SATU MALAYSIA UNTUK SEMUA…
DIkirim oleh Sahabat MANTAP di Sabtu, 18 Julai 2009
Oleh :- Anggerik Desa
Konsep Satu Malaysia itu memang bagus sangat dijadikan pegangan, kita satu dan serupa. Satu Negara rakyat sama-sama hidup dalam satu negara. Semua dapat hak yang sepatutnya. Tapi hak yang dilindungi Perlembagaan Negara. Apabila Najib mulakan konsep Satu Malaysia, maknanya kita kena lihat dari kaca mata yang lain. Kita tak boleh hidup dalam tempurung kaum lagi. Kita kena lihat diri kita sebagai satu rupa bangsa yang besar
Tak mudah nak capai hasrat itu. Dari kecil lagi anak-anak kita pergi tadika yang berbeza dan sekolah yang berbeza. Mereka tak banyak peluang untuk berinteraksi antara satu sama lain. Mereka pula amalkan budaya dan penganut agama yang berbeza
Kata orang itulah uniknya Malaysia. Kepelbagaian itu kekuatan kita, kelainan itu kelebihan kita. Tapi pelbagai dan lain boleh timbulkan masaalah juga. Kalau kita tak hati-hati, rakyat kita makin hari makin menjauh antara satu sama lain, masing-masing Cuma jaga kepentingan masing-masing. Nilai bersama tak wujud. Sebaliknya menggalakkan fahaman yang sempit dan cauvinis
Semangat “ Satu Malaysia” itu penting untuk kita hayati. Lapan prinsipnya memasukkan semua nilai terbaik yang kita ada. Kalau pegang prinsip itu, kita akan dapat asas yang sama untuk kita jadikan pedoman. “ Satu Malaysia” ialah formula perpaduan yang terbaik







roslee1970 berkata
HARAP SATU MALAYSIA AKAN MENJADI KENYATAAN..
JANGAN MACAM ISLAM HADARI YANG TERKUBUR DI TENGAH JALAN…