Sahabat MANTAP

:: Memantapkan Minda Nasional ::

MANTAP DITOLAK…

Posted by Sahabat MANTAP di Sabtu, 12 Mac 2011

Dukacita dimaklumkan bahawa pendaftaran bagi pertubuhan ini telah ditolak oleh Kementerian Dalam Negeri. Hasil bedah siasat secara rasional merumuskan penolakan ini mungkin disebabkan oleh kecelaruan dalam beberapa perkara dan tindakan pertubuhan yang melanggari peruntukan undang-undang seperti di bawah:

  • Nama pertubuhan tidak bersesuaian dengan tindakan dan gerakan yang ingin dilakukan.
  • Objektif penubuhan telah dibawa lari dari matlamat asal untuk meningkatupaya dan menambahbaik gaya dan daya pemikiran bangsa Melayu.
  • Melakukan aktiviti dan mencari dana ketika pendaftaran pertubuhan masih dalam proses permohonan kelulusan seperti mengaktifkan blog dan menjalankan program.

Sehubungan itu, segala urusan berkaitan aktiviti pertubuhan termasuk pencarian dana di atas nama pertubuhan hendaklah dihentikan serta-merta. Sebarang aktiviti yang masih berjalan akan meletakkan pertubuhan ini sebagai pertubuhan haram dan boleh didakwa di bawah akta berkaitan.

18 Respons to “MANTAP DITOLAK…”

  1. matt demon berkata

    cissssss…pembohong punya musang berjanggut. kata kat aku mantap dah lulus! cic cis cis! nasib bek tak tlg cari sponsor

  2. Taruna berkata

    la ingat aku sorang je kena. tp aku dah bagi duit. camana tue

  3. daud k.d. berkata

    ha elok lah tu. aku mmg dari dulu lg tak suka tak kira lah mantap ke musang janggut ke. copy artikel orang then kata artikel tu dia punya. ambik gambar dr blog lain then letak nama sahabatmantap. entah hapa2. then nak ajar blogger mcm mana nak berblog. Sendiri punya pun tunggang langgang…..piiirah.

  4. darwina berkata

    apa berlaku ni. aku mmg tak percaya pun dgn yg berjanggut2 ni. 1 je aku percaya…..kambing. hahahahahah

  5. perkasa raya berkata

    nasib korang le baru nak kenal si musang ni. gue dah berbelas thn kenal dia. ckp lembut. mulut manis. berjuang konon tp semua tu sebenarnya nak duit je. mula2 dia invest le tp slps tu dia pau la duit korang kaw2 punye. kalau ikut gue, bukan musang berjanggut tp musang berbulu ayam

  6. shiruzli berkata

    darwina, ckp siang pandang2. kan nabi juga berjanggut

  7. abg lee berkata

    udah-udah la. bawak beristighfar selalu

  8. Daud K.d berkata

    tu la..takbur..riak sgt

  9. joe berkata

    mmg sah si musang nie agak celaru personalitinya. org baik akn mintak tlg org baik juge. samalah org jahat akn mintak tlg dgn org jahat juge. ramai blogger tak suka pun ngan blogger big… tu. tanyalah kitorg apa gelaran yg kitorg kasi kat dia

  10. A.Khan berkata

    ok la tu. many thanks to bigdog. pernah jumpe tp tak kenal sgt pun mamat ni. tp skarang lagi kenal le

  11. shaggy berkata

    sabar man. semuanya ujian Allah khas utk orang2 yg disayangi-Nya. Mohonlah ampun dan bertaubatlah kpd Allah. kembalilah ke pangkal jalan

  12. Darwina berkata

    huhuhu aku dah tau cerita sebena. budak ni nampak jee mcm mentah tp bkn calang2 tu. well trained bro. mmg si janggut bertemu buku dgn ruas la dgn budak ni

  13. Shaggy berkata

    i terbaca blog bigdogdotcom. macam ada tak kena. u kasi tau i dulu blog ni u yg buat. so u yg create password. u patutnya ingat your pwd sbb i tgk blog ni hari2 update. notebook hilang not d big problem. patutnya u cepat2 tukar pwd. if ini pun u tak boleh fikir to take action, how u nak fikir psl negara. mmg patutlah tak lulus. or u nak main drama man.

  14. Taruna berkata

    hah….lg sorang kena tipu

  15. Abdullah berkata

    Ya Allah, sedih lihat orang Melayu, orang Islam nak maju tapi salah cara. Apakah patut mereka saling jatuh menjatuhkan saudara se-Islam? Heh, muhasabahlah…

    Saya mohon para pembaca jangan terus percaya kepada fitnah. Kerana sesungguhnya fitnah itu lebih buruk daripada dosa membunuh orang. Semoga kita tidak one-sided. Sekian. Wassalam.

  16. Md Dan berkata

    Btul kata sdra abdullah tu..ana sokong. blog ni pun dah lama slalu jatuhkan sedara seislam. buat fitnah kpd pas, anwar. ini baru balasan dunia yg dia terima.

  17. no..no..no !! berkata

    nak tergelak la baca komen2 semua kat atas ni…rasa org yang sama jer yg komen ni ! komen ni FITNAH belaka !!

  18. Perkasa Raya berkata

    gue tak rasa one-sided abdullah. gue dah kenal lama sgt. belas2 thn. dpn dia sendiri gue dgr dia fitnah sahabat, dgr dari org yg pernah kena fitnah dgn dia, akhirnya gue pulak kena fitnah. triple-sided dah ni. kalau tak kenal sgt anwar, semua tuduhan utk dia kita ckp fitnah. besa la

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.