Sahabat MANTAP

:: Memantapkan Minda Nasional ::

Kewajaran Untuk ‘Memerangi’ Pembangkang II

Posted by Sahabat MANTAP di Jumaat, 21 Disember 2007

Oleh: Sang Tempur 

Komen: Sehingga artikel di bawah ini dipaparkan (lanjutan dari Siri I), masih belum ada mana-mana laman web, blog atau apa-apa saluran media daripada pihak parti politik pembangkang yang berkemampuan untuk menyahut cabaran atau persoalan yang dikemukakan dalam Siri I.

Pelihara Adab Rakyat Terhadap Penguasa

Oleh : Ibnu Hatim

ISLAM, dengan penuh hikmah dan berhemah mengatur bagaimana seharusnya hubungan antara rakyat dengan penguasa atau pemerintah dapat berlangsung dalam suasana yang harmoni. Islam memuliakan penguasa memandangkan beban tanggungjawab dan tugas yang dipikulnya. Justeru itu, tidak boleh bagi sesiapa pun meremehkan penguasa atau sewenang-wenang pula menghina serta mencelanya.

Bagaimanapun, amat menyedihkan kita kerana ajaran yang mulia ini sudah mula dilupakan oleh sebahagian umat Islam. Sesungguhnya dalam hal ini, Rasulullah s.a.w. amat keras melarang sikap suka merendah-rendahkan penguasa. Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Para penguasa adalah naungan Allah di muka bumi. Barangsiapa yang memuliakan penguasa, Allah akan memuliakannya. Barangsiapa yang menghina penguasa, Allah akan menghina akan dia” (Hadis Riwayat Baihaqi).

Iman Ibnu Abi Ashim dalam kitabnya As-Sunnah, daripada Muawiyah bin Abi Sufyan, dia berkata: “Ketika Abu Zar keluar menuju Robadzah, dia bertemu dengan sekelompok penduduk dari Iraq. Mereka berkata: “Wahai Abu Zar, kami sudah tahu apa yang dilakukan penguasa terhadapmu. Duduklah dan tancapkanlah bendera pemberontakan, maka orang-orang akan datang kepadamu.” Abu Zar menjawab: “Tenang…tenang, wahai saudara seIslam. Sesungguhnya aku mendengar Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Akan ada sepeninggalanku iaitu para penguasa. Hormatilah mereka. Barangsiapa yang mencari kejahatannya, sesungguhnya dia telah meruntuhkan dinding Islam. Tidak akan diterima taubatnya hingga dia mengembalikan dinding yang dirosakkan itu sebagaimana sediakala.””

Semoga Allah s.w.t. merahmati Sahlbin Abdullahat Tustari yang berkata, “Manusia sentiasa berada dalam kebaikan selagi mereka menghormati penguasa dan ulama’. Apabila mereka mengagungkan kedua-dua golongan ini, Allah akan memperbaiki dunia dan akhirat mereka, dan apabila mereka merendahkannya bererti mereka telah menghancurkan dunia dan akhirat mereka sendiri.” (Tafsir al-Qurtubi 5/260).

Ziyad pula pernah menceritakan, “Semasa aku bersama Abu Bakrah duduk di bawah mimbar, ketika Ibnu Amir yang sedang berkhutbah dan berpakaian nipis, salah seorang daripada jemaah berkata: “Lihatlah pemimpin kita, dia berpakaian orang fasik.” lalu Abu Bakrah berkata: “Diam sajalah! Sesungguhnya aku mendengar Rasulullah pernah bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang menghina penguasa, di muka bumi ini, Allah akan menghinakannya.””

Mencela

Larangan tersebut bukan sahaja dari segi mencela atau menghina mereka, malahan dalam perkara yang dapat mengawal kerosakan yang boleh mengancam kestabilan dan keamanan. Sesuatu kerosakan itu bermula daripada celaan kecil dan berakhir dengan kekacauan dan pemberontakan.

“Amar makruf dan nahi mungkar”; meskipun isinya adalah asas agama tetapi perlu dimulakan dengan dakwah (menyeru dan mengajak) kepada kebaikan sebagai persediaan tapak permulaan untuk menanam benih-benih semaian amal kebaikan dan bukan terus memulakan dengan larangan dan suruhan sesuka hati. Oleh hal yang demikian itu, dalam ayat lain, Allah mengingatkan bahawa dakwah yang hendak dilakukan oleh setiap Muslim itu mestilah berbentuk hikmah (menarik dan mempesonakan).

Allah berfirman yang bermaksud: “Serulah ke jalan Tuhanmu dengan (penuh hikmah) dan dengan pengajaran yang elok dan berbincanglah dengan mereka dengan perbincangan yang lebih baik dan elok” (Surah An-Nahl : 125).

Apa yang amat dikesali, ada di kalangan kita yang mengaku Islam tetapi tidak mengikut atau mentaati peraturan ini, malahan membiarkan diri mereka diseret dalam pelbagai perlakuan yang tidak sewajarnya seperti tunjuk perasaan jalanan yang ingin menunjukkan kekuatan. Islam membenarkan sesiapa sahaja membangkang tetapi tidak diizinkan menjadi pemberontak atau peruntuh keharmonian masyarakat.

Tunjuk perasaan adalah budaya asing yang terkeluar daripada landasan moral, agama dan akan membawa kita ke lembah kebinasaan dan kehancuran. Mereka menghasut rakyat memberontak atas nama demokrasi dan amar makruf nahi mungkar.

Lupakah kita peristiwa pembunuhan Saiyidina Othman Affan oleh kaum pemberontak? Adakah terfikir oleh kita bahawa ada orang sanggup membunuh khalifah yang seumpama ini? Lahirnya gerakan memfitnah ini hanya disebabkan perselisihan faham dan merebut pengaruh sesama umat Islam. Abdullah bin Sabak adalah seorang tokoh Yahudi yang telah mempelopori gerakan di atas nama Islam untuk membunuh Othman Affan. Di atas nama Islam jugalah sebilangan umat begitu mudah dipengaruhinya olehnya dalam gerakan ini.

Islam amat menitikberatkan cara dan pendekatan ‘amar makruf dan nahi mungkar’. Segala-galanya perlu dengan penuh hemah dan beradab sopan. Mengenai adab dengan pemerintah atau penguasa, antara lain Rasulullah s.a.w. mengingatkan kita bagaimana caranya untuk melarang, menasihati, dan menegur mereka. Ia harus dilakukan dengan sopan, halus, dan penuh hikmah. Nabi Musa dan Nabi Harun diperintahkan menghadapi Firaun yang zalim itu dengan penuh hikmah dan lemah lembut.

Islam tidak menyukai seseorang itu melakukan kekerasan, kerana orang yang melakukan kekerasan itu sering mengalami kegagalan. Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah s.w.t menganugerahkan dengan kelembutan apa yang tidak dianugerahkan-Nya melalui kekerasan dan kesulitan, bahkan apa yang tidak dianugerahkan dengan cara yang lain” (riwayat Muslim).

Cara-cara yang berbentuk kekerasan dan sebagainya semata-mata untuk menonjolkan seorang dua pemimpin Islam dengan menggantikan pemimpin Islam yang sudah ada tidak mungkin berhasil. Kita bimbang dalam keadaan yang ada ini sudah tentu golongan lain akan mengambil kesempatan.

Kejahatan

Imam Al-Barbahari berkata: “Apabila engkau melihat orang yang mendoakan kejahatan bagi penguasa maka ketahuilah bahawa dia seorang pengikut hawa nafsu. Apabila engkau melihat orang yang mendoakan kebaikan bagi penguasa, maka dia adalah pengikut sunnah.”

Imam Bukhari dan Muslim meriwayatkan bahawa Usamah bin Zaid pernah ditanya: “Tidakkah engkau menemui Uthman untuk menasihatinya?” Beliau menjawab: “Apakah kamu fikir saya tidak menasihatinya kecuali harus memberitahu kamu? Sesungguhnya aku telah menasihatnya dengan bertemu empat mata dan tidak ingin membuka rahsia tersebut.” (Bukhari 6/330, Al-Fath 13/48, Muslim 4/2290). Apa yang dapat difahamkan bahawa Usamah tidak mahu membuka pintu pengingkaran kepada pemerintah secara terang-terangan kerana takut atau bimbang akan akibatnya yang lebih berbahaya lagi (Fathul Bari 13/52).

Oleh hal demikian, sudah sewajarnya kita mengutamakan cara yang selamat, awasi daripada kekasaran dan keterbukaan untuk menasihati penguasa. Jangan terpedaya dengan tindakan yang tidak dibenarkan oleh agama mahupun moral di sisi masyarakat sekalipun mungkin niatnya baik dan ikhlas. Ini kerana cara tersebut menyimpang daripada jalan Ahli Sunnah yang menganjurkan kita agar sentiasa bersabar dan bertenang apabila mendapati ada sesuatu yang tidak disenangi daripada pemerintah.

Ini sejajar dengan sabda Rasulullah yang bermaksud: “Sesiapa yang terlihat sesuatu yang dibencinya daripada pemerintah, maka hendaklah dia bersabar kerana sesiapa yang meninggalkan jemaah barang sejengkal, maka dia mati dalam keadaan jahiliah.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim).

Kata para ulama’, ketaatan kepada pemerintah adalah di antara fardhu atau tunjang di dalam kehidupan dan wajib dilaksanakan sekalipun mereka berlaku zalim kerana kezaliman itu akan kembali kepada diri pelakunya dan orang lain tidak akan menanggung kesalahan orang lain. Jadi, biarlah mereka sendiri yang menanggungnya.

Memberontak itu hukumnya haram. Oleh yang demikian, berdoalah untuk kebaikan semua terutama pemerintah. Sabda Rasulullah bermaksud: “Sebaik-baik pemimpin itu adalah yang kamu menyayanginya dan mereka juga menyayangi kamu, kamu mendoakan untuk kebaikan mereka dan mereka mendoakan untuk kamu dan sejahat-jahat penguasa adalah yang kamu membencinya dan mereka membencimu, kamu mencacinya dan mereka pun mencaci kamu.”

Kata ulama’ lagi, “Tidak halal bagi seseorang yang beriman itu untuk memberontak menentang pemerintah sekalipun mereka itu zalim. Tidak pernah wujud dalam agama dan sunnah mengenai apa yang dinamakan memberontak kepada pemerintah kerana hal tersebut akan mendatangkan bahaya yang lebih besar, sedangkan agama menganjurkan umatnya supaya memilih jalan yang lebih selamat dan menjauhi daripada bahaya semaksimum mungkin.”

Sumber: Mingguan Malaysia, 16 Disember 2007

Topik berkaitan:

21 Respons to “Kewajaran Untuk ‘Memerangi’ Pembangkang II”

  1. Artikel ini elok juga dibaca oleh orang UMNO Kelantan dan Terengganu yang selalu berusaha menjatuhkan penguasa di sana.

  2. Kalau kerajaan terang terangan korupsi, salahguna kuasa pun masih taat? Apa guna ada undang-undang Islam? Adakah penguasa itu berada diatas undang undang atau kebal daripada undang undang?

    Gunakan otak yang Allah bagi, ini negara berlandaskan demokrasi, hak rakyat untuk menentukan siapa pilihan mereka. Mana ada perhimpunan ganas. Celik mata luas luas siapa yang ganas – itu yang diberi gaji dan beruniform yang mengganas. Jangan asyik petik sunah sana sini tanpa melihat konteks dan keadaan semasa. Hukum fiqh pun ada sandaran kepada keadaan semasa dan suasana iklim politik.

  3. siwolan said

    http://al-ahkam.net/home/modules.php?op=modload&name=News&file=article&sid=44616

  4. suara said

    Pemberontak Beriman, elok hayati apa yg diutarakan oleh kedua2 artikel di bwh tajuk nih. Pengarang2nya menggunakan segala hujah bersandarkan Al-Quran, Hadis dan saranan2 para ulama’. Siapa plak sdra utk mempertikaikan apa yg telah disyorkan?

    Kaji kembali sejarah bagaimana begitu banyak pemberontakan dan pembunuhan selepas pemerintahan khalifah Ar-Rasyidin. Sdgkan pada masa tuh berapa ramai para ulama’ muktabar yg masih hidup dlm suasana negara diperintah oleh pemerintah Islam yg zalim. Cuba sebutkan siapa ulama’2 ini yg telah bangkit utk menentang pemerintah?

    Mereka tak bangkit kerana mereka akur dgn saranan Al-Quran dan Rasul-Nya. Inikan plak negara Malaysia yg mana tiada kezaliman, pembunuhan yg dilakukan pemerintah. Terlalu jauh jika hendak dibandingkan kezaliman pemerintah pd zaman tuh. So, kenapa mesti kita mencabut ketaatan terhdp kerajaan?

    Ya, mmg benar org2 UMNO di Kelantan juga perlu akur dgn apa yg telah disarankan oleh agama. Tiada pemberontakan, tiada demonstrasi, tiada cacian, tiada kutukan, tiada hasutan, tiada fitnah. Jgn buat ini semua. Jalankan kerja dan tanggungjawab masing2.

    Biarkan rakyat yg berbaiat melalui pilihan raya. Tiba masanya, biar mereka yg menentukan undi siapa pemerintah yg mereka suka dlm keadaan aman dan harmoni. Islam membenarkan kita memilih pemerintah tetapi tidak dibenarkan memilih atau mengangkat seseorg sbg pemerintah dgn cara yg kotor spt yg disebutkan di atas.

  5. apokaliptos said

    pemberontakan ke perhimpunan??cth:perhimpunan BERSIH 1 pemberontakan ke?GANAS ke perhimpunan tu?HINDRAF?tgk dlm tv x dinafikan ganas, tp kita tahu ke situasi sebenar?apa yg HINDRAF mintak adalah kesan dr pemerintahan UMNO-BN sendiri.
    Pemerintah di malaysia x zalim?isu ISA…isu harga petrol…TOL…x zalim?org kaya makin kaya dgn hasil titik peluh rakyat.yg miskin makin miskin ditarah oleh manusia2 yg tamak,bodoh & celaka rohaninya!

  6. suara said

    Kalau dah sampai tahap berhimpun di jln2 dgn mengajak seramai mungkin utk menyertainya, itu bkn lg perhimpunan tp mirip kpd pemberontakan. Apa yg dilakukan dah tentu bermula dgn niat.

    Sbg cth, org juga berhimpun utk menyaksikan perarakan kemerdekaan. Tp kerana niat mereka utk menyaksikan perarakan tersebut, maka perhimpunan itu berlangsung dgn aman sejahtera. Berbeza dgn niat org2 yg ikut perhimpunan BERSIH. Sudah pasti niat mereka adalah utk turut menyatakan rasa tak puas hati; rasa ingin memberontak.

    Buktinya, kalau benar perhimpunan aman, mengapa pula premis2 perniagaan cepat2 tutup kedai? Mengapa pula org2 sekeliling yg melihat perlu merasa gerun?

    Cuba ikut cara DAMAI MALAYSIA cthnya. Berhimpun dlm dewan, hanya wakil2 NGO jer terlibat. Belajar dgn mereka bagaimana berhimpun tanpa menggugat keselamatan awam.

    Apa yg HINDRAF mintak, bkn kesan pemerintahan BN tp lebih kpd naluri ingin duduk sama taraf & sama layanannya dgn kaum peribumi kerana mereka merasakan bhw mereka juga punya hak sbg warganegara.

    ISA tuh bkn penjara tp akta, singkatan kpd Internal Security Act, sebuah undang2 persekutuan utk menjamin keselamatan negara. Apokaliptos tak nak berasa selamat ker dlm negara? Bygkanlah jika akta tuh takde. Maka rakyat pun bebaslah nak buat sesuka hati kerana mereka merasakan tidak lg tertakluk kpd peruntukan undang2 tuh. Kalau kita rakyat yg baik, ikut peraturan & undang2, mengapa mesti takut dgn ISA? So, adakah ISA tuh zalim?

    Petrol yg kita nikmati selama ini sebahagiannya adalah SUBSIDI. Kita patut bersyukur kerana M’sia adalah negara (slps Brunei) yg masih kasi SUBSIDI kpd rakyat. Adakah bila simpanan minyak negara habis pd thn 2030, kita masih menagih subsidi? Kita mengharapkan kerajaan tlg rakyat, tp apa pula sumbangan kita terhadap kerajaan dlm menjamin keharmonian negara? So, sape yg zalim sbnrnya?

    Highway yg dibina oleh sykt swasta bknnya KEPERLUAN spt tempat perlindungan, pakaian dan makanan tp dah jd KEHENDAK. Sebarang keperluan negara spt jln2 raya telah pun dibina. Jln persekutuan, jln negeri, jln bandaran adalah cth jenis2 jln yg dibina kerajaan. Jd, ikutlah jln percuma yg disediakan kerajaan. Mengapa kita mesti menzalimi diri sendiri dgn memilih utk bayar tol?

    Org bertambah kaya sbb usaha & kebijaksanaan. Org bertambah miskin sbb tidak berusaha. Belajar konsep ‘sebab & akibat’. Kerajaan juga bantu org2 miskin melalui JKM. Yg penting, setiap ketua kg @ jawatankuasa masjid perlu buat laporan adanya penduduk miskin dlm kwsn mereka ke pejabat JKM terdekat. Atau lebih bagus jika penduduk kampung tuh saling menghulurkan bantuan. Di mana konsep kejiranan yg kita amalkan? Bknkah ini menunjukkan bhw kita sbnrnya yg zalim?

    Kesimpulannya, kita semualah org2 yg celaka itu.

  7. apokaliptos said

    ya betul….semua bermula dgn niat….nak menyatakan sesuatu yg tidak puas dihati…sesuatu yg tidak adil bg mata mereka…perhimpunan diadakan…tp wajarkan saudara katakan ni 1 pemberontakan?pemberontakan mcmn?adakah mereka bakar kereta?baling bom petrol?sifat manusia tu yg mesti merasa takut,dh tentu akan wat sesuatu bila dia rasa takut,lalu dia tutup lah premis perniagaan dia.saudara ada baca harakah?mcmn dikatakan gerun itu bila ada 1 gmbr menunjukkan beberapa org pelancong asing berada diperhimpunan itu sambil tersenyum seolah2 xde apa2 pd mereka.gerun ke tu?
    berhimpun dlm dewan?perhimpunan sekolah boleh la berhimpun dlm dewan.target 100000 org dtg dlm perhimpunan tersebut secara terbuka nak memberitahu kerajaan bukannya pembangkang merasakan ketidakadilan berlaku dlm PR tp juga rakyat.
    saudara ni mmg pro-BN…HINDRAF mintak atas nalurinya ingin sama taraf dgn semua bangsa…sbg warganegara mereka ada hak utk menyatakan semua tu, dan dr mn serta sbb apa dtgnya naluri yg sedemikian rupa?mereka merasakan antara 3 kaum utama dimalaysia,mereka adalah termundur dlm ekonomi & kerajaan umno-BN menindas mereka,sbb itu timbul isu penghapusan etnik oleh HINDRAF.rupa2nya org melayu plg bwh diantara 3 kaum ni.ishk…ishk…
    ISA mmg akta,saya pon tau…budak2 sekolah pon tau.mmg saya nak rasa selamat,semua nak rasa aman damai.tp saya jugak nak keadilan sbg rakyat,sbg sebuah parti politik menyatakan hak2 mereka,mencanangkan kepincangan kerajaan.itu jenayah ke?apa guna pembangkang dlm parlimen?kita nak negara direstui ALLAH bukan direstui paklah!
    petroleum adalah hasil negara dan rakyat punya hak utk merasa kesenangannya. tp dimalaysia apakah kesenangannya dr hasil petroleum tu?petrol naik…x apa…kalau itu aja yg naik…tp fikirlah…harga tol…insurans kenderaan..road tax…harga barangan…semua tu kena byr saudara…pakai duit…belum masuk duit rumah lg…byr bulanan kereta lg…jgn tgk negara lain la…walaupon harga petrol mrk dikatakan lbh tinggi dr kita, ada x kerajaan lihat dr segi lain?cth:insurans kereta,harga kereta,highway bertol negara spt indon,thailand,spore?kerajaan x pk beban rakyat ke?naikkan harga petrol,turunkan la harga tol,insurans kenderaan,kos2 lain…kerajaan pk beban kerajaan je…kena ingat,negara ni bukan milik mutlak kerajaan.
    nak ikut jln percuma?tanya org yg duduk di KL & shah alam.saudara dok KL?shah alam?
    kaya sbb usaha & kebijaksanaan…betul…tp usaha mcmn tu?baik ke buruk?kebijaksanaan utk apa tu?menjahanamkan org2 yg x cerdik utk menipu?sebab & akibat eh?sbb apa dia kaya?sbb dia ada AP..dia AP king.akibatnya….org lain yg kena byr keta yg sepatuttnya harga 40000 jd sampai 80000 atau lebih.
    JKM wat laporan…ada tindakan susulan?nak siasat dulu la…isi borang ni la..borang tu la…tunggu jwpan kami lah…pastu senyap.tgk bersamamu sudahlah…dh masuk tv br terhegeh2 nak tolong. ya…konsep kejiranan perlu ada, jiran juga membantu, tp apa daya jiran kalau mereka juga punya rezeki yg ala kadar shj.

    kita zalim?kita zalim pd anak2 kita pd masa hadapan kalau kita biarkan pemimpin yg sedemikian rupa memimpin negara malaysia.
    maka celakalah kita dan pemimpin itu.

  8. ME said

    celaka…pandai putar belit ayat quran utk kepentingan amno/BN. amno kat kelantan apa kira? kerja nak jatuhkan kerajaan negeri, dosa tuh.sedangkan menjatuhkan penguasa yang zalim pon berdosa apalagi yang tak zalim. jagalah jugak adab dengan kerajaan negeri yang diperintah PAS. ni dok buat kerja bangsat macam-macam. masuk rumah orang tak bagi salam, buat suka hati kepala otak dia, dok kutuk-kutuk mengata macam-macam kat tuan rumah. tu apa kira? dasar bangang…
    eh lupe lak…tak pa dia amno/BN dia bole buat apa sahaja…bodoh…bodoh…bodoh amno

  9. suara said

    Kpd Apokaliptos, mengenai apa2 yg dikatakan pemberontakan atau perhimpunan bg melahirkan rasa tak puas hati kpd pemerintah atau mencanangkan kepincangan kerajaan harap dpt dibaca, dihayati & difahami kembali kesemua artikel dr Siri I hingga Siri IV di bwh tajuk ini. Rasanya, perenggan ke-3 & ke-5 di bwh artikel di atas pun telah menjelaskan sedikit. Selain drpd itu, biarlah kita tinggalkan kpd pihak yg lebih berkuasa utk mengambil tindakan sewajarnya di atas setiap teguran yg diketengahkan.

    W/apa pun, gaya & pendekatan Apokaliptos utk respond amat dihormati.

    Berbeza dgn sdr ME yg masih mengambil pendekatan yg agak kasar utk respond. Komentar ke-4, perenggan ke-4 dah menjelaskan apa yg ME utarakan.

    Rasanya ME tak baca sepenuhnya Siri I hingga Siri IV. Jika diperhatikan, jelas tiada ayat Al-Quran yg diputar-belitkan utk kepentingan mana2 pihak. Apa yg didedahkan segala2nya adalah fakta. Mungkin sbb “siapa mkn cili, dia terasa pedas”, maka dikatakanlah sbg putar-belit. Perlu diingatkan bhw Al-Quran itu mukjizat. Kandungannya tetap relevan dan bertepatan pd semua keadaan & pd semua zaman.

  10. apokaliptos said

    saya x boleh la nak kata yg ayat al-qur’an diputarbelitkan disini,sbb sy ni bukan lah insan yg mahir & arif ttg hadith & al-qur’an. tp cuma sy nak tegaskan disini kenapa perlu kita perangi pembangkang?PAS inginkan sebuah negara islam.negara islam bukan sekadar islam itu sendiri agama rasmi,bukan kerana majoriti penduduknya adalah islam, tp undang2nya juga berlandaskan al-qur’an & sunnah. insyaAllah kalau kita sama2 dirikan sebuah negara islam sebegini, maka kita sbg rakyat & pemimpin bukan shj mendapat keberkatan didunia,malahan di akhirat kelak.

    Apa yg terjadi sekarang adalah kemajuan insfrastruktur,ekonomi & teknologi…tp dimana perginya islam dlm negara yg kita sama2 cintai ini?jika kita cuma kejar kemajuan sebegini,kita x ubah spt negara barat.

    saudara sendiri kata al-qur’an kandungannya tetap relevan dan bertepatan pd semua keadaan dan pd semua zaman,jd kenapa kerajaan umno-BN x melaksanakan sistem pemerintahan islam serta undang2 hudud & qisas yg sememangnya termaktub didlm al-qur’an?

    apa masalahnya kerajaan umno-bn dgn pembangkang?adakah disebabkan pembangkang terlalu celupar membuka pekung didada setiap pemimpin2 umno-bn sehingga mereka x boleh cari mkn, membuatkan kerajaan ini menggunakan setiap kuasanya yg ada dan diadakan utk memerangi pembangkang?salahkah dan berdosakah utk berhimpun hanya utk menunjukkan bahawasanya rakyat ingin keadilan,pembangkang ingin keadilan.patutkah kita biarkan korupsi berlaku dinegara ini dan pemimpin2 korup ini betakhta dlm negara?bagaimana halnya kalau kita sbg rakyat yg mempunyai otak utk berfikir secara waras membiarkan shj pemimpin2 yg korup memimpin negara kita?berdosa atau x berdosa?bagaimana kita nak menjawab di akhirat kelak?

    saudara x rasakah kita ditekan dgn bebanan yg pelbagai oleh kerajaan?mungkin saudara bergaji besar lebih dr rm4000 sebulan.atau saudara masih belajar.atau saudara buat2 x rasa pasal semua ni.saya nak tegaskan disini,kerajaan dok ada skrg x beri apa2 manfaat pd rakyat khususnya utk rakyat yg bekerja dgn pendapatan rm500 sebulan.

    saudara…kewajaran kita sepatutnya memerangi kerajaan umno-bn bukannya pembangkang.bukan ingin memberontak spt di iraq,tp inginkan kesejahteraan.

    ttg artikel2 saudara suruh saya baca,saya sedang baca.kalau kita tampalkan hadith2 yg nampaknya macam menyelar tindakan pembangkang shj,x adil la saudara.bukan kata hadith2 ni tak betul.saya ni x la pandai dan arif ttg hadith2 ni, tp byk lg kan hadith2 yg menyebut ttg pemerintah yg zalim,ttg menegakkan hukum Allah & byk lg.macam menyelesaikan problem add math la…utk solve problem bukan guna 1 formula shj,tp byk lg formula nak lengkapkan jln kira br dpt jwpn.sekian….

    buah cempedak diluar pagar,
    ambil galah tolong jolokkan,
    saya budak baru belajar,
    kalau salah tolong tunjukkan…

  11. ME said

    belit…belit…belit

  12. apo-apo laa said

    apo layi ni apokalip..pas nak negara islam? buktikanlah dulu yg pas boleh buat negeri islam kelantan. Dah masuk 18 thn perintah kelantan, mana hukum hudud & kisas kelantan? Naper masih tak digubal Enakmen negeri agar menepati undang2 islam?

    Islam menentang kemiskinan. Naper takde usaha basmi kemiskinan kt kelantan sehingga jd negeri no. 2 dlm m’sia termiskin? Jgn bg alasan kerajaan tak bantu. Dr Haron Din pernah nak bwk perlis keluar dr m’sia masa election 1999. So, anggapkan je lah kelantan tu dah dibawa keluar dr m’sia. Naper takde usaha kumpulkan dana negeri? Islamkah mcm tu?

    undang2 yg kerajaan laksanakan adalah lebih kpd hukum takzir. Buktikan bhw takzir tu bkn sebhgn drpd undang2 islam.

    Kalau ada masa, cuba bwk2 bergaul dgn mamat2 punk sekitar KL..dgn niat utk mengkaji & mengetahui. Jgn niat nak join plak. Agak2 bahasa dr negeri mana yg diorg pakai?

    mmg patut pun serang pembangkang! Apokalip tak baca ker tajuk “Kewajaran Utk Memerangi Pembangkang III”? Cuba baca balik perenggan 1 sampai 4 artikel januaricatur tu. Cuba bangkang hasil tulisan tu dgn hujah2 Al-Quran & Hadis gak. Jgn lah pakai teori logik akal semata2. Bosan la pulak dgr mende sama diulang2. So, antara UMNO dgn PAS, sape yg tertubuh dulu? dan sape pula sepatutnya awal2 lg dah ‘dibunuh’? Ini pertama.

    Keduanya, cuba nyatakan apa yg terkandung dlm Amanat Hj Hadi thn 1981? Apakah kesannya slps tuh terutamanya masyarakat kt kelantan & terengganu? Selagi Hj Hadi tak minta maaf kpd seluruh umat islam m’sia terutamanya ahli2 & penyokong2 umno baik yg hidup atau yg dah meninggal, selagi itu Hj Hadi & org2 yg menyokong beliau (PAS la..sape lg) WAJIB utk diperangi!

  13. apokaliptos said

    saudara,
    sila le ringan2 hati pegi ke link ini
    http://makmur.org/web/media/MEMBANGUN%20BERSAMA%20ISLAM.doc
    copy paste je la kt address bar IE saudara,saya tak pandai nak create direct link dr sini.
    negeri kelantan berusaha utk menegakkan hukum Allah disini,negeri lain ada ke usahanya?kalau ada bgtau kpd saya.

    kelantan no 2 termiskin?mcmn saudara tahu?cuba tryy link ini…
    ict.fep.um.edu.my/Workshop-Report/TAKLIMAT%20BENGKEL%20UM.ppt
    link yg sebelum ni jugak ada menunjukkan yg kerajaan kelantan komited utk menaikkan taraf kehidupan penduduk kelantan.

    undang-undang yg kerajaan laksanakan lebih kpd hukum takzir.kenapa hukum takzir shj?tinggal mn hukum yg lain dlm undang2 syariah?sempurnakah islam kita jika kita sembahyang 5 waktu,tp puasa kita x laksanakan?kita puasa,tp zakat x keluarkan?
    ambil sebahagian,tinggalkan yg sebahagian.betul ke tu?
    ttg hukum Allah ini yg wajib kita laksanakan ada diterangkan dlm Al-Qur’an…
    firman Allah S.W.T didlm Al-Qur’an:
    “Sebenarnya hukum (undang-undang) hanyalah bagi Allah. Ia memerintahkan supaya kamu jangan menyembah melainkan Dia. Yang demikian itulah agama yang betul, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahuinya.”
    (Yusuf: 40)

    “Dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah (kerana mengingkarinya), maka mereka itulah orang-orang yang kafir.”
    (al-Maidah: 44)

    “Dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah (kerana mengingkarinya), maka mereka itulah orang-orang yang zalim.”
    (al-Maidah: 45)

    “Dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah (kerana mengingkarinya), maka mereka itulah orang-orang yang fasik.”
    (al-Maidah: 47)

    waw..wah..wah!!!bagusnya mengata org kelantan eh?agak2 nya la…kalau kelantan ni UMNO yg pgg,saudara nak saya pi kaji budak2 punk ‘kelantan’ kt KL tu jugak ke?
    disebabkan diorg kelantan…maka berhamburlah kata yg sadis ditujukan kpd kerajaan PAS dikelantan sbbnya PAS adalah sebuah parti islam,tp anak2 kelantan pi KL jd mengarut.
    knp x tgk plak anak2 melayu selangor,jhr?saudara nak kata apa plak kalu anak2 selangor ni pi minum arak,menari kt kelab mlm?selangor parti mn pgg?
    1 lg,saudara sebutkan budak2 punk di KL..DI KL…kan?jd budak2 punk tu berada di KL la…knp nak kaitkan dgn PAS kelantan pulak?ape kerajaan UMNO-BN x kisah psl maksiat dan akhlak remaja2 ni ke sbb umno bukan parti berpaksikan islam?

    knp?soal bunuh membunuh,UMNO lebih arif.ingat tragedi 19nov 1985?di memali,baling.siapa yg bunuh siapa??.

    Amanat Hj. Hadi

    “Saudara-saudara sekalian!”

    “Percayalah, kita menentang UMNO bukan kerana nama dia UMNO.
    Kita menentang Barisan Nasional (BN) bukan kerana nama dia BN.
    Kita menentang dia kerana dia menegakkan perlembagaan penjajah,
    mengekalkan peraturan kafir.”

    “Oleh kerana itulah kita berjuang melawan mereka. Percayalah
    saudara-saudara, perjuangan kita adalah jihad, ucapan kita adalah
    jihad, derma kita adalah jihad dan kerana itulah kita berjuang dengan
    puak-puak ini. Kalau kita mati kerana berlawan ini, mati kita adalah
    mati syahid, mati kita adalah mati Islam.”

    “Kita tidak payah masuk Yahudi, kita tidak payah masuk Kristian,
    kita tidak payah masuk Hindu, kita tidak payah masuk Budha tetapi kita
    akan menjadi kafir dengan mengatakan politik suku (asing) agama suku.”
    -end-

    dlm islam,politik x boleh dipisahkan drp agama.kita memperjuangkan yg hak,dan menghapuskan yg batil.sbg seorg muslim,kita wajib tegakkan hukum Allah.siapa pula yg ptt mohon keampunan Allah bila mengasingkan politik drp islam?yg menyokong perjuangan politik sedemikian?
    apakah polisi UMNO ttg negara islam?

  14. apo-apo laa said

    Merujuk Surah Yusuf, ayat 40, terjemahan yg apokalip kasi tu betul tp penafsirannya meragukan. Ayat tu secara penuhnya diterjemahkan & ditafsirkan (fasa ayat dlm kurungan) spt berikut:

    “Apa yang kamu sembah, yang lain dari Allah, hanyalah nama-nama yang kamu menamakannya, kamu dan datuk nenek kamu, Allah tidak pernah menurunkan sebarang bukti yang membenarkannya. Sebenarnya hukum (yang menentukan amal ibadat) hanyalah bagi Allah. Dia memerintahkan supaya kamu jangan menyembah melainkan Dia. Yang demikian itulah agama yang betul, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.” (Yusuf:40)

    Beberapa ayat sblm tu dlm Surah ini mengisahkan ttg penyembahan hanya kpd Allah. Jd, tafsiran HUKUM dlm ayat ke-40 lebih merujuk kpd “hukum dlm ibadat atau penyembahan kpd Allah”, bknnya undang2 spt yg apokalip tafsirkan. Sila rujuk kembali Al-Quran. Tima kasih.

  15. ME said

    belit lagi…belit lagi. eh tak kene pulak. tang kena kat dia kata salah tafsir pulak…belit…belit

  16. suara said

    Berkenaan komen ke-13, apokaliptos menyebut darihal peristiwa Memali 19 Nov 1985; siapa bunuh siapa? Rasanya PAS yg nak ‘bunuh’ kerajaan.

    Elok jugalah Apokaliptos mendedahkan kembali Amanat Haji Hadi. Amanat ini telah diseru dlm satu ceramah umum di Kg Banggol Peradong, K. Terengganu pd 7 April 1981. Amanat inilah yg membangkitkan semangat penyokong2 PAS utk memerangi pemerintah.

    Drpd bukti kertas putih mengenai Memali bertarikh 26 Feb 1986, Amanat ini telah dicetak dlm 4 versi. Pertamanya dalam tulisan jawi, dicetak oleh Bahagian Penerangan PAS Kelantan utk sebaran di Pilihan Raya kecil Selising, Kelantan thn 1983.

    Versi latar belakang hitam dgn tulisan rumi pula dicetak oleh PAS Pusat manakala 2 versi lagi (rumi dan jawi) dicetak oleh Sekretariat Pemuda PAS Pusat. Versi latar belakang hitam dapat dilihat dlm rakaman video polis mengenai peristiwa Memali pd tarikh kejadian. Jika bkn PAS yg mengedarkannya di Memali, sape lagi?

    Lebih jelas lg, Amanat Haji Hadi yg diedarkan adalah dgn restu PAS apabila terdapat versi yg mempunyai latar belakang hitam bertulisan rumi spt yg kelihatan di Peristiwa Memali itu didapati masih digantung dlm Masjid Taqwa Batu 6, milik Ketua Dewan Ulamak PAS Terengganu sejak dahulu hingga ke hari ini.

  17. apokaliptos said

    time kaseh kpd saudara krn membetulkan sy…mintak maaf sbb meg’paste’kan tafsiran yg mengelirukan.sama2 la kita betegur-teguran ye… 🙂

    ttg saudara yg 1 lg ni…jikalau betul pun PAS yg edarkan,knp apakah?(versi xpdc)

    PAS yg bunuh kerajaan?bgtau sy sbb apa kerajaan menentang as-syahid ustaz ibrahim libya?siapa ustaz ibrahim libya?apa yg beliau buat?jika PAS yg bunuh kerajaan,knp Memali jd mangsanya??musa hitam mesti ada jwpnnya.cerita dr ‘topeng2’ kerajaan semua menutup cela kerajaan pimpinan UMNO yg jelas sejelasnya menafikan perlembagaan islam diMalaysia.
    org2 umno menggunakan ‘amanat hj hadi’ demi mengatakan PAS menggalakkan keganasan…PAS mengkafirkan umno.
    ini perjuangan akidah wahai saudara…ttg akidah kita x boleh semborono berckp & melakukan sesuatu yg bertentangan dgn hukum ALLAH.
    umno sendiri mengamalkan ciri2 pemerintahan sekular…mengasingkan agama dgn politik…tambah buruk lg ada diantara pemimpinnya menghina hukum ALLAH.inilah yg bertepatan dgn amanat hj hadi.soal akidah…amanatnya bercerita ttg akidah saudara…amalan memisahkan politik dengan agama (atau apa yang Tuan Guru Hj Abdul Hadi sebutkan sebagai “politik suku, agama suku”) adalah fahaman agama Kristian. Pada mulanya agama Kristian tidak mengasingkan politik dari agama dan penganutnya berhukum dengannya dalam segala urusan kehidupan mereka. Tindakan mengasingkan politik dari agama berlaku apabila Emperor Rom, Constantine I (288-337M) memeluk agama Kristian dan mengistiharkan agama Kristian sebagai akidah rasmi Empayar Rom.

    Untuk mengambil hati Emperor Constatine I, pihak Gereja memenuhi kehendak raja Rom tersebut, iaitu pemisahan antara akidah (agama) dan syariat (negara). Maka kehidupan dibahagikan kepada dua ruang. Pertamanya, ‘keagamaan’ yang berpusat di Gereja dengan hanya kuasa menasihat sahaja keatas penganut-penganut agama Kristian. Keduanya; ‘keduniaan’ yang merupakan hak Kaiser (Raja) yang menggubal undang-undang yang merangkumi sistem politik, ekonomi, kemasyarakatan, hubungan antarabangsa dan sistem kehidupan umum. Dengan pemisahan antara akidah dan syariat tersebut maka agama Kristian tidak lagi berupa suatu syariah perundangan yang memerintah. (Untuk maklumat lanjut rujuk kepada ensaiklopedia agama Kristian yang ditulis oleh pendita-pendita dan ahli falsafah Kristian sendiri).

    Supaya perubahan itu dilihat sebagai berasaskan Bible maka ditokok dua nas yang disandarkan kepada Nabi Isa A.S iaitu nas “serahkan hak Kaiser kepada Kaiser dan hak tuhan (God) kepada tuhan”, dan juga nas “kerajaan aku bukanlah di alam ini”.

    Pendita-pendita dan cerdik pandai Kristian sendiri mengakui bahawa tokok tambah, kurang mengurang dan pengubahsuaian agama Kristian untuk menyesuaikannya dengan selera penganut-penganutnya mengikut peredaran zaman telah bermula sejak awal-awal lagi. Dalam Islam juga terdapat golongan yang terpengaruh dengan fahaman Kristian ini, dan mereka adalah golongan modernis Islam dan golongan anti-Hadith.

    Di ceramah beliau(tuan guru hj hadi) di Markas Tarbiyah PAS di Taman Melewar, Gombak pada malam 9 April, 2001, Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang menyifatkan UMNO sebagai orang buta yang ingin ditolong melintas jalan supaya tidak terpijak lopak dan lobang atau pun dilanggar kereta. Orang buta itu (UMNO) bukan sahaja tidak berterima kasih tetapi telah menolak pertolongan yang dihulurkan itu dengan marah.

    Berdasarkan ilmu tauhid Uluhiyyah (Ibadah), fahaman yang memisahkan politik dari agama itu ( sistem sekular) adalah salah satu dari syirik akbar (syirik besar). Orang-orang yang melakukan syirik akbar itu tidak akan diampun samasekali oleh Allah SWT walau apa pun keadaan, dan akan mati sebagai kafir dan dimasukkan ke dalam neraka jahanam untuk selama-lamanya. Dengan ertikata yang lain orang Islam yang melakukan dosa syirik akbar itu (seperti mengatakan politik suku, agama suku) telah jatuh menjadi kafir.

    Firman Allah SWT (terjemahan):

    “Sesungguhnya Allah tidak mengampuni dosa mempersekutukan (sesuatu) denganNya, dan Dia mengampuni dosa yang selain dari syirik itu bagi siapa yang dikehendakkiNya” (Surah An Nissa’ Ayat 116).

    Allah SWT juga berfirman (terjemahan):

    “Sesungguhnya orang yang mempersekutukan (sesuatu dengan) Allah, maka pasti Allah mengharamkan kepadanya syurga, dan tempatnya ialah neraka, tidaklah ada bagi orang-orang zalim itu seorang penolongpun.” (Surah Al Maidah Ayat 72).

    Tauhid Uluhiyyah (Ibadah) bukan setakat mendirikan syiar-syiar agama seperti solah, puasa. zakat (sedekah), menunaikan haji, sembelih korban dan amalan lain yang seumpamanya. Dalam Islam ibadah kepada Allah SWT itu luas dan merangkumi segala hal ehwal kehidupan. Berdoa memohon kepada Allah SWT itu juga suatu ibadah yang dituntut seperti yang dijelaskan oleh Rasulullah SAW dalam Hadith baginda : “doa itu adalah ibadah”.

    Ibadah yang sempurna adalah tunduk yang sempurna kepada Allah SWT berserta dengan cinta yang sempurna terhadap Allah SWT. Tunduk tanpa cinta, atau cinta tanpa tunduk, atau tunduk dan cinta secara separuh-separuh tidaklah tercapai pengertian ibadah. Maka dalam mendirikan ibadah solah, puasa, zakat dan syiar agama yang lain-lain kita tidak boleh tujukannya kepada yang lain kecuali hanya kepada Allah SWT sahaja. Begitu juga dengan doa. Doa mesti diajukan penumpuan sepenuhnya kepada Allah SWT. Ibadah itu juga tidak tercapai kalau kita tidak tunduk dan patuh kepada ajaran agama Islam secara sepenuhnya.

    Ibadah juga tidak akan tercapai kalau kita tidak patuh dan tunduk kepada hukum-hukum yang telah ditetapkan oleh Allah SWT, iaitu menghalalkan apa yang dihalal serta mengharamkan apa yang diharam, menguatkuasakan hudud dan menyususn segala hal ehwal kehidupan mengikut syariat Islam. Orang-orang yang beriman kepada Allah SWT tidak harus mengambil sistem-sistem, hukum-hukum, nilai-nilai dan undang-undang dari manusia, tunduk pula kepada nya, berhukum dengannya dalam kehidupan tanpa keizinan dari Allah SWT. Kerana segala hal ehwal kehidupan mesti berhukum dengan syariat Islam maka adalah salah disisi ibadah Islam untuk mengasingkan politik dengan agama.

    Firman Allah SWT (terjemahan):

    “Barangsiapa yang tidak memutuskan (memerintah, menghukum) menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka itu adalah orang-orang yang kafir.” (Al Maidah Ayat 44)

    drp fatwa Almarhum Mufti Johor,Dato’ Syed Alwi bin Tahir al-Haddad (1936 – 1961),

    muka surat 312 & 313 kitab Fatwa-Fatwa Mufti Kerajaan Johor yang diterbitkan oleh Bahagian Penerbitan,

    Jabatan Agama Johor.

    Perkara: Maksud Ayat ” Sesiapa yang tidak berhukum dengan hukum Allah… ” (ayat 44, 45 & 47 surah al-Maaidah)

    Soal:

    1. Adakah boleh digunakan sebagai dalil keterangan ( ” Sesiapa yang tidak berhukum dengan hukum Allah, maka
    mereka adalah orang-orang kafir / fasiq / zalim ) dan bolehkah ditujukan kepada kerajaan yang ada pada hari ini?

    2. Sekiranya di tempat saya pada tahun 1959 (hari pilihanraya) ada dua calon bertanding,satu Parti Islam
    (PAS) dan lainnya Parti Perikatan dan saya undi Parti Perikatan, adakah saya termasuk sebagai orang ingkar,
    murtad kerana melawan parti PAS, bagaimana hukumnya?

    3. Seseorang Islam yang tidak masuk Parti Islam maka orang itu dikatakan tidak sempurna Islamnya atau ingkar
    seterusnya kafir dan murtad. Adakah benar?

    4. Adakah benar parti itu aqidah dan bagaimana hukum seorang Islam yang mengatakan parti itu aqidah. Harap
    diberi jawapan.

    Jawab:

    1. Saya tidak boleh menentukan atau menujukan kepada satu-satu kerajaan atau satu-satu orang yahudi atau kafir
    kerana demikian berlawanan dengan kaedah fatwa. Hanya boleh saya katakan barangsiapa meninggalkan hukum-hukum
    Allah yang ada di dalam al-Quran dan Hadith Mutawatir atau Ijma’ al-Ummah al-Islamiyyah atau yang ma’lum min
    ad-din bi ad-dhorurah, maka jika ia meninggalkannya dengan tiada percaya atau melawan atau benci kepada hukum
    itu atau ingkarkan dia, maka telah menetapkan oleh ulama’ bahawa ia kafir.

    2. Ada banyak parti-parti yang telah menggunakan nama Islam tetapi namanya sahaja, walhal dalam dasarnya dan
    cara-caranya jauh bahkan selalu bertentangan dengan hukum-hukum Islam. Tetapi jika kita lihat dasar
    perjalanannya menurut hukum-hukum Islam dengan betul, boleh diberi fatwa dan orang-orang Islam telah maklum
    padanya; barangsiapa melawan agama Islam maka ia orang kafir atau fasiq. Begitu juga jika mereka melawan
    orang-orang Islam yang berdiri atas jalan yang benar dan lurus.

    3. Itu sebenarnya jika ada parti yang berdiri dan berjuang supaya jadilah kalimah Allah hiya al-‘ulya.

    4. Parti itu bukan aqidah tetapi satu jama’ah (kumpulan) yang mempunyai satu cita-cita dan tujuan. Cita-cita itu
    boleh benar manakala berjalan di atas dasar Islam dan boleh salah kalau menyalahinya. Kita boleh tahu setelah
    menyaksikan bagaimana dia mencubakan aturannya dan amalannya.

    UMNO ASSOBIYAH!UMNO SEKULAR!

  18. apokaliptos said

    Hadis Nabi s.a.w:

    Dari ibnu Umar r.a dari Nabi saw sabdanya:
    “Setiap muslim wajib patuh dan setia kepada pemerintah, disukai atau tidak disukainya, kecuali dia diperintah
    melakukan maksiat.Jika dia diperintah melakukan maksiat dia tidak perlu patuh dan setia.

    Dari Ali (bin Abi Talib) r.a katanya:
    “Pada suatu ketika, Rasulullah saw mengirim sepasukan tentera (ke medan perang) dan mengangkat seorang lelaki
    menjadi komandan mereka. (Sampai di suatu tampat), sang komandan menyalakan api (unggun) dan memerintahkan anak
    buahnya melompat ke dalam api unggun tersebut. Sebahagian anak buahnya telah siap untuk melompat ke dalam api
    tersebut, tetapi yang lain berkata, “Kita harus lari dari api itu”. Peristiwa itu mereka laporkan kepada
    Rasulullah saw.
    Maka baginda bersabda: “Seandainya kamu melompat dalam api itu, kamu akan sentiasa berada di
    dalamnya hingga hari kiamat nanti.” Kemudian baginda berkata pula kepada yang lain dengan lemah lembut,
    “Tidak wajib taat kepada pemerintah untuk menderhakai Allah. Taat itu yang wajib dalam rangka
    menegakkan kebajikan”.

    bersatulah di bwh perjuangan yg mementingkan Islam bukan di bwah perjuangan mementingkan perjuangan kebangsaan..

    Allah s.w.t berfirman:

    “Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah, dan janganlah kamu bercerai berai, kenangkanlah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuhan (semasa jahiliah dahulu) lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatupadu dengan nikmat Islam) maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara.”
    (Surah Ali ‘Imran : 103)

    “Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berda’wah) kepada kebajikan (mengembangkan islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya
    (surah Ali ‘Imran : 104)

    SABDA RASULLULLAH S.A.W..:

    “Bukan dari kalangan kita orang yang menyeru ke arah asobiyyah,bukan dari kalangan kita orang yang berperang di atas dasar asobiyyah dan bukan dari kalangan kita orang yang mati di atas dasar asobiyyah.”

    Sabdanya lagi di dalam hadith lain yang bermaksud:

    “Asobiyyah itu ialah kamu menolong kaum (bangsa) mu di atas dasar kezaliman.”
    (Hadith Riwayat Imam Muslim)

    kata umar ibn khattab:
    “kita kaum(arab quraisy) yg Allah muliakan dgn Islam,sekiranya kita mencari kemulian selain islam,nescaya Allah menghinakan kita”

    ALLAHUAKBAR!ALLAHUAKBAR!ALLAHUAKBAR!

  19. Anti-SPR said

    Merujuk komen ke-18 Apokaliptos, perenggan terakhir disertakan dgn kata2 Saidina Umar Al-Khattab r.a., “kita kaum (arab quraisy) yg Allah muliakan dgn Islam, sekiranya kita mencari kemuliaan selain islam, nescaya Allah menghinakan kita”.

    Jika saya mengambil kembali kata2 tu dgn mengucapkan, “kita kaum (Melayu) yg Allah muliakan dgn Islam, sekiranya kita mencari kemulian selain islam, nescaya Allah menghinakan kita”, adakah Apokaliptos nak mengatakan bhw kata2 saya berbau assobiyah?

    Struktur niat terbahagi kpd 3: Keakuan, perbuatan & sumpah. Cthnya, “Sahaja aku sembahyang fardhu Asar 4 raka’at tunai kerana Allah Ta’ala.”

    Sahaja aku – Keakuan,
    Sembahyang bla bla bla – perbuatan,
    Kerana Allah Ta’ala – Sumpah.

    So, samalah jika mereka yg benar2 ikhlas mempunyai struktur niat yg sama, “shj aku berjuang utk org2 Melayu kerana agama Allah”. Mereka berjuang kerana kalimah agung yg ada dlm diri setiap org2 Melayu. Di mana silapnya?

    Assobiyah itu menolong atau menyayangi kaum/kumpulan sehingga menzalimi org lain. Maksudnya di sini, menolong atau menyayangi kaum/kumpulan tetapi TIDAK menzalimi org lain bukanlah dikategorikan sbg assobiyah. Hari ini baik cina atau india tak pernah dizalimi sepanjang mereka di bwh pemerintahan org2 melayu. Malah org2 melayu plak yg dizalimi spt tragedi 13 mei 1969. Sehingga hari ini, takde pun org2 bkn melayu merungut tak dpt mkn, tak dpt keje, tak dpt tempat tinggal ker.

    Kalu nak diikutkan, PAS itu lg assobiyah. Cuba hayati kembali Amanat Haji Hadi yg Apokaliptos tulis dlm Komen ke-13. Apa yg berlaku slps itu? Maka terjadilah kes sembahyang 2 imam, tak mahu bersembahyang di masjid yg imamnya org UMNO, tak nak pegi kenduri semata2 tak nak mkn hasil sembelihan org2 UMNO. Bukankah itu assobiyah?

    Yg terbaru adalah fatwa yg dibuat oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Terengganu, Azman Sharpawi di surau Tmn Rakyat Jaya, Terengganu pd 18/7/07 yg lalu:

    “Saya terangkan kpd semua pd malam ini, org yg memperjuangkan Islam Hadhari, org yg menyokong Islam Hadhari, org yg beriktikad Islam Hadhari Islam yg baik, dia MURTAD kpd agama Allah. Saya bertanggungjawab dgn ucapan ini…”

    Bukankah ini assobiyah namanya?

  20. semang said

    aku plak nak tambah. Imam Nawawi plak kata, “aku mencintaimu kerana agama yg ada padamu. Jika kau hilangkan agama dlm dirimu, hilanglah cintaku padamu”. hmmm..tak salah la mencintai anak2 bangsa kerana agama yg ada padanya.

  21. apokaliptos said

    1. Jika saya mengambil kembali kata2 tu dgn mengucapkan, “kita kaum (Melayu) yg Allah muliakan dgn Islam, sekiranya kita mencari kemulian selain islam, nescaya Allah menghinakan kita”, adakah Apokaliptos nak mengatakan bhw kata2 saya berbau assobiyah?

    -kata2 Saidina Umar bukanlah berbaur assobiyah, jd knp bertanya ttg itu?sememangnya tidak berbaur assobiyah mengenai ayat yg saudara maksudkan itu, apa yg saya nak kata disini mulia bangsa itu krn agama islam. Apa guna bangsa melayu jika tidak islam? Nama dan keturunan shj adalah islam sudah cukup muliakah kita?PAS memperjuangkan kedaulatan agama islam dlm Negara Malaysia, berniat utk tegakkan hukum Allah dlm Negara dan meletakkan ulama’ dlm barisan hadapan kepimpinan Negara…kenapa perlu ditentang?

    2. Struktur niat terbahagi kpd 3: Keakuan, perbuatan & sumpah. Cthnya, “Sahaja aku sembahyang fardhu Asar 4 raka’at tunai kerana Allah Ta’ala.”

    Sahaja aku – Keakuan,
    Sembahyang bla bla bla – perbuatan,
    Kerana Allah Ta’ala – Sumpah.

    So, samalah jika mereka yg benar2 ikhlas mempunyai struktur niat yg sama, “shj aku berjuang utk org2 Melayu kerana agama Allah”. Mereka berjuang kerana kalimah agung yg ada dlm diri setiap org2 Melayu. Di mana silapnya?
    -jika begini pulak: “shj aku berjuang menegakkan daulah islam krn Allah Ta’ala”. Melayu adalah 1 bangsa shj saudara. Islam lebih universal. Jika ada niat shj, perlaksanaannya tiada,bagaimana saudara?

    -PAS memperjuangkan islam dan meletakkan islam sbg yg utama dlm perjuangannya.UMNO meletakkan bangsa melayu sbg perjuangan utamanya.

    3. Assobiyah itu menolong atau menyayangi kaum/kumpulan sehingga menzalimi org lain.
    Hari ini baik cina atau india tak pernah dizalimi sepanjang mereka di bwh pemerintahan org2 melayu. Malah org2 melayu plak yg dizalimi spt tragedi 13 mei 1969. Sehingga hari ini, takde pun org2 bkn melayu merungut tak dpt mkn, tak dpt keje, tak dpt tempat tinggal ker.

    -adakah disebabkan malaysia tiada rusuhan kaum skrg ini spt diluar,saudara berkata begitu?bagaimana pulak dgn isu HINDRAF?saya tidak bersetuju mereka (HINDRAF) menyentuh soal agama & hak istemewa melayu, tp kita lihat soal lain yg disentuh oleh HINDRAF. Setelah 50 thn kerajaan pimpinan UMNO memerintah,sehingga saat Pak Lah menaiki takhta mereka mula berani mengemukakan hal-hal begini. Ini adalah sedikit shj bingkisan jwpn drpd 50 thn pemerintahan rejim diketuai UMNO.

    -UMNO menggunakan segala kuasanya sbg kepala pemerintahan menghalang suara2 pembangkang dan ketidakpuasan hati rakyat dgn mensabitkan mereka2 ini dibawah ISA,AUKU. Menggunakan kuasa media memutar belit fakta dan ceramah pembangkang, menghalang kebebasan media dlm memberi liputan sama-rata antara kedua belah pihak. Ini assobiyah.demi kuasa utk mengaut segala hasil negara, UMNO menutup mulut rakyat dan lawan secara paksa.

    4. Kalu nak diikutkan, PAS itu lg assobiyah. Cuba hayati kembali Amanat Haji Hadi yg Apokaliptos tulis dlm Komen ke-13. Apa yg berlaku slps itu? Maka terjadilah kes sembahyang 2 imam, tak mahu bersembahyang di masjid yg imamnya org UMNO, tak nak pegi kenduri semata2 tak nak mkn hasil sembelihan org2 UMNO. Bukankah itu assobiyah?

    -amanatnya ttg akidah org islam. Tak tahu ke akibatnya kita mengasingkan politik dgn agama islam? krn itu,isu amanat tersebut dibesarkan kononnya PAS menyebabkan perpecahan,PAS extremist islam dll. Apa yg dikatakan oleh Hj Hadi adalah ttg akidah. Itu tanggungjwbnya utk mengatakan sesuatu yg bertentangan dgn islam. Assobiyah ke tu?bercakap ttg islam,akidah umat islam dan anda menganggap ianya assobiyah dek krn dikatakan amanat tersebut sebab pecahnya org melayu kpd 2.

    -cuba saudara lihat ini pulak… http://ar-romli.net/w810i/macro/umnobp-2a.jpg

    5. Yg terbaru adalah fatwa yg dibuat oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Terengganu, Azman Sharpawi di surau Tmn Rakyat Jaya, Terengganu pd 18/7/07 yg lalu:
    “Saya terangkan kpd semua pd malam ini, org yg memperjuangkan Islam Hadhari, org yg menyokong Islam Hadhari, org yg beriktikad Islam Hadhari Islam yg baik, dia MURTAD kpd agama Allah. Saya bertanggungjawab dgn ucapan ini…”
    Bukankah ini assobiyah namanya?

    -Sila ke link ini…
    http://zilalisuyuf.blogspot.com/2007/05/hadharah-islamiah-vs-islam-hadhari.html

    6. aku plak nak tambah. Imam Nawawi plak kata, “aku mencintaimu kerana agama yg ada padamu. Jika kau hilangkan agama dlm dirimu, hilanglah cintaku padamu”. hmmm..tak salah la mencintai anak2 bangsa kerana agama yg ada padanya.

    -cintai anak bangsa krn agamanya memanglah x salah saudara, dan bukannya assobiyah. Begitu jugak pd india muslim, cina muslim dll, mereka juga saudara kita…kita juga perlu menyayangi mereka. Islam juga tak menindas penganut agama lain. Persoalannya disini adakah UMNO begitu? Adakah melayu shj beragama islam? Kemana hala tuju UMNO dgn hanya memperjuangkan kedaulatan bangsa shj? PAS berjuang atas landasan agama islam. Perlembagaan fasa 3 dasar perjuangan PAS telah menggariskan bahawa Al-Qur’an dan Sunnah adalah nadi perjuangannya demi menegakkan syiar islam di Malaysia. Ini kata Tuan Guru Nik Abdul Aziz à http://img2.freeimagehosting.net/uploads/7fe9fe1e72.jpg
    Jika UMNO sedia berjuang atas landasan islam maka tidak akan ada PAS lagi krn matlamatnya sama.

Tinggalkan Jawapan kepada Anti-SPR Batal balasan