Sahabat MANTAP

:: Memantapkan Minda Nasional ::

Panel Khas Mulakan Siasatan

Posted by Sahabat MANTAP di Jumaat, 5 Oktober 2007

Oleh : Jebat Pembela

Semalam bertarikh 3 Oktober 2007, Panel Khas yang ditubuhkan oleh kerajaan bagi menyiasat kesahihan klip video yang didakwa sebagai peguam V. K. Lingam sedang berbual melalui telefon berhubung urusan pelantikan hakim telah mengadakan mesyuarat pertamanya di pejabat Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam). Mesyuarat itu telah dipergerusikan oleh Tan Sri Haidar Mohamed Noor dan dihadiri oleh ahli-ahli Panel Khas yang lain iaitu Datuk Mahadev Shankar dan Tan Sri Lee Lam Thye.

Melalui mesyuarat ini, Pengerusi Panel Khas ini telah meminta orang ramai yang mempunyai maklumat atau bukti berhubung rakaman klip video tersebut agar tampil membantu siasatan. Bantuan orang ramai amat diharapkan agar penyiasatan yang dilakukan dapat diselesaikan dengan lebih cepat dan efisien. Panel khas ini telah diberikan masa untuk menyelesaikan siasatannya dalam tempoh 30 hari bekerja dari tarikh pelantikannya. Tan Sri Haidar berkata, “mereka yang mempunyai bukti dengan asas yang kukuh, boleh menyerahkannya kepada urusetia panel di Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, Jabatan Perdana Menteri.”

Mesyuarat semalam juga telah mengadakan pertemuan tertutup dengan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail; Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan Ketua Pengarah Badan Pencegah Rasuah (BPR), Datuk Ahmad Said Hamdan. Pertemuan itu bagi membincangkan bentuk kerjasama yang boleh diberikan oleh ketiga-tiga agensi tersebut kepada panel yang ditubuhkan oleh kerajaan pada 25 September lalu. Diharap Panel Khas yang ditubuhkan dapat menyelesaikan kes yang telah didedahkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim ini sehingga menimbulkan keraguan terhadap kredibiliti dan integriti sistem kehakiman negara.

Keputusan Panel Khas memang dinanti-nantikan oleh rakyat untuk mengetahui sejauhmana sandiwara yang ingin dimainkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jika terbukti klip video ini adalah adalah benar dan tulen, tindakan harus diambil terhadap mereka yang terlibat kerana telah memalukan dan menjatuhkan kredibiliti badan kehakiman negara. Tetapi jika keputusan menunjukkan klip video tersebut diragui ketulenannya, maka Datuk Seri Anwar Ibrahim wajar dihukum kerana telah menyiarkan fitnah sehingga memburukkan nama badan kehakiman negara. Pengajaran perlu diberikan agar perkara sebegini tidak berulang kembali.

Apa jua keputusan Panel Khas ini, apa yang pasti nama malaysia sudah tercalit busuk ekoran dari isu ini. Tindakan Majlis Peguam mengadakan perarakan telah menghangatkan lagi isu ini sekaligus menarik perhatian wartawan luar negara bagi membuat liputan eksklusif. Tindakan Majlis Peguam tersebut dilihat seolah-olah menggambarkan bahawa klip video tersebut adalah tulen.  Walauapa pun, sebarang keputusan amat dinantikan oleh rakyat termasuklah pemerhati politik dari luar negara. 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: