Sahabat MANTAP

:: Memantapkan Minda Nasional ::

MCA Mudah Lupa – Siri II

Posted by Sahabat MANTAP di Jumaat, 14 September 2007

Oleh : Kimsalam

Mungkin Dato’ Seri Ong Ka Ting tidak belajar tawarikh, bahawasanya apabila Sultan Mansur Shah dari Melaka berkahwin dengan Puteri Hang Li Po dari China, maka seluruh umat Melayu Melaka berasa amat gembira kerana perkahwinan ini dilihat sebagai jambatan silaturrahim dan hubungan diplomatik yang amat bijak. Inilah hakikatnya di mana orang Melayu telah menjalin semangat integrasi antara kaum seawal kurun ke-15 lagi.

Kita tinggalkan sejenak kurun berkenaan. Tidak mungkin Dato’ Seri Ong Ka Ting pun terlupa bahawa seawal tahun 1820-an dulu, penjajah Inggeris telah mula membawa masuk buruh-buruh Cina ke Tanah Melayu ini untuk bekerja di lombong-lombong bijih di Kuala Lumpur dan Taiping. Mungkin kerana semangat integrasi yang telah dijalinkan oleh nenek moyang mereka dahulu, maka buruh buruh Cina ini pun bersetujulah untuk bertandang semula ke Tanah Melayu. 

Kita sorot kembali peristiwa ketika negara hendak MERDEKA dulu. Datuk nenek kita (kalau boleh Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj, Tun V.T. Sambanthan dan Tun Tan Cheng Loke kita anggap begitu) bersusah payah memerah otak hendak mengekalkan perpaduan dan keharmonian rakyat berbilang kaum dengan membuat satu resolusi apa yang dipanggil sebagai “Jos Soli” atau Kontrak Sosial. Salah satu ketetapan yang telah dipersetujui adalah bahawa kaum bukan Melayu berhak mendapat kerakyatan tetapi perlu menerima dan menghormati Hak Istimewa yang telah diperuntukkan untuk orang-orang Melayu. Hak ini juga termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. Kalau kaum Cina tidak tahu dan tidak mahu ambil tahu, Dato’ Seri Ong Ka Ting pula patut tahu.

Dato’ Seri Ong Ka Ting kenalah beritahu kaum Cina supaya tidak perlu meminta-minta lebih dari apa yang mereka sudah dapat sebenarnya. Dengan keharmonian dan perpaduan yang dipertahankan, kaum Cina dapat sama menikmati pendidikan dari sekolah rendah hingga ke universiti malah sampai ke luar negara. Kaum Cina hidup aman damai dengan mengekalkan budaya dan agama walaupun di dalam kawasan perkampungan Melayu. Kaum Cina juga mengecapi peluang pekerjaan di sektor swasta dan kerajaan. Oleh kerana berniaga sudah menjadi tradisi sejak dibawa masuk oleh kolonial British, maka rata-rata perniagaan kini dipelopori oleh kaum Cina. Pendek kata, hakikatnya ekonomi dikawal oleh kaum Cina.

Kalau Dato’ Seri Ong Ka Ting mahu tahu lagi betapa baiknya Melayu ini sehinggakan kaum Cina sendiri boleh menternak babi di tanah-tanah mereka. Malangnya, kaum Cina ini pula ‘sudah diberikan betis, hendakkan peha pula’, tanpa menghiraukan sensitiviti orang-orang Melayu mereka telah menambah bilangan ternakan babi. Takkan Dato’ Seri Ong Ka Ting terlepas pandang atau tertidur maka membiarkan pemimpin-pemimpin MCA melatah dan hampir mengorbankan perpaduan dan keharmonian yang telah sedia terjalin puluhan tahun lamanya.

Melayu boleh berkurang ajar tetapi kenapa MCA asyik mudah lupa aje?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: