Sahabat MANTAP

:: Memantapkan Minda Nasional ::

Orang Pertubuhan Atau Ahli Pertubuhan?

Posted by Sahabat MANTAP di Khamis, 9 Ogos 2007

oleh: Kimsalam

Hari ini macam-macam pertubuhan yang didaftarkan hampir setiap hari. Dari pertubuhan pelajar, belia, keluarga, agama sehinggalah politik. Setiap pertubuhan ini mempunyai agendanya yang tersendiri. Ada yang nak tolong orang, tolong diri sendiri sehingga sanggup ‘bunuh’ ahli. Hakikatnya, hanya sesiapa yang berada dalam pertubuhan sahaja yang tahu. Malah, ada juga ahli pertubuhan yang tak ambil tahu pun. Peraturan pertubuhan yang menjadi panduan itu ada, tapi hanya tinggal sebagai ‘Quran buruk’ yang perlu bila hendak menegakkan benang yang basah atau sebagai mencukupkan syarat sahaja.

Cikgu Salim, bekas seorang guru Melayu adalah ahli pertubuhan yang lurus dan jujur. Bagi dia, menjadi ahli sebuah pertubuhan adalah wajib kerana ini sahajalah cara rakyat kerdil seperti dirinya dapat menyumbang tenaga dan buah fikiran ke arah kekuatan, kemakmuran serta keharmonian sesebuah masyarakat majmuk. Walaupun kerancakan pelbagai pembangunan merubah minda dan keadaan, cikgu Salim tetap dengan pendirian dia sebagai ahli pertubuhan yang setia dan sayangkan pertubuhan. Pada dia, sebagai ahli pertubuhan, “kitab” yang menjadi garis panduan dan pegangan adalah tetap sebuah buku peraturan bagi sesebuah pertubuhan. Salah kata peraturan, salahlah ia. Betul kata peraturan, betullah ia. Al-Quran pun kata begitu. Perlembagaan dan perundangan negara pun kata begitu.

Namun, kemajuan yang dikejar dan mengejar merubah persepsi demi persepsi ahli pertubuhan mengikut apa yang betul bagi kata “kuasa”. Semua ahli layak mendapatkan kuasa dengan apa cara sekalipun termasuklah menidakkan peraturan pertubuhan. Dengan kuasa, boleh ubah itu dan ini maka lahirlah ahli-ahli yang mabuk kuasa. Pada ahli yang tak dapat kuasa…? jadi orang kepada orang yang bergelar Dato’ pun jadilah…dapat buat kerja untuk Tan Sri pun jadi lah…dapat jadi ‘proxy’ YB pun jadilah…dapat juga tumpang labanya nanti!. Maka pertubuhan pun sebenarnya dipenuhi dengan pengikut yang berkuasa.

Satu petang pada abad ini, cikgu Salim terserempak dengan sekumpulan manusia, banyak yang tak kenal dari yang kenal. Salah seorang menyapa, “cikgu tak pergi ke ‘function’ pertubuhan tadi?” Balas cikgu Salim, “kamulah yang patut pergi sebab kamu ‘orang  pertubuhan’. Berkerut dahi orang tadi dan bertanya, “cikgu bukan orang pertubuhan ke?”…Terseringai cikgu Salim lalu menjawab pendek, “saya ‘ahli pertubuhan’. Dengan mimik muka yang tak puas hati orang tadi bertanya lagi, “apa beza ‘orang pertubuhan’ dan ‘ahli pertubuhan’ cikgu?. Dengan wajah yang tenang dan penuh keinsafan cikgu Salim menjawab, “orang pertubuhan adalah orang yang ‘masuk’ ke dalam pertubuhan tapi bagi ahli pertubuhan macam saya, pertubuhan itulah yang ‘masuk’ ke dalam diri saya” lalu beredar….

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: