Sahabat MANTAP

:: Memantapkan Minda Nasional ::

Cubaan Menyebarkan Dakyah

Posted by Sahabat MANTAP di Khamis, 4 Oktober 2007

Kejadian membakar bendera Malaysia ini adalah sebahagian daripada rentetan peristiwa rusuhan yang berlaku di Batu Buruk, Terengganu pada 8 September 2007.

Berikut adalah contoh sebuah artikel yang dipetik dari sebuah blog.

Sila Kaji Gambar Ini

Gambar yang dikajiZaman moden ini semua boleh dilakukan. Sebelum kita percaya dengan sesuatu pertuduhan, adalah lebih baik kita membuat sedikit kajian. Sila kaji gambar ini dan beritahu apa yang anda nampak.

Ini analisis daripada seorang teman baik saya yang telah lama berjihad di alam cyber:

Mengikut pandangan saya, gambar mat keledar berkenaan agak meragukan.

  1. Berdasarkan baju putih yg begitu terang, jelaslah gambar ini diambil dengan kamera yg menggunakan flash. Yg meragukan ialah ‘bayang gelap’ sepatutnya memanjang ke sebelah kiri mat keledar, bukan di bahagian bawah beliau mencangkung. Ini seolah-oleh cahaya lampu jalan lebih cerah drp cahaya flash kamera – sesuatu yg tidak mungkin terjadi.

  2. Terdapat beberapa orang berhampiran seolah-olah tidak mempedulikan perlakuan mat keledar membakar bendera. Logiknya, jika berlaku kejadian membakar bendera seumpama itu, sudah pasti ada orang yg akan memberi perhatian & tumpuan kpd apa yang berlaku. Ini seolah-olah menggambarkan sebenarnya tidak ada apa-apa yg berlaku di situ dan gambar mat keledar disuper-imposed (teknik lasso – copy & paste).

  3. Tidak ada kesan asap melampaui bahagian atas bendera sedangkan sepatutnya asap pasti sudah melewati bahagian atas drp bendera dan akan pasti jelas kelihatan apabila flash digunakan. (bertanda A)

  4. Terdapatnya beberapa bahagian gambar yg telah dilakukan touch-up (smudge) – sebahagian saya tandakan dengan kotak merah. Bagaimanapun, terdapat satu bahagian kecil yg tertinggal (dalam bulatan merah).

 Gambar mat lebai – memang gambar asli – tiada sebarang pengubahsuaian dapat dikesan.

 Sekian sedikit analisis peribadi drp saya.

Hakikatnya

Mungkin penulis artikel tersebut terlepas pandang tentang beberapa lagi gambar seperti di bawah yang berkaitan dengan kejadian itu.

                    

Kesimpulannya

Beginilah apabila kebencian telah bersarang di dada, maka kita sudah tidak dapat membezakan mana yang hak, mana yang bathil. Apabila kita sudah biasa dengan pembohongan dan kepalsuan, datanglah walau segunung kebenaran, pasti jua kita akan mengatakan sebuah kepalsuan.

Kita sanggup mengenepikan ilmu yang kita miliki selama ini semata-mata menuruti nafsu yang tidak pernah puas. Kita adalah seorang penilai atau penyelidik yang tidak adil kerana membiarkan keputusan mendahului hasil penyelidikan. Seharusnya hasil penyelidikan itulah yang memberi kita keputusan, bukannya membuat keputusan awal sebelum menyelidik. Seandainya kita membuat keputusan awal, maka segala proses penyelidikan akan menjurus ke arah membenarkan apa yang telah kita putuskan terlebih dahulu. Sebagai akibatnya, banyaklah perkara akan terlepas pandang dan banyaklah bukti tidak akan ditemui.

Inilah contoh pengkhianatan terhadap prinsip dan etika sebagai seorang penilai atau penyelidik dan prosedur dalam melakukan sebarang penyelidikan. Seandainya dihimpunkan seluruh ahli-ahli penyelidik atau pengkaji di dunia, nescaya mereka jua akan turut menemplak hasil penyelidikan yang sebegini rupa.

Sedar tidak sedar, inilah ‘nature’ bagi parti-parti politik pembangkang. Mendedahkan dan menyebarkan itu lebih utama daripada menyelidik dan mendapatkan jawapan. Memporak-perandakan itu lebih utama daripada membantu membangunkan masyarakat dan negara.

Mungkin kita telah mula rasa lebih sensitif dan akan mempertikaikan sebarang gambar khususnya berkaitan politik tanahair sejak Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua mencipta gambar palsu yang mengaitkan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak dan Altantuya Shaariibuu dalam laman blog miliknya (rujuk laporan pengakuan Tian Chua dalam akhbar Utusan Malaysia bertarikh 7 Julai 2007).

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: