Sahabat MANTAP

:: Memantapkan Minda Nasional ::

Pembangkang Heret Raja-Raja Ke Kancah Politik

Posted by Sahabat MANTAP di Jumaat, 16 November 2007

Oleh : Jebat Pembela

Perdana Menteri, Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi menyifatkan tindakan pembangkang menyerahkan memorandum berhubung dengan beberapa tuntutan mengenai proses pilihan raya di Malaysia kepada Istana Negara sebagai cubaan mengheret institusi raja terutama Yang DiPertuan Agong ke kancah politik. Kenyataan ini dikeluarkan oleh beliau selepas NGO di bawah naungan parti pembangkang menganjurkan perhimpunan di Dataran Merdeka.

“Tentu sekalilah. Apabila mereka bertindak begitu, mereka cuba mengheret raja dan Yang DiPertuan Agong atau memerangkap (Yang DiPertuan) Agong dalam politik mereka.” Katanya semasa wartawan meminta beliau mengulas sama ada tindakan pemimpin pembangkang itu sebagai cubaan mengheret institusi raja untuk turut terjerumus ke dalam politik.

Pada 10 November 2007 seramai 10 wakil termasuk Lim Kit Siang (Ketua Pembangkang), Dato’ Seri Anwar Ibrahim (Penasihat Parti Keadilan Rakyat), Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (Presiden PKR) dan Datuk Seri Abdul Hadi Awang (Presiden PAS) menyerahkan memorandum BERSIH kepada wakil Istana Negara di pintu pagar istana. Bagaimanapun, Yang DiPertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin tidak berada di Istana Negara kerana telah berangkat ke Terengganu pada hari Jumaat semalamnya untuk merasmikan serta mengambil bahagian dalam Kejohanan Kuda Lasak Piala Sultan Terengganu 2007 di Setiu.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abd Razak menyelar tindakan pihak yang menganjurkan perhimpunan haram tersebut kerana menyusahkan orang awam untuk menjalankan urusan harian. Beliau berkata, ada pekedai terpaksa menutup perniagaan mereka kerana bimbang kemungkinan timbul suasana kurang menyenangkan. Orang ramai yang melalui laluan di situ juga terpaksa berdepan dengan kesesakan lalu lintas dan keadaan itu menyusahkan mereka menjalankan urusan harian.

Selanjutnya beliau berkata, tindakan itu menyebabkan ada pihak mengambil kesempatan melakukan jenayah, merosakkan harta benda awam dan kesannya tidak baik terhadap pandangan umum termasuk negara luar. “Dalam kita menyokong kebebasan bersuara tidak bermakna kita boleh membenarkan pihak lain mengambil kesempatan mewujudkan suasana kurang selesa. Kita utamakan keamanan dan sebab itu polis tidak benarkan perhimpunan itu. Kita serahkan kepada polis untuk mengambil tindakan sewajarnya,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pusat Anak Permata Negara (PAPN) di Felda Chini Timur 3.

Inilah dua kenyataan yang telah dikeluarkan oleh Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri. Dapat dilihat di sini akan keprihatinan yang tinggi daripada kedua pemimpin tertinggi di Malaysia. Berfikirlah mengunakan akal bukan menggunakan emosi semata-mata. Perhatikan pilihan raya di Malaysia ketika ini. Barisan Nasional (BN) memerintah kesemua negeri kecuali Kelantan dan ada di antara negeri-negeri tersebut dapat ditawan oleh pembangkang melalui kerusi DUN atau Parlimen.

Jika BN menggunakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk mengembangkan dan mengekalkan kekuasaannya, maka sudah tentu Kelantan dapat ditawan kembali tanpa banyak cabaran. “Pembangkang bukan tidak biasa menang!” jelas Perdana Menteri. “Kalau kita kawal SPR, masakan BN boleh kalah di Kelantan, Sabah dan Terengganu”. Selanjutnya beliau berkata, “Hingga hari ini, kita masih lagi belum boleh ambil balik Kelantan. Namun begitu, kita menghormati keputusan rakyat”.

Perdana Menteri juga membangkitkan kes di mana golongan ini sentiasa menyalahkan sistem pilihan raya yang kononnya tidak adil hanya setiap kali apabila mereka gagal untuk menawan kerusi. Beliau memberikan contoh terdekat seperti Pilihan Raya Kecil DUN Batu Talam di mana pihak pembangkang telah bertindak memboikot pilihan raya tersebut sedangkan hakikat sebenarnya mereka malu untuk berdepan dengan kekalahan. Pada masa yang sama, mereka juga memberikan sokongan dari belakang apabila turut berkempen melalui ceramah-ceramah sepanjang tempoh berkempen.  

Rakyat perlu menghormati undang-undang dan tidak semborono untuk menyalahkan pihak berkuasa yang menjalankan tugas demi keselamatan negara. Demonstrasi jalanan hanya akan meruntuhkan negara. Hanya beberapa minit diperlukan untuk meruntuhkan sebuah negara tetapi bertahun-tahun diperlukan untuk membangunkannya semula. Apa yang kita kecapi hari ini setelah 50 tahun merdeka adalah bukti akan beberapa siri kejayaan dalam pengurusan dan pentadbiran negara oleh barisan Perikatan yang kini dikenali sebagai Barisan Nasional. Jadi, berbanggalah kita sebagai rakyat malaysia. 

Seandainya urusan pemerintahan negara diserahkan kepada mereka yang bukan ahli, adakah dapat dipastikan parti pembangkang mampu memerintah sebaik hari ini? Sehingga hari ini, apakah bukti yang dapat disandarkan untuk membangkang kenyataan ini?

Sedangkan 17 tahun PAS memerintah Kelantan, masih belum ada apa-apa yang boleh dibanggakan apatah lagi untuk ditonjolkan sebagai contoh kepada negeri-negeri yang lain. Hatta masalah air sebagai keperluan asas penduduk negeri pun memakan masa bertahun-tahun untuk diselesaikan, inikan pula untuk berbicara dalam konteks yang lebih besar seperti jatuh bangun ekonomi negara dan soal keselamatan negara.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: