Sahabat MANTAP

:: Memantapkan Minda Nasional ::

‘Damai Malaysia’ Kutuk Demonstrasi Jalanan

Posted by Sahabat MANTAP di Khamis, 6 Disember 2007

“Damai Malaysia!.. damai Malaysia!.. damai Malaysia!” Begitulah kata seruan yang dilaung-laungkan penuh semangat menggegarkan Kelab Sultan Sulaiman, Kg. Baru, Kuala Lumpur sebaik sahaja program itu berakhir tengahari tadi, 6 Disember.

Program yang telah dianjurkan bersama oleh 5 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) telah berjaya mengumpulkan kira-kira 395 NGO dari seluruh negara untuk berdiri di bawah satu payung, “Damai Malaysia”. Menggunakan tema “Demonstrasi Jalanan Bukan Budaya Kita”, seluruh pertubuhan yang menyertai dan menyokong diseru untuk terus mempertahankan keamanan, keharmonian dan kemakmuran negara yang dikecapi selama ini.

Kira-kira 660 orang dari pelbagai kaum dan agama yang mewakili pelbagai NGO dan orang perseorangan telah memenuhi dewan Kelab Sultan Sulaiman buat memeterai sebuah deklarasi bagi menjamin hak rakyat untuk berasa tenteram dan selamat di negara sendiri tidak terus dinafikan oleh anasir-anasir yang berkepentingan.

Kaum Cina turut memberi sokongan

Mereka bersatu dalam mengutuk kaedah demonstrasi politik jalanan termasuklah percubaan mengheret kuasa asing mencampuri urusan dalaman negara. Mereka bersatu untuk memberikan komitmen dalam usaha menolak sebarang budaya dan amalan yang mampu merosakkan suasana harmoni antara kaum. Mereka bersatu untuk terus memastikan Malaysia sebagai sebuah negara yang mereka cintai terus subur, aman dan progresif.

Salah seorang peserta yang bangun memberikan pendapat telah mengesyorkan agar Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (ISA) terus digunapakai bagi mengekang segala aktiviti dan tindakan yang boleh menjejaskan keamanan dan keselamatan negara. Syor ini telah mendapat tepukan gemuruh daripada seluruh peserta yang hadir.

Damai Malaysia yang menggabungkan NGO-NGO prihatin Malaysia telah membuktikan suara hati rakyat yang sebenar apabila 395 NGO yang mempunyai keahlian berjumlah kira-kira 1.5 juta orang memberikan sokongan mereka.

Gema laungan “Damai Malaysia”

Kekuatan suara ahli-ahli ini telah mencakupi kira-kira 21.6% daripada 6.95 juta rakyat yang telah membuang undi bagi memilih kerajaan yang memerintah dalam Pilihan Raya Umum Ke-11 pada 21 Mac 2004 yang lalu. Kekuatan ini juga mengambil 5.4% daripada seluruh penduduk Malaysia yang berjumlah 27.5 juta orang hari ini.

Jika dibandingkan dengan 26 NGO yang bergabung di bawah Gabungan Pilihan Raya Bersih Dan Adil (BERSIH) dan 30 NGO di bawah Barisan Bertindak Hak-Hak Hindu (HINDRAF), maka kita boleh bertanya kepada kerajaan khususnya dan seluruh rakyat amnya, suara siapakah yang patut didengar?

Ini sekaligus membuktikan bahawa demonstrasi anjuran BERSIH yang telah menggamit penyertaan 40,000 hingga 50,000 orang pada 10 November lalu boleh dirumuskan hanya dihadiri oleh ahli-ahli parti politik pembangkang dan NGO-NGO yang bernaung di bawah mereka. Bukannya disertai atau didukung oleh rakyat biasa seperti yang diwar-warkan mereka.

Tandatangan sebagai menyatakan sokongan diabadikan di atas sepanduk

Begitu juga penyertaan kaum India beragama Hindu sehingga mencecah 10,000 orang dalam demonstrasi anjuran HINDRAF pada 25 November lalu juga kebanyakannya adalah juga ahli-ahli parti politik pembangkang termasuk NGO-NGO yang bernaung di bawahnya. Ini ekoran daripada penyertaan semula secara beramai-ramai bekas para pemimpin India Parti KeADILan Rakyat (PKR) ke dalam parti itu sehari sebelumnya di Pejabat Pusat PKR setelah bertindak keluar bermula 25 Mei 2007.

Dengan ini, boleh juga dirumuskan bahawa perjuangan parti-parti politik pembangkang selama ini bukanlah untuk rakyat tetapi lebih kepada agenda ahli-ahlinya. Jika dilihat kepada senario hari ini pula, lebih tepat jika dikatakan perjuangan mereka adalah untuk kepentingan individu yang menyokong kerajaan India mencampuri permasalahan kaum India di Malaysia ketika beliau berada di Mumbai pada 1 Disember baru-baru ini.

Damai Malaysia melalui programnya hari ini telah membuktikan bahawa majoriti rakyat masih mencintai sepenuhnya negara ini. Berdasarkan kepada fakta dan kenyataan ini serta bersandarkan pada prinsip dan makna demokrasi, lagi sekali kita bertanya, suara siapakah yang patut didengar?

                              

Advertisements

2 Respons to “‘Damai Malaysia’ Kutuk Demonstrasi Jalanan”

  1. rastafarimy said

    harapan saya agar damai x buat kacau nanti susah plak masyarakat nak berniaga kerja cr mkn sy harap x jd mcm hendraf buta perut x da akai rosak harta benda negara mereka x sedar peristiwa 13 mei 1969 time 2 saya x da lg tp semangat sy jika berulang aws setiap kepala bakal ku pancung

  2. harith sanusi said

    Saya rasa itu “Raja Lewat” patut di HARAMKAN” dari menjadi calun dalam pilihanraya di negara kita ini untuk selamanya selagi beliau tidak bertaubat nasoha dengan benar-benar taubat. Apakah kita sanggup memilih seorang kaki lewat mewakili rakyat Malaysia. Mari kita hantar petisyen kepada SPR supaya raja lewat itu tidak boleh bertanding sebagai calun pilihanraya ataupun apa saja jawatan yang sah di sisi undang-undang selain Persatuan Lewat dan “gay”. Kita hantar petisyen kepada Hj. Hadi Awang, Datin Seri Wan Azizah (presiden PKR) supaya jangan calonkan kaki lewat. Jangan sokong si lewat. Juga kepada Hindraf. Jangan sokong kaki lewat. Kita hantar petisyen kepada Majlis Peguam dan MMA (Persatuan Doktor Malaysia). Jom kita berhimpun ramai-ramai di hadapan Pejabat PKR, di depan pejabat Majlis Peguam, di depan pejabat SPR, di depan rumah Wan Azizah ….. dengan syarat mendapat kelulusan polis. Ayuh kaki demo …… kita berdemo menentang perbuatan lewat!! Ada orang suka berdemo tetapi dia lupa orang lain pun boleh berdemo juga.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: