Sahabat MANTAP

:: Memantapkan Minda Nasional ::

Boneka-Boneka Kuning Meresahkan Rakyat

Posted by Sahabat MANTAP di Rabu, 31 Oktober 2007

oleh: Sang Tempur

‘Revolusi Kuning’ dan ‘Gelombang Kuning’ adalah antara istilah yang digunapakai dalam merujuk kepada satu demonstrasi di Dataran Merdeka pada 10 November akan datang yang kononnya bagi menuntut pilihan raya yang lebih telus di negara ini. Demonstasi yang meniru gaya dan budaya kuning Barat, ‘Orange Revolution’ di Ukraine ini diberitakan semakin meresahkan rakyat apabila dikhuatiri boleh mengundang tragedi Batu Buruk berulang kembali.

Demonstrasi ini diadakan hasil persetujuan yang telah dicapai oleh parti-parti politik pembangkang dan Badan-Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang mendukungi mereka ketika pihak BERSIH menganjurkan Konvensyen rakyat di Dewan Perhimpunan Cina, Kuala Lumpur pada 20 Julai 2007.

Tarikh asalnya pada 11 November seperti yang telah diumumkan oleh Pengerusi BERSIH, Syed Shahir Syed Mahamod dalam konvensyen tersebut telah diputuskan semula untuk dibuat sehari sebelumnya memandangkan tarikh 10 November itu digambarkan sebagai tepat pada masanya.

Tarikh ini adalah satu tarikh di mana kira-kira 2,522 perwakilan UMNO dari seluruh negara baru sahaja selesai menghadiri Persidangan Agung Tahunan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) yang difahamkan berakhir pada 9 November depan. Persidangan ini juga turut menyaksikan ratusan pemerhati dan 1,928 petugas dari agensi media seluruh dunia turun membuat liputan sepertimana kelaziman mereka bagi tahun-tahun sebelumnya.

Sudah tentulah kesempatan pada keesokan harinya akan digunakan oleh para perwakilan, pemerhati dan wartawan ini untuk bersiar-siar di ibu kota sambil membeli-belah. Hampir seminggu para pemerhati dan wartawan ini termasuk rakyat yang mengikuti perkembangan persidangan melalui pelbagai saluran media didedahkan dengan perbincangan ke arah pembangunan negara. Akhirnya mereka dihidangkan pula di depan mata tindakan segolongan mereka yang ingin meruntuhkan negara.

Maka, sekembalinya para wartawan ini ke negara masing-masing sudah pastilah berita 10 November ini akan menjadi topik utama demi melariskan akhbar dan saluran televisyen mereka sekaligus menenggelamkan segala perbincangan tentang agenda perjuangan pembangunan negara di PWTC.

Inilah antara agenda tersirat mengapa tarikh demonstrasi ini dipilih. Pihak pembangkang cukup berbangga jika keburukan negara dipertontonkan dan dibaca oleh seluruh penduduk dunia. Apatah lagi jika mendapat sokongan dari mereka yang amat kuat memusuhi Islam sejak dahulu lagi.

Dato’ Seri Anwar Ibrahim (DSAI) yang akan mengetuai boneka-boneka kuningnya berdemonstrasi amat mengharapkan agar gelombang rakyat yang melanda negara pada September 1998 dahulu berulang kembali. Cuma pada kali ini dibuat dengan penuh strategi setelah medan ujian di Batu Buruk yang juga dianjurkan BERSIH gagal memesongkan pemikiran rakyat malah difahamkan turut memakan diri sendiri.

DSAI seperti diketahui umum bersahabat rapat dengan Paul Wolfowitz, orang asing pertama yang ditemuinya selepas dibebaskan pada 2 September 2004. Wolfowitz adalah bekas Timbalan Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat dan Presiden Bank Dunia. Mempunyai dua kewarganegaraan iaitu Amerika dan Israel. Pernah dipertanggungjawabkan untuk merangka strategi pertahanan semasa Perang Teluk dan merangka bajet sejumlah USD50 billion untuk tentera bersekutu menyerang sebuah negara Islam Iraq. Pernah berkhidmat sebagai Profesor Strategi Rahsia Kebangsaan di National War College pada tahun 1993.

Maka tidak hairanlah jika ada di antara perancangan DSAI bagi menunaikan segala impiannya bersama parti-parti politik pembangkang juga dinasihati dan ditunjuk ajar oleh Wolfowitz ini, seorang Yahudi yang menggunakan orang Islam untuk meruntuhkan negara Islam.

Empat Tuntutan seperti terkandung dalam memorandum yang akan dipersembahkan ke hadapan Yang DiPertuan Agong hanyalah sebagai ‘alat’ untuk menggerakkan kembali reformasi rakyat. Demonstrasi ini cuma ingin dilihat penuh bersejarah dan terbesar dalam episod reformasi pembangkang apabila melibatkan Yang Dipertuan Agong dan rakyat dari kalangan ahli-ahli pembangkang dari seluruh negara serta dipertontonkan di hadapan para perwakilan UMNO, para pemerhati politik dan para wartawan dari seluruh dunia yang ada di ibu kota pada ketika itu.

Mengambil iktibar dari kegagalan di Batu Buruk, kamera-kamera video akan disediakan pada setiap sudut sepanjang demonstrasi dan perarakan tersebut bagi merakam segala bentuk kejadian yang tidak diingini di samping bersedia mencari kesalahan orang lain atau pihak berkuasa. Hasil visual inilah akan digunakan sebagai bahan tambahan ceramah-ceramah politik mereka termasuk sepanjang kempen pilihan raya umum yang akan datang.

Oleh itu, orang ramai yang terserempak dengan boneka-boneka kuning DSAI pada hari tersebut dinasihatkan agar tidak termakan dengan segala bentuk provokasi meskipun diketahui bahawa di kalangan mereka juga akan ada segolongan yang tidak memakai baju kuning. Orang ramai juga disarankan untuk menjauhkan diri bagi mengelakkan bersubahat dengan agen-agen pengkhianat dan pemusnah negara ini.

Perhimpunan yang tiada permit ini jelas melanggar perundangan negara dan sesiapa sahaja boleh didakwa di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) 1960 sekiranya didapati terlibat. Rakyat yang baik akan memperlakukan diri sewajarnya demi kebaikan, keamanan dan keharmonian negara.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: