Sahabat MANTAP

:: Memantapkan Minda Nasional ::

RPK Dalang Perhimpunan Kuning?

Posted by Sahabat MANTAP di Khamis, 8 November 2007

Oleh: Sang Tempur

Hubungan Raja Petra Raja Kamarudin (RPK) dan Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI) sememangnya rapat sejak di bangku Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) lagi. Di sinilah untuk pertama kalinya dalam tahun 1963, RPK mula berjinak-jinak dengan persekitaran orang-orang Melayu.

Bagi minggu-minggu pertamanya, RPK banyak menghabiskan masa menulis surat kepada keluarganya merayu agar mereka segera dapat mengeluarkannya dari Tanah Melayu. RPK mendakwa bahawa dirinya tidak sesuai untuk berada di sini memandangkan MCKK adalah sebuah sekolah untuk budak-budak Melayu.

DSAI seperti yang pernah diceritakan oleh RPK seringkali mengusiknya sebagai anak ‘Mat Salleh’ yang sangat pemalu ketika di MCKK. “Tetapi Anwar kemudiannya baru sedari bahawa saya tak pernah bersuara kerana tak tahu sepatah haram pun bahasa Melayu”. Beliau seringkali menjadi mangsa buli kerana semua pelajar menganggapnya sebagai anak ‘Mat Salleh’.

“Tetapi satu-satunya pelajar senior yang menyelamatkan saya dari terus menjadi mangsa ragging ialah Anwar Ibrahim (pengawas). Dia sering bertindak sebagai pelindung dan menjauhkan pembuli dari saya malah sejak sekolah lagi.”

“Apabila Anwar dipecat dan dibelasah, urusan Anwar adalah urusan saya sekarang”.

Ibarat ‘Jebat kehilangan Tuah’, begitulah azam pendekar yang tersemat kukuh di dada RPK semenjak DSAI dipecat jawatannya dalam kerajaan pada 2 September 1998. Beliau mula bergerak aktif dalam gerakan reformasi dan Parti Keadilan Nasional (KeADILan) yang telah dilancarkan pada 4 April 1999 termasuk membina sebuah laman web berbahasa Inggeris yang diberi nama ‘The Malaysian’.

Laman Web Free Anwar Campaign

Pada tahun 2000, beliau menerima sekeping nota ringkas daripada DSAI meminta agar beliau menerajui pula Free Anwar Campaign (FAC). Lantas FAC pun dilancarkan pada Ogos 2000. Sebagai Pengarah FAC, RPK bertanggungjawab dalam menggerakkan kempen menuntut pembebasan Anwar dari dalam negara sehinggalah ke luar negara seperti Australia, United Kingdom dan Amerika. Tidak cukup dengan kempen jalanan, beliau membina lagi laman web yang dikenali sebagai ‘The International FreeAnwar Campaign’. Kedua-dua laman web tersebut tidak dibina untuk rakyat Malaysia tetapi lebih kepada orang-orang Barat yang saban hari ingin mengetahui perkembangan DSAI.

Sebaik mengetahui DSAI akan dibebaskan, RPK melancarkan pula laman web ‘MalaysiaToday’ pada 13 Ogos 2004. Sebagai orang yang tidak tahu untuk bersyukur, laman web ini pula akan mengambil tempat sebagai Free Malaysia Campaign (FMC) apabila FAC menamatkan kempennya pada tarikh DSAI dibebaskan, 2 September 2004.

Hampir 9 tahun RPK menumpukan sepenuh masa terhadap laman web berbahasa Inggeris bagi membantu karier politik DSAI. Beliau sendiri pernah mengaku bahawa beliau berhenti daripada berniaga untuk menjadi penulis sepenuh masa di internet.

Faisal Mustaffa (Ketua Biro Antarabangsa Angkatan Muda PKR merangkap Penyelaras Sekretariat BERSIH) di Akademi Antarabangsa (Kepimpinan), Jerman pada 4-16 Mac 2007 anjuran FNF

Berdasarkan rekod daripada Friedrich Naumann Foundation (FNF), Jeff Ooi dan RPK adalah dua orang blogger yg sering dijemput untuk menjadi penceramah bagi yayasan dari Jerman ini. FNF sering membantu DSAI dalam penyebaran maklumat melalui internet termasuk menaja program blogger untuk Anwar Ibrahim Club (AIC) dan blog ‘merpati jingga’ dengan bayaran USD10,000.

FNF adalah organisasi yang mempromosikan sistem politik liberal dan kebebasan komuniti termasuklah menaja mana-mana organisasi atau individu di seluruh dunia. Salah sebuah pertubuhan dunia yang berdiri atas nama demokrasi dan kemanusiaan tetapi mempunyai agenda sulit bagi mencapai misi “One World, One Country, One Nation” yang mana akhirnya nanti semua negara di dunia terpaksa tunduk kepada kuasa besar Barat. Para blogger yang terdiri daripada ahli-ahli parti pembangkang dan NGO yang pernah mengikuti siri latihannya didedahkan dengan modul latihan yang penuh dengan propaganda Barat seperti slot menonton filem berjudul ‘The Road To Guantanamo Bay’ di akhir sesi latihan.

Laman web yang menggunapakai nama ‘MalaysiaToday’ sehingga kini terus gah di mata dunia melaporkan berita berat sebelah tentang negara. Apabila desakan demi desakan diterima agar nama negara tidak digunapakai, akhirnya bulan November 2007 menyaksikan laman web Malaysia-today.net mula membuat pengumuman untuk bertukar kepada m2day.org.

Demonstrasi yang akan digerakkan pada 10 November ini menurut perancangan asalnya adalah merupakan sebuah konvensyen yang akan menghimpunkan 100,000 rakyat bagi menuntut pilihan raya yang lebih bersih dan adil. Perkara ini pernah ditekankan oleh Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharuddin Mat Isa dan Hj Mohamad Sabu dalam dua majlis ceramah berasingan sempena Pilihan Raya Kecil DUN Batu Talam pada 28 Januari 2007 yang lalu.

Ibarat kerja seorang CIA, RPK yang cukup terlatih dalam mencetuskan pelbagai fenomena telah mencaturkan perancangan konvensyen ini sehingga menjadi sebuah perhimpunan yang mirip demonstrasi jalanan. Bermula dengan puji-pujian yang diberikan terhadap seorang Raja Muda, RPK mula mengatur langkah bagi melaga-lagakan institusi kerajaan dan institusi Raja. Petisyen Rakyat yang mengandungi 10 perkara seperti yang telah dianjurkannya menjadi pencetus kepada idea untuk melibatkan Yang Dipertuan Agong dalam perarakan demonstrasi itu kelak.

Hj Mohamad Sabu

Pakatan pembangkang mengalami sedikit keretakan apabila Parti KeADILan Rakyat (PKR) melalui jenteranya BERSIH cuba menjuarai demonstrasi ini tanpa duduk berbincang untuk mendapatkan persetujuan dari seluruh pakatan parti pembangkang. Walaupun keretakan ini cuba ditutup dengan melantik Naib Presiden PAS, Hj Mohamad Sabu sebagai Pengerusi Jawatankuasa Badan Penggerak Demokrasi dan Mobilisasi (BERSIH), namun pihak PAS tetap merasakan diri mereka kini ibarat kuda tunggangan bagi pihak yang berkepentingan.

Maka atas sebab-sebab inilah PAS mengambil masa agak lama untuk memberikan maklumbalas. Hanya setelah dipujuk rayu, dipaksa dan diyakinkan oleh pucuk pimpinan tertinggi PKR, akhirnya resolusi mesyuarat di Markaz Tarbiyah PAS Taman Melewar pada 28 Oktober lalu secara paksa rela memutuskan untuk bersekongkol seterusnya menyeru para penyokongnya agar turun memberi sokongan kepada Demonstrasi Revolusi Kuning. Demi masa depan politik parti, surat pekeliling terpaksa dikeluarkan dan ditandatangani bersama oleh Presiden PAS, Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang, Salahuddin Ayub (Ketua Dewan Pemuda PAS), Ustazah Nuridah Mohd Salleh (Ketua Dewan Muslimat PAS) dan Ustaz Mohamad Daud Iraqi (Ketua Dewan Ulama PAS).

Secara tidak langsung menunjukkan bahawa DSAI telah berjaya menguasai sepenuhnya parti-parti politik pembangkang termasuklah NGO pembangkang untuk berada di bawah telunjuknya. PAS yang telah ditubuhkan sejak 56 tahun lalu akhirnya akur kepada kehendak sebuah pertubuhan politik yang baru berusia 8 tahun. Mereka menjilat kembali segala tohmahan dan kutukan terhadap orang yang pernah mereka gelarkan sebagai ‘Al-Juburi’ satu ketika dahulu.

Dengan ini bolehlah dikatakan bahawa PAS sempena menyambut ulangtahun penubuhannya pada 24 November ini telah hilang arah dan identitinya. Percaturan licik yang dimainkan oleh RPK telah sekaligus melangsaikan dendam lamanya terhadap PAS. Ini kerana PAS pernah memecat beliau sebagai kolumnis akhbar HARAKAH disebabkan penulisannya dalam kolum berbahasa Inggeris telah didakwa sebagai menghina agama Islam.

Ini tidaklah menghairankan apabila RPK juga pernah didakwa menghina agama Islam beberapa bulan lalu berikutan sebuah artikelnya dalam laman web malaysia-today.net sehingga memaksa satu laporan polis dibuat pada 23 Julai 2007 oleh Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Muhammad Mohd Taib.

RPK juga terlibat secara langsung dalam 14 tuntutan Interfaith Commission (IFC) terhadap Raja dan kerajaan yang antara lainnya menuntut;

  • Seseorang anak yang dilahirkan oleh ibubapa muslim tidak seharusnya secara terus menjadi penganut Islam.

  • Orang-orang bukan Islam yang telah memeluk agama Islam hendaklah diberi kebebasan untuk kembali kepada agama asal mereka (murtad) dan tidak boleh dikenakan tindakan undang-undang.

  • Orang bukan Islam tidak perlu menukar agamanya kepada Islam sekiranya ingin berkahwin dengan orang Islam manakala orang Islam pula hendaklah dibenarkan keluar daripada Islam (murtad) sekiranya ingin berkahwin dengan orang bukan Islam tanpa boleh dikenakan tindakan undang-undang.

  • Bible dalam bahasa Melayu dan bahasa Indonesia sepatutnya dibenarkan untuk diedarkan kepada umum secara terbuka.

Idea asal penubuhan IFC tercetus apabila satu memorandum yang mengandungi aduan dan tuntutan oleh Majlis Perundingan Agama Buddha, Kristian, Hindu Dan Sikh Malaysia (MCCBCHS) diserahkan kepada Majlis Peguam pada 21 Ogos 2001.

Satu kenyataan yang pernah dikeluarkan oleh RPK terhadap Kelab Penyokong Maya UMNO (KPMU) menyebut, “Frankly speaking, if I really am a Christian, I would be greatly upset that the Kelab Penyokong Maya Umno considers being a Christian as something terrible”. Setelah ahli-ahli PAS dan ahli UMNO sendiri mengkritik beliau sebagai menghina agama Islam, maka kenyataan sebegini pula boleh dinilai oleh rakyat sendiri.

Bersandarkan kepada fakta-fakta ini ditambah dengan apa yang telah didedahkan lagi oleh KPMU, sudah nyatalah, terang lagi bersuluh bahawa RPK tidak pernah merasa sensitif terhadap pembangunan agama Islam dalam negara. Lagi menghairankan apabila DSAI yang pernah dianggap warak sanggup menjadikan RPK sebagai jentera kanan gerakan sulitnya dalam mencapai misi peribadi memerintah negara. Sebab itulah PAS agak keberatan untuk menyokong demonstrasi ini setelah mengetahui bahawa segala perancangan didalangi oleh orang yang mereka cukup kenal malah pernah mereka pecat satu ketika dahulu.

Walauapa pun, berdasarkan senario hari ini, demonstrasi tersebut berkemungkinan besar tidak akan mencapai sasaran 100,000 orang seperti yang diharap-harapkan malah untuk mencecah 50,000 orang pun diramal agak sukar. Demonstrasi ini secara majoritinya hanya akan dibanjiri oleh kaum minoriti negara ini sekaligus menunjukkan sokongan terhadap agenda parti pembangkang terutamanya DSAI semakin malap dan mungkin akan terus padam satu hari nanti.

Advertisements

11 Respons to “RPK Dalang Perhimpunan Kuning?”

  1. khairulnizambakeri said

    Aku simpati dengan blog ini.
    Hee.

  2. raduan said

    Tuntutan Bersih.
    Penggunaan Dakwat kekal
    Pembersihan Daftar Pemilih
    pemasuhan Undi Pos
    Akses kepada media.
    Matlamat yg baik perlu di utamkan bukan dalangnya.

  3. shawal said

    Nabi s.a.w. menjelaskan, maksudnya:-

    “Apabila dua orang Muslim bertemu pedang (berperang) sesama sendiri, maka yg membunuh dan yg terbunuh, kedua-duanya masuk neraka…”
    (Riwayat Bukhari & Muslim).

    Sahabat MANTAP : Komen ini baru dipaparkan pada 13/11 kerana telah dihala masuk ke ruang SPAM secara automatik. Pihak blogger masih mengenalpasti bagaimana perkara ini boleh berlaku sedangkan komentator lain tidak pula mengalaminya. Harap maaf.

  4. rangiku said

    ape yang bersih nak tuntut????
    semua dah ditunaikan SPR….
    dakwat kekal???
    kan dah buat…
    daftar pemilih???
    kan dah buat semula…
    b***h ker ape ko raduan…
    ko tak sedar BERSIH tue ade niat tak baik kat malaysia..
    hidden agenda…
    ko ape tahu…
    dasar puok pembangkang..

  5. raduan said

    Ye ke? Rangiku..Kesiannya kat Awak,dah lama ke jadi penji**t?….

  6. rangiku said

    hahahahahaha
    sape yang jadi penji**t???
    kamu ker jadi penji**t anwar the ju**ri???
    dia mmg suka diji**t….
    hahahahahaha
    sesuai la dengan kamu raduan…

  7. ME said

    b***h…buta mata, buta hati, pekek telinga, mulut cabul

  8. raduan said

    Alhamdulillah,Akhirnya perhimpunan 100,000Rakyat berjaya,Terima kasih kpd semua yg menjayakannya,Terutama kpd pihak Polis yg bertungkuslumus mengawal keadaan seawal 6.30 pagi,tiada provokasi yg berlaku.Rakyat tanpa merasa takut dgn sebarang ugutan sama ada dari ketua Polis ,dariJohari Baharom mahupun Amaran keras dari Pak Lah sendiri.Sesungguhnya segala kesusahan kesakitan dan caci maki yg diterima ia merupakan satu KEMANISAN dalam perjuangan,Bagi mereka yg tak pernah berjuang tentunya tidak dapat merasakan nikmat sebegini.

  9. rangiku said

    sape yang buta mata, buta hati???
    tue ME ko baca tak artikel kat atas???
    baca betul2..
    pahamkan artikel tue…
    lepas tue pikir sape yang buta hati dan buta mata….
    mesti paham ape ko baca artikel kat atas nnt ko tahu bahawa ko yang buta hati dan buta mata…

  10. ME said

    aah..ko le yg buta mata, buta hati, pekak telinga, mulut cabul, otak senget

  11. Pinkturtle said

    […] 8. Malah penaja Raja Petra dan Malaysia-today adalah penaja yang sama membiaya Anwar di Malaysia iaitu sebuah Yayasan Jerman yang berpengkalan di Bangkok, iaitu Friedrich Naumann Foundation (FNF). […]

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: