Sahabat MANTAP

:: Memantapkan Minda Nasional ::

“Negarakuku” Tinggal Sejarah

Posted by Sahabat MANTAP di Khamis, 16 Ogos 2007

Oleh : JebatPembela

Namewee“Negaraku                                                                               
Negarakuku
Negaraku
Negarakuku

Aku cinta negaraku, Hanya bila ada negara, Ada tanah air ku
Hanya bila ada tanah air ku, Di sini aku berdiri di sini
Nyanyikan lagu ini untuk kau dengan lantangnya, Janganlah kau takut

Walaupun aku selalu menggunakan perkataan-perkataan kesat dalam laguku
Tetapi lagu aku hanya seperti durian, berserta duri-duri
Hanya apabila kau berani membukanya, untuk melihat kebenaran nyata di dalam
Ia boleh berbau seperti tahi, ataupun berbau sangat elok
Hanya bergantung kepada jenis hidung yang kau ada

Polis kami mempunyai nama lain yang dipanggil MATA
Kerana mata-mata mereka sangat tajam
Apabila tahun baru semakin hampir, mereka seolah-olah sangat bekerja keras
Mereka akan mengeluarkan pen-pen, tetapi mereka tidak membuka tiket kepadamu
Kerana mereka terlalu dahaga dan mereka perlu minum TEH
Dan juga kopi ‘O’, mahukan gula lebih?
Kalau ditambah lagi gula, mereka akan tersenyum kegembiraan denganmu
Mereka akan katakan ‘TATA’ kepadamu bila kau mahu beredar

Negaraku
Tanah tumpahnya darahku

Rakyat hidup
Bersatu dan maju

Fenomena seumpama ini tidak perlu dipertingkatkan lagi
Tidak perlu untuk pertingkatkan kerjasama antara polis dan rakyat
Perhubungan tidak akan berubah dengan secawan kopi
Aku sangat gemarkannya
Sekurang-kurangnya aku tidak akan dapat tiket saman bila aku balik rumah
Kalau berlaku, bapaku mesti berang dengan aku
Aku mesti kena hamun, tiada kereta untuk aku
Kurang asam, apa yang aku boleh buat waktu macam ni?
Bagaimana aku hendak bergembira tanpa kereta?
Bagaimana aku hendak beromen tanpa kereta?
Bagaimana aku hendak cari awek tanpa kereta?

Aku sangat cintakan negara ini
Waktu subuh pukul 5 pagi
Ada seruan azan untuk kejutkan aku
Kadangkala ada lagu sekali
Sama macam nyanyi lagu cinta
Kadang-kala suaranya diubah jadi macam gaya R&B
Walaupun kadang-kala mereka menyanyi sampai jadi sumbang
Atau kadang-kala mereka menyanyi sampai serak
Sesetengah suara mereka sama macam kokokan ayam jantan,
tetapi mereka lebih awal dari ayam jantan
Hanya dengannya, kami akan dikejutkan untuk pergi ke sekolah atau kerja

Tolong jangan salahkan kerajaan hanya ambil kisah tentang bumiputera
Tolong jangan salahkan kerajaan kerana tidak adil dengan kami
Ini semua menunjukkan kami orang cina tidak takut kerja keras
Ini semua hanya berikan kami cara untuk cari jalan keluar
Jangan terperanjat dengan keadilan mereka
Ini hanya menunjukkan kami adalah cemerlang

Hanya kanak-kanak kecil yang belum lagi dikotorkan tahu apa itu kemerdekaan
Kalau tidak, kau nampak beberapa orang lain masih lagi perlukan pengasuh kanak-kanak

Rahmat bahagia
Tuhan kurniakan
Raja kita
Selamat bertakhta

Rahmat bahagia
Tuhan kurniakan
Raja kita
Selamat bertakhta

Orang-orang yang di dalam kerajaan, mereka lagi cerdik
Apa jua kerja mereka buat, mereka boleh buat dengan perlahan-lahan
Sedangkan orang-orang yang beratur pun akan tengking pada mereka
Mereka terus berasa selesa sepertimana yang mereka suka
Kadangkala mereka sampai bawa keluar kek mereka
Mereka makan kek nyonya mereka, anda semua boleh terus beratur
Meskipun kalau kau benar-benar tengking mereka
Ia masih lagi ok, kerana pengawal keselamatan tidur di sebelah dan dia tidak akan kisah tentang kau

Mereka tutup kepala mereka, lintas jalan dengan perlahan
Kau perlu benarkan dia melintas dan berhenti
Yang paling penting untuk hidup dengan gembira, untuk hidup dengan selesa
Jangan jadi macam orang cina setiap hari sibuk dan penat gila
Kita amat disanjungi sikap sebegini
Inilah gaya hidup mereka, cara hidup mereka
(sikap, sikap)

Aku masih lagi memperkatan perkataan baik-baik dalam lagu ini
Aku percaya mereka yang bencikan aku mesti tengah bergembira sekarang ini
Dunia ini sangat damai, dunia ini penuh dengan harapan
Tiada siapa yang tercedera, semuanya berjalan dengan lancar
Kau sangat suci, kau sangat pelembut
Tahi itu bau sangat wangi, tiada perkataan-perkataan kesat
Kau semua sangat berdarjat tinggi, setiap hari menikmati percintaan
Mendengar GuangLiang PinGuan (penyanyi popular malaysia)
Tetapi mereka telah lari ke Taiwan
Pelajar-pelajar sekolah Cina, selepas habis belajar
Sangat susah nak masuk ke universiti tempatan
Sebenarnya kami tak perlu dihasut oleh mereka
Kerana ini salah satu daripada pelan besar kerajaan
Mereka mahu kami pergi ke luar negara untuk mengejar cita-cita kami
Kemudian balik semula untuk menyumbang kepada negara
Rancangan ini memang sangat bagus sampaikan aku tak boleh nak cakap apa-apa

Di setiap pelusuk dunia sekarang ini boleh cari anak-anak Malaysia
Seolah-olah kami lari dari suatu tempat, sangat syok (?)
Malaysia sedang mempromosikan Tahun Melawat Malaysia 2007
Tradisi cina dipromosikan di mana-mana
Tetapi kerajaan tidak pedulikan pun pelajar-pelajar sekolah cina
Semua sijil-sijil kami dibuang ke dalam longkang
Serupa macam aku, aku pergi ke Taiwan selepas habis belajar
Aku telah belajar sesuatu dan sedang bersedia untuk kembali dan membantu negaraku
Aku sekarang sedang berdiri di tepi jalan di Taipei, bersama dengan gitarku
Tetapi di dalam hatiku aku masih lagi menyanyi

Rahmat bahagia
Tuhan kurniakan
Raja kita
Selamat bertakhta

Tolong jangan saman aku
Aku takde duit”

Wee Meng Chee

Itu adalah terjemahan lirik lagu ‘Negarakuku’ yang dinyanyikan oleh pelajar Malaysia yang bernama Wee Meng Chee dengan nama gelarannya “NameWee”. Pelajar ini berasal dari Muar dan ketika ini sedang belajar di Taiwan. Lagu Negaraku versi rap ini telah mengundang berbagai kecaman dari kaum Melayu kerana di dalam lagu ini Wee Meng Chee telah menghina agama Islam dengan menyamakan azan Subuh dengan kokokan ayam jantan. Segelintir kaum Melayu menyifatkan perbuatan Wee Meng Chee adalah kurang ajar kerana melibatkan agama dan bangsa. Tetapi ada segelintir kaum bukan Melayu menyokong tindakan Wee Meng Chee atas alasan lagu itu adalah hasil seni seorang remaja dan luahan hatinya.

Pemimpin MCA iaitu salah satu parti kompenan di dalam Barisan Nasional tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan terhadap isu ini. Masih lagi samar-samar mengenai pendirian MCA di dalam isu lagu ‘Negarakuku’ ini. Adakah MCA bersetuju dengan perbuatan Wee Meng Chee ataupun tidak bersetuju. Orang tua dahulu berkata “diam itu tanda setuju”. Tindakan berdiam diri pemimpin MCA dalam isu lagu ‘Negarakuku’, adakah mereka sebenarnya merestui perbuatan Wee Meng Chee?

Pada tarikh 15 Ogos 2007, Harian Metro melaporkan bahawa Naib Presiden MCA, Dr. Chua Soi Lek telah menjadi jurucakap kepada Wee Meng Chee untuk memohon maaf kepada semua rakyat Malaysia yang tersinggung ekoran tindakan biadap pelajar dari Universiti Ming Chuan itu. “Saya berharap rakyat Malaysia dapat menerima permohonan maaf Wee dan tidak menganggunya lagi agar dia dapat menumpukan perhatiannya kepada pelajaran”, kata Dr Chua di pejabatnya di Kementerian Kesihatan, Putrajaya.

Begitu senang untuk meminta maaf selepas mengguris perasaan kaum Melayu dan penganut agama Islam. Apa pendirian MCA di atas perbuatan Wee Meng Chee? Adakah dengan mewakili Wee Meng Chee memohon maaf sudah mencukupi bagi MCA? Permohonan maaf Wee Meng Chee boleh diterima tetapi ia diibaratkan seperti “luka sudah hilang, parutnya tinggal”. Tindakan yang diambil oleh tokoh berbangsa Cina iaitu Tan Sri Lee Lam Thye dan Prof Khoo Kay Kim yang menyelar tindakan Wee Meng Chee sebagai biadap amat dikagumi. Inilah teguran daripada seorang yang membelakangi aspek bangsanya kerana kesetiaan dan semangat cintakan negara yang amat tebal dalam jiwa mereka. Jika dilihat beberapa “manusia” yang memberi komen mengenai isu lagu ‘Negarakuku’ ini di dalam laman web Malaysia Today, mereka memuji tindakan yang diambil oleh Wee Meng Chee kerana bagi mereka apa yang diluahkan oleh Wee Meng Chee adalah benar. Segelintir “manusia” lain pula mengatakan bahawa nyanyian Wee Meng Chee adalah semata-mata karya seni.

Mengikut kenyataan ayah Wee Meng Chee, Wee Ann Hee, anaknya tidak berniat untuk menghina agama Islam atau kaum Melayu tetapi hanya menyanyi hanya untuk suka-suka sahaja. Secara lojiknya, dengan niat untuk suka-suka, wajarkah Wee Meng Chee menyamakan azan Subuh dengan kokokan ayam jantan?

Azan itu bagi agama Islam sebagai tanda masuknya waktu-waktu sembahyang dan sekaligus menyeru manusia untuk mendirikan sembahyang bersama-sama. Jika niat kita ingin suka-suka, tidak perlu untuk kita mempermainkan agama atau bangsa. Semua bangsa dan penganut agama seperti Buddha, Kristian dan Hindu tidak akan senang duduk sekiranya agama dan bangsa mereka dihina seperti yang dilakukan oleh Wee Meng Chee. Bayangkan jika ada seorang anak Melayu yang beragama Islam menyanyikan sebuah lagu rap yang menyentuh mengenai tabiat kaum atau penganut agama lain. Sudah tentu anak Melayu ini akan “diratah” habis-habisan oleh kaum bukan Bumiputra terutamanya DAP. Sudah tentu para komentator dalam laman web ‘Malaysia Today’ juga akan “membelasah” anak Melayu ini habis-habisan.

Kita hidup dalam negara ini perlu memiliki sikap hormat-mengormati di antara satu sama lain. Jika kita tidak memiliki sikap ini maka Malaysia akan terdedah kepada perpecahan dan seterusnya mencipta suasana “haru-biru”. 31 Ogos 2007 ini akan genap 50 tahun Malaysia merdeka dan seharusnya setelah 50 tahun merdeka, semua kaum hendaklah mempunyai sikap hormat-menghormati antara satu sama lain. Malangnya, sikap hormat-menghormati di kalangan kaum di Malaysia seakan tidak wujud dan ini dibuktikan dengan pebuatan Wee Meng Chee yang menyanyikan lagu Negaraku versi rap dan menyelitkan lirik yang menghina agama Islam dan kaum Melayu. Amat mendukacitakan kerana setelah 50 tahun Malaysia merdeka masih wujud manusia seperti Wee Meng Chee yang tidak menghormati agama dan bangsa lain. Kasihan Malaysia, tatkala menjangkau umur kemerdekaan yang ke-50, semakin ramai anak muda yang hilang rasa hormat dan kasih-sayang mereka kepadamu. Walaubagaimana pun, kita patut mengucapkan terima kasih kepada Naib Presiden MCA, Dr. Chua Soi Lek di atas usaha beliau meredakan keresahan rakyat di atas isu lagu Negaraku ini. Diharapkan kejadian seumpama ini tidak akan berulang kembali. Jangan biarkan luka berdarah kembali.

Advertisements

4 Respons to ““Negarakuku” Tinggal Sejarah”

  1. kbkel said

    budak ni kalau kat siam pada adat nyer kata mmg dah kena bedil dengan senapang gajah dah ni.

  2. aiman kisah said

    dh kne bedil dh pun..
    hahaha..

  3. putera_adnan said

    belajo tinggi.otak kecik….
    ini bukannya nak sanjung Malaysian di mata dunia,nak menghancur adalah…..
    apa kes….?
    kerana dia ni lah,maruah negara tergadai!
    pengkhianat negara….!

  4. putera_adnan said

    bedil jer….aku sokong sangat PUNNNNN!
    otak kat lutuT!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: