Sahabat MANTAP

:: Memantapkan Minda Nasional ::

‘Bloggers Of The Year’

Posted by Sahabat MANTAP di Selasa, 20 November 2007

oleh: Jebat Pembela

‘Penderhaka Negara’…mungkin itulah gelaran yang sesuai untuk diberikan kepada pengendali blog atau laman web seperti YM Raja Petra Raja Kamarudin (RPK) dan Jeff Ooi atas apa yang telah dilakukan sepanjang ulangtahun ke-50 kemerdekaan negara dan juga Tahun Melawat Malaysia.

RPK yang sebelum ini begitu lantang memperjuangan hak asasi manusia cara pembangkang dan tidak lekang dengan artikel-artikel yang memesongkan pemikiran rakyat dilihat semakin ghairah menulis isu-isu yang mampu menimbulkan kemarahan pihak lain dan seterusnya mencetuskan ketegangan antara kaum. Malah RPK tanpa ada rasa bersalah terus-menerus mempersendakan Yang DiPertuan Agong sekaligus Institusi Raja dengan pelbagai pembohongan termasuk menyatakan bahawa Yang DiPertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin memperkenankan demonstrasi 10 November yang dianjurkan oleh Gabungan Pilihan Raya Bersih & Adil (BERSIH).

Raja Mat JeninRPK yang juga turut mendapat nama jolokan sebagai Raja Mat Jenin terlalu banyak mencipta kelemahan kerajaan. Banyak artikel dari laman web beliau (walaupun banyak juga hasil penulisan yang diceduk dari blog pembangkang yang lain) seringkali dilihat tersasar dari fakta yang sebenar. Inilah propoganda yang selalu dimainkan hasil latihan dan tajaan yang diterima daripada Friedrich Naumann Foundation (FNF) demi melemahkan negara di bawah pimpinan kerajaan Barisan Nasional (BN).

Dilaporkan bahawa pada 18 November, seramai lapan orang awam telah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields berhubung artikel RPK di laman webnya yang bertajuk “What The Eye Does Not See” bertarikh 16 November 2007. Artikel tersebut telah didakwa mereka sebagai menyentuh isu perkauman termasuk memperkecilkan kedaulatan Yang DiPertuan Agong berhubung kejadian demonstrasi anjuran BERSIH 10 November lalu.

Ditambah lagi dengan laporan polis yang pernah dibuat terhadapnya pada 23 Julai 2007 oleh Ketua Penerangan UMNO atas dakwaan yang sama, laporan ini pula sekaligus membenarkan dakwaan bahawa RPK sememangnya mempunyai kecenderungan untuk menghina Raja-Raja Melayu dan membakar semangat perkauman.

Ekoran daripada siri laporan polis ini, Raja Mat Jenin ini tidak lagi boleh lari untuk disabitkan kesalahannya kerana:

  1. Menghina Yang Dipertuan Agong sekaligus institusi Raja-Raja Melayu.

  2. Menghina dan memperlekehkan kedudukan Islam sebagai agama rasmi persekutuan.

  3. Menulis atau membiarkan artikel-artikel yang mempunyai unsur-unsur hasutan dan berbau perkauman dengan tujuan menimbulkan rasa benci dan keganasan di kalangan rakyat Malaysia berbilang bangsa dan agama.

Dengan merasakan dirinya agak kebal kerana mempunyai pertalian darah dengan Raja Melayu, beliau terus meniupkan roh keganasan rakyat agar mereka terus bangkit bersama pembangkang menentang apa yang diandaikan mereka sebagai zalim, tidak adil, rasuah dan sebagainya.

Apakah manusia seperti ini hendak kita biarkan terus menguasai mentaliti rakyat khususnya generasi anak muda? Penghinaan terhadap raja Melayu dan agama Islam jelas membuktikan RPK adalah batu api yang sedang mencetuskan satu gelombang pergolakan yang kurang baik bagi masyarakat kita di Malaysia.

Dalam tulisannya, RPK menyatakan bahawa ‘khabar telah disampaikan’ yang mana Briged Ke-19 Regimen Askar Melayu DiRaja (RAMD) telah bersiap sedia untuk merempuh masuk sekiranya berlaku apa-apa insiden yang tidak diingini. Empat belas kereta perisai yang telah tiba sebelumnya dari Sungai Petani dan berkampung di Kem Tentera Sungai Buloh bersedia untuk campurtangan dalam notis segera. Mereka hanya memerlukan 10 hingga 15 minit untuk sampai ke lokasi sekiranya terdapat tindakan keras ke atas rakyat.

Begitu mudah rakyat yang membaca laman webnya diperbodoh-bodohkan apabila masa yang diambil untuk kereta perisai ini bergerak dari Kem Tentera Sungai Buloh ke Istana Negara hanya sekitar 10 hingga 15 minit. Selain daripada menggunakan nama Yang DiPertuan Agong yang didakwanya merestui demonstrasi tersebut, RPK juga menyatakan bahawa baginda meninjau perhimpunan itu dari udara dengan menggunakan helikopter. Hakikat sebenarnya, Yang DiPertuan Agong pada ketika itu sedang berada di Setiu, Terengganu kerana mengambil bahagian dalam Kejohanan Kuda Lasak Piala Sultan Terengganu 2007. Bagaimana pula dalam masa yang sama baginda boleh meninjau demonstrasi itu?

RPK diibaratkan “masuk bakul angkat sendiri” apabila dengan bangganya mengatakan dirinya penuh dengan ilmu. Beliau pernah mengatakan fahaman Islam yang diamalkan oleh orang-orang Melayu kini adalah salah dan terpesong daripada ajaran yang asal. Jika benar seperti yang dinyatakan beliau, adakah membuat fitnah itu ajaran Islam yang betul? Adakah agama Islam versi RPK ini membenarkan rakyat menghina pemerintah selagi pemerintah itu tidak memerintahkan rakyatnya melakukan kejahatan?

Pada 17 November, tiga NGO terdiri daripada Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Kongres Indian Muslim Malaysia (KIMMA) dan Pertubuhan Seni Silat Ikatan Kalam Utama Malaysia (PIKUM) telah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul terhadap pengendali laman web, Jeff Ooi atau nama sebenarnya Ooi Chuan Aun berikutan kenyataannya kepada wartawan Al-Jazeera berhubung demonstrasi 10 November.

Mereka mendakwa bahawa wawancara itu bukan sahaja memburukkan dan memfitnah negara, malah boleh disifatkan sebagai menghasut sehingga boleh membawa kepada perpecahan kaum. Jeff Ooi juga didakwa menyebarkan maklumat yang tidak benar bukan sahaja kepada Al-Jazeera tetapi seluruh dunia dengan mengatakan pasukan polis negara bertindak ganas terhadap orang awam.

Jeff Ooi dalam kenyataannya pada 2 November 2007 pula menentang keras mereka yang mengatakan bahawa Perhimpunan BERSIH dianjurkan oleh Parti KeADILan Rakyat (PKR). Selanjutnya beliau menekankan bahawa rakyat perlu tahu bahawa BERSIH adalah gabungan 26 NGO dan 5 parti politik pembangkang dari semenanjung dan Sarawak.

Inilah hasil didikan FNF. Siri latihan yang disediakan oleh FNF untuk para blogger Malaysia telah berjaya memesongkan pemikiran warganegaranya agar tidak tunduk sekaligus melupakan peruntukan undang-undang sedia ada. Mereka dilatih agar berpegang teguh kepada prinsip demokrasi ciptaan FNF. Dengan ini mudahlah bagi sebuah pertubuhan yang menjadi agen Zionis ini menakluk mana-mana negara dari dalam.

Kenyataan Jeff Ooi yang juga penceramah bagi FNF itu membuktikan tanda-tanda pemesongan pemikiran ini. Faisal Mustaffa, Penyelaras Sekretariat BERSIH yang juga Ketua Biro Antarabangsa Angkatan Muda PKR pernah menyatakan dalam satu sidang media Bersih di hadapan pejabat Istana Negara pada 6 November lalu bahawa BERSIH adalah sebuah badan gabungan dan tidak perlu didaftarkan sebagaimana yang perlu dilakukan oleh sebuah pertubuhan. Oleh itu, sebagai mengambil kenyataan Faisal ini, jika BERSIH tidak boleh diambil tindakan kerana tidak tertakluk di bawah peruntukan undang-undang, maka semua pertubuhan yang menganggotainya dan terlibat secara langsung dalam perhimpunan tersebut boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 13(1), Akta Pertubuhan 1966.

Oleh sebab nampak seperti BERSIH ingin lari daripada dipertanggungjawabkan, sudah tentulah pendakwaan ini boleh dikenakan terhadap mana-mana individu atau pertubuhan di bawahnya terutamanya PKR kerana majoriti individu yang terlibat adalah terdiri daripada ahli-ahli PKR dari penubuhan jawatankuasa penganjuran sehinggalah sekretariatnya. Apatah lagi apabila Penasihat PKR sendiri diminta untuk mengetuai demonstrasi itu.

Amat pelik jika BN yang terhasil dari gabungan parti-parti politik boleh mendaftarkan penggabungannya pada 1 Julai 1974 tetapi BERSIH pula cuba mengelak untuk berbuat demikian. Jelaslah bahawa BERSIH tidak telus dan tulus dalam memperjuangkan objektif penubuhannya.

Sudah banyak pembohongan dan fitnah yang dilakukan oleh RPK dan Jeff Ooi semata-mata untuk memecah-belahkan rakyat Malaysia; untuk menggambarkan bahawa negara kini dalam keadaan huru-hara. Jika diteliti lebih dalam, nampaknya ada pihak yang sedang cuba membakar api perkauman. Ada pihak yang sedang berusaha agar Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan hak-hak Agama Islam dan orang-orang Melayu tidak lagi digunapakai. Ada pihak yang seolah-olah cuba meminta agar kuasa asing mencampuri urusan negara.

Jika orang-orang seperti ini tidak dibendung, maka akan lebih ramailah rakyat yang menderhaka kepada agama dan negaranya akan lahir mewarnai tanah air pada masa-masa akan datang seperti Wee Meng Chee atau NameWee contohnya.

Dalam tahun 2007 ini sahaja, bukan sekali RPK dan Jeff Ooi berhadapan dengan kes polis ekoran daripada artikel laman webnya malah telah masuk kali kedua. Dari ahli-ahli UMNO, NGO sehinggalah orang awam mengakui akan sikap derhaka mereka terhadap negara yang tercinta ini.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: