Sahabat MANTAP

:: Memantapkan Minda Nasional ::

Renung Sejarah Sebelum ‘Bersuara’

Posted by Sahabat MANTAP di Rabu, 5 Disember 2007

Roslan Mohd Latif
Presiden
Alumni Melayu Amerika Utara (ALMA)

KEDANGKALAN memahami sejarah negara menjadi antara sebab segelintir rakyat negara ini sanggup melakukan tindakan membabi buta di luar lunas budaya Malaysia tanpa sedikit pun memikirkan sensitiviti kaum lain yang bukan saja telah berkorban malah bersedia menyerahkan sebahagian hak mereka demi memastikan perpaduan kaum terus utuh dan semua kaum dapat menikmati kehidupan dalam suasana damai.

Demonstrasi jalanan anjuran segelintir kaum India yang kononnya berasakan kaum mereka ditindas dan seterusnya meminta gantirugi daripada Kerajaan British yang membawa mereka ke sini, tidak lebih daripada wayang kulit yang didalangi sekumpulan ahli politik muflis.

Berbanding dengan rakan mereka di Fiji, Uganda, Kenya, Zimbabwe, kaum India di negara ini seharusnya bersyukur kerana berada di sebuah negara yang kaum pribuminya begitu pemurah dan paling bertolak-ansur. Mereka bukan saja diberikan pelbagai keistimewaan dari segi peluang pekerjaan, malah di bidang pendidikan dan ekonomi ada kalanya mereka lebih terkehadapan berbanding orang Melayu.

Seawal tahun 1816, kaum India berpeluang memasuki sekolah yang mana Penang Free School dibuka dan kelas Tamil ditumpangkan di situ. Dengan wujudnya Malacca Free School, VI, King Edward antara 1826 dan 1906, kelas Tamil juga diwujudkan. Pada 1850, Anglo Tamil School diwujudkan di Melaka. Malah hampir di setiap estet, sekolah Venekular Tamil diwujudkan bagi menampung kaum India yang tinggal di sekitar ladang.

Malangnya bagi kaum peribumi, hanya pada tahun 1856, iaitu selepas 40 tahun kaum lain menikmati kemudahan, barulah dua sekolah Melayu diwujudkan dengan serba kekurangan sekadar membasmi buta huruf. Kaum India boleh meneruskan pendidikan hingga ke peringkat Overseas School Certificate yang kemudian boleh menyambung pelajaran ke King Edward Medical College ataupun ke Raffles College malah boleh meneruskan pendidikan ke Britian atau ke Australia, sedangkan pelajar Melayu hanya ke peringkat darjah empat.

Terkecuali Malay College yang ditubuhkan pada 1905, peluang pelajar Melayu hanya terbuka pada 1930 apabila dasar British membenarkan pelajar Melayu ke sekolah Inggeris. Itu pun terhad kepada segelintir pelajar di bandar dan daripada keluarga elit. Tidak hairanlah, antara 1919 hingga 1937 hanya 15 peratus pelajar Melayu di sekolah Inggeris berbanding 35 peratus India dan 50 peratus Cina. Fakta begini seharusnya difahami sebelum melakukan tindakan melulu dan membabi buta.

Penjajah British mengenakan pelbagai jenis peperiksaan bertujuan menyekat pelajar Melayu ke peringkat lebih tinggi seperti Peperiksaan Memasuki Sekolah Menengah, Junior Middle Certificate, Overseas School Certificate dan Queen School Certificate yang hanya mampu dicapai oleh pelajar di bandar besar yang majoritinya Cina dan India. Rata-rata keluarga mereka bertugas dengan pentadbir British atau pun menjadi peniaga.

Bagi pelajar luar bandar terutama dari negeri Kedah, Perlis, Terengganu, Kelantan serta Johor, peluang yang ada hanya di madrasah yang banyak ditubuhkan selepas 1906 oleh golongan muda seperti Syed Syeikh Al-Hadi dan Syeikh Tahir Jalaluddin yang peluang kerjanya begitu terhad. Akibatnya jurang ekonomi antara kaum pendatang dan orang Melayu menjadi begitu ketara. Ini ditambah pula dengan dasar British yang tidak membenarkan pembabitan Melayu dalam industri menanam getah dengan berbagai-bagai sekatan serta pengwujudan pelbagai akta termasuk Akta Tanah Rezab Melayu yang bertujuan memastikan Melayu terus tinggal di kampung menanam padi yang mana hanya cukup untuk kegunaan sendiri.

Dasar membenarkan penubuhan Sekolah Venekular Cina dan Tamil pada peringkat Sekolah Rendah oleh Penjajah British adalah sikap tolak ansur yang tidak dilakukan di mana-mana negara lain. Hanya pada tahun 1958 selepas 142 tahun kaum Cina dan India menikmati peluang ke peringkat menengah, barulah Sekolah Menengah aliran Melayu pertama diwujudkan iaitu Sekolah Alam Shah pada tahun 1963 dan hanya pada tahun 1968, kumpulan dari aliran Melayu pertama keluar dari Universiti Malaya.

Untuk rekod juga, hanya pada tahun 1967 selepas Institut Teknologi Mara (ITM) ditubuhkan barulah orang Melayu mendapat peluang ke peringkat yang lebih tinggi, selepas 151 tahun kaum Cina dan India yang berasakan mereka ditindas menikmati peluang pendidikan tinggi. Tidak hairan, antara tahun 1964 dan 1970 hanya 119 siswazah Melayu lulus dari Fakulti Sains Universiti Malaya berbanding kaum Cina dan India. Seharusnya mereka yang menggelar diri mereka profesional ini lebih sensitif dengan fakta sebegini daripada membuat tuduhan melulu tanpa bukti.

Dasar tolak ansur orang Melayu juga telah memberi peluang kepada kaum India untuk mendapat suara di Parlimen walaupun peratus kaum India tidak sampai pun 10 peratus. Seawal pilihan raya pertama pada tahun 1955, walaupun kaum India hanya meliputi 3.9 peratus daripada pengundi berdaftar dan kaum Cina hanya 11.2 peratus, pemimpin Melayu atas dasar berkongsi kuasa telah memperuntukkan 15 kerusi kepada kaum Cina dan dua kerusi kepada kaum India daripada sejumlah 52 kerusi yang dipertandingkan, walaupun orang Melayu mampu menang tanpa berkongsi kuasa kerana mereka menguasai 84.2 peratus kuasa mengundi.

Ini berterusan sehinggalah pada pilihan raya lalu di mana kaum India menang di tujuh kerusi Parlimen dan 14 DUN yang majoriti Melayu termasuklah wakil MIC yang bercakap di Parlimen baru-baru ini mengenai kaum mereka dipinggirkan tanpa menyedari beliau sendiri menang di kawasan majoriti Melayu. Atas dasar tolak ansur dan kerjasama yang wujud begitu lama juga pengundi Melayu di Ijok sanggup membiarkan calon Melayu kalah di Ijok dan memejam mata untuk mengundi calon MIC. Apakah ini bukan pengorbanan. Inikah yang di panggil ‘pembersihan kaum’?

Dalam bidang ekonomi juga, kaum India lebih terkehadapan. Malah empat orang India terkaya di Malaysia memiliki jumlah kekayaan tiga kali ganda lebih banyak daripada 10 orang Melayu daripada jumlah 40 orang terkaya di Malaysia, sedangkan salah seorang dari yang terkaya itu, ayahnya hanyalah seorang kerani FELDA, satu-satunya agensi yang ditubuhkan oleh Tun Abdul Razak Hussein untuk orang Melayu.

Pendapatan Purata Bulanan Isi Rumah antara kaum juga menunjukkan nisbah kaum India lebih tinggi berbanding Melayu iaitu 1.27:1 atau sebanyak RM3,456 bagi kaum India berbanding RM2,711 bagi kaum Bumiputera. Kadar kemiskinan tegar di bandar kaum India juga jauh lebih baik berbanding Bumiputra iaitu 0.2 bagi India dan 0.7 Bumiputera, tetapi di luar bandar kadar kemiskinan Bumiputra 3.3 peratus berbanding kaum India hanya 0.5 peratus.

Seperti kata pepatah, ‘Di mana bumi di pijak di situ langit di junjung’, maka untuk mengeluar perkataan seperti ‘penghapusan kaum’ amat keterlaluan bagi sebuah NGO yang kononnya didukung golongan terpelajar apatah lagi di dalam masyarakat di mana adat dan budaya masih menjadi pegangan penting.

Sumber: Berita Harian, 30 November 2007

Advertisements

8 Respons to “Renung Sejarah Sebelum ‘Bersuara’”

  1. Merci said

    Perkataan-perkataan “membabi buta”, “kononnya”, “tuduhan melulu” tidak patut digunakan untuk Hindraf sahaja. Ianya pelu juga di tujukan kepada ahli-ahli atau pemimpin-pemimpin UMNO yang biadap seperti – menyuruh bukan Melayu “keluar kalau tak suka”, runtuhkan kuil-kuil sesuka hati walaupun ada court order supaya tidak dirobohkan dan sebagainya (you taulah apa kan). You janganlah nak “menagih” tepukkan dengan tulisan sebegini.

    Mana ada tolak ansur tuan – baru sekali orang India demo, pekida and ABIM dah kumpul kat Kampung Baru ……ini bermakna “trigger happy” bukannya tolak ansur !!!!!!!!! Tunggu ja nak tunjuk kuat.

  2. perayau said

    Mercy,

    Apa di fikiran anda dengan fakta-fakta ucapan di atas? Analisis dengan cermat dahulu sebelum melemparkan apa terbuku dalam diri anda. Jika tidak, ia tidak membantu apa-apa buat diri anda dan orang lain yang membaca komen anda.
    Kalau anda anda fakta lain, sila lampirkan. Tiada siapa akan memadamnya. Seluruh dunia boleh membaca.

  3. Merci said

    Wahai ” Perayau ”

    Apa lu cakap?

    Lu boleh main dengan Cina tapi jangan main sama India……….gua cakap sama lu

    Wahai Perayau, kamu ni macam bangkai sahaja sebab kamu tidak jawab soalan saya, kamu ingat kamu dan sekalian PEKIDA boleh senyapkan saya; nescaya tidak wahai saudaraku yang jangan sandirawara dengan UMNO………….che che che

    bangsat ….bangsat ;

    Kamu boleh botolkicapkan aku tapi tidak sengsaraku…….bangsat……………Aku akan ……..ha ha ha (aku tak mahu sahut……………)

  4. Merci said

    Bawa LTTE baru tahu!!!!!!!!!! Keling botol dah ambil alih Malaysia ah ha ha.

    LTTE, LTTE. LTTE,

    ini, Ketua Polis ckap bukan Gua………

  5. Merci said

    Perayau Berkata “Jika tidak, ia tidak membantu apa-apa buat diri anda dan orang lain yang membaca komen anda.”

    Wahai Perayau …..lu ingat apa……….saya orang Iban ka apa? Saya orang India (5000 tahun bertamadun), bukan macam lu, copy cat saja——-

    kurangf ajau-

  6. waha said

    oit macha…
    ape bising2…
    o 5000 tahun bertamadun…
    g la balik india tue…
    wat pe menyibuk je kat malaysia…
    manusia tak sedar diri…
    porah la lu…
    g balik india..
    soh soh..
    belah belah…

  7. Merci said

    a aSebelum tidur, renung kembali apa kamu buat dan apa kamu ingin nak buat. Apa bezanya??

    First In First Out …….FIFO (Orang melayu masuk dulu (dari Indon dan sewaktu dengannya), orang melayu keluar dulu)

    atau

    Last In First Out (LIFO) Indon masuk dulu, Indon keluar dulu lah be). FIFO and LIFO sama saja untuk saya!!!!!!!!!

    Faham tak. Aku dah kemaskan hutan, tanam getah, kelapa sawit, buat jalanraya tapi sekarang lu orang pandu BMW. Tak betul, something wrong. Pikirlah sikit.

  8. Perayau said

    Pemakai nama Merci,
    anda sudah pun memperkenalkan siapa diri anda. Memang tidak membantu apa-apa..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: