Sahabat MANTAP

:: Memantapkan Minda Nasional ::

Hancurkan UMNO Dari Dalam

Posted by Sahabat MANTAP di Rabu, 26 Disember 2007

Oleh: Salza Hedra

Malaysia akan mengadakan Pilihan Raya Umum ke-12 tidak lama lagi. Pelbagai spekulasi kedengaran mengenai tarikh sebenar pilihan raya. Namun apa yang menarik minat penulis adalah kerancakan kempen pra pilihan raya yang sedang berlaku dalam senario politik tanahair masakini. Nampaknya pihak pembangkang telah dan sedang melancarkan kempen mereka. Kemenangan besar parti Barisan Nasional (BN) pada tahun 2004 dengan memenangi 199 kerusi Parlimen dan menawan semula Terengganu dan hampir menakluki semula Kelantan amat merisaukan parti pembangkang yang hanya memenangi 20 kerusi Parlimen (DAP 12, PAS 6, PKR 1 dan BEBAS 1).

Ramai di kalangan pemerhati politik melihat Pilihan Raya kali ini merupakan cabaran yang amat getir bagi kerajaan BN untuk mengekalkan kemenangan besar seperti yang dikecapi dalam Pilihan Raya Umum Ke-11 yang lalu. Mereka bersependapat bahawa kerajaan BN akan kekal memerintah negara tetapi dengan majoriti yang kurang daripada pilihan raya sebelum ini. Pandangan mereka ini mungkin ada kebenarannya.

Penulis pernah menghadiri satu sesi Dialog Bersama YM Raja Petra Raja Kamaruddin (Pengarang laman web MalaysiaToday) pada November 2007 yang lalu. Antara perkara yang diutarakan oleh beliau adalah berkaitan dengan misi mengurangkan majoriti BN dalam Parlimen. Beliau menyatakan bahawa jumlah pembangkang dalam Parlimen perlu ditambah kepada 60 kerusi berbanding dengan 20 kerusi yang dimenangi pada tahun 2004. Satu peningkatan sehingga 3 kali ganda daripada jumlah kerusi yang dimenangi mereka hari ini. Kata beliau, ini amat penting dalam usaha pembangkang untuk menyalurkan suara rakyat secara total. Peranan mereka sebagai ’pressure group’ dan ’watchdog’ demi kepentingan rakyat dikatakan akan lebih berkesan.

Kesungguhan mereka untuk menambah bilangan kerusi pembangkang dalam Parlimen menjadi begitu terserlah apabila mantan Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Anwar Ibrahim (DSAI) dibebaskan dari penjara. Ia bagaikan satu ’x-factor’ yang diyakini dapat membawa kejayaan dalam misi mereka. Penulis yakin bahawa PKR, PAS dan DAP telah mula duduk semeja merangka dan mengemaskinikan strategi dan tindakan mereka.

Seperti lazimnya, perkara utama yang dilakukan mereka adalah memperlihatkan kepada rakyat kepincangan-kepincangan kerajaan khususnya dalam pelaksanaan dasar-dasarnya. Peranan dan tanggungjawab ini terletak pada bahu DSAI. Hal-hal sebegini termasuklah rahsia-rahsia kerajaan amat diketahui oleh DSAI semasa beliau menjadi orang nombor 2 dalam kerajaan dan UMNO.

Mereka juga seolah-olah mendapat suntikan baru apabila mantan Perdana Menteri kita, YBhg Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri dengan lantang menegur kepimpinan Perdana Menteri sekarang, YAB Dato’ Seri Abdullah Hj Ahmad Badawi yang dianggap lemah dan ditakuti akan ’jeopardise’ maruah UMNO dan imej negara. Kalau boleh, biarlah Pak Lah tumbang dan digantikan oleh orang lain. Bagi Tun, tindakan beliau adalah wajar. Penulis amat menyanjungi dan menghargai jasa Tun yang amat besar kepada negara dan rakyat. Ramai di kalangan pemerhati politik berpendapat bahawa mahu tak mahu; suka tak suka, ucapan-ucapan Tun yang sedemikian rupa sedikit sebanyak akan memberikan kesan buruk kepada UMNO yang beliau sayangi.

Kalau diselami secara mendalam, strategi pembangkang menggunakan kedua-dua tokoh ini (DSAI dan Tun), lain tak lain adalah untuk mengurangkan kerusi Parlimen UMNO. Justeru itu, 60 kerusi yang disebut-sebut oleh Raja Petra pastinya disasarkan kepada kerusi yang dipegang oleh calon UMNO. Bagi pembangkang, UMNO yang menerajui kepimpinan kerajaan merupakan halangan besar bagi mereka untuk merampas tampuk pemerintahan negara. Kejayaan UMNO yang selama 50 tahun membangunkan negara, meletakkan negara di mata dunia dan telah menjalin persefahaman dan kerjasama baik dengan parti-parti komponen BN amat digeruni mereka. Lantaran itu bagi mereka, kekuatan UMNO perlu dihancurkan dari dalam dengan menggunakan orang UMNO sendiri termasuklah orang-orang yang masih setia atau yang pernah menyertai UMNO. Dengan hancurnya UMNO maka akan hancurlah kerjasama dan persefahaman tersebut.

Badan-badan bukan kerajaan (NGO) juga digunakan sebagai strategi sampingan mereka kerana ia tidak menampakkan sangat unsur politik. Gabungan Pilihan Raya Bersih Dan Adil (BERSIH), Hindu Rights Action Force (HINDRAF), Majlis Peguam, Gerakan Mansuhkan ISA (GMI), Gerakan Demokrasi Dan Anti Korupsi (GERAK), Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) adalah antara NGO-NGO yang bersekongkol dengan mereka. Dengan menggalakkan NGO–NGO ini mengadakan demonstrasi-demonstrasi haram jalanan, maka mereka dapat terus membuktikan kepada masyarakat dunia khususnya ’pembiaya-pembiaya’ mereka dari luar negara bahawa Malaysia masih tidak aman dan harmoni walaupun di bawah kepimpinan kerajaan sekarang.

BERSIH mensasarkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan isu-isu berkaitan pilihan raya. Tian Chua merupakan bekas ahli DAP yang menyertai PKR. Ramai di kalangan pemerhati politik tanahair berpendapat bahawa beliau kini aktif dalam BERSIH adalah sebagai strategi pembangkang yang dikepalai oleh DSAI dan Lim Kit Siang. Tuduhan dan tuntutan mereka dalam demonstrasi jalanan tersebut sebenarnya telah pun dan sedang dilaksanakan oleh SPR. Namun untuk mendapat publisiti politik dan mahukan campur tangan asing, maka ia diadakan juga walaupun tanpa permit polis atau dihalang dengan perintah mahkamah.

Demonstrasi haram jalanan HINDRAF pula lebih berbau perkauman. Isu sebegini tidak sepatutnya dimainkan. Ia tidak wajar dibicarakan secara terbuka. Dakwaan mereka ditindas dan diabaikan ternyata hanya retorik politik pembangkang yang mahukan campur tangan asing. Justeru itu, tujuan asal demonstrasi haram yang dilakukan oleh HINDRAF adalah mahu memperlihatkan kepada dunia luar seolah-olah Malaysia adalah sebuah negara yang mengamalkan dasar perkauman. Menuduh UMNO melaksanakan penghapusan etnik kaum India di Malaysia adalah satu pembohongan yang amat nyata dan berniat jahat.

Majlis Peguam pula sibuk dengan isu (kononnya) adanya campur tangan kerajaan dalam bidang kehakiman dan perundangan. Mereka juga mengadakan demonstrasi jalanan tanpa permit daripada pihak polis. Adalah tidak wajar bagi mereka yang mengamalkan undang-undang untuk melibatkan pertubuhan mereka dengan hal-hal politik. Namun disebabkan terdapat segelintir daripada rakan-rakan politik mereka dari parti pembangkang pernah didakwa dan dipenjarakan, maka prinsip yang dipegang sanggup diabaikan.

Sebagai masyarakat Malaysia yang cintakan negaranya, cintakan keharmonian dan kesejahteraan hidup dalam masyarakat yang berbilang kaum ini; sebagai rakyat yang telah 50 tahun hidup merdeka, sanggupkah kita menggadaikan maruah negara hanya untuk memuaskan nafsu mereka yang telah berjaya dirasuk kuasa asing semata-mata gilakan kuasa tanpa berfikir lebih jauh daripada itu? Adakah kita ingin melihat mereka ketawa dan bertepuk tangan sambil berkata “sebuah lagi negara Islam telah berada dalam genggaman kita!” 

17 Respons to “Hancurkan UMNO Dari Dalam”

  1. qalbi said

    assalamualaikum..sebenarnya saya dalam pencarian antara parti yang benar-benar menggunakan Islam sebagai jalan politiknya. secara tidak langsung Islam berteraskan Quran dan sunnah SAW.apa yang jelas bertentangan dengan dua sumber tersebut adalah politik batil.tak kiralah PAS atau UMNO, manusia itu mempunyai akal untuk bertanya dan mempertimbangkannya. persoalannya di sini ialah bagaimana sistem PILIHANRAYA antara pihak kerajaan dan pembangkang adalah benar sedangkang SEMAKAN DAFTAR PILIHANRAYA tidak telus. Adakah ini satu KESILAPAN?. mungkin kesilapan SATU, DUA kerana kelalaian, tetapi kesilapan tersebut LEBIH dari satu.

    cuba buka laman SEMAKAN DAFTAR PILIHANRAYA (( http://daftarj.spr.gov.my/daftarbi.asp ))

    setelah itu masukkan nama tersebut:

    991214740101 – lahir tahun 99 (8 TAHUN ???)
    981231081137 – lahir tahun 98 (9 TAHUN ???)
    890520610089 – lahir tahun 89 (18 TAHUN ???)
    961231742099 – lahir tahun 96 (11 TAHUN ???)
    910815750017 – lahir tahun 91 (16 TAHUN ???)

    adakah mereka yang berumur 20 dan kebawah boleh mengundi??

    jadi selama ini hasil pilihanraya di Malaysia tidak bersih dan telus. Pihak kerajaan dan pembangkang rupanya ditipu oleh SPR. siapakah yang melantik SPR ini?.

  2. suara said

    Qalbi, ayat pembuka bicara Qalbi menunjukkan bhw Qalbi sdg mencari2 mana parti yg benar. Tetapi ayat terakhir Qalbi terus menghukum sebuah parti. Ini bermakna, Qalbi tak mencari pun parti mana yg benar sbb dlm diri Qalbi sendiri telah memilih parti tertentu utk disokong.

    Jgn terlalu cepat menghukum dan menyalahkan org lain. Qalbi study dulu perihal Peraturan2 Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih) 2002 yg bleh didapati drpd SPR berkenaan pendaftaran, semakan semula, pembetulan data dsb.

    Utk pengetahuan Qalbi, SPR berhubung secara online dgn pihak Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). Sekiranya JPN takde rekod kematian penama2 yg lahir thn 1899, 1891, 1889 atau seumpamanya, bagaimana pihak JPN hendak memansuhkan nama tersebut? Akibatnya, SPR pun tak bleh lah memandai2 nak mansuhkan nama yg telah berdaftar dgnnya. Takkan pihak SPR nak turun berjumpa seorg demi seorg pengundi berdaftar yg mencecah 11 juta jumlahnya utk memastikan mereka ini masih hidup atau tidak.

    Jd, sbnrnya salah kita juga kerana tidak merekodkan kematian ahli keluarga dgn JPN. Tak semua rakyat ada kesedaran nak buat report kematian. Tak semua rakyat ada kemudahan atau kemampuan utk pergi pejabat JPN terdekat semata2 nak buat report kematian.

    Jika kita buat semakan pemilih secara online, di bwhnya terang2 tertera ayat bertulisan merah Status Rekod : DATA INI UNTUK SEMAKAN DAFTAR PEMILIH. Bknkah sudah bermcm2 kempen yg dibuat SPR supaya rakyat buat semakan pemilih. Jd, yg menjadi persoalan, di manakah sedara-mara penama berkenaan? Mengapa mereka tak buat semakan dan pegi kaunter SPR utk buat pengesahan kematian? Dah tu, salahkan org lain.

    Bagaimana nak menghasilkan rakyat yg bertanggungjwb terhdp negara sdgkan dgn family sendiri pun tak menunaikan tanggungjwb. Bkn pilihan raya yg tidak bersih dan telus; bkn SPR yg menipu; tetapi kita lah sbnrnya yg menjadi punca kpd semua permasalahan ini. Ini yg perlu kita sedar.

    Jd, selepas ini, ketua2 & j/kuasa2 kampung, j/kuasa2 kariah masjid perlu bertanggungjwb utk memastikan ahli keluarga si mati membuat report kematian dgn JPN agar tak mendtgkan masalah di kemudian hari.

  3. Affuan said

    Hm, SPR x buat semakan ke? X link ke web diorang dengan JPN? Hehe.

  4. Yang dipersoalkan ialah orang bawah umur! Bukan orang terlebih umur yang sudah meninggal! TAk reti bacakah? Bila masa orang bawah umur pergi mendaftar dan bila masa pula mereka boleh pergi menyemak? Adakah nombor KP bermula dengan 99xxxxx itu terdaftar sendiri?

  5. cikgunurionline said

    takbirr

  6. suara said

    Affuan, soalan tuh telah diterangkan dlm komentar sblm tuh bhw SPR mmg link dgn JPN. Takkan SPR nak mencampuri urusan pentadbiran JPN sehingga sampai tahap menyemak dlm database diorg plak. Rekod kematian bkn di bwh tanggungjwb SPR.

    Pemberontak beriman (PB), SPR ditubuhkan pada 4 Sept 1957. Ini bermakna, ada rakyat yg lahir sblm thn 1900 lg telah berdaftar sbg pengundi sblm PB lahir lg. 2 angka pertama no K/P tuh bknlah maksudnya thn 1990an tp lebih merujuk kpd thn 1890an.

    Hanya PB jer yg mengandaikan 2 angka pertama no K/P tuh sbg 1990an. Kalau PB org JPN, lalu seseorg yg sdg terbongkok2 berjln bertongkat dtg nak buat K/P baru beserta dokumen yg membuktikan dia lahir thn 1899, agak2 apakah 2 angka pertama no siri K/P baru yg PB nak letakkan?

  7. suara said

    Berhubung soalan Qalbi, SPR dilantik oleh Yang Dipertuan Agong melalui keputusan mesyuarat Majlis Raja-Raja. Bermakna, menentang SPR sama spt menentang Agong.

    Ini juga bermakna, melanjutkan pelantikan Tan Sri Rashid sbg Pengerusi SPR adalah juga dgn restu Agong sekaligus membuktikan bhw penyerahan memorandum BERSIH pd 10 Nov 2007 sama sekali gagal mencapai misinya.

  8. Ramai juga pengundi berusia 100 tahun lebih hehehehe! Hampeh!

  9. suara said

    Mmg ramai pun PB. Selagi kita sbg anak2 atau sedara-mara yg hampeh nih tak buat report kematian dgn JPN utk membolehkan SPR update data pengundi yg berdaftar, selagi itulah pengundi berusia lebih 100 thn ada dlm database SPR.

  10. hamba allah said

    dr baca artilce saudari, jelas menunjuk saudara nie adalah penyokong kerajaan totok.

    tp satu saje saya nak ckp sini, bahawa sebab saya bukanlah org baik2 sgt- dosa sendirk pun bertimbun, tak sanggup saya utk menambah FREE2 lagi dosa ini dengan menyokong org2 yg menzalimi org lain seperti kes ISA.. tak sanggup.. Org yg tak cerdik sekalipun tak sanggup utk membiarkan dosanye ditambah FREE2 kerana hanya kesilapan dlm memangkah pilihanraya… bab kata TUN sendiri, kalau ade tak suka ISA- yg menzalimi sesama umat islam jgn sokong org yg jalankannya.. Dulu saya igt krn rakyat sokong saya dan sokong isa, sebab tuh saya gunakan ISA… nampak tuh.. ape TUN ckp… TUN sendirik nampak dah sedar benda2 yg zalim nie.. baguslah.. Tp tak tahulah saudara sedar ke tak…..asyik nak menagkan org zalim.. sorry lah yer, ican’t accept it at all..

  11. apo-apo laa said

    Hamba Allah jelas seorg penyokong pembangkang yg totok. Sbbnya, mmg dasar puak2 ni tak pernah nak buat double check. Pakai belasah je. Peh tu buat kesimpulan sendiri. Kesimpulan itulah yg diheboh2 kat rakyat. Maka, berleluasalah fitnah.

    Pd 22/12/07, BPR ambik keterangan dari Tun Mahathir berhubung siasatan rakaman klip video Linggam. Apabila Tun ditanya mengenai tindakan kerajaan gunakan ISA ke atas beberapa pemimpin Hindraf, Tun pun berkata bhw beliau juga pernah menggunakan akta tersebut untuk menahan seseorang.

    Kata2nya begini “Ini negara demokratik. Jika anda memilih orang yang sokong ISA, akta itu akan terus berada di situ dan jika tidak suka, kena pilihlah orang yang tidak suka ISA, pilihan di tangan anda.”

    “Saya dahulu dipilih oleh rakyat walaupun saya menyokong ISA, jadi saya anggap rakyat bersetuju dengannya, sebab itu saya melaksanakan akta tersebut, ia terpulang kepada kerajaan,”

    Itu maknanya, Tun masih sokong ISA. Kalau dilantik semula sbg PM pun, beliau akn gunakan ISA. Fasa ayat “Jika anda memilih orang yang sokong ISA” adalah merujuk kpd BN. Perlu diingat, Tun masih org BN.

    Ayat seterusnya, “jika tidak suka, kena pilihlah orang yang tidak suka ISA” bermaksud parti pembangkang. So kesimpulannya, Tun pulangkan kpd rakyat utk memilih sama ada BN atau pembangkang. Bknnya beliau sedar bhw ISA tu zalim atau tak sbb beliau pun tak nampak di mana yg dikatakan ISA tu zalim. Sbb ISA tu AKTA utk menjamin keselamatan awam dan negara. Bknnya Guantanamo Bay.

  12. apokaliptos said

    1 SOALAN….NAMA DIDALAM SEMAKAN DAFTAR PEMILIH TU AKAN TERTERA JIKA KITA BERDAFTAR.BETUL X?

    ISA TU AKTA,MCM GAK AKTA JENAYAH JUGAK LA KAN?BILA BERSABIT DGN AKTA TU APA YG JD?MASALAHNYA YG ZALIM BILA ‘MENYABIT’ ORG TU DIDALAM AKTA TU.DAN MAKIN ZALIM BILA AKTA TU DISABIT KE ATAS ORG TU DAN ORG TU MENJALANI HUKUMAN DI BWH AKTA TU.

  13. Anti-SPR said

    Tak tau lah sistem skang camana. Dulu saya daftar pengundi isi borang. Diorg key-in data slps drpd tuh. Atau sbnrnya apokaliptos takde pengalaman daftar pengundi kot…

    Buktikan ISA tu zalim. Seksyen berapa? Perenggan ke berapa?

  14. semang said

    haa..kan dah kantoi. tak berdaftar lg rupanya apokaliptos nie. tak payah layan la mamat nie. bkn pengundi pung. cakap mcm nak ubah negara. tp mengundi tak nak.

  15. apokaliptos said

    saya cuma bertanya…betul la saudara anti-SPR menjwb…isi borang,key in data…baru la nama kita berdaftar jd pemilih.
    klik la site ni…
    http://fisher.globat.com/~marhaen.org/v1/mar_a_tun_telanai032.html

    memangla ini 1st time sy mengundi, tp sy sudah berdaftar. pelajar2 sekolah yg belum layak utk mengundi jugak boleh bercakap ttg negaranya,inikan demokrasi.x kan perlu tunggu boleh mengundi br boleh berckp ttg politik.

    Kenapa ISA zalim?
    ISA zalim kerana:
    * menahan dan memenjara aktivis tanpa bicara
    * merampas hak kebebasan aktivis
    * mencabul hak asasi manusia seorang aktivis
    * menafikan hak aktivis membela diri di mahkamah terbuka
    * menzalimi isteri, anak-anak, keluarga dan rakan-rakan aktivis
    * memaksa aktivis untuk akur hidup dalam penjara walaupun tidak pernah disabitkan dengan sebarang kesalahan
    * melanggar prinsip bahawa aktivis tidak bersalah sehingga dibuktikan ia bersalah di mahkamah terbuka
    * memenjarakan aktivis dengan niat jahat (mala fide) mereka-reka alasan penahanan
    * Setiap aktivis hendaklah betul-betul yakin bahawa kezaliman ISA adalah kerana ia melanggar prinsip-prinsip di atas.
    * Jika aktivis tidak sedikit disentuh sekali pun oleh SB semasa tahanan 60 hari atau telah dilayan dengan baik sepanjang ditahan di Kem Kamunting, ISA tetap zalim kerana ia mencabul prinsip-prinsip di atas!
    Jangan sekali-kali keliru!
    Bagaimana ISA menzalimi mangsa?
    ISA menzalimi mangsa dengan berselindung di sebalik undang-undang. Ini dilakukan dengan:
    * menahan aktivis selama 60 hari untuk disoal-siasat oleh SB tanpa diberi ruang untuk berhubung dengan peguam atau anggota keluarga
    * memenjara aktivis selama 2, 4, 6, 8, 10, 12 tahun atau lebih di Kem Kamunting di atas kuasa Menteri Keselamatan Dalam Negeri
    * Tindakan pertama dilakukan di bawah Seksyen 73, ISA dan tindakan kedua diambil di bawah Seksyen 8, ISA.
    Apa jadi semasa tahanan 60 hari?
    Aktivis akan berdepan dengan sebahagian, kesemua atau lebih daripada perkara-perkara berikut:
    * aktivis dibawa ke lokasi rahsia
    * aktivis dikurung di sebuah sel yang sunyi, kotor lagi menakutkan
    * aktivis terpaksa berdepan dengan SB yang ganas dan buas!
    * aktivis disoal-siasat berjam-jam
    * aktivis dihalang tidur, rehat dan melakukan ibadah-ibadah tambahan
    * aktivis dibogelkan
    * aktivis dipaksa melakonkan adegan seks
    * aktivis dipaksa berjalan itik, lompat katak atau berenang di atas lantai yang kering! * aktivis diludah muka, dipaksa telan air ludah SB atau menghirup air yang dicurahkan di atas lantai
    * aktivis dipukul, diterajang, dibelasah dan diseksa dengan dicucuh badan dengan puntong rokok dan lain-lain
    * aktivis diliwat dengan sejenis objek atau alat
    * aktivis diancam untuk diliwat oleh SB
    * aktivis dipaksa membuat pengakuan dan kerjasama serta menandatangani beberapa dokumen palsu!
    Apa jadi semasa ditahan di Kem Kamunting?
    * aktivis dipenjara tanpa bicara
    * aktivis dituduh dengan tuduhan yang direka-reka
    * aktivis dipaksa hidup seperti orang salah
    * aktivis dipaksa patuh dengan peraturan penjara
    * aktivis dirampas hak untuk membela diri
    * aktivis dikurung sekali lagi bersendirian dalam sel sunyi
    * aktivis dipaksa menjalani program pemulihan
    * aktivis didesak untuk mengaku menyesal, sedar kesalahan yang ‘dilakukan’ dan insaf serta tidak mahu mengulangi ‘kesilapan’ silam!
    * aktivis ditekan agar tunduk kepada kehendak Putrajaya dan Bukit Aman
    * aktivis didesak agar tidak akan aktif dalam politik atau aktivisme sosial tetapi sebaliknya menumpu dalam membangunkan kerjaya dan keluarga semata-mata!
    * aktivis didesak untuk tidak menentang Umno-BN
    * aktivis dipujuk untuk menyokong Umno-BN
    * aktivis dipujuk dan didesak untuk menjadi ahli Umno.
    Apa yang tidak benar tentang pembebasan ISA?
    Ketahuilah bahawa aktivis tidak bebas daripada penahanan ISA kerana:
    * ‘bekerjasama’ dan membuat pengakuan di hadapan SB semasa soal-siasat 60 hari
    * berkelakuan baik dan mematuhi semua peraturan semasa di Kem Kamunting
    * patuh kepada arahan dan mengikuti semua program pemulihan di Kem Kamunting
    * patuh kepada nasihat dan percaya sepenuhnya dengan apa yang diberitahu serta janji-janji *SB yang datang setiap tiga bulan menemui aktivis di Kem Kamunting membuat rayuan dan mengaku sudah insaf kepada Lembaga Penasihat semasa berada di Kem Kamunting bagi tujuan agar dibebaskan
    * tunduk dan melutut kepada kehendak Putrajaya dan Bukit Aman
    Apa yang benar tentang pembebasan ISA?
    Ketahuilah, insya-Allah aktivis akan bebas daripada penahanan ISA dengan:
    *meningkatnya tekanan masyarakat antarabangsa khususnya melalui badan-badan hak asasi manusia
    * dimartabatkan oleh Amnesty International sebagai Prisoner of Conscience dan oleh Islamic Human Rights Commission (London) sebagai Prisoner of Faith
    * meluasnya tekanan dan tuntutan rakyat tempatan
    * semakin semaraknya kempen-kempen yang menuntut pembebasan aktivis
    * pendedahan pembohongan dan penipuan pemerintah ke atas aktivis
    * terus mencabar keputusan dan tindakan pemerintah menahan aktivis di mahkamah
    * Isteri, anak-anak dan keluarga bangkit lawan.

  16. teman_mandi said

    jangan le risau sahabat ku budiman BN akan menang besar lagi daalam PRU 12 ni kerna komponen BN bertambah lagi dah jadi 15 parti .parti yang baru meyertai secara rasmi sekarang ialah PARTI AMAAN(Bukit Aman) dan parti JAYA (suruhaanjaya pihanraya) he he he he.Dulu bila aktivis melayu yang ramai kena ISA, orang India tak kesah pun tapi bila orang hindraf kena ISA barulah mereka tahu Zalim akta tu tapi kes hindraf ni takder lak soal siasat 60 hari napa ek???,he he he.kita tunggu bila kena batang hidung sendiri baru la tau akta tu sesuai lagi ker di gunakan untuk jaga keselamatan ,kesetabilan negara @ nak jaga kuasa peminpin UMNO dan BN.??????

    saya seru sokonglah BN dengan membabi buta semoga negara ni bertambah berjaya dimata dunia.Demokrasi ala malaysia la katakan.

  17. suara said

    Hukum halal & haram itu jelas & telah diputuskan. Tp masih ada perkara yg berada di tgh2nya atau subahat. Utk ini, agama menyarankan agar diambil sbg haram jika terdpt was2 antara keduanya. Begitu juga dlm melakukan kerja atau memilih utk berbuat sesuatu.

    Jika kita merasakan kerja yg akn dibuat boleh membawa keburukan, sbg org yg beragama, maka hendaklah kita tinggalkan. Jika diteruskan, kita tanggunglah akibatnya. Oleh itu, ISA itu tak salah. Yg salah adalah manusia yg tak gunakan akal utk menilai mana yg baik & buruk dlm membuat keputusan utk berbuat sesuatu.

    ISA tak pernah tahan org yg ‘baik’ dlm ertikata sbnrnya. Jadilah rakyat yg baik; yg tak bersubahat dlm melakukan perkara yg boleh membawa keburukan. Kita akn selamat. Takde sape akn kacau.

    Cuba senaraikan segala tahanan ISA dan atas isu apa mereka ditahan. Segalanya atas perkara yg bleh mendtgkan keburukan kpd negara. Mereka yg tak suka & takut kat polis terdiri drpd ahli kongsi gelap, perompak, pembunuh dsbnya. Mereka yg melakukan kesalahan jer takut kat polis. Rakyat biasa ok jer.

    So, samalah…hanya org yg melakukan kesalahan jer takut dgn ISA. Rakyat lain takde mslh pun sbb takde perkara syubahat yg mereka lakukan. Sbb apa mereka nak ISA dimansuhkan? Sbb mereka bleh bebas dan terus melakukan perlakuan2 buruk terhdp negara tanpa kekangan atau terikat dgn undang2 lg. Itu jer…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: