“AGENDA PAKATAN RAKYAT GUNA ISLAM”
DIkirim oleh Sahabat MANTAP di Jumaat, 23 Oktober 2009
Oleh: Anggerik Desa

Terdapat kini trend pemimpin pembangkang bukan islam yang ghairah menggunakan ayat al-Quran pada kempen pilihan raya
Terbaru, seorang pemimpin PKR, N. Gobalakrishnan membaca sepotong ayat suci itu ketika ceramahnya di Bagan Pinang N. Gobalakrishnan memetik ayat Ali Imran ayat 54 yang bermaksud, orang-orang kafir itu membuat tipu daya dan Allah membalas tipu daya mereka itu. Dan Allah sebaik-baik pembalas tipu daya
Sebahagian orang Islam yang hadir terutamanya ahli dan penyokong PAS hanya berdiam. Ada yang tidak berasa selesa tetapi tidak mampu berbuat apa-apa kerana pemimpin PAS sudah memberi lampu hijau kepada pemimpin bukan islam untuk memetik ayat Al-Quran..
Ramai hairan bagaimana pemimpin bukan Islam dari DAP dan PKR yang tidak mempercayai Allah adalah tuhannya dan tidak beriman dengan Al-Quran, sewenang-wenangnya memetik ayat suci itu untuk dijadikan bahan politik
Kita bukan sahaja hairan tetapi malu kerana kita orang Islam hanya mampu melihat gelagat-gelagat pemimpin-pemimpin bukan Islam DAP dan PKR. Kita bertambah malu apabila orang islam sendiri iaitu parti PAS yang menghalalkan perbuatan pemimpin-pemimpin tersebut
Yang menyedihkan ialah firman Allah swt diucapkan oleh pemimpin-pemimpin parti politik DAP yang menentang keras kewujudan Negara Islam di Negara ini. Mereka juga pernah dengan kurang ajarnya mencabar parti PAS dengan ayat ‘langkah mayatku dulu’ jika parti PAS masih mahu meneruskan gagasan penubuhan Negara Islam






