Sahabat MANTAP

:: Memantapkan Minda Nasional ::

Penternak Babi VS Kerajaan Negeri Melaka

Posted by Sahabat MANTAP di Khamis, 20 September 2007

Oleh : Jebat Pembela

Esok bertarikh 21 September 2007 kerajaan negeri Melaka akan menyambung kembali operasi pelupusan babi di kawasan Paya Mengkuang, Melaka. Operasi pada 4 September 2007 telah gagal kerana di halang oleh penternak babi yang membuat tembok manusia bagi menghalang anggota penguatkuasa dari melupuskan babi peliharaan mereka. Anggota penguatkuasa seramai 2000 orang yang terdiri dari Federal Reserve Unit (FRU), anggota keselamatan dan Pihak Berkuasa Tempatan telah gagal untuk menjalankan operasi pelupusan dan pihak kerajaan negeri Melaka telah menunda operasi ini kepada 21 September 2007.

Apakah yang akan berlaku pada 21 September 2007??? Adakah operasi pelupusan babi ini akan terus ditangguhkan lagi. Perlu di ingat penduduk DUN Kuala Linggi telah menahan sabar selama 50 tahun di atas pemasalahan penternakan babi di Kuala Linggi. Begitu lama mereka hidup dalam persekitaran yang kotor dan menghirup udara yang berbau busuk. Masalahnya disini, tindakan pelupusan ternakan babi di Paya Mengkuang bukanlah bermotifkan politik dan perkauman. Kerajaan negeri perlu melupuskan ternakan babi ini kerana sikap penternak babi itu sendiri yang tidak menjaga alam sekitar dengan membuang sisa-sisa najis ternakan ke dalam saluran air. Dimanakah sikap bertanggungjawab penternak babi ini?? Mengikut laporan kerajaan negeri Melaka ada peternak babi di Paya Mengkuang tidak memiliki lesen dan penternak babi ini telah melanggar undang-undang dan seharusnya tindakan perlu diambil.

Tetapi malangnya pada 4 September 2007 ada hero yang ingin membela nasib penternak babi di Paya Mengkuang. Hero ini terdiri dari orang-orang DAP dan keADILan. Hero perkasa ini rasanya tidak memahami situasi yang dialami oleh penduduk DUN Kuala Linggi terutamanya penduduk di Paya Mengkuang. Perlu diingat oleh hero-hero dari DAP dan keADILan bahawa penduduk Paya Mengkuang menentang penternakan babi di kawasan mereka bukan disebabkan oleh masalah perkauman tetapi diatas masalah alam sekitar. Tetapi kenapa hero-hero dari DAP dan keADILan masih menunjukkan belang di Paya Mengkuang dan yang menjadi persoalannya sekarang parti MCA yang diketahui mewakili rakyat Cina dan sebahagaian dari Barisan Nasional (BN) tidak mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai isu penternak babi di Melaka ini. Kenapa MCA masih mendiamkan diri dan ketika penternak babi menghalang anggota penguatkuasa pada 4 September 2007, Datuk Seri Dr Fong Chan Onn iaitu ahli parlimen Alor Gajah telah turun padang tetapi beliau tidak dapat memberikan bantuan kepada anggota penguatkuasa. Adakah penglibatan hero-hero dari DAP dan keADILan serta keengganan MCA untuk menyatakan pendirian mereka adalah bermaksud politik? Jika mereka ini memiliki agenda politik dalam isu penternakan babi ini, amat malang nasib penduduk DUN Kuala Linggi terutama di Paya Mengkuang kerana mungkin mereka perlu menunggu lagi 50 tahun untuk masalah mereka selesai. Jika difikir secara logik Melaka adalah negeri kedua paling kecil di Malaysia dan secara ironinya kandang babi di Paya Mengkuang adalah kawasan penternakan babi paling besar di Malaysia dan paling besar di Asia Tenggara. Bayangkan negeri kedua terkecil di Malaysia memiliki kandang babi terbesar di Asia Tengara.

Pada 18 September 2007 DAP telah mengeluarkan kenyataan dimana DAP mahu Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam supaya akur kepada arahan kabinet dan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak supaya tidak menjalankan operasi pemusnahan babi secara besar-besaran dan membenarkan ternakannya diteruskan jika kawalan alam sekitar dipatuhi. Di samping itu, kata Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng, Timbalan Perdana Menteri itu turut dilaporkan oleh Sin Chew Daily pada 16 September lalu sebagai berkata, kabinet telah memberikan arahan kepada kerajaan negeri Melaka untuk menggunakan formula penyelesaian yang praktikal dalam menyelesaikan masalah penternakan babi di Melaka secara baik.

Malaysiakini.com melaporkan Lim memberitahu bahawa jawapan awal Ketua Menteri adalah diperlukan bagi mengelak pegawai kerajaan yang tidak bertanggungjawab “bermaharajalele menyalahgunakan kuasa hingga menimbulkan ketegangan serius dalam masyarakat”.

“Kami ingin menarik perhatian bahawa Setiausaha Kerajaan Negeri telahpun dikecam oleh seluruh masyarakat Cina sebagai melampau, termasuk parti MCA yang hanya menyatakan ini dalam suratkhabar Cina tetapi tidak di depan YAB ataupun di suratkhabar bukan berbahasa Cina,” katanya

Daripada kenyataan Setiausaha Agungnya DAP ini dapatlah disimpulkan bahawa kemungkinan besar operasi pelupusan babi pada esok hari bertarikh 21 September 2007 bakal akan menemui jalan kegagalan. Maka penduduk DUN Kuala Linggi bersedialah untuk terus hidup di dalam persekitaran yang kurang selesa seperti mana mereka alami 50 tahun yang lalu.

Berita Mutakhir : Operasi pelupusan babi di Melaka ditunda lagi ke tarikh 4 Oktober 2007.

3 Respons to “Penternak Babi VS Kerajaan Negeri Melaka”

  1. Bos!

    Tulisan kecik sangat bos! Org yang jenis umoq 50 mcm saya ni jenuh teropong nak baca! Jangan marah bos! Mintak maaf, bos!

  2. luahan said

    Kasi setel suma babi tu… dgn tuan2 babi patut disetelkan!

  3. ME said

    dah 50 tahum merdeka masih bergelumang dengan taik babi…kesiannnnnnnn. FRU+polis sikit punya ramai pon takde telor ka… kt tempat lain okey jek main tembak-tembak.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: