Sahabat MANTAP

:: Memantapkan Minda Nasional ::

Jangan Tersalah Menilai Ciri-ciri Ulama Sebenar

Posted by Sahabat MANTAP di Rabu, 3 November 2010

Oleh: Anak Kecil Dari Gunung

Ulama secara ideal adalah orang yang arif di dalam ilmu dan orang yang tersohor tetapi disebabkan makna ulama itu sudah dicampur aduk maka yang bukan ulama pun dipanggil ulama.

Tetapi masyarakat kita, asal orang itu tahu serba sedikit mengenai agama, dipanggil ustaz dan yang boleh bercakap, digelar ulama. Ulama dalam konsep sebenar adalah mereka yang memiliki ketinggian intelektual dalam bidang hebat serta bersedia menyumbang pemikiran untuk pembangunan ummah, bukan memiliki ciri tertentu yang ditetapkan masyarakat seperti memakai serban atau berjubah.

Ketinggian intelektual itu juga menjadikan mereka kumpulan sepatutnya member nasihat kepada umara untuk menjamin pemimpin member sumbangan kearah kemajuan masyarakat kerana sasarannya ialah pembangunan ummah.

Dalam konteks Negara kita, hubungan ulama dan umara adalah untuk memperoleh kuasa, hingga terlanyak nilai dalam masyarakat, agama, politik dan bangsa kerana orang politik berkelahi sesame sendiri. Sayangnya ulama juga memihak kepada parti politik. Oleh itu perpecahan politik antara ulama perlu dihentikan sekarang supaya usaha member nasihat kepada umara dapat dilaksanakan.

Perpecahan ummah tidak boleh diselesaikan oleh orang politik tetapi pihak yang mempunyai pandangan jelas serta bebas. Perlu ada fahaman jelas bahawa ulama bertanggunjawab member pandangan jitu kepada umara tanpa memikirkan untung rugi, demi melahirkan pemimpin yang baik dan kesatuan itu akan membolehkan pembangunan ummah dilaksanakan. Sebaliknya, apabila dua golongan itu gagal bersikap sepatutnya , ummah akan menjadi mangsa.

Ulama adalah anugerah Allah untuk membimbing manusia ke jalan benar hingga Rasullullah SAW menyifatkan mereka sama seperti bintang di langit. Sebagai pemegang amanah menjamin kesejahteraan Islam, ulamak perlu jujur dan ikhlas dalam tugas mereka. Sementara umara adalah keperluan yang pasti bagi ummah sebagai pelindung serta pemimpin masyarakat menjalani hidup dalam keadaan teratur selain memastikan undang-undang Islam dapat dilaksanakan sama seperti ulama, umara diberi kedudukkan tinggi dan penting oleh Islam kerana peranan mereka menjamin kemajuan Islam serta ummah.

Ulama yang soleh akan sentiasa berusaha member nasihat kepada sesiapa saja termasuk pemimpin kerana nasihat yang menjadi asas agama boleh member faedah kepada pemimpin serta rakyat di bawah pemerintahannya.

Tinggalkan komen