Sahabat MANTAP

:: Memantapkan Minda Nasional ::

MCA Mudah Lupa

Posted by Sahabat MANTAP di Isnin, 27 Ogos 2007

oleh: Kimsalam

Ketika negara akan menyambut ulangtahun kemerdekaan kali ke-50, masalah bahasa, pendidikan dan ekonomi antara kaum nampaknya terus dibangkitkan.

Kita dapat lihat bagaimana reaksi pertubuhan-pertubuhan perniagaan yang melibatkan kaum Cina terhadap gesaan Perdana Menteri agar sektor swasta yang dikuasai oleh kaum Cina ini membuka peluang pekerjaan kepada kaum Melayu dan India tanpa mengenakan syarat penguasaan bahasa Mandarin.

Sudah sekian lama iklan jawatan kosong syarikat-syarikat yang dipelopori oleh kaum Cina meletakkan syarat itu dan banyak pihak menganggapnya satu bentuk diskriminasi terhadap kaum lain serta rakyat yang tidak tahu berbahasa Mandarin. Bukankah sudah menjadi tanggungjawab bagi syarikat swasta yang dikendalikan oleh kaum Cina untuk menyokong dasar-dasar nasional; terutamanya bahasa kebangsaan?

Dengan amalan pengambilan pekerja hanya dari satu kaum ini bolehlah dikatakan antara penyebab meningkatnya kadar pengangguran di kalangan bumiputera. Inilah dasar tertutup yang diamalkan. Inilah liberalisasi yang diberi hingga majikan tidak memandang sebelah mata pun kedaulatan bahasa Malaysia.

Umum sedia mengetahui bahawa negara kita penduduknya berbilang kaum dan sesuatu tindakan yang hendak diambil haruslah melihat faktornya terlebih dahulu demi memastikan semangat perpaduan dan kesaksamaan dalam merealisasikan usaha memartabatkan pendidikan negara.

Agenda Misi Nasional yang membabitkan dasar pendidikan negara secara menyeluruh perlu diutamakan dan dihormati oleh semua pihak demi memastikan kualiti pendidikan negara berada di tahap sepatutnya dan dikecapi oleh semua rakyat tanpa mengira agama dan kaum.

Persoalannya, apakah bahasa pengantar bahasa Mandarin sekarang tidak mencerminkan identiti? Bahasa pengantar yang digunakan di sekolah-sekolah jenis kebangsaan Cina adalah bahasa Mandarin sudah cukup menunjukkan identiti sekolah aliran tersebut. Sekiranya Sekolah Kebangsaan (SK) dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) boleh menerima soalan dua subjek tersebut dalam bahasa Inggeris, kenapa SJKC tidak boleh?

Satu hakikat penting yang perlu diketahui ialah pendidikan tidak bersifat tetap dan beku. Pendidikan yang bersifat dinamis akan menjamin pendidikan itu sentiasa bersifat semasa, relevan dan futuristik.

Ahli-ahli politik Melayu hari ini menggesa kerajaan tidak tunduk kepada tuntutan MCA supaya tender-tender projek kerajaan dibuat secara terbuka kerana permintaan itu bertentangan dengan semangat Dasar Ekonomi Baru (DEB). Dasar tender yang dilaksanakan oleh kerajaan selama ini telah memberi banyak faedah yang turut dikongsi dan dirasai oleh semua kaum termasuk ahli-ahli perniagaan Cina.

Adalah tidak adil jika pucuk pimpinan MCA meminta kesemua tender kerajaan dibuat secara terbuka sedangkan hak yang dinikmati oleh syarikat-syarikat bumiputera itu terlalu kecil. Sebarang tuntutan oleh kaum bukan bumiputera seharusnya dikaitkan dengan semangat kontrak sosial, maknanya mereka perlu faham bagaimana bermulanya kewujudan negara ini.

Tanpa MCA membuat usul membuka tender kepada semua kaum pun, pengusaha Cina sudah mendapat segala-galanya. MCA perlu menggesa komuniti perniagaan Cina supaya lebih komited, ikhlas dan agresif menjayakan agenda ekonomi nasional. Selama ini pun, kebanyakan pengusaha Cina langsung tidak menunjukkan kesungguhan membantu pengusaha Melayu dalam perniagaan sebaliknya ‘memperkudakan’ untuk mendapat tender-tender tertentu. Pegawai dan pekerja Melayu serta nama syarikat Melayu dipergunakan untuk meng ‘kaya’ kan tauke Cina. Memang Melayu turut mendapat keuntungan, tetapi hanya secupak, Cina pula segantang.

Tatkala orang Melayu banyak berkorban demi memelihara perpaduan dan kesejahteraan masyarakat berbilang kaum di negara ini, masih ada pihak pula yang cuba mengambil kesempatan untuk mempertahankan hak-hak kaumnya.

Sejak dari dahulu, tidak ada Perhimpunan Agung MCA yang berakhir tanpa meminta itu dan ini daripada kerajaan. Sedangkan dalam masa tertentu, agak sukar kerajaan mendapat sokongan parti itu mengenai perkara yang melibatkan kaum Cina.

Kita tidak mahu isu seumpama ini dibincangkan dalam pemikiran yang sempit yang akhirnya apa yang diperjuangkan oleh sesebuah kaum itu tidak dapat dikecapi dalam sebuah negara yang telah 50 tahun merdeka.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: