Sahabat MANTAP

:: Memantapkan Minda Nasional ::

Arkib bagi Kategori ‘Sejarah’

1MALAYSIA CABAR KONSEP MALAYSIAN MALAYSIA

DIkirim oleh Sahabat MANTAP di Isnin, 2 November 2009

Oleh: Kawan Lama

Lim Kit Siang (DAP) menyuarakan bahawa 1Malaysia adalah suatu konsep yang gagal dan tidak menepati kehendak dan acuan warga Malaysia. Konsep ini tidak akan berjaya kerana ia tidak diterima oleh warga Malaysia secara total. Apa yang beliau sebenarnya maksudkan pada pandangan penulis, Lim Kit Siang dan DAP melihat ia adalah sesuatu yang di bawa oleh UMNO. Apa sahaja yang di bawa oleh UMNO mempunyai konotasi atau ikatan dengan Melayu.Tambahan pula, DAP mempunyai konsep Malaysian Malaysia yang diadaptasikan daripada Singapura ciptaan Lee Kuan Yew. Lantaran itu, 1Malaysia yang jauh lebih baik daripada Malaysian Malaysia jajaan mereka. Mungkin begitulah juga pandangan pakatan pembangkang yang lain termasuk PKR dan PAS. Apakah benar bahawa konsep 1Malaysia gagal menepati senario dan kehendak warga Malaysia? Baca baki entri ini »

Dikirim dalam Isu Kepimpinan, Isu Pemikiran, Isu Semasa, Pelbagai & Lain-lain, Politik, Sejarah | Leave a Comment »

1Malaysia, Perspektif Generasi Merdeka

DIkirim oleh Sahabat MANTAP di Isnin, 2 November 2009

Oleh: One Nation Em-c

one nation em-c

Sesebuah negara yang majmuk seperti Malaysia amat memerlukan pelbagai konsep dan formula penyatuan rakyat jelatanya ke arah pembinaan satu negara bangsa yang kukuh, muafakat, progresif dan makmur. Konsep seperti ini juga diperlukan supaya generasi merdeka Malaysia mempunyai aspirasi yang serupa, melangkah ke destini yang sehala, dan sentiasa megah untuk mengibarkan panji-panji perjuangan negara pada setiap masa.
Pengaplikasian konsep ini memerlukan komitmen, kebijaksanaan dan ketegasan di kalangan pemimpin. Ia menuntut kematangan minda, toleransi dan pengorbanan di kalangan warga. Ia juga mengharapkan sumbangan ikhlas daripada seluruh organisasi masyarakat sivil dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk sama-sama mendukung serta menjayakannya.

Datuk Seri Najib Tun Razak memperkenalkan konsep 1Malaysia sebaik-baik sahaja beliau mengangkat sumpah jawatan Perdana Menteri Malaysia yang keenam pada April 2009 yang lalu. Ia adalah konsep pembangunan negara bangsa Malaysia yang mencerminkan kesungguhan Perdana Menteri yang sentiasa berusaha untuk menyatupadukan warganegara majmuk.
Ia bermatlamat supaya kepelbagaian sosio-budaya dan ekonomi rakyat dapat dicanai dan digemblengkan menjadi ciri-ciri kekuatan nasional yang kemudiannya dapat diterjemahkan menjadi strategi pembinaan negara bangsa. Ciri-ciri kekuatan nasional ini juga boleh digunakan untuk mencorak dan melaksanakan program pembangunan insan, pembangunan negara dan pembangunan ekonomi, di samping memperkasakan keupayaan Malaysia menembusi aneka peluang serta aktiviti ekonomi dan perdagangan antarabangsa. Baca baki entri ini »

Dikirim dalam Isu Kepimpinan, Isu Pemikiran, Isu Semasa, Sejarah | Leave a Comment »

“TUJUH WASIAT RAJA-RAJA MELAYU”

DIkirim oleh Sahabat MANTAP di Jumaat, 16 Oktober 2009

Oleh: Anggerik Desa

Patut sangatlah rakyat Negara ini diingatkan tentang tujuh wasiat raja-raja melayu sewaktu Perlembagaan nak digubal, Kesemua Baginda raja-raja melayu menurunkan tandatangan mereka sebelum merdeka malah banyak orang lupa akan hal ini termasuk orang Melayu kita sendiri. Kita nak ucapkan tahniah kepada Raja Nazrin Shah dan Raja Muda Perak kerana bangkitkan hal itu semula. Bagus sangatlah kerana dalam keadaan hari ini, hal itu patut diingatkan kerana Orang melayu dah banyak lupa fakta sejarah atau ambil mudah sejarah ada sesetengah orang lupa akan pentingnya sejarah. Bukan saja nak ungkit kisah lama atau kisah silam tapi sebagai pengajaran pada kita

Hari ini, banyak orang bercakap fasal Perlembagaan tetapi mereka tak ada maklumat yang cukup. Ada yang kata, sejarah biar tinggal sejarah lupakan saja macam mana Perlembagaan digubal. Kata mereka, keadaan hari ini sudah banyak berubah malah nilai pun berubah, Jadi sejarah tak releven lagi. Kerana masalah tak reti sejarahlah, maka banyak hal yang tak patut dibangkitkan semula, dibangkitkan. Sampai kita lupa bahawa soal kedudukan raja-raja Melayu dan hak istimewa orang Melayu tak boleh disentuh. Sampai ada orang kata dasar tolong orang Melayu adalah dasar apartheid Baca baki entri ini »

Dikirim dalam Isu Kepimpinan, Politik, Sejarah | Leave a Comment »

KEMERDEKAAN DAN TUJUH WASIAT RAJA-RAJA MELAYU

DIkirim oleh Sahabat MANTAP di Jumaat, 2 Oktober 2009

Oleh:- Anak Kecil Dari Gunung

Jarang-jarang anak Pascamerdeka menyambut hari bersejarah negara ini dengan penuh keinsafan. Sebaliknya, rata-ratanya bergembira kerana tidak berpengalaman hidup sengsara semasa sebelum merdeka dan juga tidak berpengalaman dalam perjuangan menuntut kemerdekaan negara.

Namun bagi mereka yang berpegalaman hidup dibawah belenggu penjajah, seterusnya terlibat pula dalam perjuangan menuntut kemerdekaan, lazimnya setiap kali ulang tahun kemerdekaan tiba, air mata mereka mengalir, terutama apabila mendengar laungan merdeka. Meraka sedih bercampur gembira, sedih mengenangkan hidup yang sukar dan diperhamba dibawah cengkaman penjajah. Pada masa yang sama mereka gembira pula kerana sejak 52 tahun merdeka, negara ini sentiasa aman, maju dan makmur. Baca baki entri ini »

Dikirim dalam Agenda Zionis, Isu Kepimpinan, Isu Pemikiran, Isu Semasa, Sejarah | Leave a Comment »

Petikan 8 Artikel Oleh Dr Riduan Tee Abdullah

DIkirim oleh puteraadnan di Isnin, 28 September 2009

Untuk Bacaan Sahabat dan fikir2kan lah…!! Terdapat 8 artikel Dr Riduan Tee Abdullah dalam attachment ni…

Artikel 1- NASIB MELAYU DI BUMI MELAYU
Oleh: Dr. Mohd Redhuan Tee

Saya tidak menafikan bahawa kematian Teoh Beng Hock perlukan kepada pembelaan. Saya
amat mengalu-alukan keputusan Kabinet untuk menubuhkan satu inkues dan Suruhanjaya
Bebas Diraja untuk menyiasat dan menentukan punca kematian Beng Hock.
Siasatan yang telus dan rapi mesti dijalankan tanpa rasa takut agar dapat memuaskan hati
semua pihak, apatah lagi pihak keluarga dan parti pembangkang yang begitu bersungguhsungguh
dalam isu ini.

Namun, saya merayu, semua parti berkepentingan, supaya bersabar menunggu sehingga
siasatan selesaikan dijalankan. Di kala itu, kita akan mengetahui apa yang benar, apa yang
salah dan siapa yang benar dan siapa yang salah. Selepas itu juga, kita boleh bercakap dan
berkokok berpuas-puasnya mengenai perkara ini.

Hukumlah mereka yang bersalah, tetapi jangan jadi Tuhan sebelum sesuatu perkara
dibuktikan. Saya amat takut politik mahukan jadi Tuhan yakni dengan membuat andaian
pelik-pelik, yang mana hanya Tuhan sahaja yang Maha Mengetahui sebelum sesuatu
perkara dibuktikan. Baca baki entri ini »

Dikirim dalam Agama, Agenda Zionis, Isu Kepimpinan, Isu Pemikiran, Isu Semasa, Pelbagai & Lain-lain, Perundangan, Politik, Sejarah | 1 Komen »

Orang Melayu Lupa Diri

DIkirim oleh Sahabat MANTAP di Sabtu, 5 September 2009

Oleh: Anak Kecil Dari Gunung

melayu lupa diri...

Kita sedih kerana banyak orang Melayu sendiri yang lupa semua itu, terutamanya golongan muda. Mereka lahir pada zaman senang. Mereka tak faham mengapa perlindungan perlu diberikan kepada orang Melayu.Apa perlunya hak istimewa orang Melayu?

Kita rasa salahnya cara kita didik anak-anak muda ini. Tak cukup pelajaran sejarah. Kalau ada pun tak ada penghayatan. Kita tumpu pada peperiksaan, kita lupa mereka perlu hayati pengajaran sejarah, bukan menghafal macam burung kakak tua untuk lulus peperiksaan.

Banyak orang lupa perlunya kita beri perlindungan kepada orang Melayu. Mereka lemah serba-serbi, terutamanya dalam hal pelajaran dan ekonomi. Sebab itulah ada Dasar Ekonomi Baru ( DEB ). Baca baki entri ini »

Dikirim dalam Agenda Zionis, Isu Kepimpinan, Isu Pemikiran, Isu Semasa, Politik, Sejarah | 4 Komen »

Taksub Menghalang Penyatuan Umat Islam..

DIkirim oleh puteraadnan di Rabu, 26 Ogos 2009

Inisiatif Majlis Raja-Raja untuk menyatu padukan semula umat Melayu angkara perbezaan politik telah mula menampakkan positif.

Apa yang ketara janji yang diluahkan oleh Raja-Raja Melayu mula dikotakan dengan pembabitan aktif sultan-sultan sebagai Ketua Agama Islam Negeri dalam meberi nasihat kepada orang Melayu mengenai betapa pentingnya mereka bersatu padu dan mengelakkan pertelingkahan sesama sendiri.

Golongan ulama juga mula meningkatkan usaha untuk memperkukuhkan persaudaraan bangsa Melayu melalui ucapan dan ceramah-ceramah.

Semua ini membuktikan bahawa kerajaan beserta Raja-Raja Melayu menyedari bahawa jika perpecahan yang disebabkan oleh polemik dan perbezaan pandangan politik tidak dibendung dengan segera, masalah ini akan melarat ke tahap yang lebih gawat dan sekali gus merugikan orang Melayu sendiri.

Antara faktor utama yang mendorong kepada perpecahan ini ialah sikap taksub yang diamalkan oleh pengikut sesetengah fahaman politik.

Kemelut yang berlaku ini disebabkan oleh sesetengah orang Melayu yang tidak tahu membezakan politik kepartian dan nilai-nilai keagamaan. Kekusutan ini bertambah apabila sesetengah pemimpin parti pembangkang mengapi-apikan perasaan pengikut mereka dengan melemparkan segala macam fitnah dan tohmahan.

Dikirim dalam Agama, Agenda Zionis, Isu Kepimpinan, Isu Pemikiran, Isu Semasa, Politik, Sejarah | 1 Komen »

PAS DAN UMNO SUATU PERBANDINGAN..yang mana betul, dan yang mana tidak betul!

DIkirim oleh puteraadnan di Rabu, 26 Ogos 2009

Oleh: Putera_Adnan

scan0001

scan0001

Dikirim dalam Agama, Agenda Zionis, Isu Kepimpinan, Isu Pemikiran, Isu Semasa, Sejarah | 3 Komen »

Nik Aziz Tidak Bantah DAP Hina Islam , tOK gUru ape ni???

DIkirim oleh puteraadnan di Khamis, 13 Ogos 2009

Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak membantah tindakan segelintir pemimpin DAP menghina Islam kerana parti itu bukan parti Islam dan kefahaman mereka terhadap Islam mungkin tidak mendalam. Sebaliknya menyalahkan sikap pemimpin Islam yang menolak ajaran Islam sehingga agama itu tercemar dan telah disalah ertikan kesuciannya oleh mereka yang bukan Islam.

Kata Tok Nik….” DAP kalau hina Islam pasal dia bukan Islam. Yang orang Islam tolak Islam itu lebih menghina Islam,” katanya kepada pemberita di sini semalam ketika diminta mengulas tindak tanduk beberapa pemimpin DAP kebelakangan ini yang dilihat menghina Islam. Baca baki entri ini »

Dikirim dalam Agama, Agenda Zionis, Isu Kepimpinan, Isu Pemikiran, Isu Semasa, Politik, Sejarah | 15 Komen »

Nik Aziz: Gaya Kepimpinan Nabi??? ( I Yer ker?? )

DIkirim oleh puteraadnan di Rabu, 22 Julai 2009

“Tuan Guru” Nik Abdul Aziz bin Nik Mat, Kepimpinan Gaya Nabi. Sebuah buku hasil penulisan Habibulah Izzah Ahmad telah berjaya diterbitkan. Pastinya buku ini mencipta satu lagi kontroversi di dunia politik tanahair.

Siapa tidak kenal dengan Nik Aziz. Individu yang digelar “Tok Guru” atau “Tuan Guru” oleh ramai pengikut ajaran PAS dan Pakatan “Riot” umumnya. Nik Aziz berlatar belakangkan pendidikan agama dari India, Pakistan dan Mesir. Menjadi ahli PAS pada 1967 dan menjadi MB Kelantan sejak 1990 hingga kini. “Tok Guru” PAS ini berumur 78 tahun, dan mentadbir Kelantan sebagai MB Kelantan lebih dari 18 tahun. Sepanjang perjalanan karier politiknya, “Tok Guru” PAS ini kononnya membawa kepimpinan “ulama” atau kepimpinan “nabi”? Mungkin itulah yang cuba digambarkan oleh penulis buku di atas!

Baca baki entri ini »

Dikirim dalam Agama, Agenda Zionis, Isu Kepimpinan, Isu Pemikiran, Isu Semasa, Program, Sejarah | 13 Komen »

SESI BICARA MELAYU” KERAJAAN PERPADUAN-DI MANAKAH PERMULANNYA”

DIkirim oleh Sahabat MANTAP di Isnin, 29 Jun 2009

Oleh: MANTAP ( PERTUBUHAN MENJANA TINDAKAN PEMIKIR )

Permulaannya

Pertubuhan Menjana Tindakan Pemikir akan menganjurkan Program Sesi Bicara Melayu bagi mencari jalan dan bertukar-tukar pendapat bagi memantapkan perpaduan nasional di negara ini. Di minta sesiapa yang berminat untuk mendengar dan bersama-sama untuk berkongsi pendapat boleh hadir ke Program tersebut. Kehadiran anda semua adalah untuk mencapai objektif dan matlamat yang di harapkan,respon yang positif daripada Program ini, amat kami alu-alukan.
Program : Sesi Bicara Melayu
Tajuk : ” Kerajaan Perpaduan- Di Manakah Permulaannya? “
Tarikh : 1 Julai 2009 (Rabu )
Masa : 8.30 Malam – 11.00 Malam
Tempat : Wisma Sejarah, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur
( bersebelahan dengan Hotel Putra dan Hospital Pusrawi )

Panel : (1) Dr. Ustaz Mohd Riduan Tee Bin Abdullah
(2) Profesor Datuk Dr. Ramlah Adam
(3) Tuan Mohd Yusri Bin Mohammad

Sekian, Terima Kasih

Dikirim dalam Isu Kepimpinan, Isu Pemikiran, Isu Semasa, Program, Sejarah | 1 Komen »

KERAJAAN PERPADUAN : ANTARA BONEKA DAN KUDA TUNGGANGAN

DIkirim oleh Sahabat MANTAP di Rabu, 24 Jun 2009

Oleh: Roslan Mohd Latif
Presiden ALMA

Walaupun ramai yang mungkin berasa hairan dengan sikap dan tindak tanduk pemimpin PAS kebelakangan ini , tetapi bagi yang mengikuti perkembangan PAS sejak penubuhannya pada tahun 1951 oleh Haji Ahmad Fuad bekas AJK Biro Agama UMNO yang juga Pengerusi pertama Persatuan Ulama Malaya setelah kekalahan beliau merebut jawatan Presiden UMNO menentang Tunku Abdul Rahman, PAS tidak pernah konsisten di dalam perjuangan mereka dan bagi pemimpin PAS, matlamat menghalalkan cara. Walaupun ulamak PAS sering berkhutbah, berceramah menggunakan Ayat Quraan dan Hadis tetapi tingkah laku mereka tidak lebih dari apa yang di firmankan Allah di dalam Surah Al Mukminun ayat 53 , Maksud nya “… mereka menjadikan agama (memperalatkan agama) untuk tujuan berpecah belah dan berpuak puak sehingga menjadi beberapa pecahan (parti parti). Masing masing puak (parti) pula berbangga dengan apa yang ada di sisi mereka..” Tidak heranlah sejak dari pilihanraya pertama ,1955 di mana PAS hanya menang satu kerusi melalui Haji Ahmad Tuan Husin hingga lah PRU 12 di mana buat pertama kali dalam sejarah PAS berjaya memenangi 23 kerusi setelah menjadi kuda tunggangan kepada rakan yang telah menikam mereka sebelum ini. Baca baki entri ini »

Dikirim dalam Isu Kepimpinan, Isu Pemikiran, Isu Semasa, Politik, Sejarah | 3 Komen »

LAWATAN LKY: LAPAN HARI PENUH MISTERI

DIkirim oleh Sahabat MANTAP di Isnin, 15 Jun 2009

Oleh: Salza Hedra

Lawatan lapan (8) hari Menteri Kanan Singapura yang juga mantan Perdana Menteri Singapura, Lee Kuan Yew (LKY) ke Malaysia membawa pelbagai persoalan dalam minda masyarakat Malaysia. Apakah tujuan sebenar lawatan beliau? Apakah lawatan ini dilakukan setelah ‘kekuatan’ kerajaan kepimpinan UMNO/BN dilihat ‘tergugat’ oleh penganalisis politik tempatan dan luar selepas PRU 12 Mac 08 lalu? Apakah peranan LKY dalam PRU 12? Apa pula perancangan beliau dalam PRU 13 kelak? Baca baki entri ini »

Dikirim dalam Isu Kepimpinan, Isu Pemikiran, Isu Semasa, Politik, Sejarah | 11 Komen »

ANWAR CETUSKAN LAGI PERCANGGAHAN IDEA

DIkirim oleh Sahabat MANTAP di Isnin, 15 Jun 2009

Oleh: Mawar Berdarah

ANWAR 2

“Dia (Chin Peng) umur pun dah tua. Dia nak balik ke kampung halaman dia. Kita dah benarkan dulu,.” kata Anwar Ibrahim ketika Kongres Khas PKR di Bangi. Anwar selalu sahaja menghalalkan apa yang haram dan mengharamkan apa yang halal. Apakah dia sudah lupa kepada asal usulnya atau dia sengaja mencipta propaganda mencipta huru-hara?

Anwar tidak buta sejarah,
Tetapi dia sengaja mencari helah,
Kononnya dia penyelamat ummah,
Realitinya dia syaitan yang tidak bermaruah.

Anwar menjemput Chin Peng pulang ke Tanah Air.

Kenapa Chin Peng?

Apabila kerajaan bermati-matian mempertahankan pendirian tidak mahu pengkhianat ini pulang dan menguris hati waris-waris pejuang yang sudah kematian ahli keluarga akibat kekejamannya sebaliknya Anwar menyokong kepulangannya.

Jenis manusia apa si Anwar ini yang kononnya bakal menjadi Perdana Menteri Malaysia. Tetapi tidak tahu bila.

Lihatlah seluruh nusantara,
Anwar tekong bahtera PKR,
Punya Idea macam Komunis,
Macam inikah pemimpin harapan kita?
Hancur leburlah Malaysia,
Aduhai… Melayu bertaubat dan sedarlah segera.
Pakatan Rakyat pakatan tidak beretika.

sk_01_big

Dikirim dalam Agenda Zionis, Isu Kepimpinan, Isu Pemikiran, Isu Semasa, Pelbagai & Lain-lain, Sejarah | 2 Komen »

Dasar PPSMI Bukan Jaminan Masa Depan Bahasa Melayu

DIkirim oleh Sahabat MANTAP di Khamis, 26 Februari 2009

Oleh: Anak Kecil Dari Gunung

Pada detik mutakhir kini, isu paling utama ialah pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) dan kaitannya dengan kelestarian bahasa Melayu serta taraf kedaulatannya sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa pengantar dalam sistem pendidikan negara.

Persidangan meja bulat anjuran Kementerian Pelajaran sudah membuat beberapa syor.Gabungan Persatuan Penulis Nasional (Gapena) juga sudah menyatakan pendirianya dan terbaru, Majlis Permuafakatan Kesatuan dan Persatuan Guru Kementerian Pelajaran juga bersuara. Semuanya membawa kepada dua situasi, bahasa Melayu akan terus hidup berdaulat atau mati terhina dibumi sendiri. Kenyataan yang dibuat Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Alimuddin Mohd Dom dalam Berita Harian 31 Disember lalu, mengesahkan bahawa kuasa politiklah yang akan akhirnya menentukan hal ini dan begitu juga dengan segala hal yang sudah diputuskan sebelum ini. Segala-galanya kini ditangan Pemimpin Politik, khususnya Menteri Pelajaran dan anggota Kabinet. Baca baki entri ini »

Dikirim dalam Agenda Zionis, Isu Pemikiran, Isu Semasa, Pelbagai & Lain-lain, Politik, Sejarah | Leave a Comment »

ANWAR DAN PARTINYA YANG HURU-HARA

DIkirim oleh Sahabat MANTAP di Jumaat, 6 Februari 2009

Oleh: Putera_Adnan

Apabila BN (UMNO) kalah di Kuala Terengganu, Anwar melihat inilah peluang baru untuk beliau untuk mewujudkan gelombang kedua ketidakstabilan politik. Gelombang pertama ialah apabila beliau meuar-uarkan usaha mengambil alih kerajaan pada 16 September 2008 lalu selepas menang di Permatang Pauh.

Anwar memang telah terkenal dengan kaedah atau teori kacau bilau. Pada 1987, Anwar antara orang yang merencana keadaan politik kacau bilau dan tidak stabil untuk meraih populariti politik dalam parti dan kerajaan. Akibat dari perencanaan itu Operasi Lalang (1987) dilancarkan dan Anwar yang ketika itu merupakan Menteri Pelajaran meraih populariti terbesar di kalangan orang Melayu. Baca baki entri ini »

Dikirim dalam Agenda Zionis, Isu Kepimpinan, Isu Pemikiran, Isu Semasa, Perundangan, Politik, Sejarah | Leave a Comment »

MENCARI MAKNA DIRI MELAYU

DIkirim oleh Sahabat MANTAP di Jumaat, 6 Februari 2009

Oleh: Anak Kecil Dari Gunung

Isu Ketuanan Melayu, Keunggulan Melayu, Martabat Orang Melayu dan yang bersinonim dengannya nampaknya menjadi isu malar yang terus menerus diperkatakan, diperdebatkan, dipolemikkan dan dipolitikkan. Ini tidak dimaksudkan untuk ikut terjebak dalam kesahihan konsep “ KETUANAN” yang merujuk kepada hegemoni atau penguasaan tetapi lebih bermaksud untuk menelusuri keunggulan Melayu sebagai bangsa besar atau mahawangsa dirantau yang dikenali sebagai kepulauan Melayu.

Secara langsung, apabila Melayu menjadi teras kewujudan entiti sebuah wilayah penting, iaitu Kepulauan Melayu yang menjadi rebutan Penjajah Barat dalam tempoh ratusan tahun, maka negara Malaysia yang menjadi bahagian integral dunia Melayu, berkaitan rapat dengan hakikat Melayu sebagai bangsa teras di negara ini. Baca baki entri ini »

Dikirim dalam Isu Kepimpinan, Isu Pemikiran, Isu Semasa, Sejarah | Leave a Comment »

KETAKSUBAN PROPAGANDA PARTI PEMBANGKANG

DIkirim oleh Sahabat MANTAP di Jumaat, 30 Januari 2009

Oleh: TENDA BIRU

Satu perkara yang semua pihak perlu tahu ialah parti UMNO dan perjuangannya tidak patut dipersalahkan di dalam kekusutan yang berlaku dalam senario politik negara hari ini. Titik tolak kepada badai politik di dalam UMNO disebabkan oleh kelemahan manusia. Sememangnya saya pelik dan tidak faham dengan apa yang diperjuangkan oleh PAS sebenarnya. Apakah mereka benar-benar mahu memperjuangkan Islam atau semata-mata mahu menjatuhkan pemimpin UMNO walaupun negara kucar-kacir. Kita lihat PAS memiliki banyak cerdik pandai dalam agama, tapi itu semua tidak cukup jika di hati penuh dengan dendam kesumat. Niat hanya satu iaitu menghapuskan UMNO, tak kisahlah walaupun bernaung dengan parti kafir. Baca baki entri ini »

Dikirim dalam Agama, Agenda Zionis, Isu Kepimpinan, Isu Pemikiran, Isu Semasa, Politik, Sejarah | Leave a Comment »

Inikah kerajaan Selangor yang diharapkan oleh rakyat Selangor??

DIkirim oleh Sahabat MANTAP di Jumaat, 30 Januari 2009

Oleh: putera_adnan
khalid

Inilah yang dikatakan cakap tidak serupa bikin, bikin tidak serupa cakap. Kalau dahulu semasa belum menjadi kerajaan habis tepi-tepi kain orang disingkap dan mencari keburukan orang dan kononnya mereka lah yang paling bersih. Merekalah penyelamat rakyat. Hanya mereka sahaja yang tidak korupt, maklumlah kuasa tiada di tangan mereka.
Kini bila kuasa berada ditangan mereka, mungkin kita yang tersilap yang telah memberikan mereka kuasa, apa yang ada di hadapan mata semua di sapunya. Baru 3 bulan menjadi pemerintah di Selangor, Pegawai Khas Menteri Besar Selangor yang merupakan orang kuat PKR sudah mula menyapu kekayaan dengan memberikan tender-tender direct nego kepada rakan taulan yang mana beliau sendiri berkepentingan, mujur cepat terkantoi, jika tidak entah berapa banyak lagi yang akan disapunya. Baca baki entri ini »

Dikirim dalam Agenda Zionis, Isu Kepimpinan, Isu Pemikiran, Isu Semasa, Pelbagai & Lain-lain, Perundangan, Politik, Sejarah | Leave a Comment »

UMNO dianggap ISRAEL oleh Anwar, Anwar pula Macam Ape?

DIkirim oleh Sahabat MANTAP di Jumaat, 30 Januari 2009

Oleh: putera_adnan

Untuk Anwar menggelar UMNO seperti Israel bukanlah satu keanehan. Sepanjang kerjaya politik beliau sama ada di pihak revolusioner, sederhana mahu pun pembangkang, Anwar dikenali sebagai tokoh yang suka mengungkap kata-kata bombastik dan bersifat “mengada-ngada membesarkan kesan ucapannya” (hiperbola). Ini bukan kali pertama Anwar mengungkap kenyataan UMNO macam Israel. Pada 1970-an dulu ungkapan yang sama beliau gunakan untuk menjatuhkan UMNO. Pada 1980-an apabila menyertai UMNO, parti itu menjadi suci dan bersih biarpun ia merupakan parti yang memimpin kerajaan Malaysia yang terbabit dengan peristiwa Memali. Demikian juga apabila Operasi Lalang dilaksanakan pada 1987, UMNO bukan Israel pada kaca mata Anwar.

Sebaliknya ketika itu Anwar melabelkan DAP sebagai Cauvinis Cina dan Pas sebagai Parti al maki wal hamun yang hanya merosakkan imej Islam. Anwar mendakwa, “Umno, like Israel, does not recognise the chosen Hamas leadership.” Kepimpinan yang dipilih rakyat mana yang tidak diiktiraf UMNO? UMNO bukan entiti kerajaan tetapi entiti politik. Baca baki entri ini »

Dikirim dalam Agenda Zionis, Isu Kepimpinan, Isu Pemikiran, Isu Semasa, Perundangan, Program, Sejarah | Leave a Comment »

POLITIK HARUS ADA PEMBAHARUAN

DIkirim oleh Sahabat MANTAP di Jumaat, 30 Januari 2009

OLEH: MAWAR BERDARAH

PERUBAHAN DAN PEMBAHARUAN SUDAH MENJADI SATU TEMA DOMINAN ARUS POLITIK DI DUNIA. DI AMERIKA SYARIKAT MISALNYA BARACK OBAMA BERJAYA MENITI ARUS PERUBAHAN DAN PEMBAHARUAN INI UNTUK MENGALAHKAN CALON “ESTABLISHMENT” BAGI MEMPEROLEH PENCALONAN PARTINYA PARTI DEMOKRAT DAN SETERUSNYA MEMENANGI WHITE HOUSE.DI MALAYSIA, KERAJAAN BARISAN NASIONAL HARUSLAH PEKA KEPADA GELOMBANG PERUBAHAN DAN PEMBAHARUAN. INI KERANA KITA INSAF, DALAM SISTEM DEMOKRASI RAKYAT ADALAH PENENTU MUTLAK KEPADA PARTI MANA YANG AKAN MEMBENTUK KERAJAAN. SEBAGAI SEBUAH NEGARA MAJMUK YANG MEMILIKI KEPELBAGAIAN BUKAN SAHAJA ETNIK TETAPI JUGA AGAMA, BUDAYA DAN BAHASA, PARTI PEMERINTAH PERLU ANJAL MERANGKA STRATEGI YANG RELEVEN UNTUK MENDEPANI CABARAN YANG SENTIASA BERUBAH. Baca baki entri ini »

Dikirim dalam Agenda Zionis, Isu Kepimpinan, Isu Pemikiran, Isu Semasa, Politik, Sejarah | Leave a Comment »

Sikap Kaum Cina terhadap Artikel 153 Perlembagaan Malaysia

DIkirim oleh Sahabat MANTAP di Sabtu, 27 Disember 2008

Oleh: Anak Dara Pingitan Mantap

Punca 13 Mei adalah cukup mudah – sikap kaum China terhadap Artikel 153 Perlembagaan Malaysia . Amnya kaum Cina tersangat benci kepada Artikel 153. Bagi masyarakat Cina Artikel 153 meletakkan bangsa Melayu yang mereka pandang rendah dalam segala aspek di satu aras tinggi yang tidak wajar. Kerana Artikel 153 bukan setakat mengisytiharkan ketuanan bangsa Melayu ke atas bumi Malaysia, bahkan menjamin kedudukan itu.

Artikel 153 Perlembagaan Malaysia memberikan tanggungjawab kepada Yang di-Pertuan Agong menjaga hak keistimewaan orang Melayu dan peribumi Malaysia, secara kumpulannya dirujuk sebagai Bumiputra. Artikel mengspesifikkan bagaimana kerajaan pusat melindungi kepentingan kumpulan-kumpulan ini dengan mendirikan kuota kemasukan ke dalam perkhidmatan awam, biasiswa dan pendidikan awam. Ia juga biasanya dianggap sebagai sebahagian daripada sosial kontrak, dan biasanya dikatakan sebagai pertahanan legal bagi ketuanan Melayu — kepercayaan orang Melayu bahawa mereka adalah tuan Malaysia. Baca baki entri ini »

Dikirim dalam Agenda Zionis, Isu Kepimpinan, Isu Pemikiran, Isu Semasa, Pelbagai & Lain-lain, Politik, Sejarah | 1 Komen »

WAJARKAH MEMPOLITIKKAN ISU PERKAUMAN ?

DIkirim oleh Sahabat MANTAP di Rabu, 24 Disember 2008

Oleh: Anak Dara Pinggiran

Isu DEB memang selalu menjadi perdebatan hangat terutama di kalangan bangsa bukan melayu yang merasakan dasar itu hanya memihak dan member kelebihan kepada Bumiputera. Berikutan dengan permasalahan ini, sasaran memiliki 30 peratus yang semakin tabu(taboo) di kalangan rakyat.

Bangsa lain selalu gagal atau enggan mengkaji fakta bahawa kewujudan DEB adalah kesan daripada tragedi yang menimpa Malaysia pada tarikh 13 MEI 1969.T ujuan utama ialah untuk mengurangkan jurang kekayaan antara bangsa CINA yang telah menguasai bidang ekonomi Negara sehingga hari ini dengan bangsa melayu, anak pribumi yang sebelum 1970-an hidup dalam suasana bagai “MEREMPAT DI BUMI SENDIRI” Baca baki entri ini »

Dikirim dalam Isu Kepimpinan, Isu Pemikiran, Pelbagai & Lain-lain, Sejarah | Leave a Comment »

KUASA DAN PRINSIP AKHLAK

DIkirim oleh Sahabat MANTAP di Rabu, 24 Disember 2008

Oleh : Anak Kecil Dari Gunung

Anehnya, tatkala dunia menjadi semakin kecil, kesedaran tentang jurang perbezaan antara masyarakat dan kelompok manusia tambah melebar, Timur dan Barat, Utara dan Selatan, mereka yang berkuasa dan mereka yang terpinggir.

Kesedaran ini tumbuh akibat daripada dasar dan amalan kuasa yang terpisah daripada prinsip akhlak. Kedamaian dan keamanan dunia yang berkekalan tidak boleh dibangunkan diatas landasan hegemoni agama, budaya, ekonomi dan politik tetapi atas kesedaran dan keinsafan terhadap wujud-nya “orang lain”. Maka timbullah keperluan dialog. Gerak ekonomi jelas menunjukkan kepada integrasi global. Revolusi teknologi dan ledakan maklumat bergabung menjadi dunia satu perkampungan sejagat. Manusia dan budaya semakin dekat tetapi adakah mereka saling memahami dan menghormati antara satu dengan lain. Baca baki entri ini »

Dikirim dalam Agenda Zionis, Isu Kepimpinan, Isu Pemikiran, Isu Semasa, Pelbagai & Lain-lain, Politik, Program, Sejarah | Leave a Comment »

PUPUK SEMANGAT TOLERANSI DALAM DIRI KITA

DIkirim oleh Sahabat MANTAP di Isnin, 22 Disember 2008

Oleh:-Anak Dara Pinggiran

Terlalu banyak kiasan yang lampau terdengar kembali di ruang2 telinga mengenai pergaulan antara perkauman di antara negara-negara disebabkan tiada persefahaman antara kaum-kaum. Oleh yang demikian, tindak-tanduk yang perlu pada diri lita ialah menyatu padukan perkauman antara masyarakat di negara ini. Masyarakat hendaklah bersatu padu agar tiada pertelagahan antara kaum,supaya semangat toleransi dan setia kawan rakyat pelbagai kaum dapat dipupuk,Semangat toleransi dan setia kawan rakyat pelbagai kaum hendaklah bermula sejak daripada zaman persekolahan lagi tanpa memikirkan dan mencetuskan isu perkauman sememangnya lebih baik jika semua pelajar-pelajar dapat melibatkan diri atau mengikuti pengajian kurikulum semasa zaman persekolahan. Baca baki entri ini »

Dikirim dalam Agenda Zionis, Isu Kepimpinan, Isu Pemikiran, Isu Semasa, Pelbagai & Lain-lain, Pendidikan, Sejarah | Leave a Comment »

“ USAH TIMBULKAN ISU SENTITIF DALAM PARTI ”

DIkirim oleh Sahabat MANTAP di Jumaat, 19 Disember 2008

Oleh : Anggerik Desa

Adalah sesuatu yang boleh dianggap lumrah, jika isu yang dikatakan sensitif ini dibangkitkan dalam parti pembangkang. Seringkali Rakyat dikejutkan dengan kenyataan Timbalan Presiden MCA yang dipilih oleh, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek, yang mempersoalkan konsep ketuanan melayu.

Tiada siapa boleh menafikan bahawa keghairahan mengungkit isu seperti hak istimewa orang melayu, kedudukan Raja-raja melayu dan kontrak sosial diterima dan termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. Baca baki entri ini »

Dikirim dalam Agama, Agenda Zionis, Isu Kepimpinan, Isu Pemikiran, Isu Semasa, Politik, Sejarah | Leave a Comment »

DEB LANJUTAN DARIPADA 153

DIkirim oleh Sahabat MANTAP di Khamis, 18 Disember 2008

Oleh: Anak Kecil Dari Gunung

DEB merupakan lanjutan daripada Perlembagaan Persekutuan khususnya Artikel 153 yang memberikan hak istimewa kepada orang Melayu.  Peruntukan tersebut menetapkan kuota yang diberikan kepada kaum bumiputera dalam pelbagai bidang termasuk pendidikan dan pemberian biasiswa untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat institusi pengajian tinggi serta penyertaan orang Melayu dalam sektor perkhidmatan awam.

Keistimewaan ini dah dipersetujui secara konsensus oleh

Baca baki entri ini »

Dikirim dalam Isu Semasa, Perundangan, Politik, Sejarah | Leave a Comment »

KETUANAN MELAYU

DIkirim oleh Sahabat MANTAP di Khamis, 18 Disember 2008

OLEH: Budak Kecil Dari Bumi Kenyalang

Seringkali kita terdengar ataupun terbaca tentang kes kaum bukan melayu mempertikaikan ketuanan Melayu. Sedangkan ketuanan Melayu itu bukan bermakna bangsa lain di Malaysia ini adalah hamba abdi dan kuli tanpa gaji. Andaian seperti inilah yang menyebabkan terjadinya integrasi antara kaum. Tidak kira sama ada dari kaum bukan melayu dari pihak pembangkang sahaja, malah ada juga terdiri dari parti Barisan Nasional dan rakan-rakan UMNO pun turut mempertikaikannya. Ibarat kata pepatah” Ibarat menikam kawan dari belakang”. Itulah yang terjadi sekarang ini dalam politik. Baca baki entri ini »

Dikirim dalam Agenda Zionis, Isu Kepimpinan, Isu Pemikiran, Isu Semasa, Perundangan, Sejarah | 1 Komen »

Artikel 153 Dan Kontrak Sosial

DIkirim oleh Sahabat MANTAP di Khamis, 18 Disember 2008

Oleh: Putera_Adnan

Apa yang hendak dikupas mahupun difikirkan serta diperkatakan dalam pemikiran kali ini mengenai dua perkara penting yang melibatkan kedudukan orang Melayu dan Bumiputra di dalam negara ini. Ia melibatkan Artikel 153 yang berkaitan dengan kedudukan Keistimewaan Orang Melayu-Bumiputra dan kontrak sosial. Termaktubnya Artikel 153 itu adalah hasil daripada termeterainya kontrak sosial di antara semua kaum yang bermastautin di negara ini sebelum merdeka. Baca baki entri ini »

Dikirim dalam Agenda Zionis, Isu Kepimpinan, Isu Pemikiran, Isu Semasa, Pendidikan, Perundangan, Politik, Sejarah | 1 Komen »

LAYU…

DIkirim oleh Sahabat MANTAP di Jumaat, 5 Disember 2008

Oleh:Putera_Adnan

“Sesungguhnya tidak ada yang lebih menyayat
dari melihat bangsaku dijajah
tidak ada yang lebih menyedihkan
dari membiarkan bangsaku dihina”

Aku lihat layu dalam Melayu
Aku pasti bukan aku seorang sahaja yang nampak
Ada juga bercadang bertanya tuan punya
Tapi bercampur risau dengan tak tergamak
Nanti di kata tak bersyukur
Di kata tak sedar diri
Jadi aku menyendiri memerhati
Dan akhirnya mengakui
Yang kita sendiri membiarkan bunga raya layu ke kanan
Dan dibiar bunga tak cantik mekar di kiri Baca baki entri ini »

Dikirim dalam Agama, Agenda Zionis, Isu Kepimpinan, Isu Pemikiran, Isu Semasa, Pelbagai & Lain-lain, Politik, Sejarah | Leave a Comment »

MARUAH MELAYU TERCABAR

DIkirim oleh Sahabat MANTAP di Isnin, 1 Disember 2008

Oleh: Anak Kecil Dari Gunung

Kebebasan ada batasnya. Sebagai rakyat Malaysia apapun bangsa yang melahirkan kita atau agama yang kita anuti, Perlembagaan negara harus dihormati. Baca baki entri ini »

Dikirim dalam Agama, Agenda Zionis, Isu Kepimpinan, Isu Pemikiran, Isu Semasa, Pelbagai & Lain-lain, Perundangan, Politik, Sejarah | 1 Komen »

TALQINKAN POLITIK PERKAUMAN

DIkirim oleh Sahabat MANTAP di Isnin, 1 Disember 2008

Oleh: Putera_Adnan

Politik berasaskan perkauman yang menjadi ciri utama praktik politik di negara ini jelas sudah ketinggalan zaman. Sejarah telah membuktikan bagaimana parti Nazi di German pimpinan Adolf Hitler yang suatu masa dahulu gah dengan fahaman perkauman melampaunya musnah dan menemui kemerosotan menjelang berakhirnya Perang Dunia Kedua. Begitu juga dengan fahaman Fasisme (iaitu sistem politik ekstrim berhaluan kanan yang bersifat autokratik), gagasan diktator Itali, Benito Mussolini yang menyemai semangat nasionalisme melampau dan memupuk fahaman perkauman ekstrim, juga akhirnya menemui ajal. Baca baki entri ini »

Dikirim dalam Agenda Zionis, Isu Kepimpinan, Isu Pemikiran, Isu Semasa, Pelbagai & Lain-lain, Politik, Sejarah | Leave a Comment »

Kepentingan Melayu Dan Pribumi Dalam Sejarah Dan Perundangan

DIkirim oleh Sahabat MANTAP di Isnin, 24 November 2008

Ucaptama oleh :
YB Datuk Seri Utama Dr. Rais Yatim, Menteri Luar Malaysia
di Majlis Wacana Isu Perundangan dan Hak-Hak Pribumi
Anjuran PERKASA di Kuala Lumpur pada 16 November 2008


Baca baki entri ini »

Dikirim dalam Isu Pemikiran, Isu Semasa, Perundangan, Politik, Sejarah | Leave a Comment »

DEB DAN POLITIK

DIkirim oleh puteraadnan di Rabu, 19 November 2008

Oleh: Putera_Adnan

Dasar Ekonomi Baru dalam konteks legasi pembangunan di Malaysia merupakan satu legasi sejak 1970-an dan masih relevan dipraktikkan masa kini, ini kerana ia sejajar dan selari dengan hasrat dunia antarabangsa yang sedang memberikan penekanan kepada membentuk keseimbangan masyarakat di antara masyarakat di dunia maju dan dunia membangun.

Dalam konteks Malaysia, keseimbangan yang mahu dicapai ialah keseimbangan di antara masyarakat bumiputera dan bukan bumiputera atau di antara bandar dan luar bandar. Sesungguhnya, secara realiti dan praktikal strategik, DEB telah memberikan kesan dan dampak terbesar dalam legasi pembangunan negara, dan inilah kejayaan yang mampu dilihat pada 2007 dan seharusnya diperkukuhkan secara berterusan falsafah pembangunan tersebut menjelang usia emas merdeka 50 tahun untuk menuju pencapaian negara maju menjelang tahun 2020. Baca baki entri ini »

Dikirim dalam Agenda Zionis, Isu Kepimpinan, Isu Pemikiran, Isu Semasa, Pelbagai & Lain-lain, Perundangan, Politik, Sejarah | Leave a Comment »

KONSPIRASI POLITIK DAN PERKAUMAN

DIkirim oleh Sahabat MANTAP di Rabu, 19 November 2008

Oleh: Anak Kecil Dari Gunung

Mungkin benar bahawa masalah sebenar negara ini sebenarnya berpunca daripada sikap sesetengah pemimpin parti politik (Tidak kira Kerajaan atau Pembangkang) yang mengeksploitasikan media untuk melancarkan propaganda politik mereka sesuka hati bagi memastikan mereka terus menjadi “ Juara” kaum masing-masing.

Malaysia sebenarnya tidak perlu bersusah payah menggubal Akta Hubungan Kaum jika semua pemimpin tahu menjaga batas sensitiviti kaum yang perlu dihormati. Isi hubungan kaum ini perlu ditangani dengan teliti dan difahami dengan mendalam terutama sekali tentang Konsep Perbadanan Kaum yang tersirat dalam Semangat Perlembagaan Persekutuan. Baca baki entri ini »

Dikirim dalam Agenda Zionis, Isu Kepimpinan, Isu Pemikiran, Isu Semasa, Pelbagai & Lain-lain, Perundangan, Politik, Sejarah | 3 Komen »

CUIT-CUIT KAUM, MARUAH TERCABAR.

DIkirim oleh puteraadnan di Isnin, 17 November 2008

Oleh: Putera_Adnan

Kita percaya rakyat negara ini sudah faham dan terima kepentingan perpaduan kaum untuk keamanan, kestabilan, kemakmuran dan kemajuan negara. Namun begitu, kadangkala kita menganggap perpaduan kaum merupakan suatu keadaan yang wujud dengan sendiri tanpa usaha hingga lupa adanya ancaman terhadapnya.

Sebab itu kita perlu mengambil perhatian terhadap isu-isu yang boleh membangkitkan sentimen perkauman dan seterusnya mampu menjadi ancaman kepada semangat muhibah serta keharmonian di negara ini. Ini bukanlah bermakna bahawa kita tidak boleh mengutarakan isu-isu penting yang memerlukan pembetulan dan langkah-langkah bagi mengatasinya. Tetapi apa yang penting adalah cara dan sikap dalam menangani sesuatu isu supaya ia tidak berbau perkauman. Baca baki entri ini »

Dikirim dalam Agama, Agenda Zionis, Isu Kepimpinan, Isu Pemikiran, Isu Semasa, Pelbagai & Lain-lain, Perundangan, Politik, Sejarah | 1 Komen »

Maruah Bangsa, Agama dan Negara Terguris Kerana Perkauman

DIkirim oleh Sahabat MANTAP di Isnin, 17 November 2008

Oleh:Anak Kecil Dari Gunung

Majlis Peguam merupakan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) yang dianggotai oleh para peguam. Majlis ini di tubuhkan bukan untuk ikut terlibat dalam permainan politik, condong kepada mana-mana ideologi parti atau tidak mengambil kisah isu yang menyentuh sensiviti kaum dan agama.

Forum “Memeluk Islam” merupakan provokasi kepada umat islam dan Orang melayu di negara ini kerana Melayu dan umat islam tidak boleh dipisahkan . Baca baki entri ini »

Dikirim dalam Agama, Agenda Zionis, Isu Kepimpinan, Isu Pemikiran, Isu Semasa, Pelbagai & Lain-lain, Perundangan, Politik, Sejarah | Leave a Comment »

BARA-BARA POLITIK PERKAUMAN

DIkirim oleh Sahabat MANTAP di Jumaat, 14 November 2008

Oleh: Anak Kecil Dari Gunung

Dalam pertarungan politik yang menentukan “Siapa Kuat, Dia Menang”. Kejernihan Moral dijadikan senjata politik yang paling tajam walaupun indvidu yang bercakap mengenainya, memaki hamun, mengutuk bahkan memfitnah. Sebenarnya persoalan moral yang amat penting dalam demokrasi. Kalau di lihat dalam konteks kuasa dan politik. Benarkah sekarang perhubungan kaum di negara ini berada dalam keadaan tegang sehingga perlu digubal satu akta khusus untuk menyelesaikan masalah ini? Negara ini semakin kepupusan pemikir tetapi sebaliknya semakin banyak pula orang yang memikirkan kepentingan diri sendiri demi mencapai cita-cita mereka.

Berpunca daripada gila kuasa dengan bertopengkan demokrasi, kebebasan, keadilan dan kesamaan. Ada pihak yang sanggup mengorbankan ketenteraman awam dan kedaulatan negara. Janji kosong, harapan palsu dan pendekatan populis adalah antara permainan politik sesetengah pemimpin pelbagai parti semata-mata mengambil kesempatan daripada “KETIDAK RASIONALAN”. Baca baki entri ini »

Dikirim dalam Agama, Agenda Zionis, Isu Kepimpinan, Isu Pemikiran, Isu Semasa, Pelbagai & Lain-lain, Perundangan, Politik, Sejarah | 8 Komen »

Anwar – Buih-buih yang sedang berantakan

DIkirim oleh puteraadnan di Jumaat, 14 November 2008

Oleh:Putera_Adnan

Kejayaan ideologi populis Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam pilihan raya lalu umpama mimpi menjadi realiti. Majoriti pengundi Pakatan Rakyat percaya Anwar mampu memberikan mereka satu era baru dalam politik negara ini. Anwar pada tanggal 9 April 2008 umpama “phoenix rise from its ashes.” Mati hidup semula kata Jamal Abdillah. Para pentaksub Anwar mengiyakan apa sahaja kata-kata Anwar selepas itu kerana keajaiban telah berlaku.Mereka melihat keajaiban yang berlaku bukan kerana protes rakyat, bukan kerana pengundi dan bukan kerana kelemahan kerajaan pimpinan Barisan Nasional. Sebaliknya mereka melihat kemenangan Pakatan Rakyat adalah atas kebijaksanaan dan keajaiban Anwar bin Ibrahim. Baca baki entri ini »

Dikirim dalam Agenda Zionis, Isu Kepimpinan, Isu Pemikiran, Isu Semasa, Pelbagai & Lain-lain, Perundangan, Politik, Sejarah | Leave a Comment »

PENGKHIANAT BANGSA MELAYU

DIkirim oleh puteraadnan di Selasa, 4 November 2008

Oleh: Putera_Adnan

Apakah Anwar bukan pengkhianat orang Melayu sedangkan pada masa beliau menjadi Menteri Kewanganlah pencapaian orang Melayu dalam pemilikan ekuiti menjadi statik dan tidak bergerak?Orang melayu telah mencapai sekitar 18% penguasaan ekuiti syarikat BSKL pada tahun 1990. Malangnya apabila Anwar mengambil alih kepimpinan di Kementerian Kewangan sehingga 1998, angka tersebut tidak berubah banyak. Walaupun ekonomi negara sedang mencanak naik ketika itu, Anwar hanya berjaya meningkatkan tidak lebih 2% daripada statistik 1990 ketika Daim Zainuddin meninggalkan Kementerian Kewangan. Baca baki entri ini »

Dikirim dalam Agenda Zionis, Isu Kepimpinan, Isu Pemikiran, Isu Semasa, Pelbagai & Lain-lain, Perundangan, Politik, Sejarah | 4 Komen »

Pemimpin MCA dan Gerakan Cuba Pertikai Perlembagaan?

DIkirim oleh Sahabat MANTAP di Khamis, 30 Oktober 2008

Oleh Salza Hedra

Tak reda isu yang di bawa oleh Ketua Wanita Gerakan yang baru menang dalam pemilihan partinya mempersoalkan asal usul orang Melayu, timbul pula isu yang diutarakan oleh YB Yong Tiong Lai meminta kerajaan menghapuskan syarat pemilikan 30 peratus ekuiti bumiputera dalam syarikat-syarikat senaraian awam bagi memastikan ia terus bersaing. Sejak kebelakangan ini, nampaknya begitu ghairah sekali MCA dan Gerakan untuk memulihkan imej dan menarik semula kepercayaan masyarakat Cina untuk yakin kepada parti mereka. Apa sebenarnya agenda mereka? Baca baki entri ini »

Dikirim dalam Isu Kepimpinan, Isu Pemikiran, Isu Semasa, Perundangan, Politik, Sejarah | 7 Komen »

ANWAR PENGGADAI MARUAH BANGSA SENDIRI ?

DIkirim oleh puteraadnan di Rabu, 15 Oktober 2008

oleh: putera_adnan

Anwar dan Wan Azizah pernah diraikan oleh Ketua Biskop Kristian Murphy Pakiam pada 25 Disember 2007, di Rumah Terbuka Kristian anjuran Christian Federation of Malaysia, Bukit Nanas. Penganut Kristian anggap, Anwar merupakan satu-satunya “pemimpin masa depan” yang boleh memberi ruang yang luas kepada Kristian mengembangkan agamanya di Malaysia.Tulisan Terence Netto dalam portal Malaysiakini, 2 Februari 2008; “Anwar berkata sejak generasi rakyat Malaysia membesar menggunakan Bahasa Malaysia sebagai medium komunikasi, beliau melihat tiada sebab mengapa penganut Kristian Malaysia tidak boleh menggunakan istilah Bahasa Arab untuk Tuhan- “Allah” dalam ritual mereka.” Baca baki entri ini »

Dikirim dalam Agama, Agenda Zionis, Isu Kepimpinan, Isu Pemikiran, Isu Semasa, Pelbagai & Lain-lain, Perundangan, Politik, Sejarah | 3 Komen »

Pembangkang Agen Pelaksana Agenda Zionis? (Siri I)

DIkirim oleh Sahabat MANTAP di Sabtu, 4 Oktober 2008

oleh: Keris Terbang

USD1 vs PKRBenarkah PKR agen Zionis? Persoalan yang sentiasa bermain-main di benak majoriti rakyat. Sehingga baru-baru ini ’mereka’ mencabar agar sebarang pertuduhan terhadap ’mereka’ sebagai agen Amerika dapat dibuktikan.

Meskipun telah banyak pendedahan berupa bukti yang terang lagi nyata di atas penglibatan Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI) yang berkaitan dengan Amerika dan Zionis seperti yang didedahkan dalam internet, di sini penulis cuba mengajak untuk melihat beberapa lagi bukti dari sudut yang lain pula bagi menyokong pendedahan Baca baki entri ini »

Dikirim dalam Agama, Agenda Zionis, Isu Kepimpinan, Isu Pemikiran, Isu Semasa, Politik, Sejarah | 14 Komen »

ISU DATO’ AHMAD ISMAIL: HINA KAUM CINA KE?

DIkirim oleh Sahabat MANTAP di Jumaat, 5 September 2008

Oleh: Salza Hedra

KENYATAAN AKHBAR PENGERUSI PERTUBUHAN MENJANA TINDAKAN PEMIKIR (MANTAP), TUAN HAJI MOHD SAIFUL ADIL BIN DAUD BERHUBUNG SOKONGAN TERHADAP KENYATAAN YANG DIBUAT OLEH YBHG DATO’ AHMAD ISMAIL, KETUA BAHAGIAN UMNO BUKIT BENDERA MENGENAI KEDUDUKAN ORANG CINA DI MALAYSIA.

MANTAP memberikan sokongan sepenuhnya terhadap kenyataan yang dibuat oleh YBhg Dato’ Ahmad Ismail tersebut. Tidak salah bagi beliau Baca baki entri ini »

Dikirim dalam Isu Kepimpinan, Isu Pemikiran, Isu Semasa, Politik, Sejarah | 23 Komen »

Sekeping Hati Yang Hilang

DIkirim oleh Sahabat MANTAP di Rabu, 3 September 2008

oleh: Keris Terbang

Kita rindukan warganegara seperti mereka ini. Walau di mana mereka berada, walau ke mana mereka pergi, mereka tidak pernah lupa sejarah kewujudan mereka di Tanah Melayu. Orang-orang Melayu menghormati mereka kerana mereka tahu untuk menghormati. Hormat yang mereka berikan, penghormatan juga yang mereka terima.

Dalam dunia yang semakin maju dan moden, pendirian dan sikap yang mulia ini telah mula terhakis dari Baca baki entri ini »

Dikirim dalam Isu Kepimpinan, Isu Pemikiran, Isu Semasa, Perundangan, Politik, Sejarah | Leave a Comment »

Jalur Gemilang – Sejarah Yang Perlu Diketahui

DIkirim oleh Sahabat MANTAP di Isnin, 25 Ogos 2008

Oleh: Keris Terbang

JALUR GEMILANG yang dilihat hari ini sebenarnya telah pun wujud sejak negara belum mencapai kemerdekaannya lagi. Sejarah merekodkan Bendera Persekutuan Tanah Melayu diilhamkan menerusi satu pertandingan merekacipta bendera peringkat kebangsaan.

Melalui perjanjian dengan Majlis Raja-Raja, sebuah jawatankuasa telah ditubuhkan dalam tahun 1949 untuk menimbang dan membuat perakuan berhubung dengan rekabentuk Bendera. Satu pertandingan peringkat kebangsaan telah dianjurkan oleh Majlis Perundangan Persekutuan bagi mencari Baca baki entri ini »

Dikirim dalam Perundangan, Sejarah | Tagged: , , | Leave a Comment »

SEMARAKKAN JIWA BANGSA MALAYSIA MERDEKA

DIkirim oleh Sahabat MANTAP di Sabtu, 23 Ogos 2008

Oleh: Salza Hedra

Sambutan Kemerdekaan ke 51 tahun semakin hampir. Jiwa merdeka rakyat Malaysia terhampar jelas dalam kehidupan setiap rakyatnya. Tiada kegusaran dan jiwa terkongkong yang menghantui kita. Kemerdekaan amat bermakna kerana kebebasan mentadbir dan membangunkan rakyat dan negara dibentuk mengikut acuan kita sendiri. ”Perpaduan Teras Kejayaan’ menjadi slogan sambutan hari kemerdekaan ke 51. Tema sebegini pernah digunapakai selepas merdeka khususnya pada tahun 1970-an iaitu semasa zaman kepimpinan Perdana Menteri Kedua, Allahyarham YAB Tun Abdul Razak Hussein. Baca baki entri ini »

Dikirim dalam Isu Pemikiran, Isu Semasa, Politik, Sejarah | 2 Komen »

Forum Kontrak Sosial Majlis Peguam Memperlekeh Melayu

DIkirim oleh Sahabat MANTAP di Isnin, 30 Jun 2008

Oleh: Salza Hedra


“Kontrak Sosial tidak pernah wujud.” “Ketuanan Melayu merupakan imaginasi politikus yang mahu mengambil kesempatan” “UMNO menjaga orang melayu macam binatang ternakan yang kemudiannya akan disembelih”.

Tiga kesimpulan yang dibawa oleh panelis yang mempunyai latar belakang sains politik ini sudah cukup untuk menggambarkan bagaimana kesempatan inii diambil untuk memberikan fakta yang tidak tepat dalam keseluruhan forum tersebut. Baca baki entri ini »

Dikirim dalam Agenda Zionis, Isu Pemikiran, Isu Semasa, Perundangan, Politik, Sejarah | 2 Komen »

KETUANAN MELAYU DAN PERLEMBAGAAN DIPERKOTAK-KATIKKAN OLEH MAJLIS PEGUAM

DIkirim oleh Sahabat MANTAP di Jumaat, 27 Jun 2008

Oleh: Salza Hedra

Esok, 28/06/08 jam 9.00 pagi, Majlis Peguam akan mengadakan program debat di Auditorium Majlis Peguam di Jalan Medan Pasar ,Kuala Lumpur (berhampiran Agro Bank). Pembentangan akan berkisar kepada tajuk : “BENARKAH WUJUDNYA KONTRAK SOSIAL” dan “DEBAT KETUANAN MELAYU”. Tanpa mengambilkira sensitiviti masyarakat melayu, mereka cuba membawa pendekatan dan konklusi mengikut pandangan mereka sendiri. Maruah bangsa melayu sudah mula diperkotak-katikkan oleh orang bijak pandai undang-undang bukan melayu. Perlembagaan negara dikesampingkan. Kedaulatan Raja dan Kesultanan Melayu dihina dan diinjak-injak. Baca baki entri ini »

Dikirim dalam Agenda Zionis, Isu Pemikiran, Isu Semasa, Pelbagai & Lain-lain, Perundangan, Politik, Sejarah | 11 Komen »

BERSAMA PERTAHANKAN UMNO

DIkirim oleh Sahabat MANTAP di Isnin, 26 Mei 2008

Oleh: Adijagat (adijagat.wordpress.com)

 

UMNO bergolak lagi…….. Kegagalan mendapat 2/3 majoriti dan kehilangan 5 buah negeri dalam pilihanraya yang lepas merupakan satu tamparan yang paling besar pernah diterima oleh UMNO sepanjang sejarah penubuhannya selama 62 tahun ini selain dari tahun 1969. Belumpun selesai pucuk pimpinan UMNO menangani dan memulihkan keyakinan rakyat dan lebih lebih lagi ahlinya, UMNO diserang lagi dengan pelbagai kemelut yang cukup membimbangkan dan jika tidak ditangani dengan sempurna masa depan UMNO dan orang Melayu mungkin akan hancur. Baca baki entri ini »

Dikirim dalam Isu Kepimpinan, Isu Pemikiran, Isu Semasa, Pelbagai & Lain-lain, Politik, Sejarah | Leave a Comment »