Sahabat MANTAP

:: Memantapkan Minda Nasional ::

SATU MALAYSIA MEREALISASIKAN ASPIRASI NEGARA

Posted by Sahabat MANTAP di Isnin, 2 November 2009

Oleh:- Anak Kecil Dari Gunung

Gagasan Satu Malaysia bukanlah fomula baharu kerana menurut Najib, Satu Malaysia merupakan kesinambungan gagasan utama Perdana Menteri terdahulu – Tunku Abdul Rahman Putra Al – Haj, Tun Abdul Razak Hussein, Tun Hussein Onn, Tun Dr.Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Haji Ahmad Badawi. Barisan kepemimpinan inilah yang memandu hala tuju Malaysia selama 52 Tahun Negara ini Merdeka.
Satu Malaysia merupakan gagasan untuk memupuk perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum dengan menerapkan lapan nilai untuk mencapai matlamat tersebut, lapan nilai tersebut ialah ketabahan, penerimaan, pendidikan, integrity, meritokrasi, rendah diri dan budaya cemerlang.

Satu Malaysia tidak terpisah daripada dasar kerajaan pimpinan Barisan Nasional (BN), sebaliknya pelengkap kepada dasar yang sedia ada untuk menjamin kestabilan kearah mencapai pembangunan negara. Satu Malaysia merupakan fomula yang menjadi prasyarat untuk memastikan aspirasi negara mencapai status negara maju menjelang 2020 tercapai. Menerusi gagasan tersebut, Najib mahu memastikan bangsa Malaysia tanpa mengira warna kulit dan agama bersama-sama menggembleng tenaga mencapai wawasan 2020.

Perpaduan yang digambarkan menerusi Satu Malaysia berbeza daripada konsep asimilasi yang diamalkan dinegara lain. Dalam konsep asimilasi, identiti etnik dilenyapkan dan diganti dengan satu identiti Nasiaonal yang sama. Sebaliknya dibawah gagasan Satu Malaysia, identiti etnik dipelihara dan dihormati. Setiap kaum di seru menerima keunikan kaum lain demi mewujudkan keharmonian dan toleransi dalam kalangan rakyat dinegara ini. Banyak pemimpin parti komponen BN yang menerima baik gagasan Satu Malaysia. Misalnya Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat menjelaskan bahawa Satu Malaysia merupakan gagasan unggul untuk seluruh rakyat dinegara ini. Sokongan majoriti kaum Cina terhadap gagasan Satu Malaysia membuktikan keterbukaan kaum itu untuk bersama-sama menyokong dasar kerajaan. Malah jelas Tee Keat, gagasan Satu Malaysia umpama satu impian, satu hati,dan satu haluan untuk mewujudkan sebuah negara maju yang aman.

Namun, wujud pihak yang mahu menimbulkan polemik berkenaan dengan gagasan Satu Malaysia sehingga membakar kemarahan orang Melayu dan kaum lain. Hal ini timbul berikutan beberapa orang pemimpin kanan Pakatan Rakyat terutama daripada DAP mendakwa bahawa gagasan Satu Malaysia merupakan manifestasi daripada konsep “ Malaysian Malaysia “ yang diperjuangkan oleh mereka sekitar 1960-an. Konsep Malaysian Malaysia merupakan propaganda politik pembangkang yang memperjuangkan keadilan dan kesamaan hak bagi semua kaum dengan menghapuskan pemerintahan beraja, kedudukan agama Islam dan bahasa Melayu sebagai agama dan bahasa rasmi, serta hak istimewa orang Melayu seperti yang termaktub dalam perlembagaan persekutuan.

Jika dibandingkan inti pati konsep Malaysian Malaysia dengan Satu Malaysia , pendekatannya ternyata berbeza. Satu Malaysia yang dihasratkan oleh Najib sentiasa berlaku adil kepada semua kaum dalam usaha menggerakkan transformasi berdasarkan pendekatan “Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan “. Pada masa yang sama, gagasan ini sentiasa memberikan hak kepada yang berhak. Kerajaan sedang berusaha menyatupadukan dasar yang selama ini menjadi pertikaian melalui kepelbagaian budaya, perpaduan kaum melalui perpaduan politik (seperti konsep cadangan mewujudkan kerajaan perpaduan), keadilan ekonomi dan sosial, serta memertabatkan agama Islam sebagai agama rasmi. Jika penggarapan dan penghayatan semula dasar yang terbentuk sejak sekian lama itu berjaya dilakukan, maka konsep Satu Malaysia akan berjaya.

Gagasan Satu Malaysia tidak sesekali menolak teras Perlembagaan Persekutuan. Perkara 3 ( Agama dan Persekutuan), Perkara 4 (Undang-undang Utama Persekutuan), Perkara 152 (Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan), Perkara 153 (yang di pertuan Agong bertanggungjawab menjaga keistimewaan orang Melayu dan Bumiputera), Bahagian 2 (Kebebasan Asasi), dan Bahagian 3 (Kewarganegaraan), terus dijadikan panduan untuk menjayakan gagasan Satu Malaysia. Satu Malaysia tidak menyimpang daripada roh Perlembagaan Persekutuan sebagai Undang-undang negara sama ada secara tersurat atau tersirat.

Sementara itu, banyak penganalisis politik turut melihat gagasan Satu Malaysia mampu mengembalikan sokongan rakyat kepada kerajaan BN. Pengarah Institut Kajian Etnik, Universiti kebangsaan Malaysia, Profesor Datuk Dr. Shamsul Amri Baharuddin Menyatakan bahawa gagasan Satu Malaysia dilancarkan tepat pada masanya kerana sekarang iklim politik negara berada dalam keadaan yang tidak menentu. Pendekatan keterbukaan yang diperkenalkan oleh Tun Abdullah ketika memimpin negara tidak berjaya mengalih sokongan rakyat kepada BN. Maka seharusnya Najib melalui gagasan Satu Malaysia mengambil iktibar bahawa prinsip keterbukaan ini perlu diteliti semula kerana negara ini terdiri daripada rakyat pelbagai kaum yang memerlukan perpaduan dan integrasi yang berterusan.

Kerangka Satu Malaysia masih mengambil kira keterbukaan tetapi dengan lebih terurus agar tidak mengancam perpaduan, pembangunan ekonomi, kestabilan politik dan keselamatan negara. Prinsip keadilan sosial juga di terapkan untuk menwujudkan sebuah negara yang adil dan saksama, Hal ini memastikan nasib semua rakyat dapat di bela dan tidak ada mana-mana pihak yang akan dipinggirkan. Keadilan yang diperjuangkan oleh Najib dalam Satu Malaysia mencakupi kesemua aspek dengan mengambil kira tahap kemajuan setiap kaum yang berbeza-beza. Oleh sebab itu, pendekataan memberikan hak kepada yang berhak digunakan sebaik-baiknya.

Aspek pendidikan turut diberikan keutamaan dalam gagasan Satu Malaysia. Setiap individu khususnya generasi muda berhak mendapat pendidikan tanpa mengira latar belakang peribadi dan lokasi geografi. Kerajaan turut merangka program jangka panjang pembangunan lima tahun dalm usaha memastikan penduduk luar bandar menikmati kesaksamaan dalam bidang pendidikan. Menerusi gagasan Satu Malaysia, usaha mewujudkan sistem pendidikan tiga aliran pada satu peringkat untuk memupuk integrasi nasional sedang di rangka. Pembangunan teknologi maklumat turut diberikan keutamaan. Oleh hal yang demikian menerusi Rancangan Malaysia Kesembilan ( RMK-9 ), kerajaan memperuntukkan Rm 25.8 bilion untuk sector pendidikan yang mewakili 16.7 peratus daripada jumlah keseluruhan perbelanjaan pengurusan kerajaan. Selain itu, menerusi gagasan Satu Malaysia, kerjasama serantau yang melibatkan pertukaran tenaga dan hubungan institusi pengajian tinggi di gembleng untuk memajukan sektor pendidikan seterusnya mencapai matlamat pendidikan untuk semua rakyat.

Kerajaan turut memperkenalkan Biasiswa Nasional dibawah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bermula tahun depan yang berdasarkan merit sepenuhnya. Cadangan ini merupakan salah satu usaha merealisasikan hasrat kearah melahirkan modal insan terbaik tanpa mengira kaum yang termaktub dibawah gagasan Satu Malaysia. Najib menyeru rakyat dinegara ini supaya menerapkan budaya menepati masa, meningkatkan kecekapan, keberanian inovasi, dan meneroka peluang yang ada. Meritokrasi turut ditekankan untuk memberikan peluang kepada semua rakyat dinegara ini tanpa mengenepikan perlembagaan persekutuan. Najib turut menyeru agar rakyat dinegara ini menanam sikap kesetiaan yang tidak berbelah bahagi kepada tanah air tercinta, ketabahan dalam mengharungi cabaran, dan integriti dalam segala urusan. Malah,pengenalan Petunjuk Prestasi Utama (Kye Performance Indicators) dalam urusan kerajaan turut diberikan keutamaan. Nilai aspirasi ini melahirkan rakyat Malaysia yang berwibawa, dihormati, dan disegani bersesuaian dengan identiti sebuah negara bangsa yang maju dan berjaya.

Satu Malaysia dirangka untuk membawa perubahan yang nyata bukan sahaja kepada urusan pentadbiran negara tetapi lebih penting membawa perubahan kepada kualiti hidup rakyat Malaysia.

About these ads

Satu Respons to “SATU MALAYSIA MEREALISASIKAN ASPIRASI NEGARA”

  1. mohiyuddin bin mikin said

    bagi menjalin perpaduan kesepakatan serta aspirasi yg sama-sama menjulang perlulah kita berusaha rapat dengan semua etnik yang terdapat dimalaysia.Satu progrem cash back dan mampu menjana perkongsian yg tersebut diatas telah dilancarkan. Untuk keterangan lanjut hubungi saya 0193656464 atau 0179182313..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
Ikut

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: