Sahabat MANTAP

:: Memantapkan Minda Nasional ::

SATU MALAYSIA: JATI DIRI BANGSA

Posted by Sahabat MANTAP di Sabtu, 11 Julai 2009

Oleh :- Anak Kecil Dari Gunung

Tiada satu pun etnik dinegara ini terpinggir daripada arus kemajuan Negara malah semuanya menikmati hasil kekayaan dibumi yang amat bertuah ini. Malah, Malaysia turut menjadi “syurga” kepada pendatang asing mencari rezeki untuk menanggung keluarga mereka dinegara asal

Tidak dinafikan dalam era dunia tanpa sempadan, masih terdapat segelintir rakyat dinegara ini yang hidup dalam arus kemiskinan. Namun, perlu di ingatkan bahawa segala dasar dan perancangan yang dilaksanakan oleh kerajaan menurunkan paras kemiskinan daripada 52.2 peratus pada 1970 kepada 3.6 peratus pada 2007. Begitu juga peratusan miskin tegar sebanyak 4.0 peratus pada 1990 berjaya diturunkan kepada 0.7 peratus pada 2007. Taraf kehidupan rakyat Malaysia kini jauh lebih sempurna berbanding dengan sebelum merdeka

Keberanian pihak tertentu untuk mengugat keharmonian dan keamanan Negara sejak kebelakangan ini mencalarkan maruah dan kedaulatan Negara. Pelbagai onak dan duri diharungi oleh generasi terdahulu dalam perjuangan menegakkan kemerdekaan ini dijiwa dan pemikiran setiap rakyat Malaysia mutakhir kini kelihatannya lebih sukar

Tepat pada masanya, Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak melaungkan konsep “Satu Malaysia”. Konsep ini merujuk kepada kepelbagaian etnik yang hidup dinegara ini saling berkongsi satu wawasan, matlamat, impian tanpa mengira fahaman agama, ideologi politik, taraf kedudukan, kepelbagaian budaya dan sebagainya dalam mewujudkan keharmonian Negara secara berterusan

Mesej “Satu Malaysia” perlu dihayati oleh rakyat Malaysia serta memahami maksud yang tersurat dan tersirat disebaliknya. Golongan muda perlu kembali menghayati lima prinsip Rukun Negara, memahami Perlembagaan Persekutuan, menjiwai maksud tersirat lirik lagu Negaraku serta menghormati Jalur Gemilang bagi mengembalikan jati diri dan rasa cinta akan Negara. Penyatuan etnik yang kini tergugat akibat kerakusan segelintir pihak yang mabuk kuasa untuk kepentingan diri sendiri mencemar persefahaman dan keamanan yang dipertahankan selama ini. Rakyat Negara ini tidak seharusnya leka dan berasa selesa dengan situasi yang masih stabil. Kelekaan menyebabkan penyesalan yang tidak berpenghujung apabila kita sudah terlambat untuk mempertahankan kedamaian dan keharmonian seperti yang berlaku disesetengah Negara

Rakyat Malaysia seharusnya berasa bangga dengan tanah air yang didiami ini. Keharmonian dan kedamaian yang dinikmati tidak dapat dibeli dengan wang ringgit. Kesedaran terhadap betapa berharganya keamanan Negara perlu ditanam dalam jiwa setiap rakyat Malaysia bak kata perpatah “Dimana bumi dipijak, di situ langit dijunjung”

About these ads

Satu Respons to “SATU MALAYSIA: JATI DIRI BANGSA”

  1. Salam bro

    Rakyat kena belajar bersyukur dahulu. Kalau tidak, katalah macam mana sekalipun tetapi kalau Allah Taala telah menutupkan pintu kebenaran kita tak akan nampak. Berdoalah beramai-ramai agar bala ini tidak dikenakan kepada kita.

    Perkasakan semula the core values. Langkahkan ke belakang setapak sebelum menerjah ke ribuan langkah ke hadapan. Ini tak mengapa dan terimalah secara terbuka.

    Kalau tidak 1 Malaysia akan hanya menjadi satu retorik. Pada masa yang sama keghairahan menentang seharusnya dilihat pada sudut yang lebih positif. Fahamilah kejanggalan ini………..

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: