Sahabat MANTAP

:: Memantapkan Minda Nasional ::

Dasar Ekonomi Baru – Masih Releven

Posted by Sahabat MANTAP di Jumaat, 3 Ogos 2007

oleh: Jebat Pembela

Dari bancian penduduk pada tahun 1970, didapati 49.3% dari semua keluarga di Semenanjung Malaysia menerima pendapatan di bawah garis miskin. Dari jumlah semua keluarga miskin, 86% berada di kawasan luar bandar dan 14% lagi berada di kawasan bandar. Kadar kemiskinan mengikut kaum pada tahun 1970 adalah menunjukkan kaum Melayu adalah berada di atas sekali dengan 64.8% diikuti dengan kaum India sebanyak 39.2% dan kadar kemiskinan kaum Cina adalah paling rendah iaitu 26%. Kadar kemiskinan yang tinggi ini telah dipercayai menjadi penyebab kepada peristiwa berdarah 13 Mei 1969 yang melibatkan rusuhan kaum dan seterusnya menyebabkan satu dasar bersepadu diwujudkan bagi memastikan kadar kemiskinan dapat dikurangkan terutama di kalangan orang-orang Melayu.

Dasar Ekonomi Baru (DEB) di Malaysia diperkenalkan pada tahun 1970 oleh Tun Abdul Razak. Matlamat tersurat DEB adalah untuk mencapai perpaduan negara dan integrasi nasional dan ianya telah digubal dalam konteks strategi serampang dua mata bagi:

  • mengurangkan dan akhirnya membasmi kemiskinan dengan meningkatkan pendapatan dan menambah peluang-peluang pekerjaan untuk semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum;

  • mempercepatkan proses penyusunan semula masyarakat Malaysia untuk memperbetulkan ketidakseimbangan ekonomi supaya dapat mengurang dan seterusnya menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi ekonomi.

Peranan dan penyertaan kerajaan dalam kegiatan pembangunan ekonomi negara melalui DEB amat jelas dimana DEB dijalankan bagi mencapai matlamat mengimbangi perbezaan kedudukan ekonomi antara kaum DEB dan secara jelas menetapkan kadar kuantitatif minimum 30 peratus sebagai matlamat pemilikan ekuiti di sektor korporat dan dalam penyusunan semula gunatenaga supaya mencerminkan komposisi penduduk. Berbagai usaha yang telah diambil oleh kerajaan bagi mengatasi masalah sosial ekonomi dan pelan pembangunan telah dirangka supaya dapat mengatasi beberapa masalah. Antaranya ialah:

  • Mewujudkan peluang pekerjaan

  • Menambah daya pengeluaran dan pendapatan.

  • Mengurangkan jurang perbezaan pendapatan di antara kaum dan di antara kawasan bandar dan luar bandar.

  • Memodenkan kehidupan di luar bandar

  • Mewujudkan kumpulan perusahaan dan perdagangan bumiputra.

  • Memperbaiki taraf dan kualiti hidup rakyat.

  • Meningkatkan kemudahan infrastruktur

Setelah 50 tahun merdeka, realitinya kaum bumiputera hanya memiliki 18% ekuiti di dalam ekonomi Malaysia. Pada asalnya, kerajaan berhasrat menjelang tahun 1990 pemilikan saham / ekonomi Malaysia akan melambangkan komposisi kepentingan kaum di negara ini, di mana penyertaan Bumiputera sebanyak 30%, 40% bukan Bumiputera dan 30% terdiri daripada pelabur-pelabur luar negeri. Tetapi sehingga tahun 2007, kaum bumiputera hanya memiliki sebanyak 18% ekuiti di dalam ekonomi Malaysia. Terdapat kritikan daripada sesetengah pihak yang mengatakan DEB hanya menindas kaum bukan bumiputra dan hanya menguntungkan kaum bumiputera. Perlu diingat, kerajaan hanya menetap hanya memperuntukkan 30% ekuiti untuk bumiputera. Kaum bukan bumiputera bebas untuk memiliki lebihan sebanyak 70% ekuiti. DEB adalah salah satu medium untuk merapatkan jurang ekonomi ini.

Penduduk bumiputera adalah dalam jumlah yang tertinggi di Malaysia tetapi hanya diperuntukan 30% sahaja ekuitinya. Di sini menunjukkan sepatutnya bumiputera perlu mendapat lebih besar ekuiti di dalam ekonomi Malaysia tetapi kaum Bumiputera tetap bertolak ansur dan hanya ingin memiliki 30% ekuiti. Kaum Bumiputera adalah bangsa asal di bumi Tanah Melayu dan seharusnya bumiputera mendapat sedikit keistimewaan setelah pemimpin Melayu pra kemerdekaan memberikan taraf kewarganegaraan kepada kaum bukan bumiputera. Melihat kepada statistik ini, sewajarnya DEB diteruskan supaya kaum bumiputera terus dapat menikmati nikmat kemewahan ekonomi Malaysia sebagaimana  kaum bukan bumiputera nikmati.

Pada pandangan saya, DEB perlu dipertahankan oleh kerajaan demi menjamin kaum bumiputera mendapat pembelaan yang sepatutnya. DEB adalah satu dasar yang masih releven dan harus dipertahankan, cuma cara pelaksanaannya perlu diperbaiki agar bersesuaian dengan cabaran semasa. Melalui pegangan ekonomi yang kukuh, kaum bumiputera dapat bersaing dengan kaum lain. DEB perlu mensasarkan golongan peringkat bawahan seperti golongan petani dan nelayan agar turut merasai limpahan ekonomi negara. Bagi golongan atasan kaum bumiputera, mereka perlu bersaing secara adil bersama kaum bukan bumiputera bagi mendapat syer di dalam pasaran. DEB masih releven.

Satu Respons to “Dasar Ekonomi Baru – Masih Releven”

  1. saiful said

    apakah objektif dan matlamat deb. sejauh manakah deb mencapai matlamat..?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: