Sahabat MANTAP

:: Memantapkan Minda Nasional ::

Perhimpunan Gagal, Demonstrasi Berjaya, KL Lumpuh

Posted by Sahabat MANTAP di Isnin, 12 November 2007

Perhimpunan 10 November yang disasarkan 100,000 orang akhirnya gagal apabila dilaporkan hanya 30,000 orang menyertainya. Laporan media rasmi daripada Sekretariat BERSIH yang dibuat kira-kira jam 6.00 petang pada tarikh tersebut pula menganggarkan angkanya mencecah dari 40,000 sehingga 50,000 orang.

Perancangan untuk berhimpun di Dataran Merdeka sepertimana yang dijanjikan kepada seluruh rakyat juga gagal apabila beberapa lokasi seperti Masjid Negara, Stesyen LRT-PUTRA Masjid Jamek, Kompleks Membeli-Belah SOGO, Jalan Masjid India dan Pasar Seni pula mengambil tempat untuk berhimpun. Maka, jadilah mereka dari kalangan orang-orang yang memungkiri janji.

Walaupun hanya separuh daripada jumlah sasaran yang hadir, namun program BERSIH tersebut tetap dilihat sebagai berjaya apabila para pesertanya dapat melakukan demonstrasi sekaligus mengulangi apa yang telah berlaku pada September 1998. Mereka berjaya menunjukkan kepada dunia bahawa tanah tumpahnya darah dan air mata ibu bapa dan nenek moyang mereka ini tidak lagi aman sebenarnya.

Justeru itu mereka memekik menuntut apa yang dikatakan sebagai keadilan untuk rakyat sedangkan mereka lupa bahawa pakaian yang mereka pakai, kenderaan yang mereka naiki, air yang mereka minum, makanan yang tidak pernah putus, keamanan, kemakmuran dan keharmonian adalah anugerah yang terlalu agung buat negara di tengah-tengah kemelut dunia hari ini.

Mereka bertakbir dan melaung-laungkan kalimah ‘lailahaillallah’ sedangkan mereka lupa bahawa Allah telah mengingatkan kepada mereka sebanyak 31 kali dalam Surah Ar-Rahman,

“Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang hendak kamu dustakan”.

Dengan menjemput pemerhati asing untuk datang melihat amukan 10 November, mereka seolah-olah menyeru kepada musuh-musuh Allah agar segera mencampuri urusan negara. Mereka lebih rela bertuankan orang asing daripada anak-anak peribumi sendiri. Maka, jadilah mereka dari kalangan orang-orang yang mengkufuri nikmat.

Di Stesyen LRT-PUTRA Masjid Jamek, sepasukan kira-kira 20 anggota Unit Amal PAS Pusat berbaju merah hati dan memakai beret telah merempuh sekatan FRU ala-ala bermain ragbi. Lagak mereka seperti anggota unit beruniform yang penuh berdisiplin rupanya hanya gah pada pakaian. Jika inilah tahap disiplin yang ditunjukkan, mereka tidak layak memakai beret di kepala, apatah lagi untuk memimpin negara.

Dalam mereka asyik berdemonstrasi, mereka tidak sedar bahawa mereka telah menyebabkan bandaraya Kuala Lumpur lumpuh kira-kira 6 jam. Merenung kembali kata-kata Abdullah A Karim, Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Pahang merangkap AJK Mobilisasi Perhimpunan 10 November PAS Pusat yang diungkapkannya kepada umum pada awal Oktober 2007,

“…seluruh pimpinan dan ahli PAS yang memandang remeh atau merasa diri terlalu ‘mulia’ untuk turun bersama kami dalam himpunan 10 November itu nanti, kalian wajar berasa berdosa.”

Kata-kata yang mirip memberi fatwa ini memang selalu diungkapkan oleh ahli-ahli PAS. Sebelum ini juga sebuah fatwa turut dikeluarkan oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Terengganu, Azman Sharpawi di surau Taman Rakyat Jaya pada 18 Julai 2007 yang berbunyi,

“Saya terangkan kepada semua pada malam ini, orang yang memperjuangkan Islam Hadhari, orang yang menyokong Islam Hadhari, orang yang beri’tikad Islam Hadhari Islam yang baik, dia MURTAD kepada agama Allah. Saya bertanggungjawab dengan ucapan ini…”

Abdullah A Karim mungkin terlepas pandang bahawa melanggar undang-undang yang dicipta oleh pemerintah bagi mendatangkan kebaikan kepada rakyat dan negara adalah dihukumkan sebagai berdosa oleh agama. Apatah lagi jika melanggar arahan pemerintah agar tidak turun berhimpun juga mendatangkan dosa di sisi Allah.

Rasulullah s.a.w pernah berpesan, “Wajib ke atas setiap Muslim untuk patuh dan taat kepada pemerintah sama ada ia suka atau tidak, selama mana ia tidak diperintahkan untuk melakukan maksiat. Sekiranya ia diperintah untuk melakukan maksiat, maka janganlah patuh dan taat.” (Riwayat Al-Bukhari).

Hadis ini disokong oleh Imam Abu Ya’la yang juga berpesan, “Apabila pemerintah telah melaksanakan tanggungjawab terhadap umat, maka wajiblah ke atas umat itu melaksanakan dua perkara iaitu Taat dan Menolong pemerintah dalam melaksanakan tanggungjawabnya.”

Oleh itu, seluruh jentera yang menggerakkan demonstrasi seperti ini wajar berasa berdosa. Mereka bersalah kepada pemerintah dan berdosa kepada Allah. Mereka perlu bertanggungjawab di atas setiap musibah yang berlaku ekoran daripada perhimpunan haram ini.

Pada tarikh itu bukan sahaja Kuala Lumpur tetapi hampir semua jalan-jalan masuk ke Kuala Lumpur mengalami kesesakan yang amat teruk dalam sejarah bandaraya. Antara jalan-jalan menghala ke Kuala Lumpur yang dilaporkan lumpuh ialah Jalan Kuching dari Pasar Borong Selayang, Bulatan Batu Cave, Bulatan Pahang, Lebuh Raya Persekutuan dari Tol Batu Tiga, Lebuh Raya PLUS Seremban-KL dari persimpangan Bangi, Lebuh Raya Karak-KL dari persimpangan Genting Sempah dan juga sepanjang Lebuh Raya Lingkaran Tengah II (MRR2). Kenderaan terperangkap dalam kesesakan teruk ini kira-kira 6 jam sehingga memaksa Pusat Kawalan Polis Traffik Kuala Lumpur mengeluarkan arahan kepada pemandu-pemandu kenderaan agar mencari jalan alternatif.

Pada tarikh dan tempoh masa itu, jika ada rakyat yang gagal sampai ke rumah terbuka untuk mengeratkan silaturrahim dan bermaaf-maafan; jika ada kemalangan yang berlaku; jika ada peniaga yang kecewa; jika ada yang tersinggung hatinya; jika ada anak yang tidak sempat melihat wajah ibunya; jika ada pesakit gagal mendapatkan rawatan segera; jika ada yang gagal menepati janjinya; jika ada yang bergaduh; jika bermulanya bibit-bibit permusuhan sesama manusia, maka semua ini perlu dipertanggungjawabkan.

Siapa yang akan mengambil tanggungjawab ini? Abdul Hadi Awang? Anwar Ibrahim? Mohamad Sabu? Abdullah A Karim? Apakah telah berat amal timbangan baik mereka sehingga boleh memikul dosa orang lain?

Tidakkah mereka sedar bahawa mereka juga melanggar Prinsip Rukun Negara yang lima. Antara yang secara tidak langsung telah dilanggar ialah Kesetiaan Kepada Raja Dan Negara, Keluhuran Perlembagaan, Kedaulatan Undang-Undang, Kesopanan Dan Kesusilaan. Maka apakah boleh dikategorikan bahawa mereka yang berdemonstrasi itu adalah rakyat yang baik? Apakah orang-orang Islam yang terlibat dalam demonstrasi itu boleh dikatakan mempunyai kefahaman agama yang baik? Atau, adakah PAS sebenarnya mengamalkan Islam secara keseluruhannya?

Apabila perhimpunan gagal, demonstrasi pula yang berjaya, Kuala Lumpur dan rakyat juga yang menjadi mangsa.

Advertisements

7 Respons to “Perhimpunan Gagal, Demonstrasi Berjaya, KL Lumpuh”

  1. ME said

    b***h…ko mmg buta mata, buta hati

  2. suara said

    Benarlah kata2 bro ME. Sememangnya pembangkang itu buta mata & hatinya. Walaupun telas dibentangkan kenikmatan hari ini dlm negara; walaupun telah jelas saranan drpd utusan-Nya utk patuh kpd pemerintah, mereka terus juga memalingkan muka dr kebenaran.

    Surah Al-Araf : Ayat 178-180

    “Sesiapa yang diberi petunjuk oleh Allah (dengan sebab persediaannya) maka dia lah yang beroleh petunjuk; dan sesiapa yang disesatkan oleh Allah (dengan sebab keingkarannya) maka merekalah orang-orang yang rugi.”

    “Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya, dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai.”

    “Dan Allah mempunyai nama-nama yang baik, maka serulah (dan berdoalah) kepadaNya dengan menyebut nama-nama itu, dan pulaukanlah orang-orang yang berpaling dari kebenaran dalam masa menggunakan nama-namaNya. Mereka akan mendapat balasan mengenai apa yang mereka telah kerjakan.”

    Surah Al-Furqan : Ayat 43-44;

    “Nampakkah (wahai Muhammad) keburukan keadaan orang yang menjadikan hawa nafsunya: tuhan yang dipuja lagi ditaati? Maka dapatkah engkau menjadi pengawas yang menjaganya jangan sesat?”

    “Atau adakah engkau menyangka bahawa kebanyakan mereka mendengar atau memahami (apa yang engkau sampaikan kepada mereka)? Mereka hanyalah seperti binatang ternak, bahkan (bawaan) mereka lebih sesat lagi.”

  3. Pembebel said

    Oh, kira ko mempersalahkan diorang sebab mengganggu melancarkan urusan orang ramai lah ye. Siapa nak dipertanggungjawabkan untuk merubah kerajaan sekarang? Siapa yang nak jawab kepada generasi kita di hadapan? Siapa nak jawab generasi masa depan kita kekurangan iman? Jawab lah..

  4. Bla.. Bla… Bla… Politik.. Politik… Bla… Bla…

  5. ME said

    excuse ME, apa yang aku kata tu utk penulis artikel, dan alang-alang ko dahsahut, utk ko sekali En. Suara. Sekadar amik ayat Quran terjemahan, cut paste pulak lagi tue…MALU, tadak pemahaman sikit habuk…

  6. jahak said

    Allah..

  7. demang said

    Rasulullah s.a.w pernah berpesan, “Wajib ke atas setiap Muslim untuk patuh dan taat kepada pemerintah sama ada ia suka atau tidak, selama mana ia tidak diperintahkan untuk melakukan maksiat. Sekiranya ia diperintah untuk melakukan maksiat, maka janganlah patuh dan taat.” (Riwayat Al-Bukhari).

    Hadis ini disokong oleh Imam Abu Ya’la yang juga berpesan, “Apabila pemerintah telah melaksanakan tanggungjawab terhadap umat, maka wajiblah ke atas umat itu melaksanakan dua perkara iaitu Taat dan Menolong pemerintah dalam melaksanakan tanggungjawabnya.”

    – saya percaya pemerintah dalam petikan hadis di atas merujuk kepada pemerintah tertinggi sebuah negara di mana di negara kita kerajaan hanyalah penggerak kepimpinan sementara pemerintah tertinggi adalah AGONG! bagi saya mereka yang berhimpun tidak menentang agong, malah pihak istana memperkenankan kedatangan perhimpunan.

    – sebetul-betulnya, sejauh manakah kerajaan telah menjalankan tanggungjawabnya? kita bercakap tentang TANGGUNGJAWAB di sini, harap pengertian tanggugjawab berada dalam erti kata yang sebenar.

    Wallahulam..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: