Sahabat MANTAP

:: Memantapkan Minda Nasional ::

Arkib bagi Hari 16 Mei 2009

KEKALUTAN DI PERAK: LAMBANG PENDERHAKAAN PEMBANGKANG TERHADAP SULTAN DAN SIMBOL MEMPERMAINKAN UNDANG-UNDANG – Siri I

DIkirim oleh Sahabat MANTAP di Sabtu, 16 Mei 2009

Oleh: Salza Hedra

Tulisan ini terbahagi kepada dua bahagian utama; pertama kejadian semasa pakatan pembangkang mengambilalih Perak dan bahagian kedua yang akan menyusul kelak membincangkan megenai kejadian selepas DYMM Tuanku Sultan Perak mengumumkan BN menjadi kerajaan yang sah di Perak menggantikan kerajaan pakatan pembangkang.

Kekalutan senario politik di Perak adalah berpunca daripada kekalutan awal kerapuhan Pakatan Pembangkang sendiri. Apabila keputusan PRU 12 (DUN) diumumkan, Pembangkang masih lagi sebagai parti berasingan di mana PAS mendapat 6 kerusi, PKR 7 dan DAP 18 manakala BN 28 kerusi. Sebagai parti yang terpisah, BN adalah parti yang mendapat majoriti dan layak menerajui kerajaan Perak. Namun apabila pembangkang membuat persetujuan untuk menafikan hak BN, maka mereka membuat pakatan untuk bergabung. Dengan itu, wujudlah kerajaan pakatan pembangkang di Perak. Baca baki entri ini »

Dikirim dalam Isu Kepimpinan, Isu Pemikiran, Isu Semasa, Politik | 1 Komen »

BANGSA MELAYU BERADA DIPERSIMPANGAN

DIkirim oleh Sahabat MANTAP di Sabtu, 16 Mei 2009

Oleh :- Anggerik Desa

Dalam konteks bangsa Melayu di Malaysia, agama, bahasa dan budaya yang berada dibawah payung naungan dan perlindungan Raja Melayu mengikut yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. Takrif bangsa Melayu diperkemas, diikat dengan adat, disimpul dengan bahasa dan disalut dengan agama. Itulah resipi kekuatan Melayu dibumi ini. Hari ini timbul usaha radikal di kalangan yang tidak pernah mendalami muslihat disebalik yang tersirat yang mahu mengubah resipi tersebut Baca baki entri ini »

Dikirim dalam Agenda Zionis, Isu Kepimpinan, Isu Semasa, Politik | 1 Komen »