Oleh:- Mawar Berdarah
Perpecahan ini amat bahaya yang akan membinasakan bangsa kita sendiri. Pepatah mengatakan “bersatu kita teguh , bercerai kita roboh.’.Bangsa kita sekarang sedang ditertawakan orang lain kerana kita lemah sebab tidak bersatu . Kita seolah-olah sudah hilang kekuatan kerana ikatan kita amat longgar dan akan roboh bila-bila masa sahaja. Raja – Raja Melayu diperlekehkan oleh bangsa kita sendiri. Orang lain tersenyum gembira melihat kebodohan yang dijelmakan oleh bangsa kita sendiri.
Masa telah sampai. Semboyan telah berbunyi. Gendang telah dipalu. Orang Melayu perlu bertindak untuk menyatukan semula bangsa kita yang kita cintai dan agama Islam yang kita anuti. Kesemua peringkat usia, sama ada golongan terpelajar, golongan ahli agama, Pemimpin-Pemimpin Politik , Pelajar, Pendidik ,golongan petani dan apa-apa sahaja golongan dari kelompok Melayu perlu mulakan gerakan ke akar umbi menyatukan semula puak-puak yang bertelagah ini demi agama dan bangsa. Baca baki entri ini »






