Sahabat MANTAP

:: Memantapkan Minda Nasional ::

Dato’ Onn Jaafar – Anak Gemilang Malaysia

Posted by Sahabat MANTAP di Khamis, 6 September 2007

Dato’ Onn Jaafar

Pencapaian

Dato’ Onn Jaafar merupakan tokoh terkemuka yang memainkan peranan penting dalam menggerakkan penyatuan bangsa dan penentangan Malayan Union.

Dato’ Onn Jaafar (1895-19 Januari 1962) ialah pengasas dan Presiden pertama Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO). Beliau dilantik sebagai Menteri Besar Johor pada 1 Oktober 1946 tetapi tiga tahun kemudian, meletakkan jawatan untuk menumpukan perhatiannya kepada parti.

Kehidupan Awal

Dato’ Onn lahir pada tahun 1895 dan dilahirkan di Johor Bahru, Dato Onn ialah anak kepada Datuk Jaafar bin Haji Muhammad, Menteri Besar Johor yang pertama. Seorang kerabat diraja Johor, beliau dipelihara oleh Sultan Ibrahim ibni Sultan Abu Bakar sejak kecil, dan mendapat pendidikan Melayu sebelum melanjutkan pelajarannya ke England.

Dato’ Onn bekerja sebagai wartawan pada tahun 1930 ketika berumur 35 tahun, dan pada tahun 1934, menjadi pengarang Lembaga Malaya dan Harian Lembaga. Di samping itu, beliau juga pernah menjadi ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Johor. Semasa zaman Pendudukan Jepun, Dato’ Onn menjadi Ketua Pejabat Kawalan Makanan Negeri Johor.

Kerjaya Politik

Dato’ Onn pernah bertugas sebagai Pegawai Daerah dalam pentadbiran penjajah British, tetapi kemudian berhenti kerana membantah dasar-dasar jajahan.

Pada 1 – 4 Mac 1946, 41 buah persatuan Melayu telah berhimpun di Kelab Sultan Sulaiman, Kuala Lumpur untuk menghadiri Kongres Melayu pertama yang diadakan untuk menentang Malayan Union yang diperlihatkan sebagai ancaman terhadap hak istimewa orang Melayu dan kedudukan sultan-sultan Melayu. Hasil daripada mesyuarat ini, sebuah badan yang mewakili orang Melayu telah ditubuhkan ketika Kongres ketiga diadakan di Johor Bahru pada 1 Mei 1946. Disebabkan Dato Onn amat aktif dalam gerakan nasionalisme Melayu, kongres itu melantik beliau sebagai presiden pertama.

Di bawah kepimpinannya, UMNO berjaya memaksa kerajaan British untuk membubarkan Malayan Union dan digantikan dengan Persekutuan Tanah Melayu. Persekutuan Tanah Melayu 1948 mengekalkan kedudukan Raja-raja Melayu dan memperketatkan syarat-syarat kerakyatan serta memberi hak istimewa Melayu.

Datu’ Onn kemudian berasa kecewa dengan apa yang beliau anggap sebagai dasar-dasar perkauman UMNO dan mencadangkan bahawa keahlian parti dibuka kepada semua penduduk Tanah Melayu tanpa mengira kaum dan nama UMNO ditukarkan supaya menjadi “Pertubuhan Kebangsaan Penduduk Tanah Melayu Bersatu”. Oleh sebab cadangan itu ditentang, Dato’ Onn meletakkan jawatan sebagai presiden UMNO semasa persidangan Majlis Mesyuarat Agung Keenam diadakan pada 25 – 26 Ogos 1951.

Dato’ Onn kemudian menubuhkan Parti Kemerdekaan Malaya (IMP) pada 26 Ogos 1951. Malangnya, parti tersebut tidak mendapat sokongan daripada orang-orang Melayu. Pada tahun 1954, beliau meninggalkan parti itu untuk menubuhkan Parti Negara bagi tujuan bertanding dalam pilihan raya umum yang pertama di Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1955. Parti Negara menyekat keahlian bukan Melayu dalam satu percubaan untuk memperolehi sokongan daripada orang-orang Melayu. Walaupun demikian, partinya masih gagal mendapat sokongan dan tidak memenangi sebarang kerusi dalam pilihan raya itu. Bagaimanapun, Dato’ Onn masih berusaha untuk mendapatkan tempat dalam politik. Akhirnya, beliau berjaya mendapat satu kerusi di kawasan parlimen Kuala Terengganu Selatan dalam Pilihan Raya Umum 1959.

Dato’ Onn Jaafar mendirikan rumah tangga bersama Datin Halimah Hussein, dan salah seorang daripada anak mereka ialah Allahyaraham Allahyaraham Tun Hussein bin Dato’ Onn. Beliau meninggal dunia pada tahun 1962.

Rujukan : http://www.astro.com.my

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: