Sahabat MANTAP

:: Memantapkan Minda Nasional ::

Permainan Orang-Orang Kuning

Posted by Sahabat MANTAP di Khamis, 25 Oktober 2007

Oleh : Jebat Pembela

Gabungan Pilihan Raya Bersih & Adil (BERSIH) akan menganjurkan satu perhimpunan bertemakan ‘SELAMATKAN MALAYSIA’ pada 10 November 2007 yang didakwa mereka bertujuan untuk membantah penyelewengan dalam pilihan raya di Malaysia seterusnya menuntut perjalanan pilihan raya yang lebih bersih. Perhimpunan yang dirancang itu akan bermula pada jam 3 petang di Dataran Merdeka dan seterusnya berarak ke Istana Negara bagi menyempurnakan upacara penyerahan memorandum kepada Yang DiPertuan Agong. Terdapat empat tuntutan digariskan dalam memorandum tersebut iaitu;

  1. Penggunaan dakwat kekal 
  2. Pembersihan daftar pemilih
  3. Pemansuhan undi pos
  4. Akses kepada media

Bagi menjayakan agenda ini, beberapa mesyuarat penyelarasan di antara parti pembangkang dan NGO yang dipengerusikan oleh Naib Presiden PAS, Hj Mohamad Sabu telah diadakan di Ibu Pejabat PAS, Kuala Lumpur. Mesyuarat telah bersetuju untuk mewajibkan setiap ahli yang akan menyertai perhimpunan agar memakai t-shirt berwarna kuning yang telah mula dijual dengan harga RM10. T-shirt tersebut tertera nama BERSIH di hadapannya manakala di belakangnya pula tertera 4 tuntutan utama Bersih terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan kerajaan Malaysia.

Walaubagaimana pun, bagi sesiapa yang tidak mampu mendapatkannya, pihak BERSIH memberikan kebebasan untuk memakai apa jua yang berwarna kuning termasuk bunga yang dipakai dan belon yang dibawa. Kuning telah dipilih sebagai warna protes yang dipersetujui oleh semua gabungan BERSIH. Warna kuning juga diterjemahkan mereka sebagai ‘AWAS’ kepada pihak penguasa.

Menurut Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Mahfuz Omar, BERSIH mahukan DSAI bagi mengetuai perarakan tersebut kerana meyakini bahawa DSAI masih mampu meransang rakyat untuk bersama-sama bangkit dalam gerakan reformasi pilihan raya sepertimana yang pernah dilakukannya pada September 1998. Kenyataan ini juga disahkan oleh Tian Chua, Ketua Penerangan Parti KeADILan Rakyat (PKR) dan Nik Azmi Nik Ahmad, Pegawai Khas DSAI. 

Perhimpunan seumpama ini biasanya dibuat hanya sekadar ingin menonjolkan kekuatan sekaligus membuktikan kepada kerajaan bahawa rakyat mahukan perubahan agar pengendalian pilihan raya dapat dilakukan dengan bersih dan telus. Persoalannya di sini, siapa BERSIH sebenarnya? Seperti yang diketahui, ahli yang menganggotai BERSIH adalah terdiri daripada pemimpin parti pembangkang. Maka tidak hairanlah sebagai pembangkang negara, mereka akan terus-menerus memalu gendang bagi menjatuhkan reputasi kerajaan di bawah pimpinan Barisan Nasional (BN).

Apabila pukulan gendang didengar rakyat semakin sumbang, mereka akan mula tercari-cari rentak lain yang lebih bertenaga. Maka, mereka pun mulalah melibatkan Yang DiPertuan Agong untuk diheret sama ke kancah politik kotor mereka. Tuduhan yang dibuat bahawa kerajaan menjadikan SPR sebagai alat agar BN terus berkuasa adalah tuduhan yang tidak berasas sama sekali. SPR tetap satu badan bebas yang tidak dipengaruhi oleh mana-mana pihak bagi memastikan kelicinan pilihan raya dalam negara.

Sejak tahun 1990 Kelantan diperintah oleh PAS. Jika benar kerajaan memperkudakan SPR, mengapa BN masih tidak dapat menawan Kelantan daripada tangan PAS? Berapa banyak DUN bagi negeri-negeri lain yang sejak beberapa penggal lalu masih dikuasai parti pembangkang? Adakah ini menunjukkan bahawa pilihan raya di Malaysia dijalankan secara tidak telus? 

Sejak DSAI dilucutkan jawatan dalam kerajaan, DSAI acapkali mencuba pelbagai helah dan tipu muslihat untuk memburukkan kerajaan BN. Segala perlakuan DSAI ini hanya dilihat motifnya untuk membalas dendam semata-mata. BERSIH juga adalah salah satu anggota tubuh badan DSAI bagi menggerakkan agenda peribadinya. Jika benar pilihan raya di Malaysia tidak bersih seperti yang didakwa, mengapa DSAI sewaktu masih menjawat jawatan dalam kerajaan tidak mengambil tindakan membersihkannya. Mengapa mesti setelah dibuang dari kerajaan baru bertindak memperjuangkannya. Bukankah ini bermakna segala apa yang dilakukan hanya untuk agenda peribadi? 

Senario ini samalah dengan apa yang berlaku di Ukraine yang menyaksikan kebangkitan rakyat melalui Orange Revolution (Revolusi Oren) bagi menolak keputusan pilihan raya. Akhirnya mereka mengisytiharkan sendiri Viktor Yushchenko sebagai Presiden. Ini berlaku kerana amaran demi amaran yang dikemukakan untuk membersihkan pilihan raya tidak dipedulikan oleh pemerintah Ukraine sebelum itu. Maka inilah gaya yang sedang ditiru oleh DSAI dengan harapan agar apa yang telah berlaku di Ukraine akan terjadi kepada dirinya.

Rentetan permainan politik pihak pembangkang sejak akhir-akhir ini nampaknya ingin memberi tekanan kepada kerajaan agar pilihan raya dapat diadakan selepas April 2008 bagi membolehkan DSAI bertanding dalam pilihan raya. Melalui segala jentera baik barisan alternatif, majlis peguam, NGO sehinggalah rakyat jelata diperkudakan DSAI sepenuhnya demi  kerakusan nafsunya ingin berkuasa. DSAI berselindung di sebalik tema ‘SELAMATKAN MALAYSIA’.

Rakyat perlu dimaklumkan sekali lagi bahawa PKR asalnya tidak ditubuhkan untuk kepentingan rakyat. Penubuhannya hanya untuk pembebasan DSAI. Sebab itu PKR memakai lambang ‘mata’ sebagai lambang pertubuhan politik. Ketahuilah bahawa asal-usul ‘mata’ itu bukanlah mata rakyat tetapi ‘mata’ DSAI itu sendiri. Ini bermakna perjuangan PKR dan segala jentera NGO yang mendukunginya adalah untuk menaikkan DSAI sebagai pemimpin negara, bukannya untuk membela rakyat!

Satu Respons to “Permainan Orang-Orang Kuning”

  1. malaysiabesok said

    oii pengkhianat bangsa…
    sedap2 korag kutuk DSAI…
    nantikan lah revolusi kuning di dataran merdeka…
    warna biru BN akan diganti warna kuning rakyat..
    DSAI akan berkuasa semula dan akan membersihkan segala kekotoran yang dilakukan oleh BN..
    nantikan la detik gemilang ini…
    skrg hina lah DSAI…
    pada masa akan datang anda la yang akan dihina kembali…
    HAHAHAHAHAHA
    salam reformasi…

    penyokong DSAI…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: