Sahabat MANTAP

:: Memantapkan Minda Nasional ::

Tan Sri, Saya Anak Pasca Merdeka

Posted by Sahabat MANTAP di Rabu, 15 Ogos 2007

Oleh: Kimsalam

Saya seorang anak Melayu yang lahir selepas merdeka; berpengalaman dalam meniti peristiwa hitam 13 Mei 1969 yang sudah tentunya masih segar dalam sanubari. Mendapat pendidikan formal dalam negara tercinta bersama teman-teman bukan Melayu di samping pendidikan agama. Sememangnya pada ketika itu, para ibu bapa amat menitikberatkan pengetahuan agama dalam diri setiap anak-anaknya agar hidup punya pegangan dan halatuju. Tidak ketinggalan juga mendapat peluang mengerti dan menghayati apa itu ‘Kontrak Sosial’ daripada teman-teman seperjuangan.

Persoalannya sekarang, adakah benar apa yang dikatakan oleh Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin bahawa generasi selepas merdeka tidak faham asas permuafakatan sedia ada dan tidak berasa bahawa mereka perlu dibebankan dengan masalah masa lampau. Siapa sebenarnya yang tidak faham dan mengerti akan perlunya sejarah masa lampau itu atau mungkin ada pihak yang sememangnya sengaja ingin ‘menangguk di air yang keruh’. Sedar atau tidak, lambakan pelbagai perkara dan peristiwa melalui internet tidak semestinya menjadikan generasi selepas merdeka lupa berpijak di bumi Tanah Melayu yang nyata.

Tidak mungkin seorang Naib Presiden UMNO melatah dengan saranan pemimpin UMNO yang berkepentingan, maka perlu membuat kenyataan, “A new national consensus is needed for sensitive issues such as religion, race, education, the special rights of the Malays and Islam, which have now become contentious“ (The Star, 13 Ogos 2007). Kenapa perlu disentuh kalau sudah diterima pakai selama 50 tahun hanya kerana anjakan paradigma minda kelas pertama yang ingin mengejutkan Melayu yang lena dan mudah lupa.

Menurut akhbar Berita Harian pula, Tan Sri Muhyiddin dilaporkan sebagai menjelaskan mengenai “forum tertutup” yang menggunakan tajuk “permuafakatan nasional baru” di mana antara lain bertujuan memperkukuhkan permuafakatan antara parti-parti komponen termasuk membincangkan “isu berkaitan kaum” dalam Barisan Nasional.

Semua bangsa dan suku kaum di negara ini hidup aman damai dengan sistem Negara Islam (atau sekular pada kacamata sesetengah rakyat) dan telah diamalkan oleh kerajaan sejak 50 tahun yang lalu. Adakah penduduk berbilang kaum di negara ini telah mula hidup tidak selesa dan tidak harmoni? Atau mungkin Melayu sudah mula terasa kaum-kaum lain telah mula memberikan tekanan atas “rasa selesa” Melayu dan kepimpinan Melayu kini?. Persoalannya, berapa peratuskah masyarakat majmuk Malaysia yang menghina atau memberikan komentar tentang kaum amnya dan Islam khasnya? .

Melayu mempunyai ramai pemimpin yang tinggi jati diri dan begitu glokal pemikirannya. Jadi, kenapa harus tunduk dengan perkara-perkara yang boleh melemahkan Melayu. Kalau benar pola politik dan pemikiran masyarakat Malaysia sekarang telah berubah disebabkan pengaruh Barat mahupun media internet yang kian membimbangkan peranannya, kenapa tidak terus memperluaskan forum tersebut secara terbuka seperti yang dirancang dengan mengajak masyarakat umum, pihak lain yang berkepentingan serta parti pembangkang kalau ia benar-benar untuk kepentingan bangsa pada masa akan datang? Hakikatnya, apa jua perkara yang benar, tetap benar dan tak perlulah kita bersuluh di siang hari demi ‘hidden agenda’ yang menguntungkan sesetengah pihak sahaja.

Mendapatkan ilmu itu senang; memanfaatkan ilmu itu memang senang; menyalahgunakan ilmu juga yang paling senang. Teringat saya sebuah pantun daripada Tan Sri Aziz Tapa, “berburu ke padang datar, dapat rusa berbelang kaki; berguru kepalang ajar, ibarat bunga kembang tak jadi”.

Advertisements

2 Respons to “Tan Sri, Saya Anak Pasca Merdeka”

  1. sahabat Tudung Laboh said

    Sejarah Kemerdekaan Negara, sejarah orang-orang yang menang.
    ————————————————————

    Dalam mana-mana negara atau organisasi yang memenangi peperangan, perjuangan kemerdekaan atau melegitimasikan kedaulatan sesuatu tapak, selalunya sekaligus ia dianggap layak dan berhak untuk mencorak sejarah, melakar sejarah sekaligus mewariskan sejarah kepada generasi akan datang.

    Kali ini penulis ingin membawa minda kita beraksi memerhatikan sejarah negara pada sudut yang terpinggir memandangkan sudut terpinggir inilah merupakan pencetus awal semangat kemerdekaan negara ini seperti ulama’ dan golongan intelek pertengahan.

    Ulama’ atau disebut juga sebagai golongan milenerian adalah antara pencetus momentum awal kebangkitan…PIHAK ADMIN TELAH MENJADIKAN KOMEN INI SEBAGAI ARTIKEL. SILA RUJUK ARTIKEL INI

  2. gaara said

    saudari sahabat tudung labuh (STL),
    komen anda lebih panjang dari artikel yang di tulis oleh kimsalam..
    nie komen atau artikel anda..
    rase nya diatas side bar kiri blog ini anda akan nampak pengumuman dari admin menyatakan jika ingin memberi pendapat atau buah fikiran yang hendak dikongsi dan dipaparkan boleh dikirim melalui e-mail sahabatmantap@yahoo.com..
    STL boleh menghantar rencana saudari dan pihak admin akan menyiarkan dengan menggunakan nama saudari..
    sekian..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: