Sahabat MANTAP

:: Memantapkan Minda Nasional ::

Tolong Hormati Tuan Rumah

Posted by Sahabat MANTAP di Isnin, 17 September 2007

Al-Quran itu adalah sebuah kitab yang menjadi panduan hidup bagi seluruh manusia. Sebagaimana kitab-kitab agama lain, Al-Quran juga penuh dengan kiasan. Satu bentuk penghujahan yang seringkali dielakkan oleh para cendekiawan. Mereka lebih mementingkan fakta, teori, statistik atau apa-apa peristiwa yang benar-benar terjadi atau atau apa-apa kenyataan yang telah dibuktikan dan diperakui sebagai sah dan boleh diterimapakai.

Inilah antara peraturan-peraturan yang disusun oleh manusia dan tanpa kita sedari kita telah terperangkap sekaligus terbatas dengan peraturan-peraturan ini. Sebab itu dikatakan agama itu mudah tetapi yang menjadikannya sebagai sukar adalah manusia itu sendiri.

Jika segala fakta yang dikemukakan secara jelas masih tidak boleh dipertimbangkan, mari pula kita berkias di sini. Seluruh rakyat tidak boleh menafikan bahawa tanah yang kita pijak hari ini adalah milik orang-orang Melayu. Samalah juga jika dikatakan tanah negara China adalah milik orang-orang Cina beragama Buddha bagi negara itu manakala tanah negara India adalah milik orang-orang India beragama hindu bagi negara itu. Ada sesiapa yang boleh membangkang kenyataan ini?

Di atas tanah milik orang Melayu inilah didirikan sebuah mahligai yang cukup besar. Setelah mendapat izin daripada tuan tanah, maka bertungkus-lumuslah mereka yang terdiri daripada pelbagai kaum seperti Cina dan India termasuklah kaum Melayu itu sendiri dalam membina sedikit demi sedikit sebuah mahligai untuk didiami bersama-sama di bawah satu bumbung dan di atas satu tanah. Ada sesiapa yang boleh membangkang peristiwa ini?

Persoalannya, siapa pula yang sepatutnya menjadi tuan rumah? Mana-mana agama pun akan mengajar bahawa tuan tanah itu juga adalah tuan rumah. Ada sesiapa yang hendak membangkang saranan ini?

Dan hari ini, mahligai itu telah pun berusia 50 tahun. Pelbagai kaum yang mendiami mahligai itu telah diberikan kebebasan untuk bercucuk-tanam di atas tanah milik tuan rumah tersebut. Mereka bebas untuk menjalankan apa-apa aktiviti di atas tanah yang satu. Segala kelengkapan rumah termasuk perabot dan perhiasan bebas untuk disusunatur selagi menampakkan kemasan dalaman yang menarik. Warna kemasan cat luar dan dalam bagi mahligai itu juga berhak untuk ditentukan oleh semua penghuni asalkan mampu membuatkan jiran-jiran terpesona untuk datang bertandang. Ruang tamu, ruang dapur, ruang makan, ruang keluarga dan bilik utiliti bebas untuk dimasuki dan digunakan segala kemudahan di dalamnya. Ada sesiapa yang tidak setuju dengan kenyataan ini?

Cuma satu tempat sahaja di dalam mahligai itu yang tidak boleh dimasuki apatah lagi untuk disentuh atau dipersoalkan apa-apa barang yang terdapat di dalamnya iaitu bilik tuan rumah itu sendiri. Tuan rumah berhak untuk menentukan peraturan ini dan seharusnya tiada siapa boleh mempertikaikan.

Kalau saudara pembaca menyewa atau tinggal dalam sebuah rumah yang menggariskan peraturan seperti ini, adakah saudara akan melanggarnya? Sudah pasti kalau saudara melanggarnya, tuan rumah berhak menuntut apa-apa kerugian atau mengambil tindakan menghalau saudara keluar dari rumah tersebut sebagaimana termaktub dalam Perjanjian Sewa yang telah dimeterai. Hatta untuk memaku dinding sekalipun perlu mendapat izin daripada tuan rumah. Jika saudara pula sebagai tuan rumah, bukankah kaedah yang sama juga digunapakai? Ada sesiapa yang tidak berpuas hati dengan contoh yang diberikan?

Ini juga bermakna, istilah ‘tuan’ atau ‘ketuanan’ yang merujuk kepada bangsa Melayu tetap relevan dan tidak sepatutnya dibuang sehinggalah bumi bersatu dengan langit.

Berdasarkan kiasan ini, seharusnya tiada siapa berhak menafikan hak tuan rumah selagi soal keselamatan dan kerukunan bagi rumah tersebut dijamin sepanjang masa. Tanah dan mahligai dipagar dengan sebaik-baiknya beserta kawalan keselamatan 24 jam. Bekalan air dan elektrik dipastikan sentiasa mencukupi buat keperluan bersama. Jadi, apa lagi sebenarnya yang menjadi penyebab untuk kita terus memendam rasa tidak berpuas hati? Adakah kita sedar status kita di tanah hak milik orang-orang Melayu ini? Apa lagi keadilan yang hendak dituntut?

Jika masih meminggirkan kaum bumiputera di Pulau Pinang; jika masih mendiskriminasikan kaum di kawasan-kawasan parlimen atau Dewan Undangan Negeri yang dikuasai; jika masih menekankan penguasaan bahasa mandarin dalam pengambilan pekerja; jika masih meletakkan kaum bumiputera yang berkelayakan sebagai pekerja kelas bawahan dalam mana-mana syarikat perniagaan yang dikuasai; selagi belum dibuktikan bahawa orang bukan Melayu boleh berlaku adil serta menunjukkan rasa terima kasih terhadap toleransi penduduk peribumi Tanah Melayu, jangan bicara soal keadilan! Jangan cuba untuk menuntut hak yang lebih adil!

Dalam sebuah laman web yang berkait rapat dengan Parti KeADILan Rakyat (PKR), sebahagian para penyokongnya yang terdiri daripada orang-orang Melayu begitu bangga mengatakan bahawa PKR adalah parti perkauman terbaik di Malaysia. Adakah mereka sedar bahawa lebih separuh daripada jawatankuasa tertinggi PKR terdiri daripada orang-orang bukan Melayu. Seandainya Anwar Ibrahim ditakdirkan menjadi Perdana Menteri, sudah tentu jawatan-jawatan menteri kabinet seperti Menteri Kewangan dan Menteri Pembangunan Usahawan Dan Koperasi akan dituntut oleh mereka.

Sebagai orang yang pernah mencadangkan agar jawatan Naib Canselor di universiti-universiti tempatan di seluruh negara turut dilantik dari kalangan orang-orang bukan Melayu sepertimana dilaporkan oleh akhbar The Star bertarikh 12 Mac 2007, maka tidak mustahil tuntutan-tuntutan seumpamanya begitu mudah untuk dipenuhi oleh Anwar.

Beberapa bulan yang lalu, akhbar yang sama juga cuba memutarbelitkan sejarah dengan menonjolkan peranan yang dimainkan oleh pemimpin-pemimpin mereka yang terdahulu seperti Sir Tun Tan Cheng Lock dan anaknya Tun Tan Siew Sin dalam usaha mencapai kemerdekaan bagi Persekutuan Tanah Melayu ketika itu. Sekalipun dakwaan itu benar, berbalik semula kepada prinsip yang asas, tanah ini milik siapa? Siapa yang menjadi tuan rumah? Sekalipun beliau dinobatkan sebagai ‘juara’, adakah tanah ini juga serta-merta menjadi hak kaumnya?

Apa sudah jadi dengan mereka yang selama ini berada di bawah satu bumbung mahligai dan juga di atas tanah kita?

  • Adakah kerana dengan kekuatan pegangan ekonomi kaum yang kukuh dan jumlah populasi yang hampir menyamai tuan rumah, maka mereka mula ada rasa ingin memiliki tanah dan mahligai ini?

  • Adakah kerana mereka mula mengenali tuan rumah ini sebagai dayus dan pengecut dalam mempertahankan hak-hak sendiri?

  • Adakah kerana ada jiran nun di hujung sana yang tidak rasa senang selagi ada sebuah mahligai yang dipunyai oleh orang-orang Islam masih hidup aman damai dan harmoni? Lalu mereka merancang strategi bagi melaksanakan ‘constructive chaos’ melalui parti-parti politik berhaluan kiri dan juga bangsa minoriti.

  • Adakah sebenarnya mereka mula bersikap defensif dengan membuka kesalahan-kesalahan tuan rumah setelah kesilapan-kesilapan mereka ditelanjangkan?

  • Adakah kerana ingin menutup kesalahan sendiri, maka kesalahan orang lain dibukakan?

  • Adakah hak-hak mereka mula dicerobohi lalu mereka melaksanakan misi membalas dendam, mengugut, menunjukkan kekuatan yang telah dimiliki atau sekadar misi memberikan pengajaran kepada tuan rumah?

  • Adakah mereka mula rasa tidak berpuas hati di atas layanan tuan rumah terhadap mereka?

  • Adakah mereka sekadar ingin menjadi juara bagi kepentingan politik peribadi atau kaum mereka?

‘Jika tiada angin, masakan pokok boleh bergoyang’. Semua ini berlaku kerana negara kita terlalu menuruti kehendak demokrasi ciptaan Barat; kerana wujudnya parti pembangkang dalam negara. Mengapa pula tidak kita wujudkan pembangkang di kalangan anak-anak kita dalam institusi keluarga jika benar demokrasi itu mampu membentuk perpaduan? Mungkin kita perlu mengkaji sejarah mengenai pesan Saidina Umar Al-Khatab r.a kepada Saidina Usman Affan r.a tatkala menyerahkan jawatan khalifah.

Surah At-Taubah, ayat 12-14,

“Dan jika mereka mencabuli sumpahnya sesudah mengikat perjanjian setia, dan mereka pula mencela ugama kamu, maka perangilah ketua-ketua dan pemimpin-pemimpin kaum yang kafir itu, kerana sesungguhnya mereka tidak menghormati sumpah janjinya, supaya mereka berhenti (dari kekufuran dan bertaubat).”

“Mengapa kamu tidak memerangi suatu kaum yang telah mencabuli sumpah janjinya, dan mereka pula telah berazam hendak mengusir Rasulullah, dan merekalah juga yang mula-mula memerangi kamu? Tidak patut kamu takut kepada mereka (sehingga kamu tidak mahu memeranginya) kerana Allah jualah yang berhak kamu takuti (melanggar perintahNya) , jika betul kamu orang-orang yang beriman?”

“Perangilah mereka, nescaya Allah akan menyeksa mereka dengan (perantaraan) tangan kamu, dan Allah akan menghinakan mereka serta menolong kamu menewaskan mereka, dan Ia akan memuaskan hati orang-orang yang beriman.”

Ketahuilah, sesungguhnya hati budi tuan rumah itu sungguh unik untuk diselami. Tengku Razaleigh Hamzah dalam satu majlis penganugerahan Tokoh Syarahan Za’ba 2007 oleh Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya pada 26 Julai yang lalu menyebut bahawa orang Melayu itu sifatnya akomodatif. Tuntutan-tuntutan orang Melayu tidak pernah keterlaluan dan sepatutnya tidak perlu dibimbangi oleh kaum-kaum yang lain.

“Orang Melayu tidak pernah keluar negara mereka beramai-ramai dan kalau ada mereka berhijrah, mereka tidak menuntut negara itu mengikut selera mereka sebaliknya mereka akan menyesuaikan diri mereka dengan suasana tempat”. Beliau berkata lagi bahawa tidak pernah didengar orang-orang Melayu menuntut Bahasa Melayu setaraf dengan bahasa rasmi di sesebuah negara itu apatah lagi untuk menuntut agar diberi tanah yang lebih luas. Orang-orang Melayu yang menetap di luar negara juga tidak pernah didengar menuntut supaya diadakan sekolah-sekolah Melayu dan agama di negara tersebut.

Amat berbeza pula di negara kita ini apabila kaum pendatang pula berlebihan dalam menuntut hak mereka. Oleh itu, tolong hormati tuan rumah. Kita perlu ingat bahawa tuan rumah mempunyai hak untuk mengambil tindakan yang cukup berani dan tegas demi kemakmuran dan keselamatan negara.

Berikut pula adalah sebahagian daripada sajak hasil nukilan Usman Awang, bertajuk “MELAYU”;

Berkelahi cara Melayu
Menikam dengan pantun
Menyanggah dengan senyum
Marahnya dengan diam
Merendah bukan menyembah
Meninggi bukan melonjak

Watak Melayu menolak permusuhan
Setia dan sabar tiada sempadan
Tapi jika marah tak nampak telinga
Musuh dicari ke lubang cacing
Tak dapat tanduk telinga dijinjing
Maruah dan agama dihina jangan
Hebat amuknya tak kenal lawan

Berdamai cara Melayu indah sekali
Silaturrahim hati yang murni
Maaf diungkap sentiasa bersahut
Tangan dihulur sentiasa bersambut
Luka pun tidak lagi berparut

Baiknya hati Melayu itu tak terbandingkan
Telaga yang ada sanggup diberikan
Sehingga tercipta sebuah kiasan:
“Dagang lalu nasi ditanakkan,
Suami pulang lapar tak makan;
Kera di hutan disusu-susukan,
Anak di pangkuan mati kebuluran.”

9 Respons to “Tolong Hormati Tuan Rumah”

  1. ken said

    jangan tidur lagi….bangun,terimalah hakikat sebenar.Inl mungkin TUHAN yang atur dan menjadi malaysia berbilang kaum.kalau you cerita pendatang,takkan anak pendatang yang dapat I/C seumum hidup jadi pendatang selama-lamanya.kita semua manusia,yang dapat warganegara negera ini juga Tuan rumah.kalau cerita hormat and terima kasih,siapa yang korban dan berkerja kuat dan menjadi malaysia sebuah negara yang maju.Ada orang berterima kasih tak.kita cuma tahu cerita hak shj dan bising…
    Bukan cakap apa,kalau penulis ada fikiran Tuan rumah ke tak Tuan rumah, u tak boleh jadi pemimpin…cuma kampung sahaja.kalau you ada peluang dapat I/C lain negara,dan ada orang cerita Tuan rumah ke tak tuan rumah,i rasa you akan kecewa juga

  2. sharudin said

    Assalammualaikum
    Saya telah memetik sebahagian dari artikel anda
    Terima kasih

  3. Peguambela Penulis said

    Ken…u siapa nak kata seseorg itu boleh jd pemimpin atau tak? Messenger Of God? U tak boleh samakan prinsip U atau diri U dgn org lain. Kalau U ada peluang dpt I/C negara lain & org bercerita perihal tuan rumah, mmg U akn kecewa tp org lain mungkin tidak. Sbb org lain lebih faham status diri mereka drpd U.

    So, kalau itu pendapat U, maknanya i juga boleh katakan bhw managing director bg company2 yg menetapkan syarat bahasa mandarin utk ambil pekerja juga tak boleh jd pemimpin…cuma kampung shj. Sbb ada fikiran tauke & bkn tauke. Kalau U ada projek tp hanya mau kasi kroni shj, U pun tak boleh jd pemimpin sbb ada fikiran kawan & bkn kwn.

    Kalau ikut pendapat U lg, maknanya mereka yg masih menyokong dan mengikut apa yg terkandung dlm Federal Constitution pun tak boleh jd pemimpin sbb di dlmnya ada disebutkan darihal hak2 istimewa bumiputera & bkn bumiputera.

    Penulis tuh cuma ajak semua org kembali kpd prinsip asas. Kalau U tak fhm asas, U pun tak boleh jd pemimpin. Kalau U gaduh2 dgn seseorg…dgn your wife ker, U pun akn kembali kpd asas…mencari2 dr mana puncanya, cuba memahamkan your wife dari awal situasi.

  4. Tokmod said

    aya lu KEN tu olang cakap lu macam nang butinang kuibotohkui.i ingat awak belum megerti & faham akan erti maksud “bumiputra” atau U senggaja tidak mahu faham.walau U dari “keturunan yg 1,0000” pun U tetap bukan didalam gulonggan bumiputra.I rasa U TAHU orang melayu NI BANGSA YG BAIK DIDUNIA SO I nasehatkan u cuba fahami sajak usman awang bertajuk “MELAYU” I HARAP U BOLEH SAY THK U 2 melayu selepas ini.i merasa yakin kalau u keturun maseh berada kampong keturun u rasa x nya U KEN tak rasa apa yg U rasa now . uchaplah terima kaseh kapada orng “MELAYU”

  5. shabriduda said

    Perdana Menteri yang baru, Najib Razak hari ini mengumumkan satu perkara besar dimana kuota 30 peratus ekuiti bumiputera dalam sektor perkhidmatan awam dimansuhkan. (Sila baca petikan berita di bawah)

    Persoalannya ialah dimanakah pejuang-pejuang Melayu yang kononnya ingin mempertahankan hak Melayu sehinggakan menganjurkan demonstrasi yang berbau perkauman di negeri-negeri yang dimenangi oleh Pakatan Rakyat selepas PRU 12 yang lalu?

    Apabila Najib mengumumkan pemansuhkan ekuiti Bumiputera:

    Dimanakah Umno yang kononnya memperjuangkan hak Melayu?
    Dimanakah Ibrahim Ali dan Perkasa?
    Dimanakah Osman Bakar dan Badan Bertindak Perpaduan Melayu?
    Dimanakah Prowaris?
    Apa lagi yang Najib tak lakukan?

    Kementerian Pembangunan Usahawan dah dimansuhkan.

    Ekuiti Bumiputera sebanyak 30 peratus dah dimansuhkan.

    Sahlah bahawa pertubuhan-pertubuhan yang disebutkan diatas tidak pernah berminat untuk memperjuangkan Melayu dan Bumiputera.

    Mereka hanya buat bising apabila Umno dan BN kehilangan kuasa.

    Wahai orang-orang Melayu, jangan jadi bodoh lagi. Jangan ditipu lagi oleh golongan-golongan pengampu ni!!!

  6. Tokmod said

    wahai sabriduda yg hang telalak2 tanya itu semua buat apa! aku tanya hang selama ni hang buat apa utok melayu? dari firasat aku orang yg banyak bertanya macam hang ni satu benda pun hang tak buat untok melayu kalau hang buat pun untok diri hang saja . jangan lerlalak2 tergonggong2 saja berilah buah fikirkan yg bernas untok menjana kekuatan dan ketegohan melayu. sebusok2 daging kalau dibasuh masih boleh dimakan tapi bukan daging ba… sudah terang haram

  7. shabriduda said

    Tokmood

    Ahli Melayu UMNO ni dah nyanyuk ye… kesianye Ahli Melayu UMNO nih… Melayu UMNO cuba anda perhati betul2 Siapakah yang menjadikan Pulau Singapura bukan milik Melayu lagi..?

    Cuba Ahli Melayu UMNO tanya kat Muhyiddin Yassin berapa banyak tanah kat sekitar Larkin, Kg Melayu Majidee dan banyak lah kawasan kat Johor tu dia jual kat Tokey2 singapura..

    Cuba Ahli Melayu UMNO tanya bekas PM Pak Lah berapa banyak saham dan tanah orang Singapura bila Wilayah Iskandar siap nanti? Khabarnya saham Singapura sampai 70%.. Jadi negeri Singapura Kecil nanti

    Cuba tanya Chet Det yang dia sibuk sangat Jambatan Bengkok untuk Singapura tu pasal apa?? Sedangkan di Semenanjung, Sabah dan Sarawak banyak kawasan yang memerlukan jambatan kenapa Singapura yang Chet Det sibuk sangat..?

    Cuba Ahli Melayu UMNO tanya kat menteri air BN sendiri kenapa jual 3sen je air segelen kat Singapura..?

    Dan kenapa pulak izinkan produk berasaskan air Singapura yang harganya 10 kali ganda air yang kita jual kat dia boleh masuk semula dalam pasaran kita..?

    Kenapa rakyat Malaysia sendiri bayar lebih mahal untuk bekalan air bersih daripada rakyat Singapura ?

    Cuba Ahli Melayu UMNO tanya kat Rais Yatim berapa dia harga dia jual Pulau Batu Putih kat Singapura jugak, senang betul kalah ada apa2 ke..? Singapura dah tak hormat Malaysia dah lepas ni sebab benda yang hak sendiri pun boleh jatuh ke tangan Singapura.

    Cuba Pulak Ahli Melayu UMNO tanya Bekas MB perak Tajol Rosli berapa Banyak atau ribu ekar tanah dia dok bagi kat YTL dan Syarikat gergasi lain, dan berapa pulak buah pulau dia bagi kat tokey cina Orang Singapura jugak..?

    Tanya pulak Khairy berapa banyak pulak saham Pantai holding dia jual kat Singapura..? Singapura lagi..?

    Tanya Pulak Bekas Menteri Pelancongan Dato Azalina berapa banyak dia jual Iklan Singapura kat Malaysia ni dan apa yang menarik sangat kat Singapura tu sampai Malaysia terhegeh2 nak Promosi bekas Tanahnya sendiri… Singapura lah..

    Dan kita dibodohkan Selama 50 tahun perintah memang lah dia tak jual semua sekaligus… Kerajaan BN dan konco2nya jual sedikit demi sedikit sehingga kita tak perasan tanah Johor beratus ribu ekar kepunyaan Singapura, Tanah di Perak banyak dijual kepada tokey cina Singapura, Air yang kita punya pun boleh jual 3 sen segelen kat Singapura bagus2, saham pantai pun jual kat Singapura…

    Belum cerita Pasal Genting Highlands Lagi, Cameron Highlands lagi, Bukit Tinggi lagi dan Tanah2 di Pulau2 di Pantai timur Terengganu, Pahang dan Johor pun banyak yang dijual ke bangsa Asing..

    Tapi yang pelik kan kebanyakkan nya di jual ke Singapura… Maka jika lagi 50 tahun lagi Kerajaan BN memerintah tak hairanlah Kalau Johor, Melaka, Perak akan menjadi negeri Singapura jugak bukan ke Singapura tu sekutu Yahudi Israel..? Kenapa UMNO beriya2 suka sangat ambik berat kat Singapura ni..? Sekutu Singapura dan Israel dalam diam ke..?

    Ahli Melayu UMNO jangan Anda masa tu baru nak cakap… kenapalah aku tak sedar dari dulu lagi..? nih habis Tanah Air ku tergadai…

    Hem alahai Melayu UMNO… layu jadinya..

  8. shabriduda said

    Fasal 3 Perlembagaan Umno mencatatkan asas dan tujuan penubuhan parti itu, antara lainnya (fasal 3.3) untuk menegak, mempertahankan dan mengembangkan Islam; (3.4) memajukan ekonomi rakyat Melayu khasnya Bumiputera; dan (3.5) menjamin kedudukan Bahasa Kebangsaan (Bahasa Melayu).

    Dalam erti kata lain, fahaman nasionalisme Umno, membawa maksud parti itu diasaskan sebagai parti pencinta agama, bangsa dan negara yang patriotik.

    Perlembagaan Malaysia dirangka dengan membuat tafsiran bahawa Melayu didefinisikan dengan ciri-ciri, pertama; beragama Islam, kedua; beradat-istiadat Melayu, dan ketiga; bertutur dalam bahasa Melayu.

    Selama lebih 50 tahun majoriti orang Melayu bergantung kepada Umno dan menyokong Umno, dan ini telah memberikan kemenangan berturut-turut kepada Umno-BN sehingga dua belas kali pilihan raya umum.

  9. shabriduda said

    Fasal 3 Perlembagaan Umno mencatatkan asas dan tujuan penubuhan parti itu, antara lainnya (fasal 3.3) untuk menegak, mempertahankan dan mengembangkan Islam; (3.4) memajukan ekonomi rakyat Melayu khasnya Bumiputera; dan (3.5) menjamin kedudukan Bahasa Kebangsaan (Bahasa Melayu).

    Dalam erti kata lain, fahaman nasionalisme Umno, membawa maksud parti itu diasaskan sebagai parti pencinta agama, bangsa dan negara yang patriotik.

    Perlembagaan Malaysia dirangka dengan membuat tafsiran bahawa Melayu didefinisikan dengan ciri-ciri, pertama; beragama Islam, kedua; beradat-istiadat Melayu, dan ketiga; bertutur dalam bahasa Melayu.

    Selama lebih 50 tahun majoriti orang Melayu bergantung kepada Umno dan menyokong Umno, dan ini telah memberikan kemenangan berturut-turut kepada Umno-BN sehingga dua belas kali pilihan raya umum.
    amalan rasuah adalah haram. Demi merebut kuasa, dengan kepentingan wang, seseorang pemimpin itu boleh cenderung untuk menodai kesucian agama, maruah bangsa dan kedaulatan negara.

    Penjenayah-penjenayah ini dilepaskan daripada hukuman kerana Umno adalah parti yang berkuasa mengawal undang-undang.

    Malangnya jenayah Umno terhadap orang-orang Melayu-Islam diteruskan selepas pucuk kepimpinan Umno dan negara berubah.

    Diperkenalkan konsep “One Malaysia”, sekaligus membunuh jatidiri bangsa Melayu.

    Dimansuhkan Kementerian Pembangunan Usahawan yang menjadi tempat pergantungan peniaga-peniaga kecil Melayu.

    Dihapuskan kuota 30 peratus bumiputera dalam sektor perkhidmatan dan terbaru sekali kerajaan Umno-BN menetapkan anak-anak kekal agama asal meskipun ibu bapanya bertukar agama.

    Dalam masa yang sama hak Melayu untuk mendapat kedaulatan bahasa melalui penghapusan Pengajaran dan Pembelajaran Sains Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI), terus dinafikan pemimpin Umno-BN.

    Rata-rata orang Melayu amat hampa dengan Umno-BN kerana kesemua langkah-langkah Umno ini hanya membunuh masa depan Islam dan bangsa Melayu.

    Tindakan Umno ini, jelas bercanggah dengan hak Melayu sebagaimana pentafsiran Perlembagaan Malaysia.

    Tindakan Umno ini juga bercanggah dengan asas dan tujuan penubuhannya, sebagaimana yang dicatatkan dalam Perlembagaan Umno.

    Hakikatnya, perjuangan nasionalisme atau asabiyah Umno sudah gagal. Orang-orang Melayu semakin sedar bahawa Umno sedang menggali kubur untuk perjuangan nasionalisme mereka.

    YANG MENGHAPUSKAN HAK-HAK KEISTIMEWAAN ORANG MELAYU BUKANNYA DAP DAN ANWAR IBRAHIM @ PAS TAPI UMNO BARISAN NASIONAL DUHAI Tokmmmoood…..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: