Jalur Gemilang telah dicipta oleh Allahyarham Mohamed Hamzah pada tahun 1947 yang ketika itu berusia 29 tahun dan merupakan seorang arkitek di Jabatan Kerja Raya (JKR) di Johor Bahru, Johor.
Bendera Malaysia telah disahkan oleh King George VI pada 19 Mei 1950 dan pertama kali dikibarkan di depan Istana Selangor pada 26 Mei 1950.
Allahyarham Mohamed Hamzah meninggal dunia ketika berusia 75 tahun pada 13 Februari 1993 di Jalan Stulang Baru, Kampung Melayu Majidee, Johor. Al-Fatihah...
MANTAP tergolong dari kalangan pemikir yang rasional dan pragmatik. Mencari jalan penyelesaian yang tercorak dari hasil persetujuan para pemimpin terdahulu dan para pejuang kemerdekaan bagi membantu meleraikan masalah yang timbul demi memantapkan dasar-dasar negara, memantapkan perpaduan nasional, memantapkan pendidikan nasional, memantapkan ekonomi negara dan memantapkan siasah nasional.
Sebuah kerajaan bersih, adil dan sama rata akan dibentuk sekiranya pakatan pembangkang yang dipanggil Barisan Alternatif (BA) yang terdiri daripada PAS, DAP, dan PKR memenangi Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-12 kelak. “Bersih”yang dimaksudkan oleh mereka adalah sebuah kerajaan yang tiada penyelewengan, penipuan, korupsi, kronisma dan nepotisma. “Adil” pula bermaksud semua rakyat tanpa mengira bangsa dan agama akan diberikan peluang dan hak yang adil dalam segala aspek baik dari segi politik, ekonomi, sosial dan perundangan. Manakala “Sama rata” pula membawa maksud Baca baki entri ini »
S. S. Dr Mohd Asri Zainul Abidin
Mufti Negeri Perlis
Hikayat kisah-kisah melayu lama banyak memuatkan tabiat melayu yang amat cenderung untuk hasad dengki antara satu sama lain. Saya tidak pasti sejauh manakah kebenaran kisah-kisah tersebut. Namun yang pasti samada kisah itu benar atau bohong, atau separuh bohong, unsur hasad dengki mempengaruhi masyarakat melayu sehingga kisah-kisah yang berunsur sedemikian terbentuk dan diwarisi.
Mungkin ianya kisah yang ada asalnya, atau igauan perekanya yang selalu terbayang unsur-unsur Baca baki entri ini »
Terdapat perbezaan dari segi kata-kata dalam menepis sebarang fitnah terhadap kedua-dua tokoh ini untuk dinilai kebenaran mereka.
Pada 22 April 2007 sempena Pilihan Raya Kecil DUN Ijok, Timbalan Perdana Menteri, YAB Datuk Seri Najib Tun Razak telah bersumpah “dengan nama Allah” bahawa beliau TIDAK mempunyai sebarang kaitan dengan Baca baki entri ini »
Intipati strategi pembangkang untuk menjatuhkan atau setidak-tidaknya menafikan 2/3 majoriti parti Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-12 adalah melalui pakatan mereka dalam komponen Barisan Alternatif (BA) yang dianggotai oleh PAS, DAP dan PKR.
Kesungguhan dalam memperlihatkan permuafakatan ini ditunjukkan melalui Baca baki entri ini »
Mohd Sabu dikenali ramai sebagai salah seorang yang begitu meminati dan mengagumi perjuangan Hizbullah di Lubnan dan revolusi Islam Iran sejak dari dulu lagi. Minat, sokongan dan kecenderungan beliau diterjemahkan dengan kerapnya beliau berkunjung ke Lubnan dan Tehran dan seringkali menggunakan contoh perjuangan mereka di dalam ceramahnya. Namun sedarkah kita bahawa minat, sokongan dan kecenderungan beliau telah mula bertukar kepada pegangan agama dan aqidah?
Tanyalah beliau tentang aqidah ataupun amalan orang Syiah, nescaya beliau akan dapat menghuraikannya dengan panjang lebar dan begitu terperinci. Tanyalah orang-orang syiah di Malaysia nescaya mereka akan menganggap Sdr. Mohd Sabu adalah Baca baki entri ini »
Tatkala isu berkaitan Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek masih belum reda, lagi sekali negara dikejutkan dengan berita yang cukup tragis apabila ADUN Tenggaroh, YB Datuk S. Krishnasamy, 61 pula ditemui mati ditembak di kepala pada jam 2.10 petang, 11 Januari yang lalu.
Kejadian dalam lif Bangunan MIC Negeri, Jalan Seget, Johor Bahru itu berlaku ketika mendiang yang juga Timbalan Pengerusi Perhubungan MIC Johor dijadualkan menghadiri Mesyuarat Perhubungan MIC Negeri di Tingkat 5 pada jam 2.30 petang.
Mendiang seperti yang dilaporkan juga telah menerima beberapa panggilan telefon berbentuk ugutan seminggu sebelum kematiannya atau sebaik sahaja Baca baki entri ini »
Tidak dapat dinafikan pendedahan video lucah yang mengaitkan bekas Naib Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek @ Chua Kin Seng pada awal sambutan tahun baru 2008 telah memberi satu tamparan hebat buat parti Barisan Nasional (BN).
Tatkala bahang Pilihan Raya Umum Kali Ke-12 kian dekat terasa; tatkala jentera parti bersiap-sedia di medan tempur, tamparan yang diterima sudah tentu serba sedikit akan mengubah strategi Baca baki entri ini »
Mereka mendabik dada mengatakan merekalah pejuang demokrasi tulen tetapi apa yang telah ditunjukkan adalah sebaliknya. Inilah wajah sebenar parti-parti politik pembangkang. Mereka boleh diibaratkan ‘kokok berderai-derai, ekor bergelumang taik’, ‘paku dulang, paku serpih; mengata orang, dia yang lebih’.
Sekiranya kita melawat blog-blog mereka dan menulis bait-bait komentar di bawah mana-mana entrinya untuk menjawab fitnah atau mendedahkan fakta kepincangan mereka, sudah tentu komentar kita tidak akan Baca baki entri ini »
Komen: Siri IV ini adalah siri terakhir di bawah tajuk “Kewajaran Untuk ‘Memerangi’ Pembangkang” (sila baca artikel di bawah). Cukuplah 4 siri ini mendedahkan kita tentang ilmu yang masih belum kita ketahui buat pedoman bagi mengubah sikap dan pendirian kita terhadap pemerintah. Beruntunglah bagi mereka yang menyibukkan diri mencari kebenaran.
Bagi yang mengabaikannya dan saban hari sibuk mencari dan mendedahkan kesalahan orang lain, mereka tidak akan menemui walau sekelumit tentang kebenaran kerana mata, telinga dan hati mereka telah tertutup untuk itu. Lalu Allah s.w.t mengutuk mereka ini dalam Surah Al-A’raf: 179, Baca baki entri ini »