Sahabat MANTAP

:: Memantapkan Minda Nasional ::

Apabila Robohnya Sebuah Masjid

Posted by Sahabat MANTAP di Jumaat, 27 Julai 2007

Satu tragedi yang berlaku di Kampung Bujal, Kijal, Kemaman, Terengganu pada 26 Mei 2005.

VCD yang pernah hangat di pasaran dan disebar-sebarkan oleh pihak-pihak tertentu adalah bertajuk ‘UMNO Merobohkan Masjid’. VCD ini ialah VCD yang telah disunting oleh PAS atas tujuan propaganda dan psy-war. VCD yang sebenar mengandungi rakaman penuh dari mula kejadian sehinggalah masjid itu selesai dirobohkan. VCD yg telah disunting ini menyembunyikan beberapa perkara iaitu:

  • Lokasi masjid kerajaan berdekatan yang telah didirikan sejak sekian lama adalah diumpamakan hanya seberang jalan. Masjid ini telah disunting dan di’hilang’kan dari VCD.

  • Masjid yang dirobohkan itu sebenarnya hanya digunakan oleh para penyokong PAS kerana majoriti penduduk di kampung tersebut adalah penyokong-penyokong PAS. Fakta ini telah disembunyikan.

  • Tujuan merobohkan masjid telah diselewengkan oleh PAS. Masjid ini sebenarnya tidak dibina atas dasar taqwa tetapi dibina untuk memecah-belahkan perpaduan. Lagipun, masjid ini dibina atas tanah rezab kerajaan negeri dan telah dibenarkan pembinaannya sewaktu PAS memerintah Terengganu sedangkan mereka sendiri mengetahui bahawa ada masjid tidak jauh bersebelahannya.

  • Masjid itu seperti yang digambarkan sebenarnya bukan baru hendak dibina tetapi telah pun digunakan oleh penyokong-penyokong PAS untuk bersembahyang Jumaat. Cuma apa yang sedang dibuat ialah membesarkan sedikit demi sedikit bahagian-bahagian masjid itu.

Masjid yang dirobohkan pada asalnya adalah sebuah surau. Penduduk kampung yang kebanyakannya adalah para penyokong PAS tidak mahu bersembahyang di masjid kerajaan yang telah sedia ada kerana imamnya dikatakan sebagai imam UMNO. Ini menyebabkan mereka lebih rela pergi ke masjid kampung lain. 

Jadi, semasa pemerintahan PAS di Terengganu, mereka telah memohon kepada kerajaan negeri untuk mendirikan surau di atas tanah rezab kerajaan negeri berdekatan dengan masjid kerajaan. Hasil dari kutipan derma program-program ceramah PAS, mereka sedikit demi sedikit membina surau tersebut. Lama-kelamaan, sesi sembahyang jumaat pula diadakan di samping ceramah-ceramah yang menghentam kerajaan dan memecah-belahkan perpaduan ummah. Hasil dari perkembangan yang memberansangkan ini, mereka pun akhirnya membesarkan surau itu untuk dijadikan sebuah masjid. 

Jika kita mengkaji sejarah penubuhan masjid yang dirobohkan, kita boleh bertanya, adakah masjid itu masjid pertama wujud di kampung tersebut? Adakah masjid itu dibina atas dasar taqwa? Adakah masjid itu dibina atas tujuan yang baik?

Mari kita semak Surah At-Taubah, ayat 107 – 110;

“Dan (di antara orang-orang munafik juga ialah) orang-orang yang membina masjid dengan tujuan membahayakan (keselamatan orang-orang Islam), dan (menguatkan) keingkaran (mereka sendiri) serta memecah-belahkan perpaduan orang-orang yang beriman, dan juga untuk (dijadikan tempat) intipan bagi orang yang telah memerangi Allah dan RasulNya sebelum itu. Dan (apabila tujuan mereka yang buruk itu ketara), mereka akan bersumpah dengan berkata:” Tidaklah yang kami kehendaki (dengan mendirikan masjid ini) melainkan untuk kebaikan semata-mata “. Padahal Allah menyaksikan, bahawa sesungguhnya mereka adalah berdusta.”

“Jangan engkau sembahyang di masjid itu selama-lamanya, kerana sesungguhnya masjid (Qubaa’ yang engkau bina wahai Muhammad), yang telah didirikan di atas dasar taqwa dari mula (wujudnya), sudah sepatutnya engkau sembahyang padanya. Di dalam masjid itu ada orang-orang lelaki yang suka (mengambil berat) membersihkan (mensucikan) dirinya; dan Allah Mengasihi orang-orang yang membersihkan diri mereka (zahir dan batin).”

“Maka adakah orang yang membangunkan masjid yang didirikannya di atas dasar taqwa kepada Allah dan (untuk mencari) keredaan Allah itu lebih baik, ataukah orang yang membangunkan masjid yang didirikannya di tepi jurang yang (hampir) runtuh, lalu runtuhlah ia dengan yang membangunkannya ke dalam api neraka? Dan (ingatlah) Allah tidak akan memberi hidayah petunjuk kepada orang-orang yang zalim.”

“(Keruntuhan masjid) yang dibina oleh mereka yang munafik itu sentiasa menjadi penyakit syak dan keluh-kesah (lebih daripada yang sedia ada) dalam hati mereka, (dan tidak akan habis) kecuali (apabila) hati mereka hancur-luluh (dalam tanah). Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.”

Semak pula Surah Asy-Syu’araa, ayat 128;

“Patutkah kamu mendirikan pada tiap-tiap tempat yang tinggi bangunan-bangunan yang tersergam, padahal kamu tidak membuatnya dengan sesuatu tujuan yang baik.”

Adakah kita berhak mengatakan kita adalah orang yang diberi petunjuk oleh Allah? Sedangkan apa yang kita telah lakukan seperti sembahyang dua imam, tidak makan sembelihan orang-orang UMNO, memulaukan majlis ilmu dan kenduri orang-orang UMNO jelas bertentangan dengan saranan agama yang menyeru kepada perpaduan?

Kita semak lagi Surah At-Taubah, ayat 18 – 19;

“Hanya yang layak memakmurkan (menghidupkan) masjid-masjid Allah itu ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat serta mendirikan sembahyang dan menunaikan zakat dan tidak takut melainkan kepada Allah, (dengan adanya sifat-sifat yang tersebut) maka adalah diharapkan mereka menjadi dari golongan yang mendapat petunjuk.”

“Adakah kamu sifatkan hanya perbuatan memberi minum kepada orang-orang yang mengerjakan Haji, dan (hanya perbuatan) memakmurkan Masjid Al-Haraam itu sama seperti orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat serta berjihad pada jalan Allah? Mereka (yang bersifat demikian) tidak sama di sisi Allah, dan Allah tidak memberikan hidayah petunjuk kepada kaum yang zalim.”

“(Sesungguhnya) orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad pada jalan Allah dengan harta benda dan jiwa mereka adalah lebih besar dan tinggi darjatnya di sisi Allah (daripada orang-orang yang hanya memberi minum orang-orang Haji dan orang yang memakmurkan masjid sahaja); dan mereka itulah orang-orang yang berjaya.”

Adakah kita menggunakan masjid itu untuk sebuah penyatuan? Menyibukkan diri dalam mengajak orang kepada kebaikan? Adakah kita menyeru ke arah pembangunan insan yang lebih baik?

Lihat pula Surah Jin, ayat 18;

“Dan bahawa sesungguhnya masjid-masjid itu untuk (ibadat kepada) Allah semata-mata; maka janganlah kamu seru dan sembah sesiapapun bersama-sama Allah.”

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: