Sahabat MANTAP

:: Memantapkan Minda Nasional ::

Perlembagaan Persekutuan – Hak Yang Perlu Diketahui

Posted by Sahabat MANTAP di Rabu, 25 Julai 2007

Oleh: Jebat Pembela 

Perlembagaan Persekutuan adalah undang-undang tertinggi di Malaysia. Perlembagaan yang mengandungi 181 perkara ini adalah berdasarkan kepada Perlembagaan Persekutuan yang berkuatkuasa 31 Ogos 1957 dan digubal oleh Suruhanjaya Reid. Perkara yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan antara lain menyebut tentang pembentukan kerajaan pusat yang kuat dan berkuasa ke atas negeri-negeri, kedudukan raja-raja Melayu, memilih dan melantik Yang Di-Pertuan Agong daripada kalangan Raja-Raja Melayu, kedudukan istimewa orang Melayu, mewujudkan satu rupa bangsa, menjadikan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan dan lain-lain. Perlembagaan ini telah dirangka berdasarkan nasihat daripada Suruhanjaya Reid yang telah melakukan kajian dalam tahun 1956. Perlembagaan berkenaan berkuatkuasa sejurus selepas kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.

Untuk meminda perlembagaan, majoriti 2/3 perlu bersetuju terhadap pemindaan ini dan memerlukan persetujuan pada kedua-dua dewan di Parlimen. Perlembagaan Persekutuan dibahagikan kepada 13 bahagian manakala setiap bahagian mengandungi satu atau lebih atau artikel yang relevan.

Bahagian 1 – Negeri-negeri, agama dan undang-undang persekutuan
Bahagian 2 – Asas kebebasan

Artikel 153 Perlembagaan Malaysia

  • Artikel 153 Perlembagaan Malaysia memberi hak kepada Yang Di-Pertuan Agong, bertanggungjawab menjaga hak-hak dan keistimewaan orang Melayu dan bumiputera Malaysia. Artikel ini secara terperinci memberitahu bagaimana kerajaan persekutuan mempertahankan kepentingan kumpulan-kumpulan ini dengan mendirikan kuota untuk kemasukan perkhidmatan awam, biasiswa dan pendidikan awam. Ia biasa dianggap sebagai sebahagian daripada sebahagian daripada kontrak sosial.

Artikel 160 Perlembagaan Malaysia

  • Artikel 160 mendefinisikan bentuk perkataan pelbagai yang digunakan di dalam perlembagaan. Ia memberikan impak penting pada Islam di Malaysia dan orang Melayu disebabkan definisi seorang Melayu pada klause 2.

Antara aspek-aspek utama dalam Perlembagaan Negara Malaysia adalah berkaitan dengan kedudukan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu, dan kedudukan agama Islam sebagai agama rasmi Persekutuan. Sementara itu Hak-hak Keistimewaan Orang Melayu di Semenanjung dan Hak Keistimewaan Bumiputera di Sabah dan Sarawak juga terkandung di dalam Perlembagaan Negara Malaysia.

Walau bagaimanapun, hak-hak yang adil bagi kaum bukan Bumiputera tetap juga diberikan. Antaranya, pemberian taraf kewarganegaraan Malaysia kepada mereka yang layak, sebagaimana yang termaktub di dalam Perlembagaan Negara itu sendiri. Walaupun bahasa Melayu dijadikan bahasa rasmi, namun perkembangan bahasa-bahasa lain adalah tidak dihalang atau disekat. Malah bahasa Inggeris sendiri dijadikan bahasa kedua Malaysia.

Begitu juga halnya dengan agama Islam, walaupun secara rasminya telah menjadi agama utama, namun orang bukan Islam juga bebas untuk menganuti dan mengamalkan agama mereka, mengikut kepercayaan agama masing-masing. Manakala hak asasi rakyat juga dijamin dan dilindungi oleh Perlembagaan Negara Malaysia ini. Pendeknya, tiada sesiapa pun, atau mana-mana pihak yang boleh menggangu-gugat hak asasi rakyat di negara ini.

Sebagai undang-undang yang tertinggi sifatnya, maka Perlembagaan Negara Malaysia mestilah dihormati, dijunjung tinggi dan dimuliakan. Sesungguhnya, jika keluhuran Perlembagaan negara Malaysia ini tercemar, bererti satu penghinaan kepada bangsa dan negara sudah berlaku. Justeru itu, kestabilan negara juga akan tergugat sekiranya rakyat tidak menerima dan menghormati keluruhan Perlembagaan bagi negara Malaysia ini.

Advertisements

8 Respons to “Perlembagaan Persekutuan – Hak Yang Perlu Diketahui”

  1. kbkel said

    mana dia nyer perlembanggan yg penuh.
    nak baca ni..!!

  2. gaara said

    saudara Kbkel..sila lawat link ini
    http://en.wikisource.org/wiki/Constitution_of_Malaysia
    kat sni ade tulis pasal perlembagaan persekutuan penuh..
    takpun apa salah klu saudara kbkel pergi kedai buku dan beli buku pasal perlembagaan persekutuan..
    biar kita simpan satu salinan perlembagaan dalam tangan kita..kan itu perlembagaan Malaysia, pasal negara kita.
    g beli tau…hehehe jangan tak beli..

  3. kbkel said

    terima kasih saudara/i gaara atas pertolongan dan cadangan. tqtq

  4. alba said

    bole saya mengetahui sejauh mana keistimewaan hak2 orang melayu dalam pembentukan perpaduan kaum di malaysia

  5. suarasuaka said

    Cuba sdr teliti hak pembahagian harta pusaka kpd anak2. Mengapa di dlmnya terdapat hak yg tak sama rata? Kemudian, jwb soalan berikut…sejauhmana hak2 keistimewaan anak2 dlm pembentukan keharmonian dan perpaduan dlm kekeluargaan Islam. Sdgkan kpd anak2 1 bumbung, 1 bangsa, 1 agama pun tak sama rata, apatah lg kpd pihak yg menumpang, menyewa, masuk dgn izin di tanah kita.

    Jd, kita perlu kaji hak pembhgn harta kpd anak2 utk diadaptasikan dlm proses pembangunan perpaduan kaum di M’sia. Sbb…apa2 peraturan dlm Islam sesungguhnya amat relevan utk digunapakai dlm apa jua keadaan yg hampir sama.

    Berbeza dgn demokrasi. Demokrasi itu ciptaan barat. Buktinya, teori itu tak bleh digunapakai dlm sistem pentadbiran pejabat & sistem kekeluargaan. Cuba sdr biarkan anak2 balik rumah kul 1 pagi. Kalu sdr marah, maknanya sdr autokratik, tidak demokratik. So, di mana relevannya demokrasi? atau hak asasi? atau hak kebebasan? Secara tak langsung, ini bermakna, tiada istilah demokrasi dlm Islam. Yg ada adalah pemerintahan yg berhemah dan bijaksana.

    Keistimewaan hak2 org2 Melayu juga tak dinafikan oleh beberapa org kanan para pemimpin pembangkang yg melaung2kan bhw mereka adalah parti perkauman terbaik di malaysia (rujuk komen2 klpos.com dlm 2 minggu lepas).

    Ini dibuktikan lg apabila gabungan Barisan Alternatif dalam kenyataan rasminya bertarikh 19/10/99 menerima sebhgn besar drpd tuntutan Su Qiu tp pd masa yg sama, BA menolak tuntutan2 tersebut yg bertentangan dgn asas2 Perlembagaan Persekutuan. Antaranya, BA menolak tuntutan Su Qiu tentang pemansuhan perbezaan Bumiputera & bukan Bumiputera serta sistem kuota etnik.

    Anwar Ibrahim juga telah berpesan, “Saya berharap pimpinan2 dlm Barisan Alternatif terus konsisten dgn pendirian bersama yg dibuat menjelang Pilihan Raya Umum 1999 yg lalu iaitu utk berpegang teguh kpd prinsip2 perlembagaan…”

    Wan Azizah pula berkata, “Kami tetap mempertahankan semangat perlembagaan mengenai isu bahasa dan hak keistimewaan Bumiputera.”

  6. Analah said

    Kalau Bangsa Melayu mempunyai ciri-ciri bangsanya tersendiri begitu juga bangsa-bangsa lain. Manakala bangsa itu pula mempunyai negaranya tersendiri. Bangsa Cina bercitrakan Cina di negara China misalnya. Bangsa Melayu tentulah bercitrakan Melayu di negara ini dan bukan citra kaum yang asalnya pendatang. Perlembagaan pula menetapkan ciri-ciri atau jati diri sesebuah negara itu. Perlembagaan Negara Malaysia diwujudkan berasaskan ciri-ciri bangsa Melayu dan bukan ciri-ciri kaum asing. Dalam hal ini perlu dibezakan antara bangsa dan kaum. Kaum Cina atau India boleh citrakan bangsa mereka di negara asal mereka tetapi tidak di negara ini. Kerana Tanah Melayu, kini Malaysia bertuankan bangsa Melayu. dalam negara ini, orang Cina digelar kaum Cina dan bukannya bangsa Cina Malaysia. Taraf ini yang perlu difahami setiap kita.

  7. ZaN Yi said

    mne ciri2 nya?
    xda pape pn..
    ni bkn ciri2..

  8. Jamilah said

    memang bagus petekan di atas boleh saya tahu kenapa ramai sangat orang yang saya tak kenal

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: