  16. PREMIUM TANAH DINAIKKAN: Bayaran premium tanah dinaikkan oleh Kerajaan PAS sebanyak 20 peratus berdasarkan harga pasaran semasa. Berbanding semasa pemerintahan kerajaan BN sebelumnya yang premiumnya hanya antara RM200 – RM800 seekar.

  17. MEMBENARKAN TERNAKAN KHINZIR: Pada 15 Disember 1999, Haji Abdul Hadi menarik balik larangan menternak babi oleh Kerajaan BN Negeri sebelum ini dengan motif mendapat sokongan bukan Islam.

  18. LULUS 8 LESEN ARAK: Pada tahun 2000, Kerajaan PAS meluluskan 8 lesen penjualan arak di Terengganu dengan alasan Islam tidak menghalang berbuat demikian sedangkan sebelum dapat memerintah, mereka menuduh kerajaan BN negeri tidak Islamik kerana membenarkan penjualan arak.

  19. GUNA KERETA MEWAH: Dahulu mereka mencemuh pemimpin kerajaan UMNO menggunakan kereta mewah tetapi pada 5 Februari 2001, Haji Abdul Hadi ketika berucap di Kompleks Seri Iman mempertahankan Exco Kerajaan PAS yang menggunakan kereta mewah (Mercedes) dengan memberikan alasan bahawa kereta tersebut lebih laju, selesa, mengelak kerosakan dan cepat sampai.

  20. PERLEMBAGAAN NEGARA KAFIR: Pada 1981, Hj Abdul Hadi berucap di Banggol Peradong, Manir, Kuala Terengganu dengan mengatakan orang-orang UMNO sebagai kafir kerana mengekalkan perlembagaan negara yang dikatakan sebagai perlembagaan penjajah dan jahiliyah. Lain pula apabila pada Januari 2003 dalam satu ucapan dan amanat terbarunya mengenai Strategi Menghadapi Pilihan Raya Ke-11 yang lalu, beliau pula berkata akan mengekalkan perlembagaan yang sedia ada jika menang pilihan raya dan peruntukan mengenai Islam didakwa beliau sebagai mencukupi dalam Perlembagaan Negara yang ada sekarang.

Advertisements

3 Respons to “Pejuang Demokrasi Kononnya”

  1. kesian…..tak dapek den nolong blog ni

  2. lanun muslim said

    aitt..cuba mengusik nampak

    Sahabat MANTAP: Heheheh. saje memeriahkan tahun baru.

  3. jawatankuasa komuniti said

    betul gak tu. eh, diorg tu takde semangat kejiranan ke? sampai sanggup letak duri kt laluan masuk rumah jiran. nk terima tetamu pun, tetamu terpilih. yg dtg dgn niat nak tegur, betulkn kesilapan kena halau. org yg takde agama je yg wat keje2 camni. perangai camtu yg nak disokong?
    dah tu kata org lain kambing. apa punya manusia la diorg ni. baru prebet tu. kalau diorg punya kolonel tu dah sampai tahap kata org sbg b**i, p***mak, mcm2 lah. mcm ni ke waris2 penganut islam kat malaysia ni.
    apa la, tak profesional langsung.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: