Sahabat MANTAP

:: Memantapkan Minda Nasional ::

Ada hantu dalam SPR?

Posted by Sahabat MANTAP di Rabu, 17 Oktober 2007

Oleh : Kimsalam

…”Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sering menerima tohmahan, sedangkan undang-undang sedia ada telah jelas TIDAK MEMBERI KUASA untuk kita memindahkan nama pemilih ke kawasan lain tanpa kebenaran atau permohonan daripada pemilih itu sendiri”…

Ini kenyataan integriti yang sudah lama digunapakai oleh SPR apabila menjawab persoalan-persoalan yang ditimbulkan oleh parti politik dan beberapa pihak lain berhubung isu-isu dalam pilihan raya. Kita yang ingin berlapang dada dan merasionalkan pemikiran menerimanya walaupun penuh teka teki berlegar-legar di kepala.

Tetapi… 

…“Segelintir Penolong Pegawai Pendaftaran (PPP) yang dilantik oleh SPR telah menyalahguna kuasa dengan memindahkan nama pemilih baru atau sedia ada yang memohon menukar alamat mengikut Sistem Pendaftaran Bermusim (SPB) yang dilaksanakan sebelum 16 Julai 2002 ke kawasan lain tanpa kebenaran”…

Lain pula kenyataan kredibiliti ini yang sudah cukup untuk dibidas oleh mana-mana parti politik apatah lagi oleh pihak yang sering tidak berpuas hati dengan apa jua sistem yang melalui penambahbaikannya.

Namun hakikat tetap menjadi hakikat jika tindakan memindahkan nama pemilih ke kawasan lain itu mula disedari oleh pihak SPR hanya ketika Pilihan Raya Umum 2004. Perkara yang lebih mendorong amarahnya pula ialah tiada tindakan undang-undang dikenakan terhadap PPP terbabit tetapi hanya sekadar mengurangkan kuasa mereka demi memelihara integriti dan kredibiliti SPR kononnya.

Semua pihak terkeliru dengan apa yang dikatakan ‘pengundi hantu’ yang sebenarnya tidak wujud tetapi sebaliknya berpunca daripada ‘hantu-hantu’ dalam SPR yang masih tidak disemah dan dibuang ke tempat yang sewajarnya ia bermastautin.

Apa yang jelas di sini janganlah ada pihak yang masih mempertikaikan kononnya SPR mengikut telunjuk pihak tertentu walhal dalam masa yang sama ‘keadilan’ itu telah pun diraih bersama.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: