Sahabat MANTAP

:: Memantapkan Minda Nasional ::

Zionisme – Bahaya Yang Tersembunyi

Posted by Sahabat MANTAP di Isnin, 30 Julai 2007

Logo Pertubuhan IlluminatiZionisme ditafsirkan oleh Kamus Dewan terbitan Dewan Bahasa Dan Pustaka ialah dasar atau pergerakan politik yang bertujuan menegakkan sebuah negara Yahudi di Palestin manakala Zionis pula bermaksud anggota (pengikut atau penyokong kuat) dari kalangan bangsa Yahudi yang memperjuangkan atau mengamalkan zionisme. Zionisme lebih menjurus kepada bentuk ideologi dan bukanlah sebagai satu gerakan yang didukungi oleh semua bangsa Yahudi. Golongan yang berpegang kuat kepada zionisme ini telah diketahui berniat serta bertindak memusuhi dan memerangi Islam dan penganut-penganutnya di seluruh dunia baik secara terang-terangan mahupun tersembunyi. Dalam Surah Al-Baqarah, ayat 120 Allah telah mengingatkan:

“Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sesekali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menuruti agama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka), “Sesungguhnya petunjuk Allah (agama Islam) itulah petunjuk yang benar.” Dan demi sesungguhnya, jika engkau menuruti kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan memperolehi daripada Allah (sesuatu apapun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepadamu.”

Dan Allah juga telah memberi amaran dalam ayat 217 pula yang bermaksud:

“…Dan mereka (orang-orang kafir itu) tidak akan berhenti memerangi kamu sehingga mereka (dapat) memalingkan kamu dari agama kamu (kepada kekafiran) seandainya mereka sanggup (melakukan yang demikian)…”

Lebih satu per tiga kandungan Surah Al-Baqarah menceritakan perihal sifat, sikap dan perbuatan orang-orang Yahudi termasuk hujah untuk mematahkan hujah-hujah yang membela kesesatan mereka.

Di antara sifat dan sikap orang-orang Yahudi seperti yang disebutkan di dalam Al-Quran ialah:

  1. Keras hati, degil dan zalim. (Al-Baqarah : 75, 91, 93, 120, 145, 170; An-Nisa : 160; Al-Maidah : 41)
  2. Kebanyakan mereka adalah fasik dan sedikit bilangannya yang beriman kepada Allah. (Ali-Imran : 110; An-Nisa : 55)
  3. Musuh yang paling bahaya terhadap orang-orang Islam. (Al-Maidah : 82)
  4. Amat mengetahui kekuatan dan kelemahan orang-orang Islam seperti mengenali anak mereka sendiri. (Al-An’am : 20)
  5. Mengubah dan memutarbelitkan kebenaran walaupun telah mengetahui, memahami atau dapat membezakan kebenaran dan kepalsuan. (Al-Baqarah : 75, 91, 101, 140, 145, 211; Ali-Imran : 71, 78; An-Nisa : 46; Al-Maidah : 41)
  6. Menyembunyikan bukti kebenaran. (Al-Baqarah : 76, 101, 140, 146; Ali-Imran : 71)
  7. Hanya menerima perkara-perkara atau kebenaran yang dapat memenuhi citarasa atau nafsu mereka. (Al-Baqarah : 87, 101, 120, 146; Al-Maidah : 41)
  8. Ingkar dan tidak dapat menerima keterangan dan kebenaran Al-Quran. (Al-Baqarah : 91, 99; Ali-Imran : 70 )
  9. Memekakkan telinga kepada seruan kebenaran, membisukan diri untuk mengatakan perkara yang benar, membutakan mata terhadap bukti kebenaran dan tidak menggunakan akal untuk menimbangkan kebenaran. (Al-Baqarah : 171)
  10. Mencampur-adukkan yang benar dan yang salah; yang hak dan yang batil. (Ali-Imran : 71)
  11. Berpura-pura menyebelahi atau menyokong orang-orang Islam tetapi apabila berada di kalangan mereka atau di belakang orang-orang Islam, mereka mengutuk dengan sekeras-kerasnya. (Al-Baqarah : 76; Ali-Imran : 72, 119)
  12. Hati mereka tertutup terhadap Islam lantaran laknat Allah disebabkan kekufuran mereka. (Al-Baqarah : 88, 120, 145, 146)
  13. Kuat berpegang kepada semangat kebangsaan dan mengatakan bahawa mereka adalah bangsa istimewa yang dipilih Tuhan dan meyakini agama yang selain daripada mereka adalah salah. (Al-Baqarah : 94, 111, 113, 120, 135, 145; Al-Maidah : 18)
  14. Tidak akan ada kebaikan untuk manusia jika mereka memerintah. (An-Nisa : 53)
  15. Tidak suka, dengki dan iri hati terhadap orang-orang Islam malah mereka lebih suka jika orang-orang Islam kembali kufur. (Al-Baqarah : 90, 105, 109, 120)
  16. Mencintai kemewahan dan kehidupan dunia, bersifat tamak dan rakus, inginkan umur yang panjang dan mengejar kesenangan diri serta takutkan mati. (Al-Baqarah : 90, 95, 96, 212)
  17. Bercakap bohong, memungkiri janji dan melampaui batas. (Al-Baqarah : 100, 246, 249; Ali-Imran : 183, 184; An-Nisa : 46)
  18. Berselindung di sebalik mulut yang manis dan perkataan yang baik. (Al-Baqarah : 204, 246; Ali-Imran : 72; An-Nisa : 46)
  19. Mengada-adakan perkara-perkara dusta dan suka kepada perkara-perkara dusta. (Ali-Imran : 24, 94, 183, 184; Al-Maidah : 41)
  20. Berlaku sombong dan memandang rendah terhadap orang-orang Islam. (Al-Baqarah : 206, 212, 247)
  21. Tidak amanah dan memakan hak orang lain dengan cara yang salah (Ali-Imran : 75, 76; At-Taubah : 34)
  22. Rakan yang tidak boleh dipercayai. (Ali-Imran : 118; Al-Maidah : 51)
  23. Selalu melakukan kerosakan dan menganjurkan peperangan. (Al-Maidah : 64)

Bendera Israel

Di antara tindakan orang-orang Yahudi dalam memusuhi dan memerangi orang-orang Islam seperti yang disebutkan di dalam Al-Quran ialah:

  1. Membunuh nabi-nabi dan pemimpin-pemimpin Islam tanpa alasan yang benar. (Al-Baqarah : 253; Ali-Imran : 21, 112, 181, 183)
  2. Memulakan peperangan dengan memerangi dan menceroboh tanah orang-orang Islam dan mengusir mereka dari tanahnya. (Al-Baqarah : 190, 191; Al-Maidah : 78)
  3. Sentiasa berusaha memerangi sehinggalah orang-orang Islam sendiri lupa kepada agama, murtad atau kembali menyokong mereka. (Al-Baqarah : 217 Al-Maidah : 64)
  4. Menghalangi orang-orang Islam menggunakan masjid, berusaha meruntuhkan masjid dan memesongkan mereka dari menuruti jalan Allah. (Al-Baqarah : 114, 217; Ali-Imran : 99; An-Nisa : 160; At-Taubah : 34)
  5. Menyebarkan fahaman dan pegangan berdasarkan logik akal mereka untuk menyesatkan pemikiran orang-orang Islam. (Al-Baqarah : 135; Ali-Imran : 69, 78)
  6. Membeza-bezakan dan membanding-bandingkan agama dengan tujuan menganjurkan penyesatan, perpecahan dan permusuhan. (Al-Baqarah : 136)
  7. Menyebarkan berita-berita palsu atau mengandungi fitnah untuk menegakkan kebenaran mereka. (Al-Baqarah : 140)
  8. Melakukan fitnah dengan menimbulkan kekacauan, merampas harta, menyakiti dan mengganggu kebebasan beragama dan apa sahaja bentuk penganiayaan atau segala perbuatan yang dimaksudkan untuk menindas orang-orang Islam. (Al-Baqarah : 191, 217)
  9. Suka bertindak memecah-belahkan perpaduan dan kasih-sayang dengan menggunakan perancangan dan pakatan jahat. (Al-Baqarah : 102)
  10. Berkekalan berbalah, bermusuh, membenci dan mencari kesalahan orang-orang Islam. (Al-Baqarah : 137; Al-Maidah : 64)
  11. Berusaha menggoncangkan iman orang-orang Islam dengan mulut yang manis dan tutur kata yang baik. (Al-Baqarah : 205; Ali-Imran : 73)
  12. Menggunakan segala muslihat dan tipu-daya termasuk hasutan untuk mendatangkan mudarat, menimpakan bencana seterusnya menghancurkan Islam. (Ali-Imran : 54, 118, 120; Al-Mujadalah :8)
  13. Menimbulkan kekeliruan dan kerosakan agar orang-orang Islam menentang perintah Allah. (Ali-Imran : 72; Al-Maidah : 64)
  14. Mencari jalan agar orang-orang Islam taat kepada mereka untuk memudahkan pemesongan agama. (Ali-Imran : 100, 149)
  15. Sentiasa menyakiti hati orang-orang Islam dengan mencela, mengejek dan menuduh tanpa asas. (Ali-Imran : 111; An-Nisa : 46)
  16. Meletakkan orang-orang Islam dalam keadaan miskin agar orang-orang Islam kembali memohon simpati kepada mereka. (Ali-Imran : 181)

Kalimah Syahadah

Sesungguhnya kita terlepas pandang bahawa dalam diri setiap anak Melayu itu ada 2 Kalimah Agung yang disebut sebagai kalimah iman dan amal yang perlu dipertahankan dan dibongkar kekuatannya. Membiarkannya dicemari dengan segala bentuk propaganda dan penyelewengan pemikiran yang ditunjangi oleh ideologi zionisme akan mengikis sedikit demi sedikit jati diri dan kekuatan bangsa yang selama ini diwarisi lebih 600 tahun di bumi tanah Melayu.

Sejarah bagaimana runtuhnya lebih satu abad empayar Kerajaan Melayu Melaka bersama-sama dengan maruah agama Islam pada tahun 1511 patut dijadikan pengajaran dan peringatan. Serentak dengan jangkamasa berlakunya perang salib di negara timur tengah melibatkan tentera-tentera salib Sepanyol dan Portugal ke atas Kerajaan Abbasiyah dan Kerajaan Turki Uthmaniyah (1288M-1922M). Dengan slogan ‘Salib dan Harta’ mereka menyerang dan mengkristiankan rakyat serta mengambil hasil bumi dan harta berharga di negara yang dijajah. Vasco De Gama telah berkata, “hari ini kami akan pecahkan dunia Islam dan kami akan jerutkan dengan tali bebenang.”  Apakah kita tidak boleh mengaitkannya dengan sejarah Tanah Melayu pada tahun 1511?

Kita sendiri mengakui bahawa rosaknya bangsa sudah pasti akan meruntuhkan negara. Keruntuhan inilah yang akan memudahkan anasir-anasir yang telah lama merencana menjatuhkan empayar dan negara Islam untuk bertapak masuk, menakluk dan seterusnya menawan setiap jiwa dan hati anak-anak Melayu yang mewarisi Kalimah Agung.

Generasi muda hari ini adalah pelapis kepada barisan kepimpinan negara yang akan datang. Mereka perlu diberitahu akan bahayanya agenda zionisme yang telah disusun atur dan digerakkan ke seluruh dunia terutamanya ke atas negara-negara Islam lebih 300 tahun yang lalu. Mereka perlu diperlihatkan satu-persatu akan keruntuhan dan penaklukan terhadap empayar dan negara-negara Islam serta penguasaan terhadap pemikiran umat Islam sejak dahulu sehingga kini. Mereka perlu diberi peringatan bahawa nasib buruk negara kita bakal menyusul di kemudian hari sekiranya kita terus leka dalam menyusun segala bentuk tindakan dari segi pembentukan budaya dan strategi ekonomi untuk menghalang anasir-anasir ini dari menguasai seluruh tanah Melayu.

Kegagalan kita untuk mendedahkan seterusnya memberi peringatan kepada generasi muda khasnya dan bangsa Melayu amnya akan mengundang lebih banyak permasalahan dalam negara yang akhirnya mampu menggugat institusi kenegaraan dan perpaduan rakyat. Kita tidak boleh menafikan isu kenaikan harga minyak mentah di dunia baru-baru ini dipelopori oleh anasir-anasir yang ingin melihat kejatuhan ekonomi di negara-negara Islam.

Seandainya generasi warisan tidak didedahkan betapa pentingnya menjaga hak dan kedaulatan agama, bangsa dan negara daripada anasir-anasir sebegini, jangan kita kesali jika satu hari nanti tanah ini bukan lagi milik kita yang abadi. Dalam kita berjuang mengisi kemerdekaan negara, jangan kita alpa untuk berjuang menentang bentuk penjajahan baru yang begitu licik meresap masuk dalam setiap minda dan sanubari kita.

Satu Respons to “Zionisme – Bahaya Yang Tersembunyi”

  1. mr alsagaff said

    Assalamualaikum wbt.
    Saya membaca dengan penuh minat artikel tuan, penuh dengan bukti daripada Alquran.Bernas, tepat dan jitu. Mungkin,sebagai pandangan saya,dapat tuan menghurai dan mengkaitkan setiap satu kritikan alquran tentang sikap dan sifat mereka terhadap ummmat islam masa kini secara terperinci, agar pembaca dan mengenali Yahudi@zionis ini dari perspektif semasa dan sejarah

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: