Sahabat MANTAP

:: Memantapkan Minda Nasional ::

Merdeka Versi Generasi Muda Melayu

Posted by Sahabat MANTAP di Sabtu, 4 Ogos 2007

oleh: Kimsalam

Abad ke-21 Malaysia akan menyambut ulangtahun kemerdekaannya yang ke-50. Pemimpin Melayu lama dan baru silih berganti. Orang lama tinggal dalam nostalgia kegemilangan kepimpinan, ada yang menasihati dan dinasihati. Orang muda baru bertatih dalam semangat juang yang terpanggil, menuntut segala agenda perjuangan yang belum selesai.

Kita mendabik dada; megah, bangga, generasi muda Melayu melata-lata di lantai kampus pusat pengajian tinggi awam dan swasta. Satu pencapaian yang kita impikan selepas keluh-kesah penjajahan. Minda yang kita inginkan adalah minda kelas pertama. Pembangunan itu dan ini begitu pesat seolah ‘no time to wait and  waste’. Semuanya kita lakukan dalam sedar agar berada dalam kelompok glokal dunia tanpa sempadan yang begitu global tafsirannya.

Masih terngiang di telinga kita laungan keramat ‘MERDEKA’ oleh YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Bapa Kemerdekaan yang mengerti perjuangannya masih jauh bagi mengisi kemerdekaan itu. Para pemimpin pelapis daripada generasi muda Melayu harus disediakan bagi mengurus kemerdekaan sebenar. Bertekadlah para bapa, berdodoilah para ibu demi melahirkan generasi muda Melayu yang tahu makrifat di sebalik hakikat sebuah negara merdeka.

Pemimpin datang dan pergi membawa versi-versi pembangunan mental dan fizikal untuk dibekalkan kepada generasi muda Melayu, angkatan penerus perjuangan. Dari era petani, penternak dan nelayan kepada era korporat dan teknokrat, generasi muda Melayu disusun mengikut pola acuan kepimpinan. Namun arus kepelbagaian budaya yang menuntut persaingan di persada dunia telah melekakan generasi muda Melayu dari sentiasa beringat untuk berpijak di bumi yang nyata.

Kalau dulu dari pukul 8 pagi membawa ke pukul 10 pagi, kedai kopi Pak Ramli atau kedai makan Mak Temah adalah tempat berlabuhnya anak-anak buah Sidang Kasim atau Penghulu Ahmad atau Imam Seman. Sambil meneguk secawan kopi dan sepotong kuih Melayu, rancak membincangkan hasil tanaman dan ternakan termasuklah masalah hukum-hakam agama masyarakat Melayu. Namun kini segalanya berubah; kampung tetap kampung. Bandar pula menyajikan menu ‘cultural shock’ pilihan buat generasi muda Melayu. Cucu Pak Ramli, Si Subahan bin Salim atau Hanz, seorang penuntut tahun akhir melepak di Restoran Moheedeen bersama teman-teman sekuliah menonton perlawanan bolasepak dari pukul 1 pagi hingga pukul 4 pagi. Di sudut lain di waktu dan tempat yang sama, cicit saudara Imam Seman, Si Fatimah binti Yaakob atau Timmy, dengan ‘top & jean’ yang menggiurkan mata mengepil sebatang rokok Dunhill di bibir, berhilai ketawa pun dengan kawan-kawan, merancang mahu turun KL ‘celebrate malam’ merdeka…

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: