Sahabat MANTAP

:: Memantapkan Minda Nasional ::

Tuntutan HINDRAF – Perancangan Yang Turut Diatur

Posted by Sahabat MANTAP di Selasa, 27 November 2007

Keputusan Pilihan Raya Kecil DUN Ijok pada 28 April 2007 yang menyaksikan Parti KeADILan Rakyat (PKR) kalah kepada Barisan Nasional (BN) dengan majoriti 1,850 undi di kawasan kepadatan penduduk kaum India tertinggi dalam negara telah memberikan satu tamparan hebat buat Dato’ Seri Anwar Ibrahim (DSAI) selaku ikon kepada PKR.

Pada masa yang sama, keputusan itu juga memberikan isyarat kemenangan kepada Ketua PKR Bahagian Kepong, Datuk K.S Nallakaruppan yang akhirnya bertindak keluar dari PKR pada 25 Mei 2007 kerana kecewa dengan tindakan barisan kepimpinan parti yang tidak menunaikan janji bagi memilih beliau sebagai calon kerusi tersebut termasuklah meminta beliau agar tidak bertanding jawatan Naib Presiden parti.

Nallakaruppan sebelum itu telah dijemput oleh DSAI untuk menyertai PKR pada Ogos 2006 bagi mengetuai perjuangan membela nasib masyarakat India menerusi PKR. Layanan berat sebelah yang diterima Nallakaruppan turut mendapat simpati daripada beberapa pemimpin India PKR di peringkat negeri dan bahagian diikuti dengan tindakan keluar beramai-ramai sebagai menyatakan sokongan.

Turunnya sokongan dari kalangan masyarakat India terhadap PKR ekoran daripada senario-senario itu telah memaksa DSAI merencana strategi baru bagi menarik kembali keyakinan dan kepercayaan golongan ini terhadap parti.

Dengan kekuatan sokongan daripada pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berkaitan kaum India dalam bersama-sama memperjuangkan nasib kuil-kuil yang dirobohkan sejak 22 Februari 2006 termasuklah menguasai Majlis Peguam, maka idea untuk menuntut hak dan pembelaan kaum India daripada Kerajaan British mula dicetuskan.

Akhirnya pada 30 Ogos 2007, Pengerusi Barisan Bertindak Hak-Hak Hindu (HINDRAF), Waytha Moorthy Ponnusamy telah mengetuai para peguam bagi mewakili 2 juta rakyat India beragama Hindu di Malaysia untuk mengemukakan tuntutan sivil dan memfailkan saman berjumlah USD4 trillion (RM13.5 trillion) terhadap kerajaan British di High Courts of Justice, London. Kerajaan British diminta bertanggungjawab di atas tindakannya membawa keluar rakyat negara India untuk bekerja sebagai buruh di Tanah Melayu sejak 200 tahun yang lalu yang kemudiannya dibiarkan tanpa mendapat apa-apa hak, pembelaan dan perlindungan apabila Tanah Melayu mula mencapai kemerdekaannya.

Tuntutan itu juga menyebut agar setiap orang India di Malaysia dibayar pampasan sebanyak 1 juta pounds (RM7 juta) di atas kegagalan Laporan Suruhanjaya Reid 1957 sehingga mereka menanggung penyeksaan, penderitaan, penghinaan, diskriminasi termasuklah dipinggirkan. Turut digariskan adalah berkenaan Perkara 153, Perlembagaan Persekutuan supaya dapat dipinda kerana didakwanya sebagai melanggar Deklarasi Umum Hak-Hak Asasi Manusia dan Pertubuhan Buruh Antarabangsa di samping meminta agar mahkamah tersebut juga mengisytiharkan bahawa negara Malaysia adalah sebuah negara sekular dan bukannya sebuah negara Islam.

Tertarik dengan pendekatan yang dilakukan BERSIH pada 10 November lalu, satu bentuk perhimpunan mula dirancang untuk diadakan di sekitar bangunan Suruhanjaya Tinggi British di Jalan Ampang pada 25 November bagi menghantar petisyen mengandungi 100,000 tandatangan yang mendesak Ratu England, Ratu Elizabeth II menyokong tuntutan saman dan pampasan masyarakat India negara ini. Walaubagaimana pun, perhimpunan yang dicaturkan pembangkang ini akhirnya bertukar kepada demonstrasi dan tragedi.

Pembaharuan pendekatan yang disusun dalam memperjuangkan nasib kaum India telah menarik minat golongan ini untuk kembali ke pangkuan PKR. Tindakan terbaru ini sekaligus mencabar kedudukan dan sokongan terhadap Parti Bersatu India Malaysia (MUIP) yang baru ditubuhkan pada 14 September 2007 dan dipengerusikan sendiri oleh Nallakaruppan.

Dalam satu sidang media bertempat di Pejabat Pusat PKR pada 24 November, beberapa bekas aktivis telah kembali menyertai PKR. Di antaranya ialah S. Maniselvan (bekas Timbalan Ketua PKR Wilayah Persekutuan), RS Dinesh (bekas Timbalan Ketua AMK Bahagian Rasah), K Vijay (bekas Naib Ketua AMK Bahagian Rasah), S Suresh (bekas Exco AMK Bahagian Rasah) dan R Segar (ahli PKR Bahagian Rasah).

Penglibatan parti-parti politik pembangkang dalam gerakan dan agenda HINDRAF tidak dapat dinafikan apabila Ketua Penerangan PKR, Tian Chua dan Ketua Biro NGO DAP, Ronnie Liu Tian Khiew dilihat turut berucap dalam demonstrasi itu.

Malah, DSAI dan Lim Kit Siang juga turut kelihatan di Mahkamah Sesyen Dan Majistret Klang pada 26 November ketika tiga pemimpin utama HINDRAF, P. Uthayakumar, P. Waytha Moorthy dan V.S. Ganapathi Rao dilepaskan tanpa dibebaskan oleh mahkamah setelah ditahan pada 23 November lalu di bawah Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948 (Pindaan 1969). Penahanan ini ekoran daripada ucapan berbau hasutan dan perkauman dalam Forum Kuala Selangor anjuran HINDRAF yang telah diadakan di Restoran Yun He, Sg. Rampai, Jalan Batang Berjuntai pada 16 November 2007.

Ini dibuktikan lagi apabila pada 22 November 2007, DSAI secara terang-terangan menyatakan, “saya menyokong hak HINDRAF untuk berhimpun…”. Malah DSAI juga cuba menghasut masyarakat India dengan memesongkan fakta dan memainkan isu perkauman apabila selanjutnya beliau berkata, “…HINDRAF sepatutnya menumpukan perhatian mereka kepada kerajaan BN yang bertanggungjawab di atas salahguna kuasa yang telah menindas kaum India yang miskin…”.

Manakala dalam sesi temubual bersama stesen televisyen Al-Jazeera pula, pemimpin HINDRAF, Uthayakumar Ponnusamy sendiri mengakui bahawa demonstrasi jalanan itu bertujuan memalukan kerajaan yang didakwa meminggirkan masyarakat India sejak 50 tahun yang lalu. Sudah tentu kenyataan seperti ini bukanlah dari mulut seorang pejuang hak asasi manusia tetapi lebih mirip nada pembangkang negara.

Dengan ini, tuntutan HINDRAF sebenarnya lebih kepada agenda politik dan bukannya benar-benar memperjuangkan hak-hak orang India di Malaysia.

Advertisements

4 Respons to “Tuntutan HINDRAF – Perancangan Yang Turut Diatur”

  1. hantukuil said

    Don’t know if these guys realise that Indian votes don’t count much in our elections cos they are all on seats borrowed from Malays

    in India, no new Mosque is allowed to be built so much so in Bombay Friday prayers are held twice or thrice in a mosque wth “excessive” jumaah.

    in Bali, Hindus just wrap sarongs around trunks of trees believed to have “Dewas”. they don’t build shrines or temples on the sites! Besides, even Suraus are turn down if built illegally!

    Democratic rights does not include ignoring legislation made by democratically elected representatives. If SPR cheats how come there are so many oppositions seats & one entire state run by an opposition party for 17 years? And how come PKR recently won a state seat in Sarawak?

    M’sian Indians should practice some introspection as advocated by the Hindu religion instead of blaming others. In a multi-racial society, everyone shud introspect! It’s doubly dangerous if one blames only others for one’s problems

  2. harith sanusi said

    Apa pendirian Majlis Peguam terhadap peguam yang bermain api perkauman. Kalau doktor dan jurutera, ada kod etikanya, bagaimana dengan peguam-peguam perkauman itu. Tak boleh ke Majlis Peguam mengambil tindakan seperti menggantung sementara lesen amali guaman sehingga siasatan oleh pihak berkuasa ataupun oleh Majlis Peguam sendiri selesai.

  3. Can anyone here state in clear terms what are HINDRAF’s demands? Looking and hearing on t.v aren’t enough as this come from one side only therefore it is better if we can share their demands so that at least we can analyse them properly. Please don’t get me wrong because as a loving Malaysian I too feel uneasy with what I heard so far.

    Sahabat MANTAP :

    Click below:

    1. PARTICULARS OF CLAIM

    2. HINDRAF Appeal To Gordon Brown To Refer Malaysia To World Court And International Criminal Court

    3. Article – Ethnic Indians Blame Britain For Sorry Plight

    4. Permintaan & Desakan Hindraf

  4. wat eva apen d one thing i want all of us do is respect and love our beloved country…a lot of people jelous our Malaysia plz be a malaysian..that always b one…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: