Sahabat MANTAP

:: Memantapkan Minda Nasional ::

Apa Jadi Pada Melayu?

Posted by Sahabat MANTAP di Jumaat, 28 September 2007

Oleh : Kimsalam

Sudah 50 tahun kita merdeka. Laungan perjuangan yang bermandikan darah dan airmata bersemadi dalam lipatan sejarah. Terhasillah arus kemodenan sejagat untuk dihayati dan dimanfaatkan. Meletakkan semua bangsa seiring bagi mengecapi dan menginjak paradigma agar semua seperma bangsa berasa selesa.

Namun selesa membawa leka dan mudah lupa rupanya. Program Gerakan Perdana Pendaftaran Pemilih yang telah dilancarkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mensasarkan 2.5 juta pemilih baru rupanya hanya membuka pekung di dada apabila 90% orang Melayu tidak mendaftar daripada hanya 1.5 juta yang keluar untuk berdaftar.

Apa sebenarnya terjadi pada Melayu jika….

  • Melayu anggap pilihan raya adalah proses politik yang hanya melibatkan ‘orang politik dan organisasi politik’.

  • Melayu tidak memahami keperluan untuk memilih wakil rakyat atau parti yang berkualiti.

  • Melayu tidak ambil peduli siapa yang jadi wakil rakyat dan parti politik mana yang akan membentuk kerajaan.

  • Melayu berasa dunia politik kotor, penuh dengan pergeseran dan kadangkalanya agak tidak berkualiti.

  • Melayu tidak upaya untuk membentuk kerajaan yang berkesan.

  • Melayu tidak yakin terhadap sistem demokrasi. Melayu hanya pandai cakap banyak tentang soal politik.

  • Melayu hanya pandai kritik tetapi tidak mempunyai visi.

Tahukah Melayu jika hak politik ini diabaikan terus, Melayu akan jadi bangsa yang tidak peduli tentang agenda bangsanya sendiri, melemahkan dominasi kuasa Melayu dan akhirnya akan menjerumuskan bangsa ke lembah yang penuh dengan kekeliruan dan kecelaruan. Apalah ertinya nanti jika Melayu dan bumiputera merupakan penduduk majoriti tetapi dari segi jumlah yang mendaftar tidak mencerminkan komposisi kaum. Jadi, jika Melayu memilih untuk tidak mendaftar sebagai pengundi, jangan salahkan pemimpin politik dan kerajaan jika kuasa pemerintahan Melayu di negara ini semakin lemah…dan mungkin terus berkubur satu hari nanti.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: