Sahabat MANTAP

:: Memantapkan Minda Nasional ::

Arkib bagi Hari 16 Julai 2009

DAP, PAS DAN PKR PECAHKAN KUASA POLITIK MELAYU?

DIkirim oleh Sahabat MANTAP di Khamis, 16 Julai 2009

Oleh: Tenda Biru

DAP, PKR,PAS

Kuasa politik menentukan siapa yang berhak memerintah dan berkuasa dalam sesebuah negara demokrasi. Kuasa politik juga akan menentukan kaum yang mana lebih berhak memerintah sesebuah negara.

Sebagai contoh, satu masa dulu di Singapura, melayu ada suara dalam pemerintahan negara itu. Tetapi malangnya pada hari ini suara melayu sudah ditenggelamkan dan melayu sudah tidak bersuara lagi. Inilah bencana dan bahana yang di timpa oleh melayu Singapura bila sudah kehilangan kuasa politiknya.

Kebijaksanaan Lee Kuan Yew memerintah telah dengan mudah kuasa politik melayu dapat dihapuskannya. Sekarang kita kena berfikir bijak sebelum terjerat. Kita kena ingat siapa Lim Kit Siang, apa hubungannya dengan Lee kuan Yew, dan apa kaitan DAP dengan PAP?

Mengapa DAP yang anti-islam sanggup membantu dan menyokong PAS, adakah mereka benar-benar ikhlas?

Mengapa LKY tetiba datang memberi ucap tahniah kepada DAP, PAS dan PKR?

Persoalan ini perlu dikaji dan dijawab secara ilmiah bukannya emosi.

Mungkin, DAP dan PAP ada niat buruk untuk menghapuskan kuasa politik melayu di Malaysia pula.

Orang melayu harus sedar dan ingat jangan jadi melayu Singapura, mula-mula berkongsi kuasa politik dan akhirnya terus kehilangan kuasa politik.

SUMBER:-BLOGGER

Dikirim dalam Isu Kepimpinan, Isu Semasa, Pautan Web, Politik | 1 Komen »

BN KALAH BERMARUAH

DIkirim oleh Sahabat MANTAP di Khamis, 16 Julai 2009

Oleh:-Mawar Berdarah

board

Keputusan rasmi Calon PAS Mohd Fauzi Abdullah, seorang pemborong ikan, menang dengan majoriti “nyawa-nyawa ikan” sebanyak 65 undi.

PAS mendapat 5,348 undi sementara calon BN Tuan Aziz Tuan Mat mendapat 5,283 undi.
Alhamdulillah, walaupun Barisan Nasional tewas di DUN Manek Urai, namun kita berjaya mengurangkan majoriti dengan perbezaan yang mendadak jika dibandingkan dengan PRU 12 tahun lalu.

Buat semua yang berkhidmat di Manek Urai, Jutaan Terima Kasih diucapkan . Kita tidak tewas sebenarnya. Kita berjaya menarik lebih ramai pengundi. Mungkin Allah tidak memberi kemenangan pada kita kali ini. Kerana Allah mahu kita bekerja lebih keras.

Jutaan Terima Kasih kepada jentera PRK Manek Urai. Jutaan Terima Kasih. Pendekatan 1Malaysia berjaya. Jadikan kekalahan bermaruah ini sebagai semangat baru untuk kita terus berjuang demi Agama, Bangsa dan Negara.

Sumber:-blog puteri UMNO

Dikirim dalam Agenda Zionis, Isu Semasa, Politik | Leave a Comment »