Sahabat MANTAP

:: Memantapkan Minda Nasional ::

Gema Laungan ‘Student Power’

Posted by Sahabat MANTAP di Khamis, 23 Ogos 2007

Tanggal 10 Ogos 2007, lagi sekali Putrajaya bergema dengan pekikan dan lolongan sekumpulan pelajar Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dari sekitar Lembah Klang. Diberitakan hampir 1,000 orang dari Universiti Malaya (UM), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA), Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) memenuhi perkarangan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) sebaik sahaja selesai sembahyang Jumaat.

Tujuan mereka berhimpun untuk menghantar memorandum di tangan Dato’ Mustapa Mohamed bagi menuntut kebebasan dan keadilan serta pilihan raya kampus yang lebih bersih bagi tahun ini bagaimanapun berakhir dengan kekecewaan. Hanya wakilnya, Ahmad Ikmal Ismail yang juga pegawai khas kepada menteri tersebut muncul menyambut mereka dengan mesra.

Sementara menantikan perbincangan antara wakil penganjur dan wakil kementerian berkenaan, mereka sempat menyanyikan lagu ‘student power’ di samping ucapan-ucapan daripada beberapa wakil pertubuhan mahasiswa. Pelancaran kain rentang juga turut diadakan dengan slogan “Mahasiswa Menuntut PRK (Pilihan Raya Kampus) Bersih Dan Adil” dengan motif seorang pesalah yang dihukum gantung beserta label yang tertulis, “AUKU – Kampus Mati”.

Slogan-slogan lain seperti Mansuhkan AUKU”, “HEP Jangan Campur Tangan”, “Mahasiswa Bukan Boneka”, “Mahasiswa Tuntut PRK Adil”, “Mahasiswa Bergotong-royong Menegakkan Demokrasi” terdapat dalam pelbagai bahasa; dimuatkan dalam pelbagai jenis sepanduk dan kain rentang mewarnai keheningan petang hari Jumaat.

Perhimpunan yang berakhir pada jam 4.45 petang itu telah dianjurkan oleh Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) dan disokong oleh Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS), Malaysia Youth and Students Democratic Movement (DEMA), Forum Lorong Tengah (For-Lot), Gabungan Anak Muda dan Pelajar (GAMP), Kelab Rakan Islah Malaysia (Karisma), Univesity Malaya Association of New Youth (Umany), Food Not Bomb (FNB) dan Jawatankuasa Mahasiswa/i Universiti Kebangsaan Malaysia.

Beginilah ragam mahasiswa hari ini. Hilang sudah sifat intelektual mereka. Kita ada 20 universiti awam tetapi sayang apabila sebahagiannya tumbuh bagai ‘cendawan beracun tumbuh selepas hujan’. Kewujudannya untuk mengangkat tahap pemikiran dan martabat ilmu di kalangan rakyat Malaysia kini menjadi barah sekaligus racun terhadap proses pembangunan negara.

Aktiviti SMM pada 20 Januari 2006 di Putrajaya

Apakah mahasiswa hari ini tahu susur-galur penubuhan SMM? SMM adalah pertubuhan haram di kampus-kampus; sebuah pertubuhan berfahaman sosialis. Apakah mereka tahu aktiviti-aktiviti SMM? Apakah mereka tahu pertubuhan-pertubuhan yang menganggotai di bawahnya? Salah-satunya adalah DEMA itu sendiri.

Menurut kenyataan media pada 8 Julai 2005, DEMA telah mendesak Kerajaan Malaysia agar mengkaji semula penahanan Ayah Pin dan 21 orang pengikutnya dengan mengatakan kerajaan tiada hak untuk menghalang agama versi Ayah Pin. Dengan menggunapakai peruntukan di bawah Artikel 3(1), Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan bahawa mana-mana warganegara bebas mengamalkan sebarang agama dengan aman dan harmoni, mereka mengecam tindakan ISA terhadap Ayah Pin.

Apa yang menghairankan, di kalangan anggota SMM juga terdapat Majlis Persidangan Mahasiswa Islam (MPMI). Apakah mereka ini tidak menyelidik terlebih dahulu sebelum menyertai mana-mana pertubuhan? Bukankah Rasulullah s.a.w sendiri menyarankan agar kita terlebih dahulu menyelidiki mana-mana berita yang sampai di telinga kita. Jika tindakan sebegini boleh menjatuhkan kesucian agama Islam, jangan pakai istilah ‘Islam’. Sungguh memalukan!

Kempen Boikot DEMA

Sebagai golongan intelek, mahasiswa menjadi anak emas kepada negara. Merekalah yang diharapkan untuk mewarisi tampuk pemerintahan sekaligus menentukan halatuju negara pada masa-masa akan datang. Antara sifat orang berilmu adalah berfikir sebelum bertindak dan setiap tindakan itu dipastikan mendatangkan kebaikan, bukan keburukan.

Seharusnya mahasiswa membawa perkara itu untuk berbincang dengan pihak Hal Ehwal Pelajar (HEP) dan Naib Canselor universiti masing-masing, bukan terus meredah sebuah kementerian. Jika perbincangan dengan pihak universiti gagal, adakan pertemuan dengan seluruh Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) termasuk gabungan-gabungan pertubuhan berkaitan mahasiswa yang sah dan diperakui oleh pihak universiti dan kerajaan. Duduk dan bermesyuarat untuk memohon kerjasama semua agar tiada campur tangan luar darihal urusan pilihan raya MPP di kampus-kampus.

Seharusnya pertubuhan-pertubuhan mahasiswa IPTA yang ada duduk berbincang untuk mengatur tindakan membantu universiti masing-masing dalam meningkatkan pencapaian anak-anak Melayu khususnya dalam bidang akademik. Duduk berbincang bagaimana untuk mengembalikan perdebatan-perdebatan ilmu di kalangan mahasiswa agar ilmu-ilmu baru dapat dicipta dan diketengahkan ke seluruh dunia. Duduk berbincang bagaimana melahirkan mahasiswa-mahasiswa yang berkesan dalam proses pembangunan masyarakat dan negara. Bukankah negara kita akan menjadi hub pendidikan bertaraf antarabangsa. Apakah peranan mahasiswa untuk ini? Barulah boleh dilaung-laungkan sebagai ‘Student Power’!

Aktiviti Food Not Bomb (FNB) yang juga anggota SMM

Kita tidak menafikan, seringkali tindakan demo seperti itu sebenarnya untuk menutup kesalahan sendiri. Sesungguhnya pihak pembangkang negara telah lama menyusup masuk ke universiti-universiti untuk mencari kader-kader mereka. Betapa ramai bekas-bekas presiden persatuan mahasiswa universiti-universiti kini mewarnai barisan kepimpinan PAS di peringkat Pemuda. Contohnya, Zaharuddin Abdul Rahman (bekas Presiden PMIUM sesi 1999/2000), Mohd Fadli Mohd Ramly (bekas Presiden MPP-UIAM sesi 2002/2003) dan Abdullah Abd Karim (bekas Presiden MPP-UKM sesi 2001/2002).

Menurut Salleh Yusof, aktivis mahasiswa era 60 an dalam akhbar Mahasiswa, Bil. 30, “mahasiswa dipandang sebagai aset yang sangat penting, sangat besar. Memang Amerika rapat dengan kampus. Kedutaan Amerika kerap tawarkan lawatan untuk pelajar ke Amerika. Di Universiti Malaya dulu ada satu papan tanda di belakang UMSU (University Malaya Student Union). Itu hadiah CIA. Perpustakaan mereka buka, sedekah buku-buku…

Sememangnya persatuan-persatuan mahasiswa pada era 70 an dulu sering diintai oleh agen-agen Committee for State Security (KGB) dan Central Intelligence Agency (CIA). Kamarazaman Yacob (bekas Presiden PMUM) pernah ditawarkan untuk mengikuti kursus Bahasa Inggeris sama ada di Kuala Lumpur ataupun di Amerika Syarikat ketika cuti penggal. Pada ketika itu, agen-agen mereka yang menetap di mana-mana kolej di universiti sememangnya ditugaskan untuk mendampingi pemimpin-pemimpin pelajar ini.

Maka tidak hairanlah jika fenomena ini akan berulang lagi. Selagi Malaysia tidak berada di bawah genggaman Amerika; selagi Malaysia masih mempunyai umat Islam yang bersatu-padu di bawah payung kalimah ‘lailahaillallah’, mereka pasti akan berusaha sedaya yang mungkin untuk menghancurkannya sebagaimana telah berlaku di negara-negara Islam yang lain. Bagaimana mereka melakukannya? Bukan sahaja mahasiswa tetapi juga melalui parti-parti pembangkang negara. Ini yang perlu kita sedari.

“Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya”.

Satu Respons to “Gema Laungan ‘Student Power’”

  1. Hadi Awang said

    beruk2 gamis ni dulu masa dorang perintah MPP sibuk tarbiyah student masuk PAS.. tu je la keje dorang..skrg ni dah kalah..kelam kabut la pasal student makin ramai sokong umno.. dema ni budak2 cina dap.. DAP yg sampai mati pun takkan benarkan Malaysia jadi negara Islam.. so beruk GAMIS pakat dengan beruk DEMA nak perintah universiti.. ha ha ha

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: