ORANG CINA BUKAN WARGANEGARA KELAS DUA ….
DIkirim oleh Sahabat MANTAP di Khamis, 2 Julai 2009
Oleh :- Anak Kecik Dari Gunung
Ada sebahagian rakyat Cina negara ini yang masih percaya mereka warganegara kelas dua. Mereka kata tak dapat hak macam yang Bumiputera dan orang melayu dapat. Ada yang menganggap dasar pilih kasih berlaku secara berleluasa dinegara ini. Cakap-cakap gini memang sedap. Sampai jadi modal pilihan raya. Kita sedar ada dalam kalangan kaum cina yang rasa terdapat dasar kerajaan yang berat sebelah, yang memihak kepada kaum Bumiputera
Kita tak pertikaikan hal itu. Memang betul keadaan itu terjadi. Lagipun istimewa orang Melayu dan kaum Bumiputera itu dilindungi Perlembagaan. hal itu kita fikir tak patut kita bangkitkan lagi. Memang orang Melayu dan kaum Bumiputera lain memerlukan perlindungan dalam banyak hal. Namun, dasar membantu itu bukanlah dasar aparteid macam yang dikatakan oleh seorang wakil DAP johor
Kita fikir elok sangat mereka yang tak faham latar belakang sejarah balik kepada sejarah supaya tahu duduk perkara yang sebenar. Ada orang Melayu sendiri yang rasa dasar bantu Melayu tak adil dan pilih bulu
Kita bukan nak pertahankan dasar macam Dasar Ekonomi Baru. Tapi bayangkan kalau dasar macam itu tak dilaksanakan. Kita tak dapat fikirkan kesannya. Kaum majoriti tak ada kuasa ekonomi, hidup dalam keadaan miskin dan tak kuasai bidang profesional, sedangkan kaum minoiti mengawal ekonomi. Apa jadi?
Kita rasa kaum Cina Negara ini faham perlu ada kompromi sana sini. Lagi pun hak mereka untuk belajar dalam bahasa ibunda tak dihalang. Sekolah Cina dinegara ini berkembang pesat dan dapat bantuan. Tak banyak negara didunia yang benarkan sistem sekolah Cina berkembang begitu pesat didalam negara mereka
Pendeknya, mereka bebas mengamalkan budaya, adat resam dan agama






